Tafsir Surah Hud Ayat 82 – 85 (Kisah Nabi Syuaib)

Ayat 82:

فَلَمّا جاءَ أَمرُنا جَعَلنا عالِيَها سافِلَها وَأَمطَرنا عَلَيها حِجارَةً مِن سِجّيلٍ مَنضودٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when Our command came, We made the highest part [of the city] its lowest and rained upon them stones of layered hard clay, [which were]

(MALAY)

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

 

فَلَمّا جاءَ أَمرُنا جَعَلنا عالِيَها سافِلَها

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah

Azab yang dikenakan kepada mereka itu adalah pada waktu subuh. Allah angkat Kota Sodom naik ke atas langit dan terbalikkan dimana bahagian atas menjadi bawah pula. Apabila sudah diangkat ke langit baru diterbalikkan. Begitulah balasan buat mereka – mereka terbalikkan fitrah kejadian manusia dengan melakukan homoseksual, maka Allah balas dengan menterbalikkan kampung mereka.

Jibrail telah mengangkat kota tempat tinggal mereka dengan manusia dan binatang sekali ke langit pertama sampaikan penduduk langit pertama dapat mendengar lolokan anjing dan kokokan ayam mereka.

 

وَأَمطَرنا عَلَيها حِجارَةً مِن سِجّيلٍ مَنضودٍ

dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

San mereka dihujani dengan batu semasa diangkat ke langit. Mereka dihujani dengan batu yang dibakar di neraka. Kalimah سِجّيلٍ itu diambil dari bahasa Parsi yang bermaksud ‘batu dari tanah liat’. Iaitu tanah yang sudah keras jadi batu.

Dan batu itu datang bertubi-tubi kepada mereka. Bukan sebiji-sebiji tapi berkali-kali dengan banyak macam mesingun.


 

Ayat 83:

مُسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَما هِيَ مِنَ الظّالِمينَ بِبَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Marked from your Lord. And it [i.e., Allāh’s punishment] is not from the wrongdoers [very] far.

(MALAY)

Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.

 

مُسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ

Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, 

Setiap batu itu ada tanda nama masing-masing mangsa. Batu itu ditujukan kepada individu yang telah ditentukan. Tuan punya mangsa batu itu tidak dapat melarikan diri. Batu itu tetap akan kena kepadanya. Sampaikan ada riwayat yang mengatakan bagaimana ada penghuni Kota Sodom itu yang berada di luar kota waktu itu tapi batu itu tetap mencarinya. Dan dia mati di luar kawasan kampungnya.

 

وَما هِيَ مِنَ الظّالِمينَ بِبَعيدٍ

dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.

Kawasan kaum Nabi Luth itu tidak jauh dari kawasan orang Mekah yang zalim itu. Iaitu di Laut Mati.

Atau, ia bermaksud azab yang dikenakan kepada kaum Nabi Luth itu tidak lama lagi akan dikenakan kepada Musyrikin Mekah. Kalau mereka terus melakukan kezaliman yang mereka lakukan itu, Allah ancam dengan azab yang pedih.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab Sunan —dari Ibnu Abbas secara marfu— disebutkan:

” مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعَمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ”

Barang siapa yang kalian jumpai sedang mengerjakan perbuatan kaum Lut, maka bunuhlah pelaku dan orang yang dikerjainya.

Imam Syafi’i —menurut suatu pendapat yang bersumber darinya— dan sejumlah ulama mengatakan bahawa orang yang melakukan perbuatan kaum Luth harus dibunuh, baik dia telah muhsan ataupun belum muhsan, kerana berdasarkan hadis di atas.

Lain halnya dengan Imam Abu Hanifah, ia berpendapat bahawa si pelaku dijatuhkan dari tempat yang tinggi (dari ketinggian), kemudian diiringi dengan lemparan batu, seperti yang dilakukan oleh Allah Swt. terhadap kaum Luth.


 

Ayat 84: Ini adalah kisah keenam dan berkenaan dengan Dakwa pertama – sembah hanya Allah sahaja.

۞ وَإِلىٰ مَديَنَ أَخاهُم شُعَيبًا ۚ قالَ يا قَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ وَلا تَنقُصُوا المِكيالَ وَالميزانَ ۚ إِنّي أَراكُم بِخَيرٍ وَإِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ مُحيطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Madyan [We sent] their brother Shu‘ayb. He said, “O my people, worship Allāh; you have no deity other than Him. And do not decrease from the measure and the scale. Indeed, I see you in prosperity, but indeed, I fear for you the punishment of an all-encompassing Day.

(MALAY)

Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)”.

 

وَإِلىٰ مَديَنَ أَخاهُم شُعَيبًا

Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib.

Nabi Syuaib a.s. diutuskan kepada kaum baginda, penduduk Kota Madyan. Baginda adalah dari keturunan mereka, kaum kerabat mereka juga, dari kalangan keturunan yang terhormat di kalangan mereka, sama seperti Nabi Muhammad kepada kaum baginda.

 

قالَ يا قَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ

Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.

Seperti juga seperti Nabi dan Rasul yang lain, baginda pertama sekali akan mengajak kepada tauhid kerana inilah yang paling penting sekali. Sembah Allah sahaja, jangan sembah selain Allah.

