Tafsir Surah Tawbah Ayat 73 – 74 (Perangi orang Munafik)

Ayat 73: Ini adalah targhib kepada jihad.

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ جاهِدِ الكُفّارَ وَالمُنافِقينَ وَاغلُظ عَلَيهِم ۚ وَمَأواهُم جَهَنَّمُ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O Prophet, fight against the disbelievers and the hypocrites and be harsh upon them. And their refuge is Hell, and wretched is the destination.

(MALAY)

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya.

 

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ جاهِدِ الكُفّارَ وَالمُنافِقينَ

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, 

Nabi Muhammad diarahkan untuk hendaklah baginda lawan orang kafir dan munafikin itu. Kerana yang munafik itu juga adalah kufur sebenarnya.

Tapi dalam surah, kita tahu yang Nabi Muhammad tidak pernah berperang dengan puak munafik. Kerana mereka pada luarannya nampak sebagai orang Islam sahaja. Maka tidak boleh perangi mereka dengan perang qital – dengan mata pedang. Maka yang dimaksudkan dengan ayat ini: perangi orang kafir yang nyata itu dengan perang dan dengan munafik itu perangi menggunakan lidah. Kena patahkan hujah mereka, jangan bagi mereka bermaharajalela menyesatkan masyarakat muslim yang lain.

Ibnu Abbas mengatakan bahawa Allah Swt. memerintahkan Rasulullah Saw. untuk berjihad melawan orang-orang kafir dengan senjata dan orang-orang munafik dengan lisan, serta meniadakan sikap lemah lembut terhadap mereka.

 

وَاغلُظ عَلَيهِم ۚ

dan bersikap keraslah terhadap mereka. 

Jangan berlembut dengan mereka. Kerana kalau berlembut dengan mereka, mereka akan ambil peluang itu. Bermuamalatlah dengan mereka tahu pastikan yang mereka tahu kita tidak boleh diambil peluang.

Hal itu merupakan kebalikan dari apa yang telah diperintahkan-Nya terhadap orang-orang mukmin, Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk bersikap lemah lembut kepada orang-orang yang mengikuti baginda, iaitu kaum mukmin.

Yang masalah lebih besar adalah untuk berurusan dengan puak munafikin. Kerana mereka itu pada zahirnya nampak sebagai muslim. Dan Nabi Muhammad seorang yang lemah lembut dengan para muslim. Maka Allah beri arahan kepada baginda sebelum sampai ke Madinah semasa pulang dari Tabuk, jangan berlembut lagi dengan mereka.

 

 وَمَأواهُم جَهَنَّمُ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya.

Bersikap keraslah ke atas mereka sebab balasan mereka adalah jahannam. Jangan beri mereka hidup senang sebagai  kafir.

Ingatkan kepada mereka yang mereka akan ke neraka kalau mereka tidak ubah sikap mereka dan neraka itu adalah tempat tinggal yang paling buruk.


 

Ayat 74: Allah jelaskan kenapa perlu perangi mereka.

يَحلِفونَ بِاللَّهِ ما قالوا وَلَقَد قالوا كَلِمَةَ الكُفرِ وَكَفَروا بَعدَ إِسلامِهِم وَهَمّوا بِما لَم يَنالوا ۚ وَما نَقَموا إِلّا أَن أَغناهُمُ اللَّهُ وَرَسولُهُ مِن فَضلِهِ ۚ فَإِن يَتوبوا يَكُ خَيرًا لَهُم ۖ وَإِن يَتَوَلَّوا يُعَذِّبهُمُ اللَّهُ عَذابًا أَليمًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۚ وَما لَهُم فِي الأَرضِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They swear by Allāh that they did not say [anything against the Prophet ()] while they had said the word of disbelief and disbelieved after their [pretense of] Islām and planned that which they were not to attain.1 And they were not resentful except [for the fact] that Allāh and His Messenger had enriched them of His bounty.2 So if they repent, it is better for them; but if they turn away, Allāh will punish them with a painful punishment in this world and the Hereafter. And there will not be for them on earth any protector or helper.

  • i.e., the murder of Prophet Muḥammad ().
  • i.e., for no reason. On the contrary, they should have been grateful.

(MALAY)

Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali kerana Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.

