Tafsir Surah Takweer Ayat 15 – 29 (Keinginan Allah dan keinginan manusia)

Ayat 15: Sekarang kita masuk kepada perenggan yang kedua atau bahagian kedua surah ini. Sekarang masuk tentang akidah.

Untuk lebih memahari perbincangan seterusnya, kita kena faham tentang fikiran Musyrikin Mekah – mereka percaya kepada perkara khurafat seperti kesialan. Sebagai contoh, percaya yang anak perempuan itu sial. Ini adalah salah satu dari fahaman karut mereka. Dan ada lagi kepercayaan karut seperti bintang dan sebagainya. Orang kita pun ada juga (kaca pecah, kucing hitam lalu, terserandung di tangga, lalu bawah tangga, lalu bawa sidai dan macam-macam lagi). Ini tidak mengharian kerana sebab ada perangai dan akidah yang sama antara orang kita dan Musyrikin Mekah.

فَلا أُقسِمُ بِالخُنَّسِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I swear by the retreating stars –

(MALAY)

Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,

 

Allah bersumpah dengan bintang yang tenggelam dan timbul. Ada banyak kalimah tentang bintang dalam Quran dan semuanya ada jenis-jenis bintang tertentu. Mereka kaum yang melihat bintang, oleh itu mereka ada banyak nama bagi bintang, bergantung kepada sifat bintang-bintang itu. Kalau orang Melayu, pakai nama bintanglah sahaja. Oleh itu, الخُنَّسِ adalah jenis bintang yang berjalan ke belakang dan kemudian lenyap hilang.

Kenapa sebut bintang pula? Inilah yang masuk kepada pemahaman tentang kepercayaan karut orang Musyrikin Mekah itu. Allah sebut bintang kerana hendak menegur dan menempelak orang Musyrik yang percayakan kepada penilik nasib: dalam Quran digunakan nama kaahin. Mereka mendakwa bahawa mereka boleh mendapat maklumat dengan melihat bintang. Kalau bintang begini malap, bintang begitu cerah, makna sekian-sekian. Benda ini sampai jadi satu industri dalam masyarakat mereka. Mereka rasa ada petunjuk dalam bintang itu. Kalau cerah bintang masksud apa dan kalau gelap maksud apa. Dan ramai yang mengaku mereka boleh baca tanda-tanda pada bintang itu. Ini adalah perkara yang berlaku dulu dan sekarang pun orang masih percaya lagi. Boleh terjadi di kalangan ramai orang orang, sampai ada eksekutif pun percaya juga. Kita sangkakan mereka itu sudah berpelajaran tinggi, tapi masih percaya benda-benda macam ini. Dan malangnya, masih ramai dari kalangan kita ada yang percaya kepada horoskop dalam paper. Ini amat memalukan sekali. Mereka juga ada yang percaya kalau orang ini lahir bulan ini, haribulan ini, perangai begini dan begitu. Itu semua tipu sahaja dan karut sekali. Tapi ramai yang percaya pula. Masih ada lagi yang buat bisness dengan hal bintang ini.

Seperti yang kita telah beritahu, bintang adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat Arab. Ramai yang percaya benda-benda karut, kerana pergerakan bintang itu. Maka Allah beritahu yang Dia yang mengawal bintang-bintang itu sebenarnya, tidak ada kena mengena dengan nasib seseorang. Allah yang kawal mana bintang yang keluar dan mana bintang yang hilang. Kerana itu ada kalimat فَلا (maka janganlah) kerana itu adalah arahan untuk mereka menolak fahaman sesat dan khurafat mereka tentang bintang itu. Jangan lagi percaya perkara itu.


 

Ayat 16: Ini sambungan terus dari ayat sebelum ini.

