Tafsir Surah Tawbah Ayat 123 – 126 (Quran menambah iman)

Ayat 123: Ini adalah pengulangan Maksud/Dakwa surah.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا قاتِلُوا الَّذينَ يَلونَكُم مِنَ الكُفّارِ وَليَجِدوا فيكُم غِلظَةً ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, fight those adjacent to you of the disbelievers and let them find in you harshness. And know that Allāh is with the righteous.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertakwa.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا

Hai orang-orang yang beriman, 

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Kalau mengaku beriman, maka kena beri perhatianlah.

 

قاتِلُوا الَّذينَ يَلونَكُم مِنَ الكُفّارِ

perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu,

Orang-orang mukmin diberi arahan, hendaklah memerangi orang-orang kafir yang berdekatan. Maksudnya, jangan langkah, jangan langkau kawasan, kena perangi yang dekat dahulu. Mana yang dekat dengan kita, perangi dan jatuhkan mereka dahulu. Kerana itulah Rasulullah Saw. mulai memerangi kaum musyrik di Jazirah Arabia terlebih dahulu.

Setelah selesai dari mereka, maka Allah memberikan kemenangan kepada Rasul-Nya atas kota Mekah, Madinah, Taif, Yaman. Yamamah, Hajar, Khaibar, dan Hadramaut serta lain-lainnya dari daerah-daerah yang terdapat di dalam Jazirah Arab. Dan orang-orang dari seluruh kabilah Arab Badwi mulai masuk ke dalam agama Allah (Islam). Kemudian Rasulullah Saw. mulai memerangi golongan Ahli Kitab. Untuk itu baginda membuat persiapan untuk berperang melawan Kerajaan Rom yang merupakan daerah yang paling dekat dengan Jazirah Arab; dan mereka adalah orang-orang yang lebih utama untuk mendapat dakwah Islam, mengenangkan mereka adalah Ahli Kitab. Hal ini telah dilakukan oleh Nabi Saw. sampai di Tabuk. Kemudian baginda kembali pulang kerana melihat keadaan kaum muslim yang dalam kesusahan, keadaan negara yang sedang kemarau dan kehidupan yang sempit. Hal ini terjadi pada tahun sembilan Hijriah.

Tapi kena faham yang ini adalah ayat di masa perang. Ini adalah semasa telah diberikan peringatan kepada penduduk syirik selepas pengumuman di waktu Haji Akbar itu. Dan selepas itu semasa waktu peperangan. Tapi sekarang tidak lagi. Sekarang kita ada perjanjian dengan penduduk-penduduk kafir di sekitar kita. Kalau mahu berperang dengan mereka, maka ada waktu-waktu tertentu. Iaitu kalau mereka menyerang kita atau mereka halang kita dari berdakwah di negara mereka. Tidaklah boleh terus serang mereka. Kalau betul hendak serang, kenalah kita batalkan perjanjian damai antara mereka dahulu. Dan kenalah ada khalifah. Sekarang, khalifah pun tidak ada. Kena bangkitkan pemerintah berkhalifah dahulu dan untuk bangkitkan, kenalah masyarakat yang kenal agama. Dan untuk ada masyarakat kenal agama, kenalah ada pengajian yang berterusan dan banyak. Dan kena mulakan dengan pengajian tafsir Quran dahulu. Tapi sekarang, tafsir Quran pun tidak ada lagi masyhur di kalangan kita, memang tidak ada harapanlah lagi untuk berperang.

Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah jihad lisan. Iaitu menyampaikan dakwah kepada masyarakat sekitar kita. Kena sampaikan Islam dan berikan pemahaman Islam yang benar kepada orang kafir.

 

وَليَجِدوا فيكُم غِلظَةً

dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu,

Waktu perang itu, biarkan puak kafir itu merasakan kekerasan yang ada dengan kita. Biar mereka tengok orang Islam keras, bukan lembut dan boleh diambil peluang. Waktu itu, berikan peluang kepada mereka supaya mereka buat keputusan samada masuk Islam atau lari jauh dari tempat mereka. Ini penting kerana kalau berlembut dalam waktu perang, tak jadi. Biarkan mereka takut dengan kita.