 

يَحلِفونَ بِاللَّهِ ما قالوا

Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka tidak mengatakan

Puak munafikin itu sanggup bersumpah dengan nama Allah yang mereka tidak kata pun yang mereka ada buat perancangan untuk bunuh Nabi.

Ini adalah merujuk kepada rancangan rahsia mereka. Semasa dalam perjalanan balik dari Tabuk, mereka telah buat keputusan untuk bunuh Nabi. Mereka tahu yang semasa pulang dari Tabuk, mereka akan melalui lembah yang sempit yang hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja pada satu-satu masa. Maka mereka nampak peluang untuk bunuh Nabi waktu itu kerana pengiring Nabi akan hanya ada di depan dan belakang baginda sahaja.

Imam Ahmad rahimahullah mengatakan:

حَدَّثَنَا يَزِيدُ، أَخْبَرَنَا الْوَلِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُمَيْعٍ، عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ قَالَ: لَمَّا أَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ من غَزْوَةِ تَبُوكَ، أَمَرَ مُنَادِيًا فَنَادَى: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ الْعَقَبَةَ فَلَا يَأْخُذْهَا أَحَدٌ. فَبَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُودُهُ حُذَيْفَةُ وَيَسُوقُهُ عَمَّارٌ، إِذْ أَقْبَلَ رَهْطٌ مُتَلَثِّمُونَ عَلَى الرَّوَاحِلِ فَغَشَوْا عَمَّارًا وَهُوَ يَسُوقُ بِرَسُولِ اللَّهِ، وَأَقْبَلَ عَمَّارٌ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَضْرِبُ وُجُوهَ الرَّوَاحِلِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحُذَيْفَةَ: “قَدْ، قَدْ” حَتَّى هَبَطَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، [فَلَمَّا هَبَطَ] نَزَلَ وَرَجَعَ عَمَّارٌ، فَقَالَ: “يَا عَمَّارُ، هَلْ عَرَفْتَ الْقَوْمَ؟ ” فَقَالَ: قَدْ عَرَفْتُ عَامَّةَ الرَّوَاحِلِ، وَالْقَوْمُ مُتَلَثِّمُونَ. قَالَ: “هَلْ تَدْرِي مَا أَرَادُوا؟ ” قَالَ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: “أَرَادُوا أَنْ يُنْفِرُوا بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَطْرَحُوهُ”. قَالَ: فَسَارَّ عَمَّارٌ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: نَشَدْتُكَ  بِاللَّهِ كَمْ تَعْلَمُ كَانَ أَصْحَابُ الْعَقَبَةِ؟ قَالَ: أَرْبَعَةَ عَشَرَ. فَقَالَ: إِنْ كُنْتَ مِنْهُمْ فَقَدْ كَانُوا خَمْسَةَ عَشَرَ. قَالَ: فَعَذَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ ثَلَاثَةً قَالُوا: وَاللَّهِ مَا سَمِعْنَا مُنَادِيَ رَسُولِ اللَّهِ، وَمَا عَلِمْنَا مَا أَرَادَ الْقَوْمُ. فَقَالَ عَمَّارٌ: أَشْهَدُ أَنَّ الِاثْنَيْ عَشَرَ الْبَاقِينَ حَرْبٌ لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ

telah menceritakan kepada kami Yazid, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Abdullah ibnu Jami’, dari Abut Tufail yang menceritakan bahawa ketika Rasulullah Saw. ketika kembali dari medan Tabuk, beliau memerintahkan kepada juru penyeru untuk menyerukan, “Sesungguhnya Rasulullah Saw. akan mengambil jalan ‘Aqabah, maka janganlah ada seseorang yang menempuhnya.” Ketika unta kenderaan Rasulullah Saw. dituntun oleh Huzaifah dan digiring oleh Ammar, tiba-tiba datanglah segolongan orang yang mengendarai unta, semuanya memakai cadar. Mereka menutupi Ammar yang sedang menggiring unta kendaraan Rasulullah Saw. Maka Ammar r.a. memukuli bahagian depan pelana unta mereka, sedangkan Rasulullah Saw. bersabda kepada Huzaifah, “Hentikanlah, hentikanlah.” Setelah unta kenderaan Rasulullah Saw. merunduk, maka Rasulullah Saw. turun dari unta kendaraannya, dan saat itu Ammar telah kembali. Rasulullah Saw. bersabda, “Hai Ammar, tahukah siapakah kaum itu tadi?” Ammar menjawab, “Sesungguhnya saya mengenali pelana mereka, tetapi orang-orangnya kami tidak tahu kerana memakai cadar.” Rasulullah Saw. bertanya. ”Tahukah kamu, apakah yang mereka maksudkan?” Ammar menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih me­ngetahui.” Rasulullah Saw. menjawab, “Mereka bermaksud melaratkan unta kendaraan Rasulullah, lalu menjatuhkannya dari atas unta kendaraan­nya.” Lalu Ammar bertanya kepada salah seorang sahabat Rasulullah Saw. Untuk itu ia berkata, “Aku memohon kepadamu dengan nama Allah. Menurut pengetahuanmu ada berapakah jumlah orang-orang yang di ‘Aqabah itu?” Orang itu menjawab, “Ada empat belas orang lelaki.” Ammar berkata, “Jika engkau termasuk seseorang dari mereka, berarti jumlah mereka ada lima belas orang.” Rasulullah Saw. mengecualikan tiga orang di antara mereka. Ketiga orang itu berkata, “Demi Allah, kami tidak mendengar juru seru Rasulullah, dan kami tidak mengetahui apa yang dikehendaki oleh kaum itu.” Maka Ammar berkata, “Saya bersaksi bahwa kedua belas orang itu mengobarkan peperangan terhadap Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan di dunia dan pada hari semua saksi bangkit tegak (yakni hari kiamat).

Kedudukan perkara yang sebenar telah diberitahu kepada Rasulullah dengan cara wahyu. Oleh itu Nabi telah panggil mereka bertanyakan perkara itu dan mereka bersumpah kata mereka tidak buat rancangan untuk bunuh baginda.

Nabi Muhammad mendapat berita itu melalui wahyu. Jadi baginda tahu siapakah yang membuat perancangan itu. Baginda hanya memberitahu Huzaifah ibn Yaman sahaja tentang siapakah orang itu. Dan Huzaifah kena jaga rahsia itu sampai bila-bila. Kerana itulah maka Huzaifah digelar sebagai pemegang rhasia yang tidak boleh diketahui oleh seorang pun, kerana dia tahu berkenaan dengan ciri-ciri dan diri orang-orang munafik yang terlibat dalam peristiwa itu. Rasulullah Saw. telah memberitahukan kepadanya mengenai mereka, tidak kepada selainnya.

Imam Muslim telah meriwayatkan melalui hadis Qatadah, dari Abu Nadrah, dari Qais ibnu Abbad, dari Ammar ibnu Yasi ryang me­ngatakan bahawa Huzaifah telah menceritakan kepadanya dari Nabi Saw., bahawa Nabi Saw. pernah bersabda:

“فِي أَصْحَابِي اثْنَا عَشَرَ مُنَافِقًا، لَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ، وَلَا يَجِدُونَ رِيحَهَا حَتَّى يَلِجَ [الْجَمَلُ] فِي سَمِّ الْخِيَاطِ: ثَمَانِيَةٌ تَكْفِيكَهُمُ الدُّبَيْلة: سِرَاجٌ مِنْ نَارٍ يَظْهَرُ بَيْنَ أكتافه حَتَّى يَنْجُمَ مِنْ صُدُورِهِمْ”

Di antara sahabatku terdapat dua belas orang munafik, mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak pula dapat mencium baunya hingga unta dapat masuk ke dalam lubang jarum (yakni mustahil mereka masuk syurga). Lapan orang di antaranya telah cukup dibalas dengan Dahilah, yaitu pelita api yang muncul di antara kedua belikat mereka, lalu menembus dada mereka.

Ada juga asbabun nuzul lain yang diriwayat tentang ayat ini. Antaranya mereka mengatakan puak munafik ada mencaci baginda, tapi apabila ditanya, mereka tidak mengaku dan sanggup bersumpah yang mereka tidak mengatakan sedemikian.

 

وَلَقَد قالوا كَلِمَةَ الكُفرِ

Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, 

Allah beritahu yang mereka memang telah buat perancangan jahat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan kalimah kufur itu. Kalau zaman sekarang, ‘kalimat kufur’ boleh jadi benda lain.

