Tafsir Surah Infithar Ayat 10 – 19 (Malaikat penulis amalan)

Ayat 10: Segala perbuatan kita semasa di dunia ini akan membawa kesan di akhirat kelak. Kerana segala perbuatan kita akan ditulis dan direkod.

وَإِنَّ عَلَيكُم لَحافِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, [appointed] over you are keepers,¹

  • Angels who preserve the deeds of men in records.

(MALAY)

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu),

Allah memberitahu kita yang ada malaikat yang menjaga kitab amalan kita. Kalimah ‘hafiz’ selalunya digunakan untuk maksud ‘menjaga’. Tetapi ini bukanlah konsep ‘guardian angels’ itu yang jaga kita dari kemalangan, kesusahan dan sebagainya. Ayat ini tentang malaikat yang menulis segala amalan yang kita lakukan – samada baik atau buruk. Dari Surah an-Naba’ lagi telah disebut dengan berbagai jenis malaikat. Ada yang mencabut nyawa, ada yang menulis wahyu, ada yang menyampaikan wahyu, dan sekarang Allah menyebut tentang malaikat yang menulis segala amal perbuatan kita.


Ayat 11: Bagaimanakah sifat para malaikat yang menulis amalan kita itu?

كِرامًا كاتِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Noble and recording;

(MALAY)

yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu),

Mereka adalah makhluk yang mulia dan boleh dipercayai. Yang menjalankan tugas mereka dengan tepat. Mereka tetap jalankan tugas mereka sepanjang masa. Mereka jujur dalam menjalankan tugas mereka dan kalau mereka tulis perbuatan buruk kita, bukanlah kerana mereka tidak suka kita, hendak menyusahkan kita dan sebagainya, tidak sama sekali. Mereka tulis kerana hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Dan mereka tentunya amat jujur dalam tugas mereka. Mereka itu mulia dan jujur, sampai mereka tidak dapat dirasuah.

Dan mereka akan tetap menulis apa sahaja yang kita lakukan. Mereka akan sentiasa mencatat baik atau buruk amalan kita. Kalimah كاتِبينَ digunakan dalam isim fa’il (pembuat) dalam ayat ini, bukan fi’il (katakerja) pun. Maknanya, itu sudah menjadi sifat mereka – tetap menulis. Maknanya, mereka tetapi tidak berhenti menulis. Oleh kerana mereka itu malaikat, mereka tidak ambil cuti rehat, cuti sakit dan sebagainya. Dan kerana mereka pun tidak makan dan minum, mereka tak ambil masa untuk rehat pun. Sepanjang masa mereka akan menulis.


Ayat 12:

يَعلَمونَ ما تَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They know whatever you do.

(MALAY)

mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Mereka tahu apa sahaja yang kita lakukan. Tak boleh mengelak. Kalau manusia yang jaga, mungkin ada yang tertinggal. Dan kalau manusia yang jaga, kita boleh lari-lari lagi bagi orang yang tulis itu tidak nampak. Tapi Allah kata malaikat yang menulis itu tahu segala apa yang kita lakukan.

تَفعَلونَ dari kalimah فعَل yang bermaksud semua perbuatan kita samada kita buat secara sedar ataupun tidak. Malaikat tulis semua sekali sebab dia tak tahu niat kita semasa melakukannya, mungkin ikhlas dan mungkin tidak. Mereka tidak dapat membaca apa yang dalam hati kita, jadi malaikat tidak tahu niat kita semasa melakukan apa-apa sahaja. Ada kisah bagaimana seorang manusia hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi dia tidak jadi buat. Dan Allah suruh malaikat tulis perbuatan itu walaupun kita tidak buat kerana kita sudah ada niat.

Dan ada kisah bagaimana manusia telah melakukan perbuatan yang baik tapi Allah musnahkan perbuatan itu. Apabila malaikat tanya kenapa, Allah jawap kerana orang itu buat bukan dengan niat yang baik.


Ayat 13: Ayat tabshir. Apakah kesan dari segala perbuatan kita itu?

إِنَّ الأَبرارَ لَفي نَعيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will be in pleasure,

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan,

Orang-orang yang berbakti adalah mereka yang banyak perbuatan amal yang baik. Mereka  sesungguhnya akan berada dalam kenikmatan. Segala perbuatan baik mereka akan ditulis oleh para malaikat yang menjaga Kitab Amalan. Setelah mereka mati, di dalam kubur lagi mereka akan dilihatkan dengan tempat tinggal mereka di syurga. Waktu itu lagi mereka sudah dapat nikmat kegembiraan. Di Mahsyar pula mereka akan berada di bawah lindungan Ilahi.

