Tafsir Surah Tawbah Ayat 102 – 106 (Mukmin kena pulau)

Ayat 102: Setelah Allah menjelaskan keadaan orang-orang munafik yang tidak ikut berperang kerana tidak suka berjihad, dan mendustakan serta meragu­kannya, maka Allah menerangkan tentang keadaan orang-orang yang berdosa, iaitu mereka yang tidak ikut berjihad kerana malas dan cenderung kepada keadaan yang santai, padahal mereka beriman dan membenarkan perkara yang hak.

وَآخَرونَ اعتَرَفوا بِذُنوبِهِم خَلَطوا عَمَلًا صالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتوبَ عَلَيهِم ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [there are] others who have acknowledged their sins. They had mixed [i.e., polluted] a righteous deed with another that was bad.¹ Perhaps Allāh will turn to them in forgiveness. Indeed, Allāh is Forgiving and Merciful.

  • This refers to their having previously taken part in jihād but having abstained on the occasion of Tabūk.

(MALAY)

Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan amalan yang baik dengan amalan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

 

وَآخَرونَ اعتَرَفوا بِذُنوبِهِم

Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka,

Golongan mukmin juga ada dua golongan: ada orang mukmin yang pernah buat silap. Ini adalah perkara biasa kerana semua manusia ada buat kesalahan, walaupun orang mukmin pun. Kerana kita bukan maksum. Tetapi, orang buat silap yang terbaik adalah sahabat Nabi kerana apabila mereka melakukan kesalahan, mereka terus minta maaf. Mereka mengaku yang mereka ada buat salah dan terus minta ampun. Ada sahabat yang bernama Abu Lubabah yang tidak pergi berjihad di Tabuk, tapi apabila para sahabat pulang dari Tabuk, dia terus masuk masjid dan terus tambat diri dia ke tiang. Dia kata kalau Allah tak ampunkan, dia akan tetapi di situ sampai dia mati kering di situ. Dia telah doa kepada Allah dengan mengaku yang dia telah buat salah. Akhirnya Allah telah maafkan.

Akan tetapi ada golongan kedua yang tidak buat apa. Mereka tetap jumpa Nabi dan mengaku salah kerana telah menangguh untuk pergi jihad sampaikan tidak sempat nak bersedia dan akhirnya tidak dapat pergi jihad. Nabi kata, tunggulah apa keputusan Allah. Selepas itu, Allah turunkan wahyu memberitahu kena pulau mereka itu, jangan tegur mereka langsung. Perkara itu berlangsung selama 40 hari dan tambah 10 hari lagi. Mereka kena dipisahkan dari masyarakat lain termasuk dengan isteri pun kena pisah dari tempat tidur. Selepas seksaan batin itu, barulah Allah zahirkan kemaafan kepada mereka. Mereka juga tidak sorok kesalahan diri mereka, mereka terus terang mengaku dan akhirnya berjaya juga mendapat keampunan.

 

خَلَطوا عَمَلًا صالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا

mereka mencampurbaurkan amalan yang baik dengan amalan lain yang buruk.

Mereka ini walaupun mereka telah buat kesalahan kerana tidak pergi berjihad ke Tabuk, tapi mereka itu bukanlah munafik. Mereka cuma lalai dan leka sahaja. Mereka telah campur amalan baik dan ada yang tidak baik. Yang dimaksudkan amalan tidak baik dalam ayat ini adalah tidak pergi Perang Tabuk.

