Tafsir Surah Tawbah Ayat 91 – 93 (Mereka yang layak tidak berjihad)

Ayat 91: Ini tentang kebenaran/keizinan untuk tidak berperang yang diberikan oleh Allah.

لَيسَ عَلَى الضُّعَفاءِ وَلا عَلَى المَرضىٰ وَلا عَلَى الَّذينَ لا يَجِدونَ ما يُنفِقونَ حَرَجٌ إِذا نَصَحوا لِلَّهِ وَرَسولِهِ ۚ ما عَلَى المُحسِنينَ مِن سَبيلٍ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There is not upon the weak or upon the ill or upon those who do not find anything to spend any discomfort [i.e., guilt] when they are sincere to Allāh and His Messenger. There is not upon the doers of good any cause [for blame]. And Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

 

لَيسَ عَلَى الضُّعَفاءِ

Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, 

Apabila Nafrul Am dikeluarkan, maka setiap mereka yang boleh berjihad, kena turun berjihad kerana itu termasuk dalam jihad yang wajib, seperti yang terjadi pada Perang Tabuk. Tetapi tidak ada kesalahan kepada orang yang betul-dhai dhaif. Mereka itu ada keizinan dari segi syarak. Mungkin kerana tua sangat, tempang, buta dan sebab-sebab lain.

 

وَلا عَلَى المَرضىٰ

orang-orang yang sakit 

Dan tidak ada kesalahan dan dosa atas orang yang memang sakit.

 

وَلا عَلَى الَّذينَ لا يَجِدونَ ما يُنفِقونَ حَرَجٌ

dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, tidak ada kesalahan

Ini pula tentang mereka yang tidak ada harta untuk diinfakkan. Kalau mereka tidak ada wang untuk menyediakan alat pengangkutan untuk berjihad, atau tidak ada wang untuk diberikan kepada mereka yang pergi berjihad.

 

إِذا نَصَحوا لِلَّهِ وَرَسولِهِ

apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tidak ada kesalahan apabila mereka yang benar-benar ikhlas. Iaitu benar-benar mereka tidak boleh. Kerana perkara ini hanya mereka sahaja yang tahu. Kalau mereka tipu kepada Nabi, kepada khalifah, mereka tidak dapat nak periksa samada benar atau tidak; tapi bolehkah mereka tipu Allah? Tentu tidak sama sekali.

 

ما عَلَى المُحسِنينَ مِن سَبيلٍ

Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik.

Orang-orang yang tidak dapat pergi kerana keuzuran yang disebut tadi, tidak ada hukuman untuk mereka; juga jangan kita kata apa-apa yang tidak baik tentang mereka.

 

وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

Kalau mereka benar-benar tidak boleh berjihad, maka Allah akan ampunkan mereka. Kerana Allah itu bersifat Maha Penyayang dan Allah tidak menyusahkan hambaNya. Kalau memang tidak boleh, Allah tidak paksa.


 

Ayat 92: Ini ada satu lagi golongan yang dimaafkan kerana tidak pergi berjihad.

وَلا عَلَى الَّذينَ إِذا ما أَتَوكَ لِتَحمِلَهُم قُلتَ لا أَجِدُ ما أَحمِلُكُم عَلَيهِ تَوَلَّوا وَأَعيُنُهُم تَفيضُ مِنَ الدَّمعِ حَزَنًا أَلّا يَجِدوا ما يُنفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor [is there blame] upon those who, when they came to you that you might give them mounts, you said, “I can find nothing for you to ride upon.” They turned back while their eyes overflowed with tears out of grief that they could not find something to spend [for the cause of Allāh].

(MALAY)

dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”. Lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.

 

وَلا عَلَى الَّذينَ إِذا ما أَتَوكَ لِتَحمِلَهُم

dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan,

Ada juga yang datang mengadap kepada Nabi supaya baginda beri mereka kenderaan untuk bawa keluar jihad. Kerana mereka memang nak sangat pergi jihad, tapi mereka itu dhaif, tidak ada kuda atau unta, tidak ada biaya untuk beli unta atau kuda. Ini kalau perang itu memerlukan kenderaan. Seperti Perang Tabuk, memang perjalanan yang jauh. Tapi ada juga perang yang ada tentera pejalan kaki. Kalau zaman sekarang, tentulah berkenaan dengan kenderaan seperti kereta dan sebagainya. Kena baca ayat ini sesuai dengan zaman.

 

قُلتَ لا أَجِدُ ما أَحمِلُكُم عَلَيهِ

lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”. 

