Tafsir Surah Hud Ayat 54 – 58 (Cabaran Nabi Hud)

Ayat 54:

إِن نَقولُ إِلَّا اعتَراكَ بَعضُ آلِهَتِنا بِسوءٍ ۗ قالَ إِنّي أُشهِدُ اللَّهَ وَاشهَدوا أَنّي بَريءٌ مِمّا تُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We only say that some of our gods have possessed you with evil [i.e., insanity].” He said, “Indeed, I call Allāh to witness, and witness [yourselves] that I am free from whatever you associate with Allāh

(MALAY)

Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu”. Hud menjawab: “Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan saksikanlah olehmu sekalian bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan,

 

إِن نَقولُ إِلَّا اعتَراكَ بَعضُ آلِهَتِنا بِسوءٍ

Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu”.

Kaum Aad tidak dapat terima apa yang disampaikan oleh baginda. Maka mereka telah beri hujah kenapa baginda jadi macam itu. Kononnya setengah ilah-ilah sembahan mereka telah timpakan penyakit gila kepada Nabi Hud. Iaitu jenis penyakit yang menyebabkan gila, tidak boleh berfikir, mengarut dan sebagainya.

Teringat kisah Ustaz Hussein Yee semasa dia masuk Islam. Ibubapa dia takut yang dia kena sampuk, maka mereka telah bawa kepada bapa saudara beliau, seorang bomoh Cina. Maka macam-macam lah yang diberi jampi dan minum air jampi bapa saudaranya itu kerana kononnya untuk mengeluarkan sampuk dari Ustaz Hussein Yee. Begitulah bodoh dan jahilnya Kaum Aad berkenaan Nabi Hud itu. Mereka tidak dapat terima, maka mereka jelaskan keadaan baginda dengan sesuatu yang mereka faham.

Mereka kata Nabi Hud kena sampuk dengan ilah-ilah sembahan mereka itu kerana baginda telah mencela mereka. Sebenarnya Nabi Hud tidaklah mencela, kerana ada larangan dari Allah untuk mencela sembahan orang kafir. Akan tetapi bila Nabi Hud kata roh yang mereka seru itu tidak ada kuasa, mereka kata Nabi Hud seolah-olah mencela roh-roh itu. Sedangkan tidaklah Nabi Hud mencela.

 

قالَ إِنّي أُشهِدُ اللَّهَ

Hud menjawab: “Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah

Nabi Hud menjadikan Allah sebagai saksi bagi akidah baginda. Iaitu baginda tidak melakukan syirik.

 

وَاشهَدوا أَنّي بَريءٌ مِمّا تُشرِكونَ

dan saksikanlah olehmu sekalian bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan,

Dan baginda menjadikan mereka sebagai saksi juga, iaitu baginda membebaskan diri baginda dari amalan dan kepercayaan mereka yang syirik itu. Jangan sekali-kali kata yang baginda ada terlibat dengan mereka.


 

Ayat 55: Sambungan terus dari ayat sebelum ini.

مِن دونِهِ ۖ فَكيدوني جَميعًا ثُمَّ لا تُنظِرونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Other than Him. So plot against me all together; then do not give me respite.

(MALAY)

dari selain-Nya, sebab itu jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.

 

مِن دونِهِ

dari selain-Nya, 

Iaitu mereka melakukan syirik terhadap selain dari Allah. Baginda kata baginda tidak terlibat dengan mereka.

 

فَكيدوني جَميعًا

sebab itu jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku

Baginda disuruh untuk mencabar mereka untuk membuat segala rancangan terhadap aku. Bergabung mereka semua dan tuhan-tuhan pujaan mereka itu untuk merancang apa sahaja perkara buruk terhadap baginda.

 

ثُمَّ لا تُنظِرونِ

dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.

Dan Nabi Hud cabar mereka, selepas mereka buat rancangan untuk menjatuhkan baginda, jangan bertangguh untuk menjalankan rancangan itu. Tak perlu beri peluang kepada baginda untuk bersedia menolak dan menghadapi rancangan jahat mereka itu.

Dalam jawaban Nabi Hud ini terkandung hujah yang mematahkan dan dalil yang pasti yang menunjukkan kebenaran dari apa yang disampaikannya kepada mereka; juga menunjukkan kebatilan dari apa yang mereka kerjakan, yaitu penyembahan mereka kepada berhala-berhala. Padahal berhala-berhala itu tidak dapat memberikan manfaat, tidak pula dapat mendatangkan mudarat, bahkan berhala-berhala itu adalah benda-benda mati yang tidak dapat mendengar, tidak dapat melihat, tidak dapat melindungi, dan tidak dapat memusuhi. Sesungguhnya yang berhak disembah secara murni dan ikhlas hanyalah Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Di tangan kekuasaan-Nyalah kerajaan, dan Dialah yang mengaturnya. Tidak ada sesuatu pun melainkan berada di bawah kepemilikan, pengaruh, dan kekuasaan-Nya; maka tidak ada Tuhan selain Dia, dan tidak ada Rabb selain Dia.


 

Ayat 56: Kenapa baginda tidak takut dengan rancangan mereka itu?

إِنّي تَوَكَّلتُ عَلَى اللَّهِ رَبّي وَرَبِّكُم ۚ ما مِن دابَّةٍ إِلّا هُوَ آخِذٌ بِناصِيَتِها ۚ إِنَّ رَبّي عَلىٰ صِراطٍ مُستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I have relied upon Allāh, my Lord and your Lord. There is no creature but that He holds its forelock [i.e., controls it]. Indeed, my Lord is on a path [that is] straight.”