Akan tetapi itu di akhirat nanti. Bagaimana pula semasa di dunia? Dalam bahasa yang digunakan dalam ayat ini, kalimat لَفي نَعيمٍ adalah dalam bentuk present tense, bukan future tense. Ini adalah kerana ayat ini adalah jumlah ismiah (kerana dan jumah ismiah katanama الأَبرارَ) digunakan dalam present tense dan future tense, tapi selalunya dalam present tense. Maknanya, mereka yang baik itu sudah berada dalam nikmat dah pun. Kerana tidak disebut pun ianya untuk syurga sahaja atau disebut ‘akan’ mendapat nikmat – tapi terus disebut berada dalam nikmat. Dan kalau mereka dalam nikmat sekarang, apakah nikmat itu? Nikmat yang terbesar adalah nikmat hidayah. Dan mereka mereka yang الأَبرارَ sedang menikmati nikmat hidayah. Kerana mendapat hidayah ini adalah satu nikmat sebenarnya, cuma samada kita perasan atau tidak.

Dan kalimah نَعيمٍ adalah ‘nikmat yang berterusan’ – jadi mereka sedang menikmati nikmat hidayah itu, mereka akan berterusan mendapat nikmat di Mahsyar dan di syurga nanti. Inilah yang kita hendak, bukan?

Puak kafir dari dulu sampai sekarang mengatakan puak Muslim itu gila kerana buat perkara yang tidak menguntungkan dunia mereka. Macam-macam perkara tidak boleh buat, tidak boleh enjoy sangat, tidak boleh menipu, kena solat sampai lima kali sehari dan macam-macam lagi; tapi Allah jawap yang mereka sekarang sedang menikmati nikmat dah. Mereka mengecapi nikmat kemanisan iman itu. Walaupun dalam bentuk kehidupan, mungkin mereka menderita kesusahan fizikal, tapi hati mereka mengecapi nikmat iman dah. Hati mereka tenang dan puas walaupun dari segi fizikal dan harta, kurang pada mata manusia.

الأَبرارَ dari lafaz برر yang bermaksud tanah darat berbeza dengan laut (بحر). Ini adalah isyarat yang mereka berada di atas landasan yang tetap. Kerana kalau darat lebih tetap kalau dibandingkan dengan keadaan di laut, yang belum tentu lagi tetap kerana keadaan gelombang dan bergelora. Jadi, hati الأَبرارَ itu adalah tetap atas iman, hati mereka tidak goyah, tidak kelam kabut dengan kesibukan dunia. Mereka yakin atas iman mereka dan kerana itu hati mereka tenang sentiasa.


Ayat 14: Bagaimana pula dengan mereka yang tidak beriman? Kepada mereka, lain pula. Ayat ini adalah takhwif ukhrawi.

وَإِنَّ الفُجّارَ لَفي جَحيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, the wicked will be in Hellfire.

(MALAY)

dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.

Dan orang kafir yang menjelaskan kekafiran mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. الفُجّارَ bermaksud mereka menjelaskan kekafiran mereka, tidak sorok-sorok pun. Lafaz الفُجّارَ ini adalah dalam bentuk katanama, buat katakerja. Maknanya mereka telah tetap dalam keadaan itu, tidak berubah-ubah dah lagi. Mereka ini jenis yang sudah tak kisah dengan dosa yang mereka lakukan itu. mereka tidak kisah dan tak malu pun kalau orang tengok mereka buat dosa.

Allah tidak letak pun mereka ‘akan’ dimasukkan ke dalam neraka. Ini seolah-olah mereka sudah berada dalam neraka dah. Nama mereka sudah ada dalam neraka. Kehidupan mereka pun telah menunjukkan yang mereka itu sudah jadi ahli neraka, cuma kita sahaja tidak nampak. Kehidupan mereka tidak tenang, hati mereka kelam kabut, penuh dengan sifat-sifat yang buruk.

Dan Allah tak letak perkataan allazi sebab mereka ni telah tetap kekafiran mereka. Ini berbeza kalau kalimat yang digunakan adalah allazina kafaru. allazina kafaru bermaksud mereka yang sedang melakukan kufur, sedang melakukan perbuatan kufur. Mereka belum lagi jadi kufur sebenar dan masih ada harapan lagi untuk mereka berubah. Kerana mereka sedang melakukan kekufuran tapi mereka mungkin boleh bertaubat dan mengubah sikap mereka. Akan tetapi, kalau kalimah yang digunakan adalah alkaafiru atau الفُجّارَ, itu adalah mereka yang memang tetap melakukan kekufuran, mereka yang telah tetap dalam kufur.

Begitu juga, kalau allazina aamanu, masih rendah lagi kalau dibandingkan dengan mukminuun. kerana itu dalam Quran, kadang-kadang nampak Allah keras dan menegur terhadap allazina aamanu. Sedangkan kalau lafaz yang digunakan adalah mukminoon sahaja, Allah puji sahaja dan tiada teguran, kerana mereka memang telah beriman.


Ayat 15: Apakah balasan bagi mereka? Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi.

يَصلَونَها يَومَ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will [enter to] burn therein on the Day of Recompense,

(MALAY)

Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.

Yang dimaksudkan adalah ‘neraka’. Mereka yang الفُجّارَ itu akan terjerumus ke dalam neraka pada hari akhirat nanti. Mereka akan tergelincir sendiri. Kalimah صلَونَ digunakan apabila seseorang itu terjerumus. Dan dalam bahasa Arab, digunakan khusus untuk masuk dalam api. Neraka Jahanam adalah balasan yang setimpal untuk mereka. Mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka tidak akan peluang untuk keluar dari neraka itu.


