Tafsir Surah Tawbah Ayat 71 – 72 (Sifat orang Mukmin)

Ayat 71: Sebelum ini telah disebut tentang maksud hidup orang kafir dan orang munafik. Sekarang dibawakan pula maksud hidup orang beriman pula. Ini juga adalah ayat tabshir.

وَالمُؤمِنونَ وَالمُؤمِناتُ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۚ يَأمُرونَ بِالمَعروفِ وَيَنهَونَ عَنِ المُنكَرِ وَيُقيمونَ الصَّلاةَ وَيُؤتونَ الزَّكاةَ وَيُطيعونَ اللَّهَ وَرَسولَهُ ۚ أُولٰئِكَ سَيَرحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The believing men and believing women are allies of one another. They enjoin what is right and forbid what is wrong and establish prayer and give zakāh and obey Allāh and His Messenger. Those – Allāh will have mercy upon them. Indeed, Allāh is Exalted in Might and Wise.

(MALAY)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

وَالمُؤمِنونَ وَالمُؤمِناتُ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.

Orang mukmin menjadi pembantu agama setengah mukmin yang lain. Mereka tolong menolong dalam urusan agama. Dan inilah yang kita kena lakukan. Kena tengoklah apa yang kita boleh bantu sesama kita. Kena jalankan kerja dakwah dan kerja dakwah ini akan lebih senang dan lebih berjaya kalau kita bekerjasama.

Seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis sahih, yaitu:

“المؤمن للمؤمن كالبنان يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا”

Seorang mukmin bagi orang mukmin lain sama dengan bangunan, sebagian darinya mengikat sebagian yang lain.

Lalu Rasulullah Saw. merangkumkan jari-jemari kedua telapak tangan­nya.

 

يَأمُرونَ بِالمَعروفِ وَيَنهَونَ عَنِ المُنكَرِ

Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar,

Mereka akan melakukan amar makruf nahi mungkar. Ini berlawanan dengan apa yang munafik lakukan – mereka larang buat makruf dan suruh buat mungkar.

Kita kena lakukan amar makruf nahi mungkar ini. Ramai yang tahu mana yang salah, tapi mereka tidak berani nak tegur orang lain. Tidak tahulah apa masalah mereka yang sebenar, tapi kena berhentilah dari tidak buat apa-apa. Kerana kalau kita diamkan sahaja, orang tidak tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Manusia memang memerlukan nasihat dari orang lain. Kerana syaitan memang sudah ‘nasihat’ mereka dah, jadi kita kenalah juga lawan nasihat dari syaitan itu dengan beri nasihat yang baik pula.

 

وَيُقيمونَ الصَّلاةَ وَيُؤتونَ الزَّكاةَ

mendirikan solat, menunaikan zakat 

Mereka sendiri melakukan amal ibadat seperti yang Allah suruh. Mereka tidaklah suruh orang lain sahaja yang buat, tapi mereka sendiri pun banyak melakukan amal ibadat itu. Solat dan zakat diberikan sebagai contoh. Maknanya, bukanlah kena buat dua ini sahaja. Cuma diringkaskan dengan diberikan contoh dua amal ibadat yang paling utama – solat dan zakat. Solat adalah wakil kepada amal ibadat perhubungan dengan Allah dan zakat adalah contoh amal ibadat antara manusia.

 

وَيُطيعونَ اللَّهَ وَرَسولَهُ

dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. 

Dan mereka taat suruhan Allah dan suruhan Rasulullah. Tapi sebelum nak taat, kenalah tahu apa yang hendak ditaati, kenalah tahu apa yang hendak ditaati. Janganlah kita mengaku kita taat, tapi apa yang ditaati pun tidak tahu.

Maka, kenalah belajar tafsir Quran dan Sunnah untuk tahu apa yang perlu ditaati. Untuk taat Allah, kena belajar tafsir Quran dan untuk taat kepada Rasul, kena belajar hadis.

