Tafsir Surah Tawbah Ayat 75 – 79 (Tidak tepati janji)

Ayat 75:

‎وَمِنهُم مَن عاهَدَ اللَّهَ لَئِن آتانا مِن فَضلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكونَنَّ مِنَ الصّالِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And among them are those who made a covenant with Allāh, [saying], “If He should give us from His bounty, we will surely spend in charity, and we will surely be among the righteous.”

(MALAY)

Dan diantara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh.

 

وَمِنهُم مَن عاهَدَ اللَّهَ

Dan diantara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: 

Ini adalah munafik golongan kelima. Allah menceritakan sifat mereka kepada kita supaya kita tidak jadi seperti mereka.

Ada antara mereka yang berjanji kepada Allah. Berjanji untuk buat amal kebaikan. Asbabun Nuzul ayat ini tentang salah seorang munafik bernama ibn Jamil atau Tsa’labah (bukan yang ahli Badr). Namanya Tsa’labah ibnu Hatib Al-Ansari. Allahu a’lam (semoga Allah tunjukkan mana yang benar, kerana ada polemik tentang kisah ini). Oleh kerana ada kecacatan tentang kisah ini, maka sebaiknya kita berhenti dari menyebut namanya. Jangan kita nisbahkan kisah ini kepada beliau. Walaupun kisah itu terdapat dalam kitab tafsir muktabar seperti Tafsir Ibn Kathir sekali pun.

 

لَئِن آتانا مِن فَضلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ

“Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah

Mereka berjanji dengan Allah, sekiranya Allah berikan harta yang banyak, pasti mereka akan beri sedekah. Sebelum itu mereka tak sedekah. Padahal sedekah itu adalah perkara yang amat baik.

Sepatutnya manusia sentiasa  lakukan sedekah, tolong orang yang susah. Tapi ada juga yang buat syarat dengan Allah, kalau Allah beri kurniaanNya kepada mereka, baru mereka nak sedekah. Ini tidak patut. Ini janji orang yang kedekut. Kalau dapat sesuatu baru mereka nak buat amal kebaikan. Kalau tak dapat, mereka tak buat lah?

 

وَلَنَكونَنَّ مِنَ الصّالِحينَ

dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh.

Mereka kata kalau mereka dapat kurnian dari Allah, pasti mereka jadi golongan saleh. Ini tidak patut dan inilah cara munafik. Jangan kita buat ini. Mereka berjanji nak buat kebaikan kalau dapat kelebihan. Kalau orang mukmin, mereka takkan berjanji macam itu. Mereka tetap akan buat kebaikan tanpa tunggu sesuatu.

Kita tidak boleh tunggu dapat kelebihan dalam dunia baru nak buat kebaikan. Ramai yang buat macam ini tanpa sedar yang ini adalah sifat munafik. Sebagai contoh, ada yang kata kalau ada duit, kalau menang projek, baru nak buat Haji. Padahal, duit dari tempat lain dah ada dah. Memang kita boleh usaha untuk dapatkan dunia, tapi jangan letak syarat dan buat perjanjian dengan Allah. Selalunya mereka yang buat janji begini, memang tidak akan buat janji yang mereka telah kotakan. Ini adalah kerana mereka letak agama itu lebih rendah dari dunia. Mereka lebihkan dunia dan hinakan agama.

Bagaimana pula dengan nazar? Ramai juga yang bernazar dalam masyarakat kita. Bernazar memang boleh tapi tidak digalakkan kerana konsep yang sama. Iaitu berjanji akan buat amal ibadah kalau Allah beri kurniaanNya. Sedangkan kita memang telah disuruh beramal, bukan? Kenapa nak letak syarat-syarat pula? Siapa kita nak buat syarat dengan Allah?

Tapi dari segi hukum, kalau dah bernazar dan apa yang kita sletaksebagai syarat itu Allah dah penuhi, maka wajib kita jalankan nazar kita. Cuma janganlah buat nazar itu awal-awal lagi. Buatlah amal ibadah tanpa bersyarat yang Allah kena beri kita pula dulu.


