Tafsir Surah Tawbah Ayat 100 – 101 (Balasan kepada munafik)

Ayat 100:

وَالسّابِقونَ الأَوَّلونَ مِنَ المُهاجِرينَ وَالأَنصارِ وَالَّذينَ اتَّبَعوهُم بِإِحسانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنهُم وَرَضوا عَنهُ وَأَعَدَّ لَهُم جَنّاتٍ تَجري تَحتَهَا الأَنهارُ خالِدينَ فيها أَبَدًا ۚ ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the first forerunners [in the faith] among the Muhājireen¹ and the Anṣār² and those who followed them with good conduct – Allāh is pleased with them and they are pleased with Him, and He has prepared for them gardens beneath which rivers flow, wherein they will abide forever. That is the great attainment.

  • Those who emigrated from Makkah and settled in Madīnah for the cause of Islām.
  • The inhabitants of Madīnah who had accepted Islām and assisted the Prophet () and other emigrants upon their arrival there. that was bad.

(MALAY)

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

 

وَالسّابِقونَ الأَوَّلونَ مِنَ المُهاجِرينَ وَالأَنصارِ

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar

Sekarang Allah memperkatakan tentang orang Mukmin pula. Mereka ada tiga golongan. Ada yang paling hebat yang tidak dipertikaikan, iaitu golongan yang mula-mula menjadi anak murid Nabi (السّابِقونَ). Merekalah yang mula-mula masuk Islam dari kalangan Muhajirin dan mula-mula masuk Islam dari Ansar. Waktu itu orang lain tidak masuk Islam lagi, merekalah yang mula-mula masuk. Mereka itu betul-betul hendak mendekatkan diri mereka kepada Allah. Mereka itu yang mula belajar Quran, tauhid, beriman dengan Nabi, sebelum orang lain lagi.

Allah tidak sebut ‘orang Mekah’ dan ‘orang Madinah’ sebaliknya menggunakan gelaran Muhajirin dan Ansar. Ini adalah kerana kelebihan mereka itu bukan terletak pada tempat asal mereka. Memang bukan tempat yang penting, tapi hebatnya mereka adalah kerana sifat mereka. Kerana sifat mereka yang meninggikan mereka di sisi Allah. Satu pihak (Muhajirin) mereka sanggup berhijrah ke Madinah kerana menjaga agama mereka dan satu pihak pula (Ansar) sanggup menerima dan membantu golongan yang berhijrah itu.

Mereka tegakkan tauhid supaya orang lain pun kenal Allah juga. Mereka adalah orang yang terawal dalam kalangan masyarakat mereka. Mereka mengambil langkah untuk beriman dan tidak takut dengan kesan dari tindakan mereka itu. Kita juga kadang-kadang berada dalam pihak ini juga. Kerana kadang-kadang dalam kampung kita, dalam keluarga kita, kitalah yang mula-mula sekali mengambil jalan Sunnah. Orang lain pandang serong sahaja. Ada yang kata kita sesat, ada yang kata kita Wahabi. Tapi kita tidak kisah sangat, walaupun sakit hati juga. Tapi kita tetap dengan pendirian kita berpegang kepada tauhid dan Sunnah, tidak kira apa orang kata.

 

وَالَّذينَ اتَّبَعوهُم بِإِحسانٍ

dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,

Kita tidak ada peluang lagi untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah dan tidak berpeluang menjadi mereka yang membantu golongan Muhajirin itu. Itu adalah kelebihan mereka. Akan tetapi, kita masih lagi boleh termasuk dalam golongan yang ketiga ini. Kita boleh menjadi golongan yang ikut mereka kerana masa telah berlalu. Para sahabat yang awal sudah menjadi tokoh yang kita patut ikuti. Mereka telah menyempurnakan janji Allah. Dan zaman kita ini ada yang mengikut dan ada yang tidak.

Syarat untuk menjadi golongan ini adalah boleh ikut iman dan cara sahabat dengan tepat dan ikhlas (بِإِحسانٍ). Iaitu kita belajar bagaimana mereka mengamalkan agama dan kita ikuti, janganlah tambah-tambah pula. Malangnya, masyarakat kita banyak yang tambah-tambah. Macam tidak cukup pula amalan para sahabat itu, sampai rajin sangat nak buat yang baru. Itulah amalan-amalan bidaah yang masih bertambah dari masa ke semasa, sebab masyarakat kita ‘terlebih pandai’. Kalau mereka yang mengamalkan bidaah, minta maaf, tidak termasuk dalam golongan ketiga ini.

 

رَضِيَ اللَّهُ عَنهُم وَرَضوا عَنهُ

Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah

Allah beritahu yang Dia redha kepada ketiga-tiga golongan ini. Tapi kalau nak jadi golongan ketiga, kenalah ikut cara golongan yang dua itu, barulah Allah redha. Jadi kena ikut mereka dengan tepat dan ikhlas sebagai syarat. Kita ikut cara mereka kerana mereka sendiri ikut Nabi. Ini adalah kerana mereka yang tahu bagaimana nak ikut Nabi, kerana mereka duduk dengan Nabi dan belajar terus dengan baginda. Oleh itu, kalau sahabat Nabi tidak buat, kita jangan buat.

Kerana ikut sahabat yang terawal adalah cara paling mudah untuk tahu bagaimana nak amal agama. Ingatlah sabda Nabi yang kata golongan umat Islam akan terpecah kepada 73 kumpulan. Kita kena berhati-hati supaya kita termasuk dalam golongan ‘firqah najiah’ (golongan yang selamat). Bila sahabat dengan sabda Nabi itu, sahabat tanya siapakah ‘firqah najiah’ itu. Lihatlah sahabat waktu itu tak tanya siapa yang tak selamat, siapa golongan yang 72 lagi itu. Mereka tanya yang siapa yang selamat sahaja, sebab tak perlu tahu pun golongan sesat pun, buang masa. Golongan sesat itu jangan buat sahaja. Lihatlah bagaimana sahabat itu bijak, tak tanya benda tak patut. Tapi orang kita, nak tahu sangat siapakah golongan 72 itu, siap kira dan buat kajian pula.

Nabi jawap mereka yang selamat itu adalah yang ikut baginda dan sahabat baginda. Itulah ahli sunnah wal jamaah. Kalimah ‘jamaah’ itu maksudya ‘sahabat Nabi’. Akan tetapi, ramai yang silap faham. Mereka sangka mereka Ahli Sunnah wal Jamaah tapi mereka tak amal pun amalan para sahabat, malah mereka banyak tambah. Mereka pun buatlah nama golongan baru – ASWAJA. Dan ramai pula kata mereka aswaja tapi amalan mereka punah. Yang kata mereka aswaja itu adalah dengan lidah mereka sahaja. Sesiapa pun boleh mengaku sedangkan mereka itu ahli bidaah. Amalan mereka bukan amalan sunnah dan bukan ikut amalan para sahabat.

Kita ikut Nabi atas dasar syariat dan sahabat itu kita ikut atas dasar mencari cara untuk ikut syariat. Kita pakai yang setepat mungkin. Kerana itu kalau sahabat ada selisih antara mereka, kita tidak ikut. Kita cuba tidak ikut kecuali kalau menepati dalil. Akan tetapi dalam mazhab, mereka ikut pendapat sahaja. Ini kerana sahabat pun ada khilaf antara mereka. Tapi ini masih lagi dipanggil ikhtilaf mahmud (perselisihan terpuji). Banding dengan ‘ikhtilaf mazmum’ (selisih yang keji) adalah khilaf yang datang bukan dari sahabat Nabi. Contoh ikhtilaf mahmud: isu sentuh perempuan, samada batal wuduk atau tidak. Yang kata batal wuduk adalah pendapat Abdullah Mas’ud. Sedangkan Mazhab Hanafi berpendapat tidak batal kerana mereka pegang pendapat Abdullah ibn Abbas. Kalau perbezaan sebegini dikira tidak ada masalah kerana sahabat yang berselisih.

Tapi kalau langsung sahabat tidak ada beri pendapat, itu ikhtilaf mazmum. Banyak amalan bidaah sekarang tidak ada punca dari para sahabat. Ini adalah masalah yang besar dalam kalangan masyarakat kita. Dan puncanya adalah kerana tidak mengaji. Bila tidak belajar, mereka akan buat kesalahan besar, sampaikan ada yang kata Imam Syafie sebut begini dan begitu, tapi sebenarnya beliau tidak sebut pun. Kalau buat begini, ini adalah satu kezaliman. Ramai sangat yang jahil sampaikan benda yang bukan dari agama tapi mereka kata ianya adalah dari agama. Mereka telah berbohong atas agama dan anda rasa orang bohong macam ini akan selamatkah?

Nabi pernah berkata yang akan di ada akhir zaman nanti, ada orang Islam yang cela sahabat. Tapi adakah yang cela sahabat? Memang ada, iaitu golongan Syiah. Mereka itu memang dah jelas sesat dah. Tapi masih ada lagi yang tolak apa yang sahabat lakukan dan fahami. Apabila mereka tidak ikut amalan para sahabat, itu seolah-olah mereka nak kata amalan sahabat tidak benar dan secara tidak langsung, mereka cela sahabat. Mereka amalkan amalan yang lain dari amalan sahabat dan bila kita tegur, kita kata mereka cela sahabat, mereka kata mereka tidak cela sahabat pun. Akan tetapi apabila mereka cela golongan yang nak ikut sahabat, iaitu golongan yang mahu ikut sunnah, mereka sebenarnya sudah cela sahabat. Kita yang nak ikut sunnah ini dikatakan macam-macam, puak sesatlah, puak Wahabilah dan macam-macam lagi.

Oleh itu, jangan lagi buat perkara yang Nabi dan sahabat tak ajar – ini dinamakan Sunnah Tarku – iaitu tinggalkan apa yang tidak dilakukan oleh golongan sahabat. Jangan jadi golongan ahli bidaah: mereka tidak tinggalkan, tapi mereka buat benda yang tidak ada dalam Sunnah.

Jadi ayat ini tentang saranan kepada kita untuk ikut sahabat. Kita akan mendapat redha Allah kalau kita boleh ikut.

Tapi bagaimana dengan banyaknya pendapat sekarang ini? Ada yang kata ini haram tapi ada juga yang kata ini halal. Imam Syaukani kata taklid (ikut sahaja) tidak boleh. Maknanya, kena tahu dalil dalam apa perkara pun. Taklid adalah haram pada pendapat beliau. Akan tetapi, kita tak boleh buat hukum sendiri, kerana kalau nak buat hukum sendiri, kena tahu usul feqah. Dan sudah pasti kita tidak tahu usul feqah kerana ianya adalah ilmu paling rumit dalam dunia. Jadi jangan memandai kata sesuatu perkara itu dapat pahala kalau buat, kalau tidak ada imam yang kata memang ianya ada dalam agama. Jangan kita ikut hawa nafsu. Lalu kita seolah-olah taklid juga kepada pendapat orang lain, bukan? Maknanya, kita kena tahu apakah dalil yang mereka ambil sebagai hujah mereka. Jangan taklid buta sahaja, tapi kena tahu apakah dalil yang mereka gunakan. Itulah yang selamat. Tapi untuk jadi begini, kena belajar sampai boleh jadi ustaz. Tapi bukanlah belajar untuk jadi ustaz, tapi belajar sampai boleh jadi ustaz. Sampai boleh faham agama. Jangan terima pendapat orang lain sahaja dengan buat. Kena ingatlah bahawa orang jahil tidak akan masuk syurga. Sebab itu kena belajar sampai kita jelas tentang agama.

Sedarlah, kalau hadis Nabi itu tidak ada campurtangan sahabat yang mengamalkan atau tidak mengamalkan, kita tidak akan tahu. Allah kekalkan cara amalan mereka dalam kitab-kitab yang kita boleh jadikan sebagai ikutan kita sebagai neraca kehidupan kita. Samada boleh buat atau tidak sahaja setelah tahu. Kerana setelah kita belajar, banyaklah yang sudah tahu, tapi masih ada lagi yang tak boleh nak buat lagi, kerana mungkin tak mampu, atau keadaan tidak mengizinkan. Maka kita kena doa kepada Allah untuk beri taufik kepada kita supaya beri kekuatan kepada kita untuk buat amal yang baik. Dan minta ampun siap-siap kalau tidak mampu buat lagi. Inilah sahaja harapan kita. Kalau dah buat macam ini, barulah boleh ada harapan, tidaklah harapan kosong sahaja. Nak masuk syurga, tapi tak buat apa-apa pun lagi. Kalau dah buat begitu, barulah bagus, daripada setakat kata ‘tidak tahu’ dan tidak buat apa-apa pun. Jangan baru nak minta maaf semasa di akhirat nanti, kerana Allah dah siap-siap beritahu yang tidak akan dimaafkan dan tidak akan dikembalikan ke dunia untuk buat sekali lagi.

Dan satu lagi syarat adalah mereka redha dengan Allah. Mereka redha apa yang Allah nak buat dengan mereka. Mereka tidak mengeluh kerana mereka tahu Allah itu Tuhan dan kita ini hambaNya sahaja. Kalau hamba, kena redha sahaja dengan apa yang tuan nak buat kepada hambanya.

 

وَأَعَدَّ لَهُم جَنّاتٍ تَجري تَحتَهَا الأَنهارُ خالِدينَ فيها أَبَدًا

dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya.

Natijahnya, bagi mereka yang boleh begitu, Allah akan sediakan syurga untuk mereka. Syurga dah siap tunggu dah. Dalam syurga itu ada sungai-sungai memberi isyarat betapa hebatnya syurga itu. Dan sesiapa yang masuk syurga, akan kekal di dalamnya selama-lamanya, kerana itulah nikmat yang sebenar. Kalau masuk sekejap sahaja, tidaklah dikira sebagai nikmat sebenar.

 

ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

Itulah kemenangan yang besar.

Barulah dikira sebagai kemenangan kalau dapat masuk syurga. Kerana mereka yang dapat masuk syurga adalah mereka yang terlepas dari masuk neraka.


 

Ayat 101:

وَمِمَّن حَولَكُم مِنَ الأَعرابِ مُنافِقونَ ۖ وَمِن أَهلِ المَدينَةِ ۖ مَرَدوا عَلَى النِّفاقِ لا تَعلَمُهُم ۖ نَحنُ نَعلَمُهُم ۚ سَنُعَذِّبُهُم مَرَّتَينِ ثُمَّ يُرَدّونَ إِلىٰ عَذابٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And among those around you of the bedouins are hypocrites, and [also] from the people of Madīnah. They have become accustomed to hypocrisy. You, [O Muḥammad], do not know them, [but] We know them. We will punish them twice [in this world]; then they will be returned to a great punishment.

(MALAY)

Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.

 

وَمِمَّن حَولَكُم مِنَ الأَعرابِ مُنافِقونَ

Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; 

Sebelum ini telah disebut tiga golongan yang baik: Muhajirin, Ansar dan mereka yang mengikuti mereka. Dalam ayat ini pula, Allah memberitahu yang ada pula yang berlawanan dengan golongan sebelum ini. Nabi Muhammad tidak dapat baca hati manusia, maka Allah beritahu baginda tentang perkara ini. Ini golongan yang mulut mereka sahaja yang kata mereka beriman, tapi dalam akidah tidak. Inilah golongan munafik.

Mereka itu ada dari kalangan kamu dari orang Arab Badwi itu. Mereka mengaku dengan lidah yang mereka beriman, tapi mereka sebenarnya munafik. Ini yang duduk luar kota Madinah. Mereka mengaku masuk Islam kerana mereka takut mereka diserang.

 

وَمِن أَهلِ المَدينَةِ

dan (juga) di antara penduduk Madinah.

Bukan sahaja dari kalangan Arab Badwi, tapi ada juga golongan munafik yang tinggal dalam Kita Madinah. Mereka pun ada yang keras dengan munafik. Mereka itu duduk dengan Nabi, solat berjemaah bersama Nabi, tapi mereka pun boleh keras dalam kemunafikan juga. Ini lebih teruk lagi kerana kalau duduk luar itu lain, duduk dengan Nabi lain pula.

 

مَرَدوا عَلَى النِّفاقِ

Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. 

Mereka itu bersungguh-sungguh dalam sifat nifaq mereka. Walaupun mereka duduk bersama Nabi, duduk dalam majlis Nabi, solat bersama Nabi, tapi mereka tetap tidak lembut hati mereka, tetap keras dalam sifat nifaq.

 

ا تَعلَمُهُم ۖ نَحنُ نَعلَمُهُم

Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. 

Nab Muhammad tak kenal mereka, tapi Allah kenal mereka. Sebab itu Allah kena beritahu baginda. Bayangkan zaman Nabi pun ada yang kafir duduk dalam majlis Nabi. Jai kalau zaman kita, tentulah lagi ramai. Kita kena baca dan bandingkan dengan zaman sekrang, kerana Quran bukan sebut keadaan dulu sahaja. Jadi, kalau ada munafiq zaman Nabi, tentu ada munafik pada zaman ini.

Ini juga menunjukkan yang Nabi Muhammad tidak dapat baca hati manusia, kerana itu baginda tidak tahu siapakah yang munafik. Jadi amat malang kalau ada orang yang menuduh orang lain sebagai munafik. Kerana sifat munafik ini adalah dalam hati, maka kita sebagai manusia tidak tahu. Berhentilah dari senang sahaja menuduh orang lain munafik. Sedar dirilah.

 

سَنُعَذِّبُهُم مَرَّتَينِ

Nanti mereka akan Kami siksa dua kali

Allah akan azab mereka berkali-kali, sekurang-kurangnya dua kali. Kes pertama kerana mereka kafir dan kes kedua kerana mereka berbohong.

Ini adalah azab di dunia lagi. Maksudnya azab dalam bentuk psikologi, emosi. Mereka tidak tenang duduk dalam dunia. Kelam kabut sahaja dan takut sahaja. Mereka akan takut kalau orang tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Menurut Ibnu Juraij adalah azab dunia dan azab kubur, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar, yaitu neraka. Menurut Al-Hasan Al-Basri adalah azab di dunia dan azab kubur.

Muhammad ibnu Ishaq mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Nanti mereka akan Kami siksa dua kali. (At-Taubah: 101) Menurut berita yang sampai kepadanya, makna yang dimaksud ialah mereka melihat kemajuan Islam yang sangat pesat yang di luar dugaan mereka, sehingga mengakibatkan mereka mendongkol dan terbakar oleh dendamnya. Kemudian azab yang akan mereka alami di dalam kubur bila mereka telah memasukinya, lalu azab yang besar di dalam neraka yang menjadi tempat tinggal mereka kelak di hari kemudian, mereka kekal di dalamnya.

Sa’id telah meriwayatkan dari Qatadah sehubungan dengan makna firman-Nya: Nanti mereka akan Kami siksa dua kali. (At-Taubah: 101) Yaitu azab di dunia dan azab di alam kubur. kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101); Telah diriwayatkan kepada kami bahawa Nabi Saw. telah membisikkan kepada Huzaifah perihal dua belas orang lelaki dari kalangan orang-orang munafik. Lalu Nabi Saw. mengatakan bahawa enam orang di antara mereka telah cukup diseksa oleh Dabilah, iaitu pelita dari api neraka Jahanam yang menyambar belikat salah seorang dari mereka hingga tembus sampai ke dadanya, sedangkan yang enam lainnya sekarat dalam kematiannya.

 

ثُمَّ يُرَدّونَ إِلىٰ عَذابٍ عَظيمٍ

kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.

Dan kemudian mereka akan dikembalikan ke akhirat dan akan kena humban ke dalam neraka. Dan dalam neraka, seksaan tidak akan berhenti dan berkurangan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s