Tafsir Surah Hud Ayat 78 – 81 (Kaum Nabi Luth homoseksual)

Ayat 78:

وَجاءَهُ قَومُهُ يُهرَعونَ إِلَيهِ وَمِن قَبلُ كانوا يَعمَلونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قالَ يا قَومِ هٰؤُلاءِ بَناتي هُنَّ أَطهَرُ لَكُم ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلا تُخزونِ في ضَيفي ۖ أَلَيسَ مِنكُم رَجُلٌ رَشيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And his people came hastening to him, and before [this] they had been doing evil deeds.¹ He said, “O my people, these are my daughters;² they are purer for you. So fear Allāh and do not disgrace me concerning my guests. Is there not among you a man of reason?”

  • Referring to their practice of sodomy and homosexual rape of males.
  • i.e., the women of his community who were available for marriage.

(MALAY)

Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?”

 

وَجاءَهُ قَومُهُ يُهرَعونَ إِلَيهِ

Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas.

Seperti yang ditakuti oleh Nabi Luth, memang mereka datang sungguh kepada baginda dengan bersemangat sekali. Kalimah يُهرَعونَ bermaksud mereka telah dikuasai oleh emosi mereka. Mereka datang tergesa-gesa, bergegas, berlari-lari sampai berteriak. Ramai yang datang ke rumah Nabi Luth setelah mendapat berita yang ada tetamu baginda yang tampan. Kalimah يُهرَعونَ dalam bentuk majhul (pasif) kerana mereka telah dikuasai oleh emosi dan nafsu serakah mereka, sampaikan mereka telah dikuasai. Mereka sudah tidak dapat menguasai diri mereka lagi.

Mereka datang itu kerana mereka mendapat maklumat dari isteri Nabi Luth sendiri yang membocorkan berita itu. Isteri Nabi Luth tidak beriman dan bersekongkol dengan puak-puak homoseksual itu. Walaupun beliau isteri seorang Nabi, tapi beliau berperangai tidak senonoh.

 

وَمِن قَبلُ كانوا يَعمَلونَ السَّيِّئَاتِ

Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. 

Bukan mereka baru perkara ini; sebelum ini pun mereka selalu melakukan amalan liwat. Ini sudah menjadi kebiasaan untuk mereka.

 

قالَ يا قَومِ هٰؤُلاءِ بَناتي

Nabi Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, 

Nabi Luth cuba berhujah dengan mereka dengan menunjukkan wanita-wanita dari kaum mereka itu; Apabila digunakan lafaz: “ini semua anak perempuan aku” ia merujuk kepada kalangan wanita sebagai umat baginda. Bukanlah anak dia yang sebenar. Kerana baginda itu Nabi, maka wanita-wanita dikira sebagai anak-anak baginda belaka.

 

هُنَّ أَطهَرُ لَكُم

mereka lebih suci bagimu, 

Baginda berhujah sambil menunjuk kepada perempuan dari kalangan mereka yang ramai itu – mereka yang wanita itu lebih suci untuk dijadikan sebagai pasangan kalau dibangdingkan dengan lelaki. Memang wanita dijadikan untuk lelaki memuaskan nafsu. Lelaki sepatutnya berhubungan kelamin dengan wanita bukannya dengan lelaki. Itulah kehendak Allah dan itulah fitrah manusia. Nikahilah wanita-wanita itu dengan cara yang baik dan jalani perhubungan baik dengan mereka.

 

فَاتَّقُوا اللَّهَ

maka bertakwalah kepada Allah

Baginda mengingatkan mereka untuk bertaqwa. Taqwa adalah menjaga hukum. Allah telah menghalalkan wanita bagi lelaki dan mengharamkan lelaki bagi lelaki. Kena jagalah hukum itu. Kena takutlah dengan Allah. Jangan ikut nafsu serakah sahaja.

 

وَلا تُخزونِ في ضَيفي

dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini.

Dan baginda merayu mereka supaya jangan malukan baginda depan tetamu baginda. Janganlah buat tidak patut kepada mereka. Mereka itu tetamu dan sepatutnya tetamu itu dihormati bukan disakiti dan diganggu.

 

أَلَيسَ مِنكُم رَجُلٌ رَشيدٌ

Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?”

Akhir sekali baginda tanya mereka: tidak adakah di kalangan kamu yang jenis cerdik pandai? Tidak adalah yang guna akal sikit?


 

Ayat 79: Ini respons dari kaum lelaki itu.

قالوا لَقَد عَلِمتَ ما لَنا في بَناتِكَ مِن حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعلَمُ ما نُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “You have already known that we have not concerning your daughters [i.e., women] any claim [i.e., desire], and indeed, you know what we want.”

(MALAY)

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki”.

 

قالوا لَقَد عَلِمتَ ما لَنا في بَناتِكَ مِن حَقٍّ

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; 

Mereka mengingatkan Nabi Luth yang mereka dari dulu tidak suka kepada perempuan. Mereka tidak ada selera dengan kaum wanita.

 

وَإِنَّكَ لَتَعلَمُ ما نُريدُ

dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki”.

Dan mereka tidak mahu cakap banyak. Mereka kata Nabi Luth pun dah tahu apa yang mereka inginkan, maka serahlah sahaja.


 

Ayat 80:

قالَ لَو أَنَّ لي بِكُم قُوَّةً أَو آوي إِلىٰ رُكنٍ شَديدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “If only I had against you some power or could take refuge in a strong support.”

