Tafsir Surah Hud Ayat 50 – 53 (Kisah Nabi Hud a.s.)

Ayat 50: Ini adalah kisah kedua, selepas kisah Nabi Nuh a.s. sebelum ini. Sekarang masuk kepada kisah Nabi Hud a.s. dan kaumnya, Aad. Nama baginda telah diambil sebagai nama surah ini.

Ini juga adalah Dakwa Pertama surah ini. Iaitu ibadat kepada Allah sahaja.

وَإِلىٰ عادٍ أَخاهُم هودًا ۚ قالَ يا قَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ إِن أَنتُم إِلّا مُفتَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to ‘Aad [We sent] their brother Hūd. He said, “O my people, worship Allāh; you have no deity other than Him. You are not but inventors [of falsehood].

(MALAY)

Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka, Huud. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja.

 

وَإِلىٰ عادٍ أَخاهُم هودًا

Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka, Hud.

Nabi Hud diutus kepada kaum Aad. Baginda adalah dari umat itu juga, saudara mereka juga, keturunan mereka juga.

Kaum Aad adalah dari keturunan Nabi Nuh a.s. Dari anak cucu Nabi Nuh, ada yang berkembang biak dan menjadi satu umat yang lain.

 

قالَ يا قَومِ اعبُدُوا اللَّهَ

Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah,

Baginda juga berdakwah untuk ajak manusia kepada ajaran tauhid. Sembahlah Allah sahaja. Inilah Dakwa pertama.

 

ما لَكُم مِن إِلٰهٍ غَيرُهُ

sekali-kali tidak ada bagimu ilah selain Dia. 

Ini adalah kalimah nafi dan ithbat – menafikan ada ilah selain Allah dan ithbat bahawa hanya Allah sahaja ilah. Apabila ada kalimah ما dalam ayat ini, ianya bermaksud Nabi Hud menidakkan fahaman mereka yang ada ilah selain Allah. Maknanya ada perdebatan antara Nabi Hud dan umatnya.

Kita kena faham apakah maksud ‘ilah‘ itu. Ianya adalah tempat sandaran hati manusia. Tidak semestinya ilah itu adalah ‘tuhan’. Kerana ‘ilah’ boleh jadi macam-macam. Sebagai contoh, kalau kita berdoa kepada dzat selain Allah, maka itu adalah ‘ilah’ bagi kita dan ini adalah syirik.

 

إِن أَنتُم إِلّا مُفتَرونَ

Sesungguhnya kamu hanyalah mengada-adakan saja.

Nabi Hud mengatakan umatnya telah reka sendiri atas agama. Mereka kata ada ilah selain Allah. Dan dalam ibadat, mereka reka sendiri ibadat yang tidak ada dalam syarak.

Masalah yang sama juga tentunya dihadapi oleh umat setiap zaman. Ramai yang telah mereka-reka perkara baru dalam agama. Sebagai contoh, mereka reka tentang amalan tawasul – pada mereka, kalau doa terus kepada Allah, Allah tidak makbulkan.


 

Ayat 51:

يا قَومِ لا أَسأَلُكُم عَلَيهِ أَجرًا ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلَى الَّذي فَطَرَني ۚ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O my people, I do not ask you for it [i.e., my advice] any reward. My reward is only from the one who created me. Then will you not reason?

(MALAY)

Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?”

 

يا قَومِ لا أَسأَلُكُم عَلَيهِ أَجرًا

Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini.

Seperti juga Nabi Nuh sebelum ini, Nabi Hud juga menekankan yang baginda tidak minta upah kepada umatnya atas ajar tauhid kepada mereka. Jadi, bukanlah baginda ajak mereka kepada tauhid itu adalah supaya mereka bayar baginda dengan upah harta yang banyak atau sanjung baginda atau beri kedudukan kepada baginda.

 

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلَى الَّذي فَطَرَني

Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku.

Yang baginda harapkan adalah upah dari Allah. Tentunya upah dari Allah itu lebih hebat dan banyak lagi dari apa yang boleh diberikan oleh manusia.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?”

Oleh itu, tidakkah mereka memikirkan yang Nabi Hud ikhlas dalam menyampaikan ajaran tauhid kepada mereka. Baginda mahukan keselamatan untuk umat baginda.

Kita juga, tidakkah mahu memikirkan – kalau Nabi tidak meminta upah dari ajaran agama mereka, tentulah kita yang mengajar agama pun tidak boleh minta upah dari anak murid kita. Kita pun sepatutnya mengharapkan upah pahala dari Allah sahaja. Kerana pahala dari Allah itu lebih besar dari apa yang boleh diberikan oleh manusia. Malangnya, ramai golongan ustaz di negara ini yang menjadikan agama sebagai punca pendapatan mereka.