الجَوارِ الكُنَّسِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those that run [their courses] and disappear [i.e., set] –

(MALAY)

yang beredar dan terbenam,

 

الجَوارِ menyebutkan sifat bintang yang telah disebut sebelum ini. الكُنَّسِ adalah tempat bersembunyi seperti tempat bersembunyinya rusa. Kalau kita kejar rusa, rusa itu lari dan hilang tiba-tiba. Jadi ini menunjukkan sifat bintang yang bergerak pada orbitnya dan ada yang hilang. Macam meteor. Allah gunakan sifat bintang ini sebab musyrikin Mekah ada yang gunakan bintang sebagai kepercayaan khurafat mereka. Mereka kata mereka dapat maklumat dari bintang itu. Maka Allah bersumpah dengannya kerana nak menunjukkan bahawa Dia lah yang mengawal bintang-bintang itu, tidak ada yang lain. Kalau mereka kata mereka pakai bintang itu, bagaimana kalau bintang itu hilang? Kalau kahin-kahin kata jin boleh mendapat maklumat dari bintang-bintang itu, apa yang mereka dapat kalau bintang itu tiada? Mereka kata mereka dapat maklumat dari bintang, tapi sebenarnya, dalam ayat yang lain, Allah beritahu tahi bintang digunakan oleh Allah untuk memanah jin-jin yang cuba untuk mendapatkan maklumat dari langit. Ini ada disebut antaranya dalam Mulk:5. Lalu bagaimana mereka boleh kata mereka dapat maklumat dari bintang, tapi sebaliknya, bintang itu digunakan untuk rejam mereka? Sudah terbalik dari dakwaan mereka.

Sebahagian imam mengatakan bahawa sesungguhnya bintang-bintang itu dinamakan khunnas mengingat saat terbitnya, kemudian saat beredar di falaknya dinamakan jawarin, sedangkan di saat tenggelamnya dinamakan kunnas. Ini diambil dari kata-kata orang Arab.”Awazzabyuila kinasihi” Dikatakan demikian apabila bintang itu masuk ke dalam sarangnya.


 

Ayat 17: Allah bersumpah lagi:

وَاللَّيلِ إِذا عَسعَسَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And by the night as it closes in¹

  • An alternative meaning is “as it departs.”

(MALAY)

demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya,

 

Apabila malam hampir habis, semakin tak nampak, dah kabur dah kerana cahaya semakin menghilang. Semasa itu, bintang tidak lagi kelihatan (kerana bintang keliharan bila langit benar sudah gelap), maka apakah yang akan dipakai oleh kahin-kahin itu? Sebab mereka kata mereka tengok bintang, tapi bintang tengah tidak ada, apa yang mereka gunakan dah tak nampak dah.

Allah nak beritahu Dia lah yang mengawal bintang-bintang itu. Samada nak bagi ada dan tiada, itu semua dalam Qudrat Allah. Bukannya manusia yang kawal bintang-bintang itu. Allah kawal berapa banyak bintang yang kita boleh tengok. Bukannya kerana sebab-sebab tertentu sampai boleh digunakan sebagai alat meramal nasib pula. Itu adalah fahaman yang salah. Qada dan qadar kita tidak ada kena mengena dengan bintang-bintang itu.


 

Ayat 18: Allah bersumpah lagi. Kalau kita lihat, Allah bersumpah dengan kejadian yang berlaku hari-hari dan manusia boleh lihat. Supaya senang kita nak kaitkan dengan pemahaman kita. Kerana kalau pakai benda yang kita tidak kenal, susah juga.

وَالصُّبحِ إِذا تَنَفَّسَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And by the dawn when it breathes [i.e., stirs]

(MALAY)

dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,

 

Apabila siang dapat ‘bernafas’ selepas ‘dicengkam’ malam (baru nak dapat bernafas). Ini adalah seumpama peribahasa – maknanya apabila fajar menyinsing. Dan waktu itu pun bintang tidak kelihatan juga, apakah yang para kahin nak lihat lagi sebagai pedoman? Mereka kata mereka boleh baca bintang, tapi apabila waktu pagi, bintang sudah tidak kelihatan lagi, macam mana? Allah nak kata yang Dia yang kawal apa yang manusia boleh nampak. Dan apa yang dikatakan oleh kahin dan sesiapa yang kata boleh baca bintang itu, tidak boleh dipercayai.

