Tafsir Surah Insyiqaq Ayat 16 – 25 (Fasa kehidupan)

Ayat 16: sumpah tentang keadaan hari kiamat.

فَلا أُقسِمُ بِالشَّفَقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I swear by the twilight glow

(MALAY)

Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja,

 

Kalimah فَلا dinamakan fa fasihah. Setelah diterangkan semua ayat-ayat dan disentuh berbagai perkara sebelum ini, sekarang adalah kesimpulan kepada perkara-perkara itu. Allah nak terangkan perkara yang amat penting, maka Allah gunakan qosam (sumpah) untuk memberi penekanan itu.

Kalimah فَلا boleh ditafsirkan sebagai maka, tidaklah. Iaitu tidaklah benar sangkaan mereka tentang agama, tentang tidak ada kehidupan selepas kematian. Fahaman mereka itu salah maka mereka kena tinggalkan fahaman salah mereka itu. Janganlah lagi ditipu oleh hawa nafsu dan syaitan. Janganlah lagi ada pemahaman sebegitu.

Seperti yang kita telah sebut, Allah bersumpah dalam ayat ini. Allah bersumpah demi mega merah apabila matahari telah terbenam. Inilah waktu maghrib.

Dalam ayat-ayat lain dan surah-surah lain, selalunya sumpah yang dimulai dengan kalimat فَلا أُقسِمُ digunakan untuk Quran. Maknanya, selepas digunakan lafaz ini, ayat-ayat seterusnya adalah tentang Quran. Akan tetapi tidak dalam surah ini. Cuma akhir nanti di hujung surah ini baru akan berjumpa dengan isyarat kepada Quran.


 

Ayat 17: Sumpah yang kedua.

وَاللَّيلِ وَما وَسَقَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the night and what it envelops

(MALAY)

dan dengan malam dan apa yang diselubunginya,

 

Dan demi malam dan apa yang ditutupinya. Apabila malam datang, ia menyeliputi semuanya. Dalam ayat sebelum ini, disebut tentang waktu senja mega merah, iaitu dalam waktu maghrib. Sekarang sudah masuh ke waktu malam yang semakin menggelap. Jadi ada kenaikan dari mega merah ke malam yang gelap.


 

Ayat 18: Sekarang waktu semakin menaik lagi. maghrib – malam gelap – keluar bulan.

وَالقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the moon when it becomes full

(MALAY)

dan dengan bulan apabila jadi purnama,

 

Dan bulan apabila menjadi purnama (اتَّسَقَ). Allah menunjukkan proses alam dimana ianya beransur ansur berubah. Dari siang masuk ke malam. Dari bulan sabit ke bulan penuh. Kita boleh lihat sendiri dengna mata kita, bagaimana alam ini melalui banyak peringkat. Ianya sentiasa berubah dari satu keadaan ke satu keadaan lain. Begitulah juga manusia. Terus bergerak ke hadapan, semakin jadi tua. Tidak ada yang jadi muda.


 

Ayat 19: Apabila ada qosam (sumpah) selalunya akan ada jawabul qosam (jawapan kepada sumpah). Kalau manusia bersumpah pun, ada benda yang hendak ditekan. Sebagai contoh, seseorang bersumpah: “Demi Allah, aku tak curi barang itu!” Jadi apakah yang hendak Allah tekankan?

لَتَركَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That] you will surely embark upon [i.e., experience] state after state.¹

  • i.e., various stages, both in this life and in the Hereafter.

(MALAY)

sesungguhnya kamu pasti melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan),

 

Kita sebagai manusia melalui banyak peringkat. Dalam sumpah sebelum ini pun telah diberikan isyarat bagaimana perubahan alam berubah dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Oleh itu, ingatlah yang hidup ini tidak kekal – sentiasa ada perubahan dan akhirnya akan berhenti (mati).