Ibnu Abbas telah mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: dan (ada pula) orang-orang lain. (At-Taubah: 102) Menurutnya ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Lubabah dan sejumlah orang dari kalangan teman-temannya yang tidak ikut perang dengan Rasulullah Saw. dalam Perang Tabuk. Menurut sebagian ulama, mereka terdiri atas Abu Lubabah dan lima orang temannya. Sedangkan pendapat yang lainnya lagi mengatakan tujuh orang bersama Abu Lubabah, dan menurut yang lainnya lagi adalah sembilan orang bersama Abu Lubabah. Ketika Rasulullah Saw. kembali dari perangnya, mereka meng­ikat diri ke tiang-tiang masjid dan bersumpah bahawa tidak boleh ada orang yang melepaskan mereka kecuali Rasulullah Saw. sendiri. Ketika Allah Swt. menurunkan ayat ini, iaitu firman-Nya: Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka. (At-Taubah: 102) Maka Rasulullah Saw. melepaskan ikatan mereka dan memaafkan mereka.

Maksudnya, mereka mengakui dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap Tuhannya, tetapi mereka mempunyai amal perbuatan lain yang saleh. Mereka mencampurbaurkan amal yang baik dan yang buruk. Mereka adalah orang-orang yang masih berada di bawah pemaafan dan pengam­punan Allah Swt.

Ayat ini sekalipun diturunkan berkenaan dengan orang-orang ter­tentu, tetapi pengertiannya umum mencakup seluruh orang yang berbuat dosa lagi bergelimang dalam kesalahannya, serta mencampurbaurkan amal baik dan amal buruknya, hingga diri mereka tercemari oleh dosa-dosa.

 

عَسَى اللَّهُ أَن يَتوبَ عَلَيهِم

Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. 

Allah berfirman, mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka. Maknanya, ada harapan untuk mereka diampunkan. Dan memang mereka akhirnya telah diampunkan kerana keikhlasan mereka.

 

إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

Allah sanggup menerima permintaan ampun mereka kerana Dia memang bersifat Maha Pengampun dan amat sayang kepada hambaNya.


 

Ayat 103: Sebelum ini telah ada disebut tentang hukum zakat. Sekarang disebut hikmah zakat pula.

خُذ مِن أَموالِهِم صَدَقَةً تُطَهِّرُهُم وَتُزَكّيهِم بِها وَصَلِّ عَلَيهِم ۖ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُم ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Take, [O Muḥammad], from their wealth a charity by which you purify them and cause them increase, and invoke [Allāh’s blessings] upon them. Indeed, your invocations are reassurance for them. And Allāh is Hearing and Knowing.

(MALAY)

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

خُذ مِن أَموالِهِم صَدَقَةً

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka,

Nabi Muhammad disuruh mengambil harta zakat dari mereka yang layak untuk mengeluarkan zakat. Dalam hal ini, jangan susahkan sesiapa. Maksudnya, orang yang keluarkan zakat tidak perlu pergi untuk beri zakat dan orang yang sepatutnya menerima zakat, tidak perlu pergi minta zakat. Oleh itu, kena dilantik orang yang tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin. Dengan cara begini, orang itu tahu dengan siapa dia patut ambil zakat dan siapa yang dia patut bahagikan zakat itu. Inilah cara zaman Nabi dan sahabat.

Dan tugas ini perlu diteruskan oleh khalifah atau pemerintah. Pemerintah kena lantik amil untuk periksa dan ambil zakat dari orang kaya dan beri kepada orang miskin. Oleh itu, orang kaya dan miskin tidak perlu susah nak pergi bayar dan kena ambil zakat. Semua dilakukan oleh amil yang dilantik untuk ambil dan beri. Zaman sekarang sahaja tidak ada amalan ini kerana ilmu dalaman yang lemah. Orang kita termasuk yang menguruskan zakat tidak belajar pun tidak dan tidak tahu perkara ini. Mereka nak belajar pun lemah, sedangkan bukan susah pun.