(MALAY)

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus”.

 

إِنّي تَوَكَّلتُ عَلَى اللَّهِ رَبّي وَرَبِّكُم

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. 

Baginda tidak takut kepada mereka dan rancangan jahat mereka kerana baginda tawakal kepada Allah, bergantung kepada Allah. Kalau sudah bergantung dengan Allah, sudah tidak perlu takut lagi kerana Allah itu adalah Tuhan baginda dan Tuhan mereka juga. Yang mereka puja dan sembah itu bukanlah tuhan, dan tidak dapat melakukan apa-apa pun.

 

ما مِن دابَّةٍ إِلّا هُوَ آخِذٌ بِناصِيَتِها

Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. 

Allah menguasai segala makhluk. Maksud pegang ubun-ubun adalah ‘mengusai’. Pegang kepala mereka dan boleh gerakkan kepada ikut arah mana yang Allah hendak arahkan. Oleh itu, kalau mereka nak buat apa-apa pun, tapi kalau Allah tidak izinkan, ia tidak akan terjadi.

 

إِنَّ رَبّي عَلىٰ صِراطٍ مُستَقيمٍ

Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus”.

Oleh kerana Allah berada atas jalan yang lurus, maka kita kenalah ikut jalan yang lurus. Jalan yang lurus itu adalah dengan hanya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah mengikut apa yang diajar dalam wahyu.


 

Ayat 57:

فَإِن تَوَلَّوا فَقَد أَبلَغتُكُم ما أُرسِلتُ بِهِ إِلَيكُم ۚ وَيَستَخلِفُ رَبّي قَومًا غَيرَكُم وَلا تَضُرّونَهُ شَيئًا ۚ إِنَّ رَبّي عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ حَفيظٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they turn away, [say], “I have already conveyed that with which I was sent to you. My Lord will give succession to a people other than you, and you will not harm Him at all. Indeed my Lord is, over all things, Guardian.”

(MALAY)

Jika mereka berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

 

فَإِن تَوَلَّوا فَقَد أَبلَغتُكُم ما أُرسِلتُ بِهِ إِلَيكُم

Jika mereka berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. 

Ini adalah suruhan Allah kepada Nabi Hud. Kalau mereka masih berpaling juga dari ajakan tauhid selepas baginda memberikan segala hujah kepada mereka dengan membawakan dalil-dalil yang jelas nyata, maka katakanlah sahaja kepada mereka: “aku telah sampaikan apa yang aku kena sampaikan.” Kerana baginda hanya boleh sampaikan sahaja, tidak boleh paksa hati mereka untuk beriman. Baginda disuruh memberitahu yang baginda telah jalankan tugas baginda untuk menyampaikan.

 

وَيَستَخلِفُ رَبّي قَومًا غَيرَكُم

Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; 

Allah akan gantikan mereka dengan kaum lain. Kalau mereka tidak mahu beriman, Allah akan gantikan mereka dengan kaum yang mahu beriman nanti. Itu senang sahaja bagi Allah. Mereka tidak akan kekal lama, lambat laun akan mati juga. Tapi Allah boleh matikan mereka terus dan ganti mereka dengan kaum yang lain yang mahu beriman.

 

وَلا تَضُرّونَهُ شَيئًا

dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun.

Mereka tidak membahayakan Allah sedikit pun dengan syirik mereka itu. Allah tidak memerlukan mereka beriman. Segala perbuatan mereka tidak memberi kesan kepada Allah. Tapi Allah mahu mereka beriman dan tidak redha dengan kesyirikan mereka.

 

إِنَّ رَبّي عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ حَفيظٌ

Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

Allah maha menjaga segala sesuatu. Allah boleh buat apa sahaja yang Dia hendak. Kerana semua dalam jagaannya. Kalau Allah nak tukar mereka dengan kaum lain, malah dengan makhluk lain pun, Allah boleh lakukan.


 

Ayat 58:

وَلَمّا جاءَ أَمرُنا نَجَّينا هودًا وَالَّذينَ آمَنوا مَعَهُ بِرَحمَةٍ مِنّا وَنَجَّيناهُم مِن عَذابٍ غَليظٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our command came, We saved Hūd and those who believed with him, by mercy from Us; and We saved them from a harsh punishment.

(MALAY)

Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Huud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan (pula) mereka (di akhirat) dari azab yang berat.

 

وَلَمّا جاءَ أَمرُنا نَجَّينا هودًا وَالَّذينَ آمَنوا مَعَهُ بِرَحمَةٍ مِنّا

Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Huud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari Kami;

Akhirnya Allah telah memberi azab kepada mereka yang menghancurkan mereka semua sekali. Azab itu dalam bentuk angin yang sangat kuat yang menyebabkan mereka semua jatuh dan mati kerana sejuk sangat. Tapi sebelum azab itu sampai, Allah telah menyelamatkan Nabi Hud dan mereka yang beriman dengan rahmat khas dari Allah. Allah suruh mereka keluar dahulu dari kawasan itu.

 

وَنَجَّيناهُم مِن عَذابٍ غَليظٍ

dan Kami selamatkan (pula) mereka (di akhirat) dari azab yang berat.

Bukan sahaja mereka selamat dari azab di dunia itu, tapi mereka yang beriman akan selamat dari azab di akhirat kelak kerana mereka sanggup beriman walaupun kaum mereka tidak mahu beriman.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s