Tafsir Surah Naaziat Ayat 34 – 46 (Bilakah Hari Kiamat itu?)

Ayat 34: Dan sekarang masuk kepada perenggan yang baru dan kita dapat tahu dari perubahan ritma ayat.

فَإِذا جاءَتِ الطّامَّةُ الكُبرىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But when there comes the greatest Overwhelming Calamity¹ –

  • i.e., the Day of Resurrection.

(MALAY)

Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang.

 

Apabila datang berita yang besar. apakah dia? Lafaz الطّامَّةُ dari katadasar yang bermaksud sesuatu yang sudah penuh. Ianya adalah sesuatu yang melimpah dan penuh dengan kesusahan di mana-mana. Ianya adalah peristiwa yang besar dan menyusahkan sangat. Yang dimaksudkan adalah Hari Kiamat. Kejadian pada hari itu amat dahsyat sekali.


 

Ayat 35:

يَومَ يَتَذَكَّرُ الإِنسانُ ما سَعىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when man will remember that for which he strove,

(MALAY)

Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya,

 

Manusia akan melihat apa kesan perbuatan mereka yang mereka kesahkan, sibukkan semasa kehidupan mereka di dunia. Lafaz سَعىٰ bermaksud yang disibukkan, yang diusahakan bersungguh-sungguh. Manusia akan ingat balik semua sekali yang dia telah buat. Dari segi bahasa, apabila digunakan wazan يَتَذَكَّرُ, itu bermaksud manusia akan ingat semua sekali, bukan sikit-sikit. Ingatan kita mungkin tidak kuat semasa di dunia, tapi di akhirat nanti kita akan ingat semua, tambahan pula akan ditunjukkan segala perbuatan kita dalam Kitab Amalan kita. Maka akan teringatlah dulu mereka kelam kabut untuk buat benda yang disukai semasa di dunia: nak kejar harta, jaga harta, luangkan masa dengan keluarga, melancong ke sana sini, beli belah sana sini; mereka sibuk dengan dunia tapi tinggalkan agama dan tidak beramal untuk disimpan untuk akhirat. Waktu itu adalah penyesalan yang amat sangat.


 

Ayat 36:

وَبُرِّزَتِ الجَحيمُ لِمَن يَرىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Hellfire will be exposed for [all] those who see –

(MALAY)

dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.

 

Dan jahanam akan dikeluarkan untuk ditunjukkan kepada mereka yang melihat. Lafaz بُرِّزَ maksudnya sesuatu yang ditarik dan ditunjukkan di hadapan seseorang. Neraka nanti akan ditarik oleh para malaikat dengan 70 ribu tali; dan setiap tali akan ditarik oleh 70 ribu malaikat.

Perkataan الجَحيمُ asalnya bermaksud mata binatang yang bersedia untuk menerkam. Binatang itu pula sedang melihat dengan mata yang lapar. Sama seperti api yang bersedia untuk menyambar manusia. Itulah perumpamaan neraka itu. Pemandangan yang sebenarnya nanti tentulah lebih menakutkan lagi.

Neraka Jahannam akan Diperlihatkan kepada orang kafir dan yang derhaka. Akan ditunjukkan dengan jelas kepada mereka kerana dulu mereka tidak percaya kerana mereka kata mereka tidak nampak dan