Allah Swt. memerintahkan Rasul-Nya untuk mengambil zakat dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka melalui zakat itu. Pengertian ayat ini umum, sekalipun sebahagian ulama mengembalikan dhomir yang terdapat pada lafaz amwalihim kepada orang-orang yang mengakui dosa-dosa mereka dan yang mencampurbaurkan amal soleh dengan amal buruknya. Kerana itulah ada sebahagian orang yang enggan membayar zakat dari kalangan orang-orang Arab Badwi kerana mereka kata, pembayaran zakat bukanlah kepada imam, dan hanya khusus bagi Rasulullah Saw. Mereka berhujah dengan firman Allah Swt. yang mengatakan:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka. (At-Taubah: 103), hingga akhir ayat

Mereka kata kalimah خُذْ itu hanya kepada Rasulullah sahaja, jadi apabila Rasulullah sudah tiada, mereka kata tidak perlu bayar zakat lagi kepada khalifah. Pemahaman dan takwil yang salah ini dijawab dengan tegas oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat lainnya dengan memerangi mereka, hingga mereka mahu membayar zakat kepada khalifah.

 

تُطَهِّرُهُم

dengan zakat itu kamu membersihkan

Ini adalah hikmah yang pertama. Zakat itu untuk membersihkan mereka dalam kehidupan harta. Membersihkan harta dari perkara-perkara gharar. Kerana kalau tak ambil zakat itu, harta jadi cemar dan akan menyebabkan susah di akhirat.

Sebagai contoh, katakanlah kita berniaga makanan. Kadang-kadang kita buat silap, buat air minuman tapi lupa letak gula. Maka pelanggan itu tidak jadi minum. Tapi dia bayar juga harga minuman itu. Jadi itu sudah termasuk dalam harta yang gharar; atau kita kerja, tapi ada masa kita tidak bekerja mungkin bersembang atau sibuk dengan perkara lain yang bukan perkara kerja, tapi kita tetap dibayar gaji dan itu lebih dari yang sepatutnya. Maka harta sebegini perlulah dibersihkan.

 

وَتُزَكّيهِم بِها

dan mensucikan mereka

Ini adalah hikmah zakat yang kedua. Dengan pemberian zakat itu, dalam menyucikan hati mereka dari sifat-sifat yang tidak baik – tidak kasihan belas kepada orang; zalim (kerana simpan harta yang hak orang miskin) dan sebagainya;

Jadi kena beritahu kepada manusia kepentingan zakat itu. Kerana ia dapat membersihkan harta kita dan membersihkan hati kita juga.

 

وَصَلِّ عَلَيهِم

dan doalah untuk mereka. 

Ini adalah hikmah yang ketiga. Mendapat doa dari Rasulullah. Oleh itu apabila ambil zakat, doakanlah untuk mereka.

Imam Muslim di dalam kitab Sahih-nya telah meriwayatkan melalui Abdullah ibnu Abu Aufa yang mengatakan bahawa Nabi Saw. apabila menerima zakat dari suatu kaum, maka baginda berdoa untuk mereka. Lalu datanglah ayahku (perawi) dengan membawa zakatnya, maka Rasulullah Saw. berdoa:

“اللَّهُمَّ صَل عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى”

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada keluarga Abu Aufa.

 

إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُم

Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.

Kerana doa baginda itu menteramkan hati mereka. Ini adalah kerana mereka tahu yang doa Nabi memang makbul.

Kalau zaman sekarang, Nabi tidak doakan untuk pemberi zakat lagi. Tapi masih lagi pemberi zakat menerima doa mereka yang menerima zakat itu. Orang yang terima zakat pun kena buat begitu juga: mintakan kelebihan kepada orang yang beri zakat. Janganlah pakai terima sahaja dan makan sahaja harta itu. Ingatlah kepada orang yang memberikan.

 

وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Allah maha mendengar rintihan hati manusia yang memerlukan; Allah maha mendengar doa hambaNya; dan Allah maha mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya.


 

Ayat 104:

أَلَم يَعلَموا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقبَلُ التَّوبَةَ عَن عِبادِهِ وَيَأخُذُ الصَّدَقاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they not know that it is Allāh who accepts repentance from His servants and receives charities and that it is Allāh who is the Accepting of repentance, the Merciful?

(MALAY)

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan bahawasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?

