Tafsir Surah Tawbah Ayat 115 – 117 (ada hati sahabat yang goyang)

Ayat 115:

وَما كانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَومًا بَعدَ إِذ هَداهُم حَتّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم ما يَتَّقونَ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh would not let a people stray after He has guided them until He makes clear to them what they should avoid. Indeed, Allāh is Knowing of all things.

(MALAY)

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

وَما كانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَومًا بَعدَ إِذ هَداهُم

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum,

Apabila Nabi ibrahim telah istighfar untuk ayah baginda, kerana baginda tidak tahu itu adalah perbuatan yang salah, Allah tidak hukum baginda. Kerana baginda belum tahu yang itu adalah salah.

 

حَتّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم ما يَتَّقونَ

sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi.

Dan begitu juga, Allah tidak akan menyesatkan mana-mana kaum dengan sebab salah fatwa, sehinggalah mereka diberi hidayah mana yang perlu jauhi. Maksudnya, kalau buat kesalahan kerana tidak tahu yang ianya salah, maka tidaklah mereka dipersalahkan. Ini adalah kerana mereka belum diberikan dengan hukum itu. Sebelum ayat ini dikeluarkan, ada kalangan para sahabat yang berdoa supaya Allah mengampunkan dosa ibubapa mereka yang musyrik. Waktu itu Allah belum keluarkan hukum lagi memberitahu yang perkara itu tidak dibenarkan. Jadi, kalau dulu perbuatan mereka itu dimaafkan, tapi sekarang tidak lagi dibenarkan.

Akan tetapi, janganlah pula ayat ini dijadikan dalil kalau tidak tahu hukum akan selamat pula. Kalau sekarang kita tidak tahu hukum, itu adalah kerana kejahilan kita. Sedangkan hukum telah lama diberikan, kita sahaja yang tidak tahu kerana tidak belajar.

 

إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah maha mengetahui apakah dalam hati mereka.


 

Ayat 116:

إِنَّ اللَّهَ لَهُ مُلكُ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۖ يُحيي وَيُميتُ ۚ وَما لَكُم مِن دونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, to Allāh belongs the dominion of the heavens and the earth; He gives life and causes death. And you have not besides Allāh any protector or any helper.

(MALAY)

Sesungguhnya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah.

 

إِنَّ اللَّهَ لَهُ مُلكُ السَّماواتِ وَالأَرضِ

Sesungguhnya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi.

Allah adalah pemilik langit dan bumi, iaitu segala alam ini. Apabila segala apa yang wujud ini adalah hakNya, maka Dia boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Termasuk menetapkan hukum.

 

يُحيي وَيُميتُ

Dia menghidupkan dan mematikan. 

Allah boleh buat apa sahaja. Antaranya, Allah boleh menghidupkan dan mematikan.

Ibnu Jarir mengatakan bahawa makna ayat ini mengandung pengertian anjuran dari Allah Swt. kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk memerangi orang-orang musyrik dan pemimpin kekufuran. Dan hendaknyalah mereka percaya akan pertolongan Allah, Raja langit dan bumi; dan janganlah mereka merasa gentar dalam menghadapi musuh-musuh mereka, kerana sesungguhnya tidak ada pelindung bagi mereka dan tidak ada penolong bagi mereka selain Dia.

 

وَما لَكُم مِن دونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah.

Pelindung dan pembantu sebenar adalah Allah. Mungkin dalam dunia ini kita rasa kita bergantung harap kepada keluarga kita kerana mereka rapat dengan kita. Tapi Allah nak beritahu, mereka itu tidak dapat buat apa-apa. Allah lah sahaja pelindung dan pembantu kita, maka kenalah kita bergantung harap kepada Allah semata-mata.


 

Ayat 117: Ayat tabshir.

لَقَد تابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالمُهاجِرينَ وَالأَنصارِ الَّذينَ اتَّبَعوهُ في ساعَةِ العُسرَةِ مِن بَعدِ ما كادَ يَزيغُ قُلوبُ فَريقٍ مِنهُم ثُمَّ تابَ عَلَيهِم ۚ إِنَّهُ بِهِم رَءوفٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has already forgiven the Prophet and the Muhājireen and the Anṣār who followed him in the hour of difficulty after the hearts of a party of them had almost inclined [to doubt], and then He forgave them. Indeed, He was to them Kind and Merciful.