 

Ayat 52:

وَيا قَومِ استَغفِروا رَبَّكُم ثُمَّ توبوا إِلَيهِ يُرسِلِ السَّماءَ عَلَيكُم مِدرارًا وَيَزِدكُم قُوَّةً إِلىٰ قُوَّتِكُم وَلا تَتَوَلَّوا مُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And O my people, ask forgiveness of your Lord and then repent to Him. He will send [rain from] the sky upon you in showers and increase you in strength [added] to your strength. And do not turn away, [being] criminals.”

(MALAY)

Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa”.

 

وَيا قَومِ استَغفِروا رَبَّكُم

Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu

Nabi Hud mengajar kepada umatnya, hendaklah mereka istighfar dengan tinggalkan fahaman dan amalan syirik yang mereka telah lakukan selama ini. Mereka kena minta maaf dengan lidah dan dengan hati pun kena berhenti dari fahaman syirik itu.

 

ثُمَّ توبوا إِلَيهِ

lalu bertaubatlah kepada-Nya, 

Setelah mereka istighfar, kemudian hendaklah mereka bertaubat. Mereka kena menyesal kerana ada akidah syirik yang lama dan kembali kepada Allah. Kembali dapatkan fahaman yang benar dan amalan yang benar. Kerana ‘taubat’ itu maksudnya ‘kembali’. Kalau kita dapat bayangkan sedang memandu, tiba-tiba perasan yang kita telah salah jalan, maka kita buat u-turn untuk kembali ikut jalan yang betul. Begitu jugalah dengan fahaman akidah. Kalau selepas kita belajar baru tahu yang fahaman yang kita ada selama hari ini adalah salah, maka tinggalkan fahaman itu dan pakailah fahaman yang benar.

 

يُرسِلِ السَّماءَ عَلَيكُم مِدرارًا

nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, 

Nabi Hud memberitahu kelebihan kalau mereka istighfar. Iaitu Allah akan sirami mereka dengan air hujan yang banyak sebagai rezeki. Ini adalah isyarat kepada rezeki yang banyak. Kerana kita sebagai manusia memerlukan rezeki dan isyarat rezeki itu Allah selalu gunakan air hujan sebagai isyarat. Dengan air hujan itu akan menumbuhkan tanam-tanaman dan bintang dapat minum dan membiak.

 

وَيَزِدكُم قُوَّةً إِلىٰ قُوَّتِكُم

dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu,

Dan Allah akan tambah kekuatan baru atas kekuatan mereka yang sudah ada. Mereka akan mendapat nikmat baru lagi di atas nikmat-nikmat yang mereka telah ada.

Ini menjadi dalil bagi kita bahawa kalau kita amalkan istighfar, maka Allah akan beri rezeki yang melimpah-limpah kepada kita.

 

وَلا تَتَوَلَّوا مُجرِمينَ

dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa”.

Dan akhir sekali baginda beritahu mereka supaya jangan berpaling dari tauhid dan jadi musyrik. Dosa yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah dosa syirik.


 

Ayat 53: Adakah Kaum Aad menerima dakwah Nabi Hud?

قالوا يا هودُ ما جِئتَنا بِبَيِّنَةٍ وَما نَحنُ بِتارِكي آلِهَتِنا عَن قَولِكَ وَما نَحنُ لَكَ بِمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O Hūd, you have not brought us clear evidence, and we are not ones to leave our gods on your say-so. Nor are we believers in you.

(MALAY)

Kaum ‘Ad berkata: “Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu.

 

قالوا يا هودُ ما جِئتَنا بِبَيِّنَةٍ

Kaum ‘Ad berkata: “Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata,

Mereka menuduh Nabi Hud tidak tunjukkan pun sebarang bukti sebagai dalil kenabian baginda. Mereka telah tutup penglihatan dan pendengaran mereka dari percaya kepada dalil yang telah dibawa oleh Nabi Hud a.s.

 

وَما نَحنُ بِتارِكي آلِهَتِنا عَن قَولِكَ

dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu,

Dan mereka kata mereka tetap tidak akan tinggalkan ilah-lah yang mereka sembah dan puja itu hanya dengan kata-kata dari Nabi Hud yang mereka tidak terima itu.

 

وَما نَحنُ لَكَ بِمُؤمِنينَ

dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu.

Dan mereka bertegas yang mereka tidak akan percaya kepada Nabi Hud dan apa yang disampaikan oleh baginda.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s