 

Ayat 76:

‎فَلَمّا آتاهُم مِن فَضلِهِ بَخِلوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُم مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But when He gave them from His bounty, they were stingy with it and turned away while they refused.

(MALAY)

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).

 

فَلَمّا آتاهُم مِن فَضلِهِ بَخِلوا بِهِ

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, 

Allah beritahu, kalau mereka diberi sepertimana yang mereka janjikan itu, mereka tetap akan kedekut juga. Mereka tidak keluar zakat pun, tidak akan sedekah kepada orang lain pun. Janji mereka itu janji kosong sahaja. Allah dah tahu apa yang dalam hati mereka.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan sebuah hadis dari Rasulullah Saw. yang menyebut­kan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ”

Pertanda orang munafik itu ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji ingkar, dan apabila dipercaya khianat.

Hadis ini mempunyai banyak syahid (bukti) yang menguatkannya.

 

وَتَوَلَّوا وَهُم مُعرِضونَ

dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi 

Kalau mereka mendapat apa yang mereka kehendaki, mereka akan berpaling dari agama, dan mereka akan terus menerus menentang agama. Mereka akan lupakan tentang janji mereka untuk berbuat amal kebaikan itu. Inilah sifat orang munafik itu.


 

Ayat 77:

فَأَعقَبَهُم نِفاقًا في قُلوبِهِم إِلىٰ يَومِ يَلقَونَهُ بِما أَخلَفُوا اللَّهَ ما وَعَدوهُ وَبِما كانوا يَكذِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So He penalized them with hypocrisy in their hearts until the Day they will meet Him – because they failed Allāh in what they promised Him and because they [habitually] used to lie.

(MALAY)

Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemuiNya, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu berdusta.

 

فَأَعقَبَهُم نِفاقًا في قُلوبِهِم إِلىٰ يَومِ يَلقَونَهُ

Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemuiNya, 

Ini adalah natijah dari sikap mereka itu: Allah akan campakkan sifat munafik dalam diri mereka. Kalimat أَعقَبَ dari lafaz عقبَ yang bermaksud ‘mengikuti’. Maksudnya, sifat nifaq itu akan ikut  dan melekat dengan mereka. Sifat itu akan melekat dengan mereka, sehingga hari mereka berjumpa dengan Allah, tidak dicabut sifat itu. Maknanya, mereka mati dalam sifat munafik.

 

بِما أَخلَفُوا اللَّهَ

kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah 

Ini adalah kerana mereka mungkir dengan janji mereka. Mereka ikrar, kalau mereka dapat rahmat, mereka akan buat amal kebaikan, tapi mereka tak buat.

 

وَبِما كانوا يَكذِبونَ

dan juga kerana mereka selalu berdusta.

Dan juga kerana mereka mendustakan syariat.


 

Ayat 78:

‎أَلَم يَعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ سِرَّهُم وَنَجواهُم وَأَنَّ اللَّهَ عَلّامُ الغُيوبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Did they not know that Allāh knows their secrets and their private conversations and that Allāh is the Knower of the unseen?

(MALAY)

Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib.

 

أَلَم يَعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ سِرَّهُم وَنَجواهُم

Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka,

سرر adalah rahsia dalam hati mereka. Dan نَجو adalah apabila mereka berbisik sesama mereka untuk buat rancangan jahat mereka. Allah nak beritahu yang Dia tahu rahsia hati mereka, oleh itu tak boleh nak tipu Allah. Dan Allah nak beritahu yang Dia tahu rancangan jahat yang mereka rancangan sesama mereka untuk menjatuhkan Nabi Muhammad.

 

وَأَنَّ اللَّهَ عَلّامُ الغُيوبِ

dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib.

Allah sahaja yang tahu perkara yang ghaib. Ini adalah haq Allah sahaja. Tidak ada manusia lain yang tahu melainkan apa yang Allah pilih untuk beritahu sahaja.


 

Ayat 79: Ayat zajrun. Sifat orang munafik lagi. Perangai mereka yang suka kutuk orang.

