Tafsir Surah Tawbah Ayat 110 – 111 (Perniagaan dengan Allah)

Ayat 110: Ini berkenaan Masjid Dirar yang dibina puak munafik.

لا يَزالُ بُنيانُهُمُ الَّذي بَنَوا ريبَةً في قُلوبِهِم إِلّا أَن تَقَطَّعَ قُلوبُهُم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their building which they built will not cease to be a [cause of] skepticism in their hearts until their hearts are cut [i.e., stopped]. And Allāh is Knowing and Wise.

(MALAY)

Bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, sehingga bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

لا يَزالُ بُنيانُهُمُ الَّذي بَنَوا ريبَةً في قُلوبِهِم

Binaan yang mereka dirikan itu tidak berhenti menjadi punca keraguan dalam hati mereka,

Sentiasalah binaan itu mendatangkan keraguan dalam hati mereka terhadap kebenanaran Islam. Sebagaimana para penyembah anak lembu di masa Nabi Musa, hati mereka dijadikan senang dengan penyembahan mereka terhadap anak lembu itu. Begitulah mereka dengan masjid dirar itu.

Apabila bina masjid, sepatutnya masjid itu dapat mendekatkan manusia kepada Tuhan, tapi masjid mereka menyebabkan mereka jauh lagi dari agama. Ini adalah kerana mereka berbincang di dalamnya bagaimana untuk meruntuhkan agama. Bukannya mereka gunakan untuk mengaji agama dalam masjid pun.

 

إِلّا أَن تَقَطَّعَ قُلوبُهُم

sehingga bila hati mereka itu telah hancur. 

Ianya akan menjadi punca keraguan kepada mereka sehinggalah hancur luluh hati mereka, iaitu apabila dicabut iman dari hati mereka terus. Iaitu apabila hati kena kunci (khatmul qalbi). Ini apabila nifaq tidak dapat dikeluarkan terus dari hati mereka. Seolah-olah kalau satu bahagian badan kita telah telah dijangkiti penyakit sehingga memerlukan anggota badan itu dipotong. Begitulah perumpamaan kepada sifat nifak mereka itu.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah maha mengetahui keadaan dan hati mereka; dan Allah maha tahu dan bijaksana bagaiman menguruskan hal mereka.


 

Ayat 111:

۞ إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ ۚ يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ فَيَقتُلونَ وَيُقتَلونَ ۖ وَعدًا عَلَيهِ حَقًّا فِي التَّوراةِ وَالإِنجيلِ وَالقُرآنِ ۚ وَمَن أَوفىٰ بِعَهدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاستَبشِروا بِبَيعِكُمُ الَّذي بايَعتُم بِهِ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise. They fight in the cause of Allāh, so they kill and are killed. [It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur’ān. And who is truer to his covenant than Allāh? So rejoice in your transaction which you have contracted. And it is that which is the great attainment.

(MALAY)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

 

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموالَهُم

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka

Allah memberitahu yang orang yang berjihad telah diberi kefahaman bahawa usaha dia akan dikira sebagai pahala. Mereka sanggup berjihad kerana mereka dah dapat faham tentang agama. Mereka sanggup mengorbankan diri mereka dan wang ringgit mereka untuk agama Allah. Mereka sanggup untuk berjihad menegakkan agama Allah.

 

بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

dengan memberikan syurga untuk mereka.

Modal para mukmin itu adalah diri dan harta mereka. Dan Allah bayar dengan syurga untuk mereka. Allah telah tukar kepada penjual dari kalangan mukmin, diri mereka dan ambil harta mereka, dengan diberi ganti syurga. Allah memberi perumpamaan dalam ayat ini: orang mukmin sebagai penjual dan Allah sebagai pembeli. Allah beri perumpamaan guna jual beli, kerana manusia faham sangat dengan perumpamaan ini.

Kalau mukmin sebenar, mesti dia akan beri diri dia untuk agama, dan harta dia untuk agama.

Selalunya, dalam kebanyakan ayat-ayat yang lain, disebut harta dahulu baru disebut diri. Tetapi dalam ayat ini, disebut diri dahulu, barulah harta. Kenapa susunan yang lain kali ini? Didahulukan diri kerana bukan semua orang ada harta untuk diberikan untuk berjihad. Akan tetapi, semua orang ada diri mereka. Kerana untuk memperbaiki diri sendiri, kena mulakan dengan diri sendiri dahulu. Sedangkan dalam ayat-ayat jihad yang lain, dimulakan dengan harta, kerana perang memerlukan harta.