Kerana sesungguhnya orang mukmin yang kamil ialah orang yang lemah lembut terhadap saudaranya yang mukmin dan keras terhadap musuhnya yang kafir  seperti yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam firman Nya:

{فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ}

Maka Kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir. (Al-Maidah: 54)

Tapi dalam keadaan aman sekarang, kenalah kita menunjukkan sikap yang baik dengan mereka. Kerana kita hendak berdakwah kepada mereka.

 

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ

dan ketahuilah, bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertakwa.

Dan kita kena yakin yang Allah bersama golongan bertaqwa. Jangan takut untuk berperang dengan golongan kufar.

Walaupun ayat ini tidak dapat diamalkan sekarang, tapi kena juga diajar kepada semua. Supaya semua boleh faham tentang keperluan adanya peperangan. Memang keadaan aman damai sekarang di negara, tidak ada peperangan fizikal, tapi kita tidak tahu keadaan di masa hadapan. Ada negara-negara yang berada dalam keadaan perang pun sekarang. Maka, ayat-ayat ini terpakai untuk mereka. Negara-negara yang ada peperangan itu pun, mereka pun tidak sangka yang negara mereka akan ada peperangan sebegitu sekali, tapi takdir Allah tidak ada sesiapa yang boleh jangka.


 

Ayat 124: Ayat tabshir.

وَإِذا ما أُنزِلَت سورَةٌ فَمِنهُم مَن يَقولُ أَيُّكُم زادَتهُ هٰذِهِ إيمانًا ۚ فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا فَزادَتهُم إيمانًا وَهُم يَستَبشِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whenever a sūrah is revealed, there are among them [i.e., the hypocrites] those who say, “Which of you has this increased in faith?” As for those who believed, it has increased them in faith, while they are rejoicing.

(MALAY)

Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira.

 

وَإِذا ما أُنزِلَت سورَةٌ فَمِنهُم مَن يَقولُ أَيُّكُم زادَتهُ هٰذِهِ إيمانًا

Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?”

Ini adalah kata-kata kutukan dari golongan munafik. Apabila diturunkan mana-mana surah yang baru, ada antara orang-orang munafik itu berkata: siapa antara kamu yang dengan sebab ayat ini turun, bertambah imannya? Mereka mempersendakan ayat-ayat Quran yang diturunkan. Mereka telah tertutup hati mereka sampai ayat-ayat itu tidak memberi kesan pun kepada mereka. Padahal, sebenarnya setiap surah, setiap ayat akan menambah keimanan. Mereka yang beriman dan mahu mencari kebenaran, tidak akan jemu untuk mempelajarinya. Mereka akan baca berulang-ulang sampai ke mati.

Begitulah, kalau kita baca ayat-ayat Quran dan langsung tidak terkesan kepada hati kita, kita kena tanya diri sendiri: Adakah aku ini munafik?

 

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا فَزادَتهُم إيمانًا

Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, 

Allah jawap: adapun orang yang sudah beriman sebelum ini, maka surah yang baru mereka dengar akan menambah iman mereka. Mereka memang sudah beriman, dan ayat baru itu akan menambah iman mereka lebih dari kelmarin. Memang berlainan dengan orang munafik yang tidak rasa apa-apa. Kerana iman mereka pun memang tidak ada dari mula pun.

 

وَهُم يَستَبشِرونَ

dan mereka merasa gembira.

Dan mereka sangat gembira dengan pertambahan dalaman mereka. Mereka dapat rasa iman mereka bertambah dan mereka semakin suka. Ada ilmu baru yang mereka tahu. Ini macam orang yang baru belajar tafsir, lagi lama lagi suka belajar tafsir kerana semakin banyak yang mereka faham. Dan ada permasalahan dalam diri mereka yang diperjelaskan.

Mereka gembira dengan Quran itu dan mereka selalu membaca dan mengkajinya. Tapi malangnya, ramai dari kalangan kita yang buat tidak kisah sahaja dengan Quran ini.

Ayat yang mulia ini merupakan dalil yang paling besar yang menunjuk­kan bahawa iman itu dapat bertambah dan dapat berkurang, seperti yang dikatakan oleh mazhab kebanyakan ulama Salaf dan ulama Khalaf dari kalangan para imam ulama. Bahkan bukan hanya seorang ada yang meriwayatkan pendapat ini sebagai suatu kesepakatan. Masalah ini diterangkan pada permulaan Syarah Imam Bukhari rahimahallah.