Ada yang datang kepada Nabi Muhammad meminta kenderaan untuk pergi ke Tabuk, lalu baginda jawap yang baginda tidak ada kenderaan untuk mereka. Tidak ada unta atau kuda untuk diberikan kepada mereka. Kerana waktu itu Islam dalam keadaan yang susah lagi, tidak ada harta.

 

تَوَلَّوا وَأَعيُنُهُم تَفيضُ مِنَ الدَّمعِ حَزَنًا أَلّا يَجِدوا ما يُنفِقونَ

Lalu mereka berpaling, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, kerana mereka tidak ada apa yang untuk mereka nafkahkan.

Lalu mereka itu terpaksa berpaling dari Nabi dengan air mata mereka mencurah-curah kerana sedih mereka tidak ada apa harta untuk diinfakkan ke jalan Allah. Ini menunjukkan mereka benar-benar ikhlas. Mereka memang hendak pergi, tapi apa kan daya. Bandingkan dengan puak munafik – ada yang kaya dan mampu, tapi mereka tidak mahu pergi. Apabila mereka diizinkan untuk tidak berperang, mereka suka pula. Lain sekali dengan mereka yang benar-benar ikhlas itu.

Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sehubungan dengan ayat ini, bahawa demikian itu terjadi ketika Rasulullah SAW memerintahkan kepada orang-orang untuk berangkat berperang bersama­nya. Lalu datanglah segolongan orang dari kalangan sahabat, antara lain Abdullah ibnu Mugaffal ibnu Muqarrin Al-Muzani. Mereka berkata, ”Wahai Rasulullah, bawalah kami serta.” Rasulullah Saw. bersabda kepada mereka, “Demi Allah, aku tidak menemukan kenderaan untuk membawa kalian.” Maka mereka pulang sambil menangis. Mereka menyesal kerana duduk tidak dapat ikut berjihad kerana mereka tidak mempunyai biaya, tidak pula kenderaan untuk itu. Ketika Allah melihat kesungguhan mereka dalam cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka Allah menurunkan ayat yang menerima uzur (alasan mereka), yaitu firman-Nya: Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah. (At-Taubah: 91) Sampai dengan firman-Nya: maka mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan mereka). (At-Taubah: 93)


 

Ayat 93: Ayat zajrun.

۞ إِنَّمَا السَّبيلُ عَلَى الَّذينَ يَستَأذِنونَكَ وَهُم أَغنِياءُ ۚ رَضوا بِأَن يَكونوا مَعَ الخَوالِفِ وَطَبَعَ اللَّهُ عَلىٰ قُلوبِهِم فَهُم لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The cause [for blame] is only upon those who ask permission of you while they are rich. They are satisfied to be with those who stay behind, and Allāh has sealed over their hearts, so they do not know.

(MALAY)

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu, padahal mereka itu orang-orang kaya. Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak ikut berperang dan Allah telah mengunci mati hati mereka, maka mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan mereka).

 

إِنَّمَا السَّبيلُ عَلَى الَّذينَ يَستَأذِنونَكَ وَهُم أَغنِياءُ

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu, padahal mereka itu orang-orang kaya.

Sebenarnya jalan untuk menerima hukuman dari Allah adalah atas mereka yang meminta izin kepada untuk tidak berjihad, sedangkan mereka kaya raya. Mereka ada wang untuk infak dan ada kenderaan dan belanja untuk pergi berjihad. Mereka sebenarnya tidak ada alasan untuk tidak pergi. Kepada mereka ini, bolehlah dipersalahkan, bolehlah dimarahi.

 

رَضوا بِأَن يَكونوا مَعَ الخَوالِفِ

Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak ikut berperang

Mereka amat suka untuk duduk tinggal bersama-sama dengan golongan wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak keluar berjihad. Mereka lebih suka tidak menjalankan tanggungjawab mereka, dari pergi untuk mendapatkan balasan yang amat besar. Mereka telah tersalah pilih aktiviti mereka.

 

وَطَبَعَ اللَّهُ عَلىٰ قُلوبِهِم فَهُم لا يَعلَمونَ

dan Allah telah mengunci mati hati mereka, maka mereka tidak mengetahui

Sebab sebenarnya mereka jadi begitu adalah kerana Allah telah kunci mati hati (khatmul qalbi) mereka dan kerana itu mereka tidak memahami mana yang baik dan mana yang buruk. Hati mereka sudah tertutup sampai mereka tidak berasa salah dan rugi pun kalau tidak berjihad. Allah tutup mati hati mereka kerana mereka sendiri telah berkali-kali menolak hidayah dan tidak berusaha untuk mendapat hidayah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

TAMAT JUZ 10


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s