Jadi Allah itu pasti. Tapi ramai yang tidak percaya kepada janji ini. Ini adalah kerana jual beli dengan Allah ini bukanlah tunai tapi dalam bentuk hutang. Kerana kita kena beri dulu diri dan harta kita, tapi Allah akan bayar dalam bentuk hutang. Di akhirat nanti baru dibayar dengan syurga. Sedangkan manusia kebanyakannya suka untuk dapat tunai terus, bukan? Bayangkan, kalau kita nak beli rumah, tentu kita nak tengok rumah itu duu, bukan? Kerana kita pun keluarkan duit yang banyak. Tapi rumah yang Allah janjikan di syurga ini tidak dapat dilihat dahulu. Inilah nilai iman. Kena beriman, baru boleh terima perjanjian transaksi ini.

Tapi begitulah ujian dari Allah. Allah nak uji iman kita samada kita boleh percaya atau tidak janji-janjiNya. Dan pulangan untuk percaya dengan janji itu adalah syurga – nikmat yang berkekalan sampai bila-bila.

 

يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ

Mereka berperang pada jalan Allah; 

Mereka yang percaya sungguh-sungguh itu sanggup berperang di jalan Allah.

 

فَيَقتُلونَ وَيُقتَلونَ

lalu mereka membunuh atau terbunuh.

Dan kalau terlibat dalam peperangan, kadang-kadang mereka membunuh musuh Allah dan kadang-kadang terbunuh oleh musuh Allah. Itu adalah ujian yang perlu dilalui. Kalau mereka membunuh dan menang, mereka dapat pahala dan dapat harta ghanimah; dan kalau mereka terbunuh, mereka akan terus dapat masuk ke dalam syurga. Dalam hadis Sahihain disebutkan:

وَتَكَفَّلَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ، لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا جِهَادٌ فِي سَبِيلِي، وَتَصْدِيقٌ بِرُسُلِي، بِأَنْ تَوَفَّاهُ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ، أَوْ يُرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ، نَائِلًا مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ”

Allah menjamin bagi orang yang berangkat berjihad di jalan-Nya, yang tidak sekali-kali ia berangkat melainkan untuk berjihad di jalan-Ku dan membenarkan rasul-rasul-Ku; bahawa jika Allah mewafatkannya, maka Dia akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang ke tempat tinggalnya yang ia berangkat darinya seraya memperoleh pahala yang digondolnya atau ganimah.

 

وَعدًا عَلَيهِ حَقًّا فِي التَّوراةِ وَالإِنجيلِ وَالقُرآنِ

janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. 

Dan janji Allah ini bukan baru sahaja diberikan, tapi telah ada dalam Taurat, dalam Injil dan sekarang dalam Quran. Dan juga telah disebut tentang sifat sanggup berjihad ini dalam kitab-kitab dulu pun – iaitu mereka yang beriman akan mengorbankan diri mereka dan harta mereka. Maknanya sama sahaja yang disampaikan dalam ketiga-tiga agama ini kerana ketiga-tiga agama ini dari langit, agama yang ada kitab. Tidak sama kalau dibandingkan dengan agama lain seperti Buddah, Hindu dan sebagainya yang tidak ada apa. Oleh itulah mereka yang menganut agama-agama itu telah ketinggalan. Akhirnya nanti, mereka sendiri akan rasa malu dengan agama mereka yang tidak ada asas langsung. Itulah sebabnya, lama-lama mereka akan masuk agama yang ada kitab: samada Islam atau Kristian kerana Yahudi tidak benarkan orang luar masuk agamanya. Sebab itu dalam riwayat telah diberitahu yang akhir zaman nanti, kita akan perang dua golongan ini sahaja.

 

وَمَن أَوفىٰ بِعَهدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?

Dan kalau Allah telah berjanji, yakinlah kita yang Allah pasti akan penuhi janji itu. Tidak ada janji yang lebih kuat dari janji Allah. Kerana kalau manusia yang berjanji, belum tentu dia dapat penuhi.

 

فَاستَبشِروا بِبَيعِكُمُ الَّذي بايَعتُم بِهِ

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,

Dan sesiapa yang menepati janji kepada Allah – tukar sungguh diri dan harta mereka dengan syurga Allah, bergembiralah kamu dengan penjualan kamu. Allah bercakap terus dengan mereka sebagai taqrib – mendekatkan diri dengan mereka.

 

وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

dan itulah kemenangan yang besar.

Kalau kita berjaya mendapat apa yang dijanjikan oleh Allah itu, itulah kejayaan yang amat besar sekali.

Allahu a’lam. Sambung dengan ayat seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s