Tafsir Surah Tawbah Ayat 48 – 50 (Perangai orang Munafik)

Ayat 48:

لَقَدِ ابتَغَوُا الفِتنَةَ مِن قَبلُ وَقَلَّبوا لَكَ الأُمورَ حَتّىٰ جاءَ الحَقُّ وَظَهَرَ أَمرُ اللَّهِ وَهُم كارِهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They had already desired dissension before and had upset matters for you¹ until the truth came and the ordinance [i.e., victory] of Allāh appeared, while they were averse.

  • Or “turned matters related to you over [in their minds, considering how to cause you failure].”

(MALAY)

Sesungguhnya dari dahulupun mereka telah mencari-cari fitnah dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk (merosakkan)mu, hingga datanglah kebenaran (pertolongan Allah) dan menanglah agama Allah, padahal mereka tidak menyukainya.

 

لَقَدِ ابتَغَوُا الفِتنَةَ مِن قَبلُ

Sesungguhnya dari dahulupun mereka telah mencari-cari fitnah

Allah beritahu tentang sifat orang-orang munafik itu: sebelum Perang Tabuk ini pun mereka telah cuba menabur fitnah, menimbulkan kekacauan dalam fikiran manusia. Mereka telah buat banyak kerosakan dalam madinah, antaranya mereka menuduh Aisyah telah berzina dengan lelaki lain. Ini kita dapat tahu dari kisah dalam Surah Nur dan dari pembelajaran hadis. Mereka juga telah buat tuduhan lain-lain juga.  Mereka buat tuduhan-tuduhan seperti supaya menyusahkan Rasulullah SAW.

 

وَقَلَّبوا لَكَ الأُمورَ

dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk menyusahkanmu,

Dan mereka telah mengatur berbagai-bagai helah untuk menyusahkan Nabi dan merosakkan keadaan umat Islam. Sampaikan mereka pernah buat perancangan untuk menghalau keluar golongan mukmin dari Madinah. Mereka telah bergabung dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam dari dalam.

 

حَتّىٰ جاءَ الحَقُّ

hingga datanglah kebenaran

Mereka cuba buat onar, sampailah Allah datangkan kebenaran – janji Allah. Sebagai contoh, Allah telah bersihkan nama Aisyah dari tohmahan mereka itu.

 

وَظَهَرَ أَمرُ اللَّهِ

dan menanglah agama Allah,

Sehingga zahirlah kehendak Allah. Allah buat seperti mana yang Allah kehendaki. Segala usaha mereka itu tidak berjaya. Islam tetap juga berkembang dan semakin ramai yang masuk Islam. Di awal Islam di Madinah lagi, Allah telah beri kemenangan kepada umat Islam di Perang Badr. Ini telah menyebabkan puak-puak munafik mula nampak bahawa Islam ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijatuhkan.

 

وَهُم كارِهونَ

padahal mereka tidak menyukainya.

Allah zahirkan kemenangan Islam, walaupun mereka tidak suka. Kemenangan demi kemenangan diberikan kepada umat Islam, dan agama Islam telah tersebar luar ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan lain. Tentunya mereka tidak suka begitu. Mereka tidak suka rancangan mereka tidak berjaya, tapi Allah tidak kisah dengan rancangan mereka.


 

Ayat 49: Allah menceritakan salah satu dari alasan yang mereka berikan. Ada dari kalangan munafik itu yang berani meminta izin kepada Nabi untuk tidak menyertai peperangan dengan alasan yang bodoh. Dalam riwayat ada disebutkan yang namanya adalah ibn Qais.

وَمِنهُم مَن يَقولُ ائذَن لي وَلا تَفتِنّي ۚ أَلا فِي الفِتنَةِ سَقَطوا ۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And among them is he who says, “Permit me [to remain at home] and do not put me to trial.” Unquestionably, into trial they have fallen.¹ And indeed, Hell will encompass the disbelievers.

  • By avoiding their obligation, they fell into destruction.

(MALAY)

Di antara mereka ada orang yang berkata: “Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan aku terjerumus dalam fitnah”. Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.

 

وَمِنهُم مَن يَقولُ ائذَن لي وَلا تَفتِنّي

Di antara mereka ada orang yang berkata: “Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan aku terjerumus dalam fitnah”.

Orang itu minta izin kepada Nabi dan minta Nabi jangan engkau masukkan dia dalam fitnah (ujian). Dia kata begitu kerana dia dengar yang wanita-wanita kafir itu cantik-cantik belaka dan kononnya dia takut dia rosak akidah kerana tertarik dengan wanita-wanita itu nanti. Dia kata dia tidak boleh tahan dengan wanita cantik. Itulah sebabnya dia minta dibenarkan tidak menyertai ekspedisi ke Tabuk itu. Dan Nabi telah beri izin kepada beliau.