 

أُولٰئِكَ سَيَرحَمُهُمُ اللَّهُ

Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;

Mereka pasti Allah akan beri rahmat. Antara rahmat yang Allah akan berikan adalah syurga, dengan segala nikmat di dalamnya.

 

إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Allah boleh lakukan apa sahaja yang Dia hendak kerana Dia lah Tuhan kita. Tapi Allah juga Maha Bijaksana, jadi apa-apa sahaja ketentuan dariNya, adalah molek-molek belaka.


 

Ayat 72: Allah menjelaskan apakah maksud ‘rahmat’ yang disebut dalam ayat sebelum ini tadi.

وَعَدَ اللَّهُ المُؤمِنينَ وَالمُؤمِناتِ جَنّاتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ خالِدينَ فيها وَمَساكِنَ طَيِّبَةً في جَنّاتِ عَدنٍ ۚ وَرِضوانٌ مِنَ اللَّهِ أَكبَرُ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has promised the believing men and believing women gardens beneath which rivers flow, wherein they abide eternally, and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence; but approval from Allāh is greater. It is that which is the great attainment.

(MALAY)

Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di Syurga ‘Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah kejayaan yang besar.

 

وَعَدَ اللَّهُ المُؤمِنينَ وَالمُؤمِناتِ

Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan,

Rahmat Allah adalah janji Dia. Janji Allah tidak sama macam janji manusia. Kalau janji manusia, belum tentu dia boleh tepati lagi, kerana dia pun mungkin tidak mampu. Tapi kalau Allah yang berjanji, pasti akan ditepati.

 

جَنّاتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ

syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai,

Allah menjanjikan syurga untuk mukminin. Ini adalah nikmat jasmani. Disebut ada sungai-sungai di bawah syurga-syurga itu kerana itulah air adalah sesuatu yang dipandang tinggi oleh manusia, terutama bangsa Arab kerana mereka kekurangan air. Dan kawasan penempatan yang ada air adalah penempatan yang paling mahal sekali. Jadi Allah menarik perhatian manusia dengan mengatakan di syurga itu mengalir sungai-sungai.

 

خالِدينَ فيها

kekal mereka di dalamnya,

Kalau tinggal di tempat yang baik pun, tapi kalau sekejap sahaja, tentulah bukan nikmat yang sebenar. Kerana kalau kita tahu yang kita akhirnya akan kena tinggalkan tempat itu, kita tidak dapat menikmatinya dengan sempurna. Katakanlah kita tinggal di hotel yang paling mahal di dunia pun, kita sebenarnya tahu dalam hati kita yang kita akan kena meninggalkan bilik hotel itu juga nanti akhirnya. Tapi sesiapa yang masuk syurga nanti, akan kekal di dalamnya, selama-lamanya. Mereka tidak akan keluar darinya sampai bila-bila. Jadi legalah mereka yang telah dapat memasukinya.

 

وَمَساكِنَ طَيِّبَةً في جَنّاتِ عَدنٍ ۚ

dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di Syurga ‘Adn.

Di dalam syurga itu, penghuni syurga akan mendapat rumah dan istana yang indah-indah belaka. Tiada tandingannya semasa di dunia. Apa-apa tempat tinggal dalam dunia, tidak kira sebesar mana, secanggih mana pun, tapi tentu sekali akan ada sesuatu yang kita tidak puas hati. Tapi dalam syurga nanti, semua kita akan puas hati.

Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ لِلْمُؤْمِنِ فِي الْجَنَّةِ لَخَيْمَة مِنْ لُؤْلُؤَةٍ وَاحِدَةٍ مُجَوَّفة، طُولُهَا سِتُّونَ مِيلًا فِي السَّمَاءِ، لِلْمُؤْمِنِ فِيهَا أَهْلُونَ يَطُوفُ عَلَيْهِمْ، لَا يَرَى بَعْضُهُمْ بَعْضًا”

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah khemah untuk orang mukmin yang terbuat dari sebuah mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh batu, iaitu di langit. Bagi orang mukmin di dalam khemah itu terdapat banyak isteri yang ia berkeliling menggilir mereka, sebahagian dari mereka tidak melihat sebahagian yang lain. Bukhari dan Muslim. 