 

Ayat 125: Allah bandingkan orang mukmin dengan orang munafik:

وَأَمَّا الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ فَزادَتهُم رِجسًا إِلىٰ رِجسِهِم وَماتوا وَهُم كافِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for those in whose hearts is disease, it has [only] increased them in evil [in addition] to their evil.¹ And they will have died while they are disbelievers.

  • Literally, “filth,” i.e., disbelief and hypocrisy.

(MALAY)

Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.

 

وَأَمَّا الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ

Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit,

Iaitu orang yang dalam hatinya ada penyakit nifaq. Mereka hanya menunjukkan pada luaran yang mereka itu muslim tapi hati mereka tidak ada iman. Mereka itu jenis yang nak belajar pun tidak suka.

 

فَزادَتهُم رِجسًا إِلىٰ رِجسِهِم

maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka,

Mana-mana surah yang diturunkan akan menambah keburukan dan kekafiran untuk mereka. Dari mula lagi mereka dah tolak ayat-ayat itu, dan semakin turun ayat lagi mereka tolak. Mereka sudah ada sangsi pada ayat-ayat Allah, dan semakin banyak ayat yang turun, semakin bertambah kesangsian mereka. Mereka sudah ada keburukan pada diri mereka dan keburukan itu bertambah-tambah lagi. Mereka semakin teruk dan semakin teruk lagi.

Kalau zaman sekarang, ada orang yang tidak faham ayat-ayat Quran. Apabila mereka baca mana-mana ayat Quran, mereka tidak dapat terima kerana akal mereka tidak dapat menerimanya. Semakin banyak ayat yang dibaca, semakin menambah kekeliruan mereka kerana mereka tidak faham langsung. Maka kenalah belajar dengan benar, supaya apabila mereka faham sesuatu ayat, tidaklah mereka rasa sangsi. Mungkin mereka tidak faham maksud ayat itu lagi, tapi mereka yakin dalam hati mereka yang tentu ianya adalah kebenaran. Maka, carilah tempat belajar yang mengajar tafsir dengan benar.

 

وَماتوا وَهُم كافِرونَ

dan mereka mati dalam keadaan kafir.

Keburukan mereka itu bertambah, sampai akhirnya mereka mati dalam akidah kafir kepada Allah. Ini amat malang sekali kerana mereka sudah duduk dalam suasana Islam, tapi mereka tidak ambil peluang.


 

Ayat 126: Kedegilan orang munafik tidak pergi ke mana.

أَوَلا يَرَونَ أَنَّهُم يُفتَنونَ في كُلِّ عامٍ مَرَّةً أَو مَرَّتَينِ ثُمَّ لا يَتوبونَ وَلا هُم يَذَّكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they not see that they are tried every year once or twice but then they do not repent nor do they remember?

(MALAY)

Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?

 

أَوَلا يَرَونَ أَنَّهُم يُفتَنونَ في كُلِّ عامٍ مَرَّةً أَو مَرَّتَينِ

Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun,

Tidakkah mereka tengok sendiri yang mereka sentiasa diuji oleh Allah pada setiap tahun, dengan musibah. Dalam setahun sekali atau dua kali mereka akan diuji dengan perkara yang berat. Mereka yang tidak beriman pun kena uji juga. Ujian di dunia itu dikenakan kepada mereka sebelum masuk neraka. Nanti apabila mereka masuk neraka, lagi teruk azab yang akan dikenakan kepada mereka.

Kalau orang beriman, ujian atau musibah yang dikenakan adalah sebagai penyuci dosa. Tapi musibah yang dikenakan kepada orang kafir dan orang munafik itu adalah sebagai azab untuk mereka. Dan musibah itu sepatutnya merendahkan mereka untuk mereka menilai kembalt apakah fahaman mereka yang salah. Sepatutnya, selepas kena musibah itu, mereka kembali kepada iman yang telah ada dalam diri manusia sebagai sebahagian dari fitrah mereka.

 

لا يَتوبونَ وَلا هُم يَذَّكَّرونَ

dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?

Akan tetapi, mereka tidak juga mahu bertaubat, tidak mahu mengambil pengajaran. Tidak juga mahu mendekati wahyu dari Quran. Maknanya, mereka tidak mengambil pengajaran dari musibah yang berlaku.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s