Muhammad ibnu Ishaq telah meriwayatkan dari Az-Zuhri, Yazid ibnu Rauman, Abdullah ibnu Abu Bakar. Asim ibnu Qatadah dan lain-lainnya. Mereka mengatakan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah Saw. sedang bersiap-siap untuk berangkat berjihad, baginda bersabda kepada Jadd ibnu Qais. saudara lelaki Bani Salamah, “Hai Jadd, mengapa tahun ini kamu tidak berangkat untuk memerangi Banil Asfar (orang-orang Romawi)?” Jadd menjawab, “Wahai Rasulullah, berilah saya izin untuk tidak berangkat, dan janganlah engkau jerumuskan diriku ke dalam fitnah. Demi Allah, sesungguhnya semua kaumku telah mengetahui bahawa tidak ada seorang lelaki pun yang lebih suka kepada wanita selain diriku. Dan sesungguhnya aku merasa khuatir bila melihat kaum wanita Banil Asfar, maka aku tidak dapat mengekang diriku lagi dari mereka.” Maka Rasulullah Saw. berpaling darinya dan bersabda, “Aku memberi izin kepadamu untuk tidak berangkat.” Sehubungan dengan peristiwa Al-Jadd ibnu Qais inilah diturunkan firman-Nya: Di antara mereka ada yang berkata, “Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah” (At-Taubah: 49), hingga akhir ayat.

 

أَلا فِي الفِتنَةِ سَقَطوا

Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah.

Allah beritahu sebenarnya mereka telah jatuh dalam fitnah dah pun kerana derhaka kepada suruhan Nabi kepada jihad. Memang mereka telah jatuh dalam fitnah, bukan akan jatuh.

 

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكافِرينَ

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.

Allah beritahu yang di akhirat nanti mereka akan masuk Neraka Jahanam. Dan neraka itu akan mengepung mereka, mereka tidak boleh lari dan tidak boleh pergi ke mana-mana lagi.

Lihatlah dalam ayat ini, Allah panggil mereka ‘kafir’. Sebelum ini, mereka masih lagi termasuk dalam golongan muslim kerana tidak jelas kekafiran mereka. Oleh itu, selepas ayat ini, hanya ada orang mukmin dan orang kafir. Samada kamu mukmin atau kamu kafir, itu sahaja. Ayat ini telah membuka apa yang ada dalam hati mereka – kufur kepada Allah dan agama.


 

Ayat 50: Ayat Syikayah.

إِن تُصِبكَ حَسَنَةٌ تَسُؤهُم ۖ وَإِن تُصِبكَ مُصيبَةٌ يَقولوا قَد أَخَذنا أَمرَنا مِن قَبلُ وَيَتَوَلَّوا وَهُم فَرِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If good befalls you, it distresses them; but if disaster strikes you, they say, “We took our matter [in hand] before,”¹ and turn away while they are rejoicing.

  • The hypocrites claim to have protected themselves by remaining behind.

(MALAY)

Jika kamu mendapat suatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya; dan jika kamu ditimpa oleh sesuatu bencana, mereka berkata: “Sesungguhnya kami sebelumnya telah memperhatikan urusan kami (tidak pergi perang)” dan mereka berpaling dengan rasa gembira.

 

إِن تُصِبكَ حَسَنَةٌ تَسُؤهُم

Jika kamu mendapat suatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya; 

Begitu teruknya mereka, kalau kebaikan yang diperolehi oleh orang mukmin, mereka pula yang susah hati, tidak senang. Mereka tidak suka Islam berjaya seperti boleh menang dalam perang, ramai masuk Islam dan sebagainya, itu semua menyesakkan hati mereka. Mereka benci kepada Islam sampaikan kalau Islam berkembang, telah menyebabkan hati mereka resah dan sesak. Bencinya mereka kepada orang mukmin dan Islam, sampaikan apabila muslim pergi ke Mekah untuk mengerjakan Umrah pertama kali, mereka sudah gembira dah. Kerana mereka sangka tentunya umat Islam itu akan kena bunuh semuanya oleh puak Mekah kerana orang Islam datang tanpa senjata berat. Tapi apabila umat Islam balik dalam keadaan selamat, mereka marah sungguh.

 

وَإِن تُصِبكَ مُصيبَةٌ يَقولوا قَد أَخَذنا أَمرَنا مِن قَبلُ

dan jika kamu ditimpa oleh sesuatu bencana, mereka berkata: “Sesungguhnya kami sebelumnya telah memperhatikan urusan kami”

Dan kalau puak mukmin dapat musibah, mereka gembira. Sebagai contoh, kalau mukmin kalah perang, mereka akan suka. Mereka kata: sesungguhnya kami dahulu sudah ambil keputusan untuk berjaga-jaga dalam urusan kami dengan tidak menyertai jihad. Kerana kalau kami pergi, kami pun akan mati juga. Nasib baiklah kami tidak pergi….

Oleh itu, mereka bangga kerana tidak kena musibah. Ini semua adalah dalam fahaman mereka yang sesat dan tidak percaya kepada Allah dan Rasulullah.

 

وَيَتَوَلَّوا وَهُم فَرِحونَ

dan mereka berpaling dengan rasa gembira.

Selepas bercakap macam itu, mereka berpaling. Mereka berpaling dengan rasa gembira sangat kerana musibah telah menimpa umat Islam. Mereka berpaling dengan rasa puas hati.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s