Kalimah لَتَركَبُنَّ dari ركب yang bermaksud menaiki – macam naik kuda. Oleh itu, kita dengan kehidupan ini seperti kita duduk atas escalator, samada kita mahu atau tidak, ianya akan berubah juga. Lihatlah kita dahulu bermula dari perut ibu, kemudian keluar ke dunia semasa kelahiran, kita mula dengan merangkak, akhirnya dapat berjalan, mula belajar bercakap, meningkat dewasa, bekerja, bekeluarga dan terus umur meningkat sehingga akhirnya sampai tidak boleh berdiri tegak. Semua ini tidak dapat dihalang. Dan pasti, akhirnya kita akan mati dan bertemu Tuhan dan kena berdiri depan Allah untuk dipertanggungjawabkan atas segala amalan dan perbuatan kita di dunia ini.

Kalimah طَبَقًا itu boleh diterjemahkan sebagai ‘fasa’ kehidupan. Oleh itu, kita boleh katakan yang kehidupan kita menempuh berbagai-bagai fasa kehidupan. Fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa dewasa, perkerjaan, perkahwinan, keluarga, fasa tua sebelum mati. Dan dalam setiap fasa kehidupan itu, ramai dari manusia yang leka dengan fasanya. Sebagai contoh, semasa fasa persekolahan, sibuk dengan sekolah; semasa fasa pekerjaan, sibuk dengan kerjaya; kemudian sibuk dengan keluarga. Kalau kita tidak sedar dan prihatin dengan agama dan dengan akhirat, kita boleh tenggelam dalam fasa-fasa itu dengan segala keindahan dan kesibukannya.

Atau kalimah طَبَقًا itu juga boleh bermaksud keadaan demi keadaan di akhirat. Bermula dengan kematian, masuk dalam kubur (alam barzakh), mahsyar, Titian Sirat, Syurga atau Neraka.


 

Ayat 20: Apakah peringatan atau teguran dari Allah tentang perkara ini? Apabila sudah disebut tentang fasa-fasa kehidupan kita, apakah Allah tegur kita?

فَما لَهُم لا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So what is [the matter] with them [that] they do not believe,

(MALAY)

Mengapa mereka tidak mau beriman?

 

Kenapakah mereka tidak beriman? Setelah diberikan dengan segala keperluan dalam kehidupan ini, maka kenapa manusia tidak mahu beriman?

Allah telah jawap sebenarnya dalam surah sebelum ini: hati mereka telah ditutup dari beriman kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, maka hati mereka telah dipenuhi dengan karat dari dosa yang mereka telah lakukan. Ini telah disebut dalam Mutaffifeen:14

كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.


 

Ayat 21:

وَإِذا قُرِئَ عَلَيهِمُ القُرآنُ لا يَسجُدونَ ۩

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the Qur’ān is recited to them, they do not prostrate [to Allāh]?

(MALAY)

dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud,

 

Apabila dibacakan Quran, mereka tidak sujud pun. Kita kena faham yang orang Arab biasanya akan sujud kalau sesuatu itu menakjubkan mereka. Dalam Quran pun ada disebut tentang perkara ini. Sebagai contoh, ada kisah bagaimana bulan sujud kepada Nabi Yusuf. Begitu juga dengan kisah para ahli sihir yang sujud kepada Allah setelah mereka kalah dengan Nabi Musa a.s. Pernah ada satu kejadian dimana Rasulullah membacakan Surah an-Najm kepada Musyrikin Mekah. Apabila tamat membaca surah itu, baginda pun sujud dan Musyrikin Mekah pun secara otomatik pun sujud juga! Juga ada kisah bagaimana ada penyair yang sujud kepada penyair yang hebat kerana terpesona dengan syair sampaikan syair yang ditulis itu digantung ke Kaabah.

Jadi ini adalah kebiasaan manusia terutama sekali bangsa Arab. Akan tetapi Allah tegur mereka dalam ayat ini, kenapa mereka tidak sujud dan taat kepada Quran? Mereka masih juga degil tidak mahu ikut panduan yang diberikan dalam Quran walaupun mereka tahu yang Quran itu bukanlah kata-kata biasa. Ramai dari mereka pun sudah terpesona dan sedikit sebanyak sudah yakin yang Quran itu bukan tulisan Nabi Muhammad tapi datang dari Allah. Akan tetapi, mereka tahan diri mereka kerana degil. Hanya orang beriman sahaja yang sujud dan taat kepada ayat-ayat Quran. Sedangkan Musyrikin Mekah berusaha untuk tidak dengar bacaaan Quran dengan tutup telinga dengan jari dan dengan kapas, tahan orang lain dari dengar bacaan Quran, buat bising supaya tenggelam bunyi Quran dan sebagainya.