(MALAY)

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,

 

لَقَد تابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ

Sesungguhnya Allah telah memberi taufik kepada Nabi,

Kalimah تابَ dalam ayat ini sebenarnya bukanlah ‘menerima taubat’, tapi maksudnya ‘sentiasa memberi taufik’ untuk menghampirkan diri kepada Allah. Ini adalah kerana maksud asal ‘taubat’ itu kembali kembali pada asalnya. Oleh itu, dalam ayat ini digunakan maksud asalnya, bukan maksud taubat selepas buat dosa.

 

وَالمُهاجِرينَ وَالأَنصارِ الَّذينَ اتَّبَعوهُ في ساعَةِ العُسرَةِ

orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan,

Allah menerima Nabi dan para sahabat untuk sentiasa kembali kepadaNya, hadap diri mereka kepada Allah. Iaitu meninggalkan syirik dan kembali kepada Allah. Allah telah menerima taubat mereka lama dah.

Iaitu mereka yang mengikuti Nabi pada masa yang sangat-sangat susah. Yang dimaksudkan adalah Perang Tabuk. Ini adalah kerana ianya adalah waktu yang amat susah. Kita telah diceritakan sebelum ini tentang susahnya mereka untuk ke sana. Walaupun susah, tapi mereka tetap ikut juga Nabi pada jihad terakhir baginda itu.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Yunus ibnu Abdul A’la, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb, telah menceritakan kepadaku Amr ibnul Haris, dari Sa’id ibnu Abu Hilal, dari Atabah, dari Nafi’ ibnu Jubair ibnu Mut’im, dari Abdullah ibnu Abbas, bahawa pernah ditanyakan kepada Umar ibnul Khattab tentang kisah pasukan Usrah. Maka Umar ibnul Khattab menjawab, “Kami berangkat ke medan Perang Tabuk dengan Rasulullah Saw. di tengah musim panas yang keras. Lalu kami turun istirehat di suatu tempat, kerana saat itu kami mengalami kehausan, sehingga kami merasa seakan-akan leher kami akan terputus (mati kehausan). Sesungguhnya seseorang di antara kami pergi untuk mencari air, tetapi ia tidak mendapatkannya sehingga ia menduga bahwa lehernya terputus. Dan ada seorang lelaki menyembelih untanya, lalu memeras bahagian perut unta yang mengandung air, kemudian meminumnya, lalu sisanya ia siramkan ke dadanya. Maka Abu Bakar berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kebaikan kepadamu dalam berdoa, maka doakanlah buat kami.’ Rasul Saw. bertanya, ‘Apakah kamu suka hal itu?’ Abu Bakar menjawab, ‘Ya.’ Maka Rasulullah Saw. mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. Sebelum beliau menurunkan kedua tangannya, langit menurunkan hujan yang lebat, kemudian keadaan menjadi tenang. Maka mereka memenuhi semua wadah yang mereka bawa dengan air. Kemudian kami berangkat memeriksa, dan ternyata hujan itu tidak melampaui markas pasukan kaum muslim.”

 

مِن بَعدِ ما كادَ يَزيغُ قُلوبُ فَريقٍ مِنهُم

setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, 

Waktu itu, hampir-hampir sebahagian dari hati mereka tergelincir. Dalam riwayat ada lapan nama sahabat yang disebut. Kerana susahnya keadaan mereka waktu itu, ada yang terasa lemah semangat dan meragui kepada agama yang dibawa oleh Rasulullah.

 

ثُمَّ تابَ عَلَيهِم

kemudian Allah menerima taubat mereka itu. 

Walaupun hati mereka ada yang hampir tergelincir, tapi kerana mereka sedar diri mereka, akhirnya Allah terima taubat mereka. Begitulah kalau hati seseorang itu sudah mukmin, tidak ke mana. Kadang-kadang memang mereka ada buat salah, tapi mereka akan kembali kerana mereka cepat sedar.

 

إِنَّهُ بِهِم رَءوفٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,

Allah memberi peluang kepada mereka untuk mengubah keadaan mereka, dan Allah pimpin hati mereka untuk bertaubat, kerana Allah pengasih dan penyayang kepada hambaNya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s