Dari ayat 15 tadi, semua itu adalah sumpah. Apabila ada sumpah, tentu ada jawapnya, maka apakah jawap sumpah Allah itu? Jawap sumpah itu adalah: kamu akan bertemu dan menempuhi peringkat demi peringkat hari kiamat dan akhirat itu, samada baik atau buruk. Pasti kamu akan bertemu di akhirat nanti, satu demi satu. Akan jumpa kematian, kemudian langit pecah, laut bergelora dan sebagainya; kemudian akan dihidupkan kembali dan akan dinampakkan dengan berbagai-bagai perkara seperti yang telah disebut sebelum ini.


 

Ayat 19: Telah disebut bagaimana bintang ada digunakan sebagai pemberi maklumat tentang apa yang berlaku dan apa yang telah berlaku. Allah nak berithau yang semua itu bukanlah sumber maklumat yang betul. Itu semua karut sahaja, penipuan sahaja dari mereka yang hendak mengambil kesempatan dari mereka yang jahil. Dan sekarang Allah nak beritahu manakah sumber maklumat yang benar.

إِنَّهُ لَقَولُ رَسولٍ كَريمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That] indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a word [conveyed by] a noble messenger [i.e., Gabriel]

(MALAY)

sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),

 

Sekarang Allah hendak mula memberitahu tentang wahyu dari Allah. Amat berbeza sekali wahyu dan apa yang disampaikan oleh kahin; bezanya adalah seperti bezanya antara kegelapan malam (وَاللَّيلِ إِذا عَسعَسَ) dan cahaya pagi (وَالصُّبحِ إِذا تَنَفَّسَ).

Ini adalah perkataan رَسولٍ yang merujuk kepada Malaikat Jibrail. Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa Malaikat Jibrail juga adalah رَسولٍ, kerana رَسولٍ maksudnya seseorang yang menyampaikan sesuatu, yang membawa risalah.

Lihat bagaimana Allah menggunakan perkataan ‘قَولُ’ dalam ayat ini dan bukan ‘kalam’. Sebab kalau ‘kalam’ yang digunakan, itu bermakna itu apa yang disampaikan itu adalah perkataan Jibrail sendiri. Tetapi tentu tidak kerana beliau hanya menyampaikan kalam Allah sahaja. Kalimat ‘kalam’ akan digunakan kalau merujuk kepada Allah – sebagai contoh: kalamullah (Kalam Allah). Oleh itu, kalimat قَولُ boleh digunakan untuk menerangkan yang seseorang menyampaikan secara ulangan apa yang disampaikan kepadanya. Dalam konteks ayat ini, Jibrail bukanlah menyampaikan kalamnya sendiri tapi kalam Allah, dan beliau hanya mengulangnya semula sebutir demi sebutir tanpa pengubahan, penambahan atau pengurangan.

Allah memberitahu sifat Rasul itu yang كَريمٍ. Ayat ini mengukuhkan kedudukan penyampai wahyu itu (Jibrail). Dia seorang yang mulia dan boleh dipercayai dan tidak boleh nak dibandingkan dengan para kahin yang hanya menipu sahaja. Kalau mereka tidak berniat menipu pun, mereka sampaikan dari kata-kata jin yang memang penipu. Penyampai yang mulia hanya memberitahu kebenaran sahaja. Integrasi Risalah Quran itu sendiri telah dijelaskan dalam Surah Abasa sebelum ini dalam dari ayat 13 – 16

في صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ (di dalam kitab-kitab yang dimuliakan)

مَرفوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ (yang ditinggikan lagi disucikan)

بِأَيدي سَفَرَةٍ (di tangan para penulis (malaikat))

كِرامٍ بَرَرَةٍ (yang mulia lagi berbakti)

Dan sekarang Allah tekankan yang penyampai risalah wahyu dan cara penyampaian pun boleh dipercayai.


 

Ayat 20: Lagi tentang sifat Jibrail itu.