 

أَلَم يَعلَموا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقبَلُ التَّوبَةَ عَن عِبادِهِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya

Kita kena tahu yang Allah sanggup untuk terima taubat kita asalkan kita minta ampun kepada Allah dengan ikhlas. Kita yang kena bertaubat sendiri dan bukan suruh orang lain yang doakan. Jangan jadi macam puak Kristian yang mengadu kepada paderi mereka untuk ampunkan dosa mereka, kalau jadi begitu telah sesat sungguh. Kita yang ada Quran ini janganlah jadi bodoh macam mereka. Dalam ayat ini Allah beritahu yang taubat itu untuk orang yang bersalah dan Allah sahaja yang boleh ampun dosa hamba.

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut tentang doa dari Rasulullah dan kemudian sekarang disebut tentang doa untuk meminta ampun. Allah beritahu yang Dia menerima taubat dari hambaNya. Maknanya, hamba itu yang kena doa sendiri. Jangan berharap kepada doa dan syafaat dari Rasulullah, tapi kenalah doa sendiri untuk minta ampun. Jangan tunggu di akhirat nanti untuk dapat syafaat Nabi, tapi mohonlah ampun kepada Allah semasa di dunia lagi supaya di dunia lagi sudah bersih kita dari dosa. Kenapa nak harapkan syafaat kerana syafaat Nabi itu diberi kepada mereka yang telah masuk ke dalam neraka. Takkan kita nak masuk ke dalam neraka dahulu?

Allah beri soalan retorik: tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah sahaja yang boleh terima taubat dari sekelian hamba? Ini hendak menekankan yang selain Allah tidak boleh terima taubat. Kita kira samada Nabi Isa, tok guru, apa sesiapa sahaja pun, tidak boleh mengampunkan dosa orang. Yang buat salah itulah yang kena bertaubat sendiri.

Dan kita pun tahu yang kita ini selalu buat dosa, tidak sunyi dari buat dosa, maka kenalah selalu minta ampun, istighfar.

 

وَيَأخُذُ الصَّدَقاتِ

dan menerima sedekah 

Dan Allah akan terima pahala sedekah. Kalau kita infak harta kita kepada jalan Allah, Allah akan terima dan Allah akan balas dengan beri balasan pahala yang banyak.

As-Sauri dan Al-A’masy telah meriwayatkan dari Abdullah ibnus Saib, dari Abdullah ibnu Abu Qatadah yang mengatakan bahawa Abdullah ibnu Mas’ud r.a. pernah berkata, “Sesungguhnya sedekah itu diterima di tangan Allah Swt. sebelum sedekah itu diterima oleh tangan peminta.” Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan firman-Nya: Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat. (At-Taubah: 104)

 

وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ

dan bahawasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?

Allah suka terima taubat dari mereka yang bertaubat. Kita kena sedar tentang perkara ini dan semoga kita selalu bertaubat kepada Allah. Berharaplah yang Allah akan terima taubat kita kerana mereka yang diterima taubat tidak diazab lagi di akhirat.


 

Ayat 105:

وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عالِمِ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say, “Do [as you will], for Allāh will see your deeds, and [so will] His Messenger and the believers. And you will be returned to the Knower of the unseen and the witnessed, and He will inform you of what you used to do.”

(MALAY)

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

 

وَقُلِ اعمَلوا

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu,

Dan kamu semua buatlah amalan atas dunia ini. Buatlah amalan kebaikan mulai sekarang. Terutama mereka yang tidak pergi ke Tabuk itu hari. Buatlah amal dengan bersungguh-sungguh.

 

فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم

maka Allah akan melihat pekerjaanmu itu,

Allah akan tengok amalan kamu untuk dihukum nanti samada diterima atau tidak, bagus atau tidak.

 

وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ

Rasul-Nya serta orang-orang mukmin

Rasul juga akan tengok amalan kamu. Baginda akan tengok untuk menilai samada itu amalan mukmin atau tidak.