 

وَكَفَروا بَعدَ إِسلامِهِم

dan telah menjadi kafir sesudah Islam

Mereka telah zahirkan kufur setelah mereka zahirkan Islam. Bukannya mereka jadi kufur selepas keluar dari islam. Kerana munafik zaman Nabi itu memang tidak pernah masuk Islam pun. Oleh itu, bukanlah mereka murtad, tapi sebenarnya mereka tidak pernah jadi muslim pun. Kerana untuk jadi murtad, kena masuk Islam lah dulu.

Dengan perlakuan mereka yang jelas menentang Islam, mereka dah zahirkan apakah isi hati mereka yang sebenarnya.

Kita kena faham yang ada dua jenis munafik. Ada munafik yang tahu dia munafik – dia tunjuk sahaja dia muslim di mata manusia. Tapi fahaman dia kufur.

Satu lagi adalah jenis munafik yang tidak tahu. Orang yang munafik itu pun tidak tahu yang dia itu ada sifat munafik. Dia sangka dia dah muslim dah tapi sebenarnya pada mata Allah dia seorang munafik. Inilah jenis munafik yang ditakuti oleh para sahabat seperti Saidina Umar. Dia amat risau kalau-kalau dia ada sifat nifak itu.

Kita pun kena takut juga dalam perkara ini. Kerana perkara ini amat bahaya. Kena jaga hati kita dan periksa samada kita ada sifat munafik. Tapi kita kena tahulah yang sifat munafik ini adalah rahsia hati. Jangan kita tuduh sesiapa pun sebagai munafik hanya kerana orang itu ada sifat-sifat munafik? Siapa kita untuk tahu orang itu munafik? Nabi Muhammad pun tidak tahu siapa munafik melainkan diberitahu dengan wahyu. Kalau ada yang tahu kemunafikan orang lain, adakah dia lebih hebat dari Rasulullah sendiri? Adakah kamu dapat wahyu juga macam Rasulullah? Kalau kamu setakat guru ajar tafsir sahaja, jangan memandai nak tuduh orang lain munafik.

 

وَهَمّوا بِما لَم يَنالوا

dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, 

Asbabun Nuzul ayat ini, yang mereka hendak capai tapi tidak mampu itu adalah untuk bunuh Nabi. Kalau zaman lain, kena disesuaikan dengan zaman. Ada perkara yang diinginkan sangat oleh puak munafik tapi mereka tidak akan capai. Mungkin mereka nak jatuhkan Islam tapi mereka takkan capai.

 

وَما نَقَموا إِلّا أَن أَغناهُمُ اللَّهُ وَرَسولُهُ مِن فَضلِهِ

dan mereka tidak mencela, kecuali kerana Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka.

Mereka sebenarnya tidak mencela orang Islam, melainkan kerana Allah dan rasul telah melimpahkan kesenangan kepada mereka. Mereka cela kerana Allah beri kemewahan hidup kepada mereka dan Nabi juga telah beri kemudahan kepada mereka. Hidup mereka senang dan kedudukan mereka tinggi. Apa yang mereka minta kepada Nabi. Akan diberi.  Kerana itu mereka jadi sombong untuk terima kebenaran.

 

فَإِن يَتوبوا يَكُ خَيرًا لَهُم

Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka,

Walaupun telah banyak kesalahan yang mereka telah lakukan, tapi kalau sekarang ini pun mereka sanggup bertaubat, itu lebih baik bagi mereka. Taubat mereka diterima kerana masih ada harapan lagi. Allah masih lagi menjemput mereka untuk mengubah perangai mereka.

 

وَإِن يَتَوَلَّوا يُعَذِّبهُمُ اللَّهُ عَذابًا أَليمًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; 

Tetapi ingat, sekiranya masih tidak bertaubat juga setelah diberikan peluang, mereka akan dikenakan dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat. Di dunia boleh kena dan di akhirat pasti akan kena.

 

وَما لَهُم فِي الأَرضِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong.

Kalau Allah telah tetapkan yang mereka akan dikenakan dengan azab, samada di dunia atau di akhirat, tidak akan ada yang dapat tolong. Tidak ada وَلِيٍّ maksudnya tidak ada sesiapa pun yang boleh halang azab itu dari dikenakan.

Maksud نَصيرٍ pula adalah, bila dah dikenakan dengan azab itu, tidak ada sesiapa pun yang boleh tolong untuk hentikan azab itu atau untuk kurangkan langsung.

Maulana Hadi At Taubah 43- 74

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s