Oleh kerana mereka tahan diri mereka, nanti Allah akan hijabkan diriNya dari mereka seperti disebut dalam surah sebelum ini.

Nota: ini adalah salah satu dari ayat tilawah. Oleh itu disunatkan untuk kita sujud selepasnya membacanya, samada dalam solat atau tidak.


 

Ayat 22:

بَلِ الَّذينَ كَفَروا يُكَذِّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who have disbelieved deny,

(MALAY)

bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya).

 

Mereka sepatutnya sujud dan taat kepada Quran, tetapi sebaliknya mereka mendustakan Nabi dan apa yang dibawanya. Maksud ‘mendustakan’ adalah mereka kata Nabi berdusta dalam menyampaikan wahyu. Sedangkan dalam hati mereka, mereka tahu yang ianya benar, tapi mereka dustakan juga kerana mereka degil. Kalimah takzib (pendustaan) telah disebut banyak kali dalam surah-surah Juz Amma sebelum ini. Allah ulangi kerana beratnya perbuatan mereka itu.


 

Ayat 23: Ayat takhwif ukhrawi.

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما يوعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh is most knowing of what they keep within themselves.

(MALAY)

Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

 

Allah maha tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Dan kalimah juga dari kalimah وع ي  yang bermaksud kumpul dan simpan. Contohnya kutip batu dan simpan dalam plastik. Yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kumpul dosa. Ini bermaksud Allah lebih mengetahui apa yang mereka kumpulkan (dari amal baik dan amal buruk). Mereka kumpul segala dosa mereka. Mereka himpun banyak-banyak untuk dibawa ke akhirat. Memang mereka sendiri tahu apa yang mereka buat tapi Allah lebih tahu. Kerana manusia selalunya lupa apa yang mereka telah lakukan, tapi Allah takkan lupa.


 

Ayat 24: Kena beritahu kepada mereka, kesan kalau tak mahu bertaubat juga.

فَبَشِّرهُم بِعَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So give them tidings of a painful punishment,

(MALAY)

Maka beri kabar gembiralah mereka dengan azab yang pedih,

 

Berilah kepada mereka berita baik tentang azab yg pedih. Sebagai sinis kepada mereka.

mula ayat ini adalah langit dipecahkan. masa langit dipecahkan itu, maka berilah berita gembira dengan azab.


 

Ayat 25: Ayat tabshir.

إِلَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ لَهُم أَجرٌ غَيرُ مَمنونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for those who believe and do righteous deeds. For them is a reward uninterrupted.

(MALAY)

tetapi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya.

 

Kecuali orang orang yang beramal maka mereka akan mendapat balasan baik yang tidak putus putus. Ini menunjukkan ada harapan lagi kepada mereka jika mereka mahu mengubah diri mereka. Mereka kena bertaubat dari akidah yang salah dan perbaiki amalan mereka. Banyak dari kalangan Musyrikin Mekah itu yang akhirnya masuk Islam, walaupun pada awal Islam, ada antara mereka yang memerangi Nabi dan para sahabat.

Bagi mereka, أَجرٌ غَيرُ مَمنونٍ yang bermaksud: kalau mereka ditakdirkan masuk syurga, mereka tidak akan keluar lagi dah selama-lamanya. Mereka akan kekal dalam syurga. Mereka tidak akan berhenti dari menerima nikmat.

Maka, ayat ini adalah sebagai ajakan kepada Musyrikin Mekah dan mereka yang selama ini tidak beriman, untuk mula mengubah keadaan diri mereka.

Maulana Hadi: insyiqoq

Allahu a’lam. Sambung ke Surah yang seterusnya, Surah Burooj


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 084: Insyiqaq. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s