(MALAY)

Luth berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)”.

 

قالَ لَو أَنَّ لي بِكُم قُوَّةً

Luth berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan

Nabi Luth a.s. mengeluh: kalaulah sekiranya baginda ada kekuatan untuk melawan mereka, menahan kehendak mereka, nescaya baginda akan lawan mereka. Ini menunjukkan bahawa Nabi Luth dalam keadaan lemah kalau dibandingkan dengan mereka. Kalau nak pakai kekuatan, memang baginda akan kalah.

Baginda bukanlah dari kalangan keluarga yang ada kedudukan. Kerana itulah di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan melalui jalur Muhammad ibnu Amr ibnu Alqamah, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَى لُوطٍ، لَقَدْ كَانَ يَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ -يَعْنِي: اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ -فَمَا بَعَثَ اللَّهُ بَعْدَهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا فِي ثَرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ”

Rahmat Allah terlimpahkan kepada Lut, sesungguhnya dia telah berlindung di bawah naungan pilar yang kuat, yakni Allah Swt. Maka tidak sekali-kali Allah mengutus seorang nabi sesudahnya, melainkan berasal dari kalangan terhormat kaumnya.

Maknanya selepas Nabi Luth a.s, para Nabi yang dibangkitkan adalah dari kalangan mereka yang ada kedudukan dalam masyarakat. Sampaikan umat tidak boleh nak buat suka-suka dengan mereka. Lihatlah Nabi Muhammad dari bangsa Quraish yang dari keturunan pemimpin kaum. Oleh itu Arab Mekah tidak boleh buat sewenangnya dengan baginda.

 

أَو آوي إِلىٰ رُكنٍ شَديدٍ

atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat

atau sekiranya aku ada penyokong, aku akan tangkap kamu. آوي run away to save himself from them. رُكنٍ portion. any part of the city that is strong. if i can find some fort, that i can locked myself, it would be so good. that nation overwhelved him.


 

Ayat 81:

قالوا يا لوطُ إِنّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلوا إِلَيكَ ۖ فَأَسرِ بِأَهلِكَ بِقِطعٍ مِنَ اللَّيلِ وَلا يَلتَفِت مِنكُم أَحَدٌ إِلَّا امرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُ مُصيبُها ما أَصابَهُم ۚ إِنَّ مَوعِدَهُمُ الصُّبحُ ۚ أَلَيسَ الصُّبحُ بِقَريبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They [the angels] said, “O Lot, indeed we are messengers of your Lord; [therefore], they will never reach you. So set out with your family during a portion of the night¹ and let not any among you look back – except your wife; indeed, she will be struck by that which strikes them. Indeed, their appointment is [for] the morning. Is not the morning near?”

  • i.e., sometime before dawn.

(MALAY)

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang melihat ke belakang, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?”.

 

قالوا يا لوطُ إِنّا رُسُلُ رَبِّكَ

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu,

Sekarang barulah para malaikat itu berkata memberitahu yang mereka itu sebenarnya adalah malaikat utusan Allah.

 

لَن يَصِلوا إِلَيكَ

sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu,

Oleh kerana itu, jangan takut kepada kaumnya itu. Mereka tidak akan sampai dapat membahayakan baginda. Kerana para malaikat sedang ada bersama baginda dan pengikut baginda.

 

فَأَسرِ بِأَهلِكَ بِقِطعٍ مِنَ اللَّيلِ

sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam

Malaikat menyuruh baginda bawa ahli keluarga baginda dan pengikut baginda yang beriman pada malam hari. Ahli keluarga yang dimaksudkan adalah anak perempuan baginda. Selamatkan diri di hujung malam. Tapi kena cepat keluar. Kalimat بِقِطعٍ مِنَ اللَّيلِ bermaksud ‘sebahagian dari malam’ dan mereka cuma ada waktu itu sahaja lagi kerana sudah lewat dah. Malaikat beritahu ini pun sudah lewat dah. Mereka tidak ada sepanjang malam untuk melarikan diri mereka.

 

وَلا يَلتَفِت مِنكُم أَحَدٌ

dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang melihat ke belakang,

Mereka dinasihatkan supaya jangan menoleh, jangan berpaling ke belakang. Ini adalah kerana takut nanti ada sifat kesian belas kepada mereka yang akan ditimpa azab.

Ataupun, kalau kamu lihat apa yang terjadi kepada kaum mereka yang degil itu, mereka akan terganggu seumur hidup. Akan terbayang sahaja azab yang amat teruk itu.

 

إِلَّا امرَأَتَكَ

kecuali isterimu. 

Bawa semua keluarga baginda kecuali isteri baginda sendiri. Kerana beliau tidak beriman dan bersekongkol dengan peliwat-peliwat itu. Dialah yang memberitahu mereka yang ada tetamu lelaki tampan di rumahnya.

 

إِنَّهُ مُصيبُها ما أَصابَهُم

sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; 

Azab yang akan dikenakan kepada mereka akan kena subuh pagi esok.

 

أَلَيسَ الصُّبحُ بِقَريبٍ

bukankah subuh itu sudah dekat?”.

Dan bukankah subuh dah dekat? Waktu malaikat memberitahu apa yang akan terjadi, sudah dekat waktu subuh dah. Masa untuk mereka melarikan diri sudah dekat sangat. Jangan berlengah nak bawa barang banyak pula. Kena gerak dengan segera.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s