‎الَّذينَ يَلمِزونَ المُطَّوِّعينَ مِنَ المُؤمِنينَ فِي الصَّدَقاتِ وَالَّذينَ لا يَجِدونَ إِلّا جُهدَهُم فَيَسخَرونَ مِنهُم ۙ سَخِرَ اللَّهُ مِنهُم وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who criticize the contributors among the believers concerning [their] charities and [criticize] the ones who find nothing [to spend] except their effort, so they ridicule them – Allāh will ridicule them, and they will have a painful punishment.

(MALAY)

(Orang-orang munafik itu) ialah orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar usaha mereka sahaja, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih.

 

الَّذينَ يَلمِزونَ المُطَّوِّعينَ مِنَ المُؤمِنينَ فِي الصَّدَقاتِ

orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah

Teruk sekali orang-orang munafik itu, mereka telah mencela mana-mana sahabat yang keluarkan sedekah atau zakat. Mereka suka mencela golongan sahabat yang beri infak secara sukarela dalam sedekah atau zakat. المُطَّوِّعينَ bermaksud mereka yang buat lebih dari yang sepatutnya – mereka yang sukarela. Dari kata yang sama, dikeluarkan lafaz tatawwu’. Oleh, solat sunat yang bukan solat fardhu dipanggil Solat Tatawwu’.

Orang munafik akan kata orang yang beri sedekah itu tidak ikhlas, hanya hendak menunjuk-nunjuk sahaja. Pandai-pandai sahaja mereka kata begitu, macam lah mereka tahu apa yang dalam hati manusia. Dalam ayat sebelum ini, Allah beritahu, hanya Dia sahaja yang tahu rahsia hati manusia.

 

وَالَّذينَ لا يَجِدونَ إِلّا جُهدَهُم فَيَسخَرونَ مِنهُم

orang-orang yang tidak apa-apa selain sekadar usaha mereka sahaja, maka orang-orang munafik itu menghina mereka.

Kalau yang infak mereka kutuk dan mereka mencela golongan mukmin yang tidak ada apa-apa untuk diberi dari segi harta. Tapi walaupun mereka tidak ada apa-apa sangat, mereka beri juga sekadar yang boleh. Itu pun puak munafik kutuk sebab mereka kata beri sikit sangat, baik tak payah bagi.

Dan ada yang langsung tidak ada apa-apa untuk diberi, maka mereka beri usaha mereka. Itu pun kena persenda juga. Oleh itu, yang kaya mereka kata tak ikhlas. yang miskin mereka kutuk juga kerana beri sikit. Memang ada sahaja yang tak kena dengan mereka. Macam orang kita lah juga, ada sahaja perkara nak kutuk orang lain. Patutnya diam sahajalah, biarlah apa yang orang nak beri.

Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa telah menceritakan kepada kami Ubaidillah ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Abun Nu’man Al-Basri, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Sulaiman, dari Abu Wail, dari Abu Mas’ud r.a. yang mengatakan, “Ketika ayat mengenai zakat diturunkan, kami sedang mencari nafkah sebagai pengangkut barang (tukang pikul) pada punggung kami. Lalu datanglah seorang lelaki menyerahkan sedekahnya dalam jumlah yang banyak, maka mereka (orang-orang munafik) berkata, ‘Orang ini hendak menunjuk.’ Kemudian datang pula lelaki lain menyedekahkan satu sa’ makanan (yakni jumlah sedikit), maka mereka berkata, ‘Sesungguhnya Allah Maha kaya dari sedekah orang ini.’ Lalu turunlah firman Allah Swt. yang mengatakan: ‘(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela para pemberi zakat yang sukarela. (At-Taubah: 79), hingga akhir ayat’.”

 

سَخِرَ اللَّهُ مِنهُم وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih.

Allah beritahu golongan yang suka mencela itu, Allah akan balas celaan mereka itu. Mereka akan dapat azab pedih. Waktu itu, kita lihat siapakah yang kena gelak nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s