 

وَرِضوانٌ مِنَ اللَّهِ أَكبَرُ

Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; 

Sebelum ini disebut nikmat jasmani. Sekarang disebut nikmat rohani pula. Nikmat rohani yang paling besar adalah redha Allah. Dan redha Allah itu lebih besar dari nikmat jasmani. Maksudnya Allah redha kita menjadi hambaNya. Kalau emak dan ayah kita senang dengan kita menjadi anak mereka, mereka bangga dengan kita, itu pun kita sudah suka. Apatah lagi kalau Allah yang menjadikan kita pun redha dengan kita, tentulah lebih-lebih lagi kita suka.

Nikmat rohani ini أَكبَرُ lebih besar lagi dari nikmat jasmani. Berapa ramai orang yang duduk di rumah yang indah, tapi hati mereka tidak tenteram? Dan berapa ramai yang duduk dalam serba kemiskinan tapi hati mereka tenang? Mana lagi kita sukai, hati yang tenang atau kekayaan? Tentulah ketenangan. Ini menunjukkan bahawa nikmat rohani itu lebih besar dan lebih terkesan lagi kepada kita.

Imam Malik rahimahullah telah meriwayatkan dari Zaid ibnu Aslam, dari Ata ibnu Yasar, dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ اللَّهَ، عَزَّ وَجَلَّ، يَقُولُ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ: يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ، فَيَقُولُونَ: لَبَّيْكَ يَا رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ فِي يَدِكَ. فَيَقُولُ: هَلْ رَضِيتُمْ؟ فَيَقُولُونَ: وَمَا لَنَا لَا نَرْضَى يَا رَبِّ، وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعط أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ. فَيَقُولُ: أَلَا أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ فَيَقُولُونَ: يَا رَبِّ، وَأَيُّ شَيْءٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ؟ فَيَقُولُ: أُحِلُّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِي فَلَا أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا”

Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni syurga, “Hai para penghuni surga.” Maka mereka menjawab, “Labbaik, wahai Tuhan kami, kami terima seruan-Mu dengan penuh kebahagiaan, dan semua kebaikan berada di tangan kekuasaan-Mu.” Allah berfirman, “Apakah kalian telah puas?” Mereka menjawab, “Mengapa kami tidak puas, wahai Tuhan kami, sedangkan Engkau telah memberi kami segala sesuatu yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu?” Allah berfirman, “Mahukah Aku berikan kepada kalian yang lebih afdal daripada semuanya itu? ” Mereka menjawab, “Wahai Tuhan kami, adakah sesuatu yang lebih utama daripada semua ini?” Allah berfirman. ‘Aku halalkan bagi kalian redha-Ku, maka Aku tidak akan murka lagi kepada kalian sesudahnya untuk selama-lamanya.”

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkan hadis ini melalui Malik.

 

ذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

itu adalah kejayaan yang agong.

Kejayaan dapat masuk syurga dan mendapat keredhaan Allah adalah kejayaan yang amat besar sekali. Dan lafaz yang digunakan untuk ‘kejayaan’ dalam ayat ini adalah الفَوزُ. Lafaz الفَوزُ bermaksud kejayaan yang didapati setelah terlepas dari sesuatu yang kita tidak suka. Dan ini amat tepat sekali untuk ayat ini. Kerana mereka yang masuk syurga sebenarnya telah terlepas dari masuk neraka. Kita kena ingat bahawa setiap manusia akan melalui Titian Sirat dan titian ini melalui neraka. Mereka yang menjadi ahli neraka akan ditarik jatuh dalam neraka. Tapi mereka yang selamat dan dapat masuk ke syurga, mereka telah melihat apa yang mereka telah lalui. Oleh itu, mereka akan lebih rasa bersyukur dari terus sahaja masuk ke dalam neraka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s