Ayat 16: Ini adalah Dakwa surah ini.

وَما هُم عَنها بِغائِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And never therefrom will they be absent.

(MALAY)

Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu.

Dan mereka tidak dapat ‘ghaib’ daripada neraka itu. Neraka adalah merenung tajam kepada mereka dan mereka tidak dapat hilang dari pandangan neraka. Kita telah sebut yang mereka tidak dapat lari dari neraka itu. Tetapi apabila ada ما dan بِ digunakan sekali dalam satu ayat dalam bahasa Arab, ini adalah penolakan yang paling kuat sekali. Maksudnya, mereka bukan sahaja tidak dapat keluar dari neraka, tapi mereka juga langsung tidak dapat nak menyorok pun. Mereka tidak dapat ghaib/hilang dari renungan tajam neraka.

Bayangkan kerana kalau seorang pelajar dalam kelas, ada kemungkinan dia boleh duduk di belakang tiang supaya guru tak nampak. Jadi, walaupun dia ada di dalam kelas itu, tapi seorang pelajar masih boleh lagi menyorok, mungkin dia nak main game atau dia nak tidur atau berangan dalam kelas, kalau kelas itu besar. Tapi dalam neraka, itu pun tidak boleh. Mereka tidak dapat lari dari pandangan neraka pun. Jangan kata dalam neraka, dari mereka duduk dalam kubur pun mereka dah dibuka lubang ke neraka dan ditunjukkan neraka kepada mereka. Ini untuk menakutkan mereka sebelum mereka masuk dalam neraka pun lagi. Sebelum masuk lagi mereka telah dikenakan dengan azab emosi. Kerana terpaksa memandang neraka yang mereka akan masuk.


Ayat 17:

وَما أَدراكَ ما يَومُ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what can make you know what is the Day of Recompense?

(MALAY)

Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

Dan apakah yang membolehkan kamu mengetahui mengenai hari pembalasan itu? dari mana lagi kamu nak dapat tahu? Adakah cara untuk kamu mengetahui Hari Pembalasan itu? Tidak ada cara lain melainkan dengan wahyu Allah ini sahaja.


Ayat 18: Allah ulang sekali lagi kerana nak beritahu betapa besarnya perkara itu. Apabila diulang lagi, ini untuk lebih menakutkan lagi para pembaca.

ثُمَّ ما أَدراكَ ما يَومُ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then, what can make you know what is the Day of Recompense?

(MALAY)

Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

Pengulangan pertanyaan Allah untuk menekankan kepentingan dan beratnya perkara itu. Sebagai contoh, kalau seorang ayah yang marah anaknya, kalau dia marah, dia akan cakap berulang-ulang juga, bukan? Maka, janganlah main-main dengan peringatan Allah ini. Sudah berkali-kali diberi peringatan, maka kenalah beri perhatian. Kalau masih degil lagi, memang ada masalah. Tidak boleh mengadu kata tidak tahu, kerana Allah dah beritahu banyak kali dah.


Ayat 19: Allah terangkan sedikit tentang hari itu.

يَومَ لا تَملِكُ نَفسٌ لِنَفسٍ شَيئًا ۖ وَالأَمرُ يَومَئِذٍ لِلَّهِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is the Day when a soul will not possess for another soul [power to do] a thing; and the command, that Day, is [entirely] with Allāh.

(MALAY)

(Yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.

Pada hari itu seseorang tidak dapat berkuasa atas seorang yang lain. Langsung tidak dapat menolong orang lain. Dalam surah Abasa, telah disebut bagaimana setiap orang akan lari dari orang lain. Mereka akan lari, kalau nak tolong pun, tidak boleh nak tolong. Kerana tidak berkuasa langung untuk membantu. Langsung tidak mempunyai apa-apa kuasa dan tenaga. Dan dalam ayat terakhir surah Takweer juga telah disebut bagaimana manusia tidak ada kuasa langsung.

Keputusan pada hari itu, semuanya akan terpulang kepada Allah. Kita kena mengadap Allah sahaja dan tunggu keputusan dariNya. Puak musyrikin sangka mereka ada orang yang akan jadi peguam mereka, seperti Nabi, wali atau malaikat yang mereka puja dan sembah. Mereka hanya berharap kepada syafaat sahaja. Dan begitulah juga orang kita yang tidak faham tentang tawasul, doa dan syafaat, mereka juga berharap dengan wali, Nabi dan malaikat sahaja. Sebab itu amalan mereka ada pemujaan kepada Nabi dan wali. Mereka sangka akan ada orang lain yang akan menyelamatkan mereka asalkan mereka puja orang itu. Padahal ini adalah fahaman yang salah. Tapi inilah mentaliti mereka yang ada fahaman syirik – mereka tidak mahu mengadap Allah sendiri. Mereka nak serahkan kepada orang lain. Tetapi Allah berkali-kali beritahu dalam Quran yang mereka kena mengadap juga. Tidak akan ada yang akan jagi ‘peguam’ untuk mereka.

Maulana Hadi: At Takwer&Al Infitor

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 082: al-Infithar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s