Para mukmin lain pun akan tengok. Mereka akan tengok untuk tahu adakah ada alamat mukmin pada kamu atau tidak.

 

وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عالِمِ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Dan akhirnya kamu akan dihadapkan kepada Allah yang tahu perkara ghaib dan yang nyata. Dan akan diceritakan balik segala amalan kita, kecil dan besar untuk diberi markah dan dibalas.


 

Ayat 106:

وَآخَرونَ مُرجَونَ لِأَمرِ اللَّهِ إِمّا يُعَذِّبُهُم وَإِمّا يَتوبُ عَلَيهِم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [there are] others deferred until the command of Allāh – whether He will punish them or whether He will forgive them. And Allāh is Knowing and Wise.

(MALAY)

Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; samada Allah akan mengazab mereka dan samada Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

وَآخَرونَ مُرجَونَ لِأَمرِ اللَّهِ

Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; 

Ada pula golongan mukmin yang ketiga yang dilambatkan sedikit pengampunan kepada mereka. Ini lain dengan kumpulan Abu Lubabah yang cepat diterima taubat mereka. Abu Lubabah yang terus mengikat dirinya di tiang masjid itu, Rasulullah terus buka tali beliau. Ini adalah kerana dia spontan beritahu kesalahan dia.

Ada tiga lagi sahabat yang tidak pergi jihad – salah seorangnya adalah Kaab bin Malik. Pengampunan kepada beliau ditangguhkan sehingga keputusan Allah diterima. 50 hari ditangguh. Sepanjang waktu itu, beliau kena pulau kalau dia beri salam pun tidak boleh dijawab. Sampaikan mereka rasa macam duduk negeri lain. Waktu itu memang mereka sedih sangat. Sehinggakan kalau mereka tegur Nabi dan beri salam, Nabi tak layan, tak jawap pun. Dia cuma boleh jeling sahaja kepada Nabi dan nampak Nabi juga jeling kepadanya. Mereka dipulaukan kerana tidak seperjuangan. Dan nak ajar orang lain, jihad dan infak ini bukan perkara biasa, kalau tidak pergi apabila diwajibkan, ianya akan ada kesan. Mereka terus dipulau sampaikan ada orang Kristian ajak mereka masuk agama Kristian dan ikut mereka. Memang Allah tangguhkan taubat mereka tapi Allah terima juga kerana mereka jujur.

Ibnu Abbas, Mujahid, Ikrimah, Ad-Dahhak, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang mengatakan bahawa mereka adalah tiga orang yang tidak ikut berperang. Dengan kata lain, mereka ditangguhkan dari diterima taubat. Mereka adalah Mararah ibnur Rabi’, Ka’b ibnu Malik, dan Hilal ibnu Umayyah. Mereka duduk —tidak ikut berperang dalam Perang Tabuk— bersama orang-orang lainnya yang duduk kerana malas dan cenderung kepada kehidupan yang tenang, santai, dan bermalas-malasan di bawah naungan pohon-pohon kurma yang berbuah.

 

إِمّا يُعَذِّبُهُم وَإِمّا يَتوبُ عَلَيهِم

samada Allah akan mengazab mereka dan samada Allah akan menerima taubat mereka.

Samada Allah akan seksa mereka kerana tidak sertai jihad. Mereka dikenakan dengan balasan itu kerana tidak sertai Perang Tabuk sahaja, sedangkan perang-perang sebelum ini, mereka telah sertai. Maknanya bukanlah mereka itu jenis tidak pergi berjihad.

Dan boleh jadi Allah terima taubat mereka kerana ikhlas. Memang mereka telah bersalah tapi mungkin Allah terima taubat mereka kerana mereka telah mengaku sunguh-sungguh. Akan tetapi, rahmat Allah mengalahkan murka-Nya.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ilmu Allah luas dan Allah maha bijaksana, tahu mengurus hambaNya. Allah tahu hati-hati hambaNya. Keputusan yang Allah lakukan amat bijak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s