ذي قُوَّةٍ عِندَ ذِي العَرشِ مَكينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Who is] possessed of power and with the Owner of the Throne, secure [in position],

(MALAY)

yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arsy,

 

Jibrail mempunyai kekuatan. Ini penting untuk menunjukkan yang Jin takkan dapat nak curi informasi dari dia. Jin tidak mampu untuk mengalahkan malaikat. Memang jin cuba nak curi curi dengar maklumat dari langit tapi mereka akan kena lempar dengan tahi bintang. Maknanya, jin itu tidak kuat untuk melawan malaikat yang jaga lagi. Ini disebut dalam Jin:9

وَأَنّا كُنّا نَقعُدُ مِنها مَقاعِدَ لِلسَّمعِ ۖ فَمَن يَستَمِعِ الآنَ يَجِد لَهُ شِهابًا رَصَدًا

dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

Malaikat biasa pun mereka tidak dapat lawan, apatah lagi kalau Jibrail. Kerana ditekankan dalam ayat ini yang Jibrail itu kuat.

Jibrail pula dekat dengan Arash Allah. Ini hendak menunjukkan betapa rapatnya dia dengan Allah. Ini juga hendak menunjukkan yang Jibrail mendapatkan wahyu dari Allah yang duduk di Arash. Kalimah مَكينٍ bermaksud tempat yang tetap, memberi isyarakat yang Arash itu di kedudukan yang tinggi.


 

Ayat 21: Lagi ayat menerangkan sifat Jibrail.

مُطاعٍ ثَمَّ أَمينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Obeyed there [in the heavens] and trustworthy.

(MALAY)

yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.

 

Malaikat Jibrail ditaati di sana. Jibrail mempunyai pengikut-pengikut yang mentaatinya dan mereka berada berdekatan dengan Arash Allah. Kalimah طاعٍ bermaksud diikuti dengan sayang. Ini merujuk kepada para malaikat lain yang mengikut dan taat kepada Jibrail itu dengan senang hati, bukan kena paksa. Maknanya, Jibrail ada pengikut dan ini kita dapat tahu lagi kerana semasa Jibrail menyampaikan wahyu, ada pengikut yang ramai dari kalangan malaikat yang ikut turun sekali menyampaikan wahyu kepada Rasulullah. Kalau dalam dunia, kalau ada benda teramat penting yang disampaikan, yang sampaikan adalah pembawa yang kedudukan tinggi dan pengikut yang ada ikut sekali. Akan tetapi ini bukanlah hendak menunjukkan yang Jibrail memerlukan pengawal pula kerana Jibrail itu sendiri sudah kuat. Tapi ramai yang ikut kerana kedudukan wahyu yang tinggi dan memberi penghormatan kepada wahyu yang hendak disampaikan itu.

Kalimah ثَمَّ bermaksud ‘di sana’. Ayat sebelum ini menyebut Arash, jadi maksud ‘di sana’ adalah ‘di Arash’. Maksudnya, Jibrail ditaati dari Arash lagi. Lafaz ثَمَّ juga digunakan untuk menguatkan penerangan selepasnya, iaitu أَمينٍ.

Kalimah أَمينٍ bermaksud Jibrail sangat boleh dipercayai. Apabila ditambah kalimah ثَمَّ ini hendak menekankan sifat Jibrail yang ‘sangat’ boleh dipercayai. Sifat ini penting, kerana kalau kuat dan banyak pengikut pun, tapi kalau tidak boleh dipercayai, ada niat jahat, tidak guna juga.

Jadi beberapa ayat ini adalah untuk menekankan kekuatan penghantaran wahyu itu. Sudahlah wahyu itu mulia, cara penghantarannya pun menggunakan pembawa risalah yang mulia juga, yang kuat, yang ditaati dan dipercayai.


 

Ayat 22: Sekarang Allah bertukar kepada bercakap terus kepada para kuffar. Di akhirat nanti Allah takkan cakap dengan mereka, tapi sekarang dalam Quran Allah masih mahu bercakap dengan mereka. Ini adalah kerana mereka masih ada harapan untuk bertaubat dan ubah sikap mereka, kalau mereka mahu memberi perhatian dan buka hati mereka.

وَما صاحِبُكُم بِمَجنونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And your companion [i.e., Prophet Muḥammad ()] is not [at all] mad.¹

  • Literally, “possessed by jinn.”