Setiap Rasul dan Nabi akan mengatakan perkara yang sama. Kerana kalau ada masalah dengan tauhid, memang tidak berguna keislaman sesiapa pun. Malangnya, pengajaran tauhid di kalangan masyarakat kita amat lemah sekali. Yang ditekankan adalah Tauhid Sifat 20 yang tidak kemas dan berpusing-pusing. Sudahlah begitu, sekarang sudah ada desas desus pihak tertentu yang hendak mengharamkan pula pengajaran Tauhid Tiga (Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa sifat) sedangkan itulah silibus pengajaran tauhid tepat dan paling mudah untuk difahami.

 

وَلا تَنقُصُوا المِكيالَ وَالميزانَ

Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan,

Seperti yang telah disebut sebelum ini, kita boleh lihat peningkatan dari segi ajaran kepada kaum, bermula dari Nabi Nuh dan sekarang sampai kepada Nabi Syuaib a.s. Kalau Nabi Nuh, hanya disebut dengan mudah sahaja, tapi kemudian apabila masa berlalu dan manusia sudah semakin maju dari segi kehidupan dan pemikiran, maka terdapat penambahan dari segi ajaran dari Allah.

Lihatlah dalam ayat ini bagaimana terhadap ajaran dari Allah kepada kaum Madyan tentang peniagaan. Jangan mengurangkan sukatan dan timbangan dalam perniagaan. Iaitu jangan tipu orang lain dalam perniagaan. Itu adalah perkara yang amat buruk sekali. Sebagai peniaga, kena jujur dalam perniagaan.

 

إِنّي أَراكُم بِخَيرٍ

sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik

Ada dua maksud yang boleh diambil dalam potongan ayat ini:

  1. Penduduk Madyan itu ada kebolehan untuk menjaga amalan mereka dalam perniagaan. Nabi Syuaib nampak mereka mampu melakukannya kalau mereka mahu.
  2. Nabi Syuaib nampak kaumnya itu hidup dengan senang lenang. Janganlah segala nikmat itu ditarik dari mereka kerana kesilapan mereka dalam agama.

 

وَإِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ مُحيطٍ

dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang menyelubungi

Walaupun mereka hidup senang lenang di dunia, tapi kalau kesenangan dan keuntungan yang mereka dapat itu adalah kerana penipuan mereka di dalam perniagaan, maka itu akan menyebabkan mereka mendapat azab di akhirat kelak, iaitu Hari Akhirat. Kerana waktu itu mereka akan diselubungi dengan azab sampai mereka tidak akan mampu untuk menyelamatkan diri dengan lari ke mana-mana lagi.


 

Ayat 85:

وَيا قَومِ أَوفُوا المِكيالَ وَالميزانَ بِالقِسطِ ۖ وَلا تَبخَسُوا النّاسَ أَشياءَهُم وَلا تَعثَوا فِي الأَرضِ مُفسِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And O my people, give full measure and weight in justice and do not deprive the people of their due and do not commit abuse on the earth, spreading corruption.

(MALAY)

Dan Syu’aib berkata: “Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.

 

وَيا قَومِ أَوفُوا المِكيالَ وَالميزانَ بِالقِسطِ

Dan Syu’aib berkata: “Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, 

Berlaku jujurlah dalam perniagaan. Kalau timbang untuk pelanggan, bagi dengan cukup. Kalau bagi servis, bagi dengan penuh.

Zaman sekarang kita tidaklah pakai penimbang berat sangat. Tapi peluang untuk menipu pelanggan ada macam-macam jenis. Penjual ada macam-macam cara untuk menipu. Maka mereka kena tanya diri mereka sendiri: adakah aku menipu atau tidak?

 

وَلا تَبخَسُوا النّاسَ أَشياءَهُم

dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan

Jangan beri kurang dari yang sepatutnya kepada pelanggan. Banyak kalangan peniaga yang ambil kesempatan atas kelalaian pelanggan, atau kejahilan pelanggan. Kerana dalam bidang kerja professional atau teknikal, pelanggan tidak tahu sepenuhnya. Sebagai contoh, pemilik kereta tidak tahu sepenuhnya tentang kereta, maka mereka bergantung kepada nasihat mekanik. Kalau mekanik tidak jujur, memang mereka boleh tipu sahaja pelanggan kerana pelanggan pun tidak tahu yang mereka kena tipu. Tapi itu adalah haram.

Kadang-kadang bukan pelanggan pun yang kena tipu. Pekerja pun ada yang kena tipu. Ada pekerja yang tidak dapat upah sebagaimana yang sepatutnya. Tapi selalunya mereka tidak boleh kata banyak kerana mereka pekerja sahaja dan mereka takut hendak menegur majikan mereka kerana takut kena buang kerja pula.

 

وَلا تَعثَوا فِي الأَرضِ مُفسِدينَ

dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.

Jangan kamu buat kerosakan. Kerana menipu dalam perniagaan adalah satu kerosakan juga. Kerana kalau seorang buat, orang lain pun ada yang ikut juga kerana nak untung macam orang yang pertama juga. Akhirnya perkara itu menjadi satu kebiasaan dan ini tidak baik bagi rakyat dan ekonomi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s