(MALAY)

Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.

 

Allah berkata kepada kaum musyrikin bahawa Nabi Muhammad yang tinggal bersama mereka bukanlah orang yang gila. Ataupun orang yang telah disampuk jin. Baginda mendapat wahyu dari Jibrael dan sifat Jibrail telah disebut sebelum ini.

Lihat bagaimana kalimat صاحِبُكُم digunakan. صاحِبُ adalah orang yang menemani bersama kamu (digunakan dalam kalimah Sahabat Nabi). Allah hendak menekankan dalam ayat ini yang Nabi Muhammad itu tinggal dengan mereka, dah lama dah. Bukan tinggal sekejap-sekejap. Oleh kerana dia sudah lama tinggal dengan kamu, kamu patut dah kenal sangat dengan baginda dah. Baginda sentiasa bersama mereka tidak pergi ke tempat yang jauh. Jadi kamu tidaklah boleh kata dia ada belajar ilmu baru di tempat lain, sebab dia tidak pernah tinggalkan kamu. Dalam sejarah, dua kali sahaja baginda pergi ke luar Mekah untuk berdagang – sekali semasa baginda muda dan sekali lagi semasa baginda sudah dewasa. Itu pun bukanlah baginda pergi bersendirian, dengan rombongan juga. Oleh itu, kamu sendiri tahu siapa dia, kamu pun tahu yang dia tidak gila, dan dia juga bukan kahin (tukang tilik). Dulu pun kamu sampai panggil dia al-amin. sebelum baginda jadi Nabi pun kamu dah kenal dia dah.

Kita pun tentu sudah tahu tentang jinn. Mereka itu dinamakan ‘jin’ dari katadasar جنن yang bermaksud ‘ditutup pandangan’ kerana kita tidak nampak mereka, telah ditutup pandangan dari mereka. Oleh itu, kalimah مَجنونٍ boleh bermaksud orang yang akal mereka telah ditutup dan orang yang macam itu adalah orang gila. Ataupun yang telah dirasuk oleh jinn – dua-dua boleh diterima kerana itulah fahaman Arab Mekah waktu itu. Pada mereka, kalau kena sampuk dengan jinn, boleh jadi gila.

Allah nak tekankan dalam ayat ini yang Nabi tidak gila, dan tidak dirasuk jinn. Oleh itu, Allah juga menidakkan yang baginda mendapat maklumat dari jinn. Ini adalah kerana ada juga puak kufar yang kata baginda dapat maklumat dari jinn. Allah menidakkan pendapat itu dan menekankan yang baginda dapat wayhyu Jibrail yang menyampaikan pula wahyu itu dari Allah.


 

Ayat 23:

وَلَقَد رَآهُ بِالأُفُقِ المُبينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he has already seen him [i.e., Gabriel] in the clear horizon.¹

  • i.e., the eastern horizon, where the sun rises. See footnote to 53:6.

(MALAY)

Dan sesungguhnya Muhammad itu telah melihat Jibril di ufuk yang terang.

 

Betul-betul Rasulullah telah pernah melihat Jibrail di ufuk yang jelas. Ufuk adalah tempat langit dan bumi bertemu – tempat matahari naik dan turun. Dalam riwayat ada disebut yang Nabi nampak Jibrail dari tempat matahari naik sampai ke atas kerana besarnya Jibrail waktu itu. Hal ini disebutkan oleh firman-Nya:

وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ يَعْنِي وَلَقَدْ رَأَى مُحَمَّدُ جِبْرِيلَ الَّذِي يَأْتِيهِ بِالرِّسَالَةِ عَنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى الصُّورَةِ الَّتِي خَلَقَهُ اللَّهُ عَلَيْهَا لَهُ سِتُّمِائَةُ جَنَاحٍ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ أَيِ الْبَيِّنُ وَهِيَ الرُّؤْيَةُ الْأَوْلَى الَّتِي كَانَتْ بِالْبَطْحَاءِ وَهِيَ الْمَذْكُورَةُ فِي قَوْلِهِ: عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوى ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوى وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلى ثُمَّ دَنا فَتَدَلَّى فَكانَ قابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنى فَأَوْحى إِلى عَبْدِهِ مَا أَوْحى

yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli, sedangkan dia berada di ufuk yang tinggi. Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. (An-Najm: 5-10)

Allah hendak menegaskan yang memang baginda nampak Jibrail itu dengan jelas, bukannya samar-samar atau khayalan baginda sahaja. Allah nak bandingkan dengan kahin yang mengaku mereka dapat melihat apa yang orang biasa tidak nampak? Betulkah mereka ada nampak? Allah mempersoalkan maklumat dari kaahin-kaahin itu. Para kaahin itu mereka kata mereka dapat maklumat dari luar juga, tapi dari yang tidak nampak.


 

Ayat 24:

وَما هُوَ عَلَى الغَيبِ بِضَنينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he [i.e., Muḥammad ()] is not a withholder of [knowledge of] the unseen.¹

  • Prophet Muḥammad () did not withhold that knowledge of the unseen which Allāh had revealed to him in the Qur’ān.

(MALAY)

Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.

 

Bukanlah Nabi menyimpan maklumat perkara ghaib yang didapatinya. Nabi bagi sahaja kepada umat. Nabi tidak minta bayaran pun untuk sampaikan perkara yang memang baginda kena sampaikan. Kerana Nabi memang kena sampaikan dengan percuma. Baginda tidak kedekut untuk sampaikan ilmu.

ضَني adalah mereka yang hanya memberikan maklumat apabila mendapat upah. Macam kaahin itu, mereka kata boleh bagi maklumat, tapi kena bayar dulu. Macam tukang tilik nasib zaman sekarang, mereka nak duit sahaja.


 

Ayat 25:

وَما هُوَ بِقَولِ شَيطانٍ رَجيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it [i.e., the Qur’ān] is not the word of a devil, expelled [from the heavens].

(MALAY)

Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk,

 

Maklumat-maklumat dari wahyu itu bukanlah dari syaitan yang direjam.

Kalimah شَيطانٍ diambil dari kalimat شَطنٍ – yang bermaksud jauh dari kebenaran. Kita pun sudah tahu yang syaitan memang jauh dari kebenaran – mereka mengajak kepada kesesatan yang jauh sangat dari kebenaran; atau kalimah شَيطانٍ boleh juga dari شَط – yang diselubungi dengan perasaan marah macam diselubungi oleh api. Kerana iblis marah sangat apabila Nabi Adam dilantik menjadi khalifah. Dan kemarahan iblis itu sampai sekarang. Mereka marah sampaikan mereka hendak menyesatkan manusia supaya masuk neraka bersama dengan mereka. Maka kerana itu mereka direjam.

Jadi, wahyu yang Allah sampaikan itu bukanlah dari jin syaitan. Ia adalah dari Allah. Kalau kahin-kahin itu, mereka dapat maklumat mereka dari jin. Kerana jin mencuri maklumat dari langit dan mereka sampaikan maklumat itu kepada para kaahin. Tapi mereka campur adukkan dengan berita tipu dan maklumat tipu. Tapi kerana ada satu dua yang benar, maka kahin dan manusia lain percaya terus kepada mereka. Jangan samakan wahyu Quran itu dengan apa yang mereka dapati dari jin itu.

Sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:

وَما هُوَ بِقَوْلِ شَيْطانٍ رَجِيمٍ أَيْ وَمَا هَذَا الْقُرْآنُ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ أَيْ لَا يَقْدِرُ عَلَى حَمْلِهِ وَلَا يُرِيدُهُ وَلَا يَنْبَغِي له كما قال تعالى: وَما تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّياطِينُ وَما يَنْبَغِي لَهُمْ وَما يَسْتَطِيعُونَ إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

Dan Al-Qur’an itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun Al-Qur’an itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan dari mendengar Al-Qur’an itu. (Asy-Syu’ara: 210-212)


 

Ayat 26:

فَأَينَ تَذهَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So where are you going?¹

  • In your denial of the Qur’ān and in your accusations against the Prophet (). The meaning is essentially “Surely, you have strayed far from Allāh’s path.”

(MALAY)

maka ke manakah kamu akan pergi?

 

Ini adalah ayat yang penting dalam surah ini. Allah nak tanya mereka, selepas segala maklumat ini telah diberikan, apa yang mereka hendak buat? Dalam surah-surah sebelum ini, telah disebut soalan-soalan dari puak kufur Mekah itu. Kali ini Allah pula tanya kepada mereka. Allah tanya soalan penting. Allah tanya ‘kemana kamu nak pergi?’. Ke arah kebenaran kah atau kepalsuan? Kamu nak pilih yang mana? Sebab sekarang ada maklumat dari wahyu, tapi kamu nak terima atau tidak? Kalau kamu tidak mahu terima, ke mana lagi kamu nak pergi untuk cari kebenaran? Atau, kalau kamu tinggalkan Quran ini, ke mana lagi kamu boleh dapat pedoman?

Adakah kamu nak masuk syurga atau kamu nak masuk ke neraka? Tidakkah kamu tahu yang kamu sedang menuju akhirat, sekarang? Oleh kerana kita semua memang akan ke arah akhirat pun, jadi ini adalah soalan retorical sahaja.

Jadi, ini adalah soalan yang amat penting sekali. Macam kita sekarang ada Quran di hadapan kita. Kita nak belajar sampai faham atau tidak? Kita nak pakai Quran atau tidak? Kita nak masuk ke dalam syurga atau tidak?


 

Ayat 27: Maklumat yang benar, tidak lain dan tidak bukan, kena cari dalam Quran lah.

إِن هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is not except a reminder to the worlds

(MALAY)

Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,

 

Ini adalah peringatan kepada sekelian alam. Ianya diberikan kepada semua orang, tapi yang menerimanya adalah mereka yang mahu mengambil peringatan sahaja. Oleh itu, kalau kamu tak mahu terima wahyu ini, tidak mengapa, kerana ada orang yang boleh ambil peringatan darinya. Oleh itu, jangan kamu berlagak sangat. Kerana Quran ini bukan untuk Quraish, bukan untuk bangsa Arab sahaja.

Kalimah ذِكرٌ bermaksud peringatan. Tapi selalunya peringatan diberikan kalau orang sudah tahu, bukan? Tapi bukankah maklumat dalam Quran itu adalah maklumat baru, sampaikan musyrikin Mekah tidak pernah tahu, dan kerana itulah mereka menentangnya? Kita kena faham yang peringatan dalam Quran ini bukanlah baru, kerana ilmu akidah yang benar telah ada dalam diri kita kerana kita telah dimasukkan dengan fitrah yang kenal Allah, kenal tauhid.

Kalimah عالَمينَ bermaksud ‘semua alam-alam’, tapi lebih tepat lagi, dalam konteks ayat ini, ia  bermaksud jin atau manusia. Kerana jin dan manusialah yang ada tanggungjawab syarak untuk beragama dan ikut hukum dari Allah yang disampaikan dalam Quran ini.


 

Ayat 28: Peringatan Quran itu adalah untuk semua, tapi siapa sahaja yang boleh terima?

لِمَن شاءَ مِنكُم أَن يَستَقيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For whoever wills among you to take a right course.

(MALAY)

(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus.

 

Peringatan kepada mereka yang mahukan jalan yang lurus. يَستَقيمَ dari katadasar قوم yang bermaksud ‘berdiri tegak’. Itulah jalan yang lurus, jalan yang tegak, jalan yang benar. Oleh itu, kalau kamu mahu, kamu boleh mendapat manfaat darinya.

شاءَ (mahu) dari شيأ (benda). Satu lagi kalimah untuk ‘mahu’ adalah أرادا. Tapi apa bezanya? شاءَ digunakan kalau ada keinginan yang jitu, bukan main-main dan ‘rasa’ sahaja. Apabila kemahuan itu kukuh, lafaz yang digunakan adalah شاءَ. أرادا mungkin di kepala sahaja lagi tapi tidak di hati. Ini macam ada orang yang kata nak jadi baik, tapi tak buat pun lagi, cakap sahaja dan dia baru terfikir sahaja. Jadi apabila hendak ditekankan keinginan yang kuat, digunakan lafaz شاءَ seperti dalam ayat ini. Oleh itu, mereka yang ada kemahuan yang kuat, merekalah yang akan mendapat kebaikan dari wahyu yang Allah berikan itu. Kalau terfikir sahaja, tapi tidak ada keinginan yang kuat, tidaklah akan terjadi apa-apa.

Oleh itu, janganlah setakat kata: “kalaulah aku tahu tafsir Quran…” tapi tidak menjalankan usaha untuk belajar, untuk mengulangkaji, maka jangan harapkan akan dapat faham begitu sahaja. Kerana untuk memahami Quran, memerlukan usaha.


 

Ayat 29: Memang kita kena ada keinginan, tapi keinginan kita itu bergantung kepada Allah juga.

وَما تَشاءونَ إِلّا أَن يَشاءَ اللَّهُ رَبُّ العالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you do not will except that Allāh wills – Lord of the worlds.

(MALAY)

Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.

 

Kamu tidak akan berkehendak melainkan Allah juga berkehendak. Maknanya, kalau Allah mahu, baru kita ada kehendak itu dan mendapat taufik untuk terus berusaha untuk mendapat kebaikan.

Ini adalah tentang kehendak Tuhan dan usaha manusia. Dalam dua ayat terakhir ini, disebut dahulu keinginan manusia dahulu, kemudian baru disebut keinginan Allah. Ada maklumat yang penting di situ: Allah suruh kita buat keinginan dan usaha dahulu, kemudian Allah akan jadikan mudah untuk kita mendapatnya. Allah nak tengok keinginan dan usaha kita dahulu. Tapi kita memang memerlukan pertolongan dari Allah. Kita memang tidak ada kekuatan apa-apa. Kalau tak faham perkara ini, manusia rasa mereka boleh apa sahaja. Mereka lupa kepada kehendak Allah dan tidak berdoa kepada Allah. Sedangkan kita kena selalu ada pengharapan kepada Allah. Jangan putus pengharapan kepada Allah. Untuk beriman pun kita kena minta kepada Allah, walaupun kalau kita fikirkan, tentulah iman itu dari diri kita sendiri, bukan? Tapi tidak; nak beriman pun kena minta kepada Allah.

Kita sudah sampai ke penghujung surah ini. Di awal surah ini, telah disentuh tentang Qudrat Allah menghancurkan alam. Itu semua dalam kehendak Allah yang tidak dapat dihalang lagi. Dan sekarang di hujung surah ini, telah disebut tentang kehendak kita pula. Sebelum itu Allah dahh tanya, apa yang kita hendak tuju? Ini menunjukkan Allah mahu kita buat usaha dan kemudian Allah akan bantu. Oleh itu kita kena jalankan stretegi. Jangan setakat mahu sahaja, tapi tidak buat apa-apa. Kerana nak dapatkah hidayah pun kena ada usaha, tidak boleh tunggu sahaja. Kena cari guru, kena rajin membaca, mengkaji, menulis, mengajar.

Oleh itu, kalau kita dapat hidayah, terima hidayah, itu semua adalah kerana dari taufik Allah. Taufik itu adalah Allah gerakkan kita untuk terus jadi baik, terus mahu belajar. Sebab itu kadang-kadang kita lihat, ada orang yang ada Quran depan dia, tapi dia tidak teringin pun nak tahu apakah yang diperkatakan oleh Quran itu. Semoga kita terus mendapat hidayah dan taufik dari Allah. Semoga Allah terus pandu kita untuk mendapat ilmu dan kefahaman dalam agama.

Allahu a’lam. Tamat surah Takweer ini. Sambung ke surah yang seterusya, Surah Infithar.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 081: Takweer and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah Takweer Ayat 15 – 29 (Keinginan Allah dan keinginan manusia)

  1. Mashkurah Abd Rahim says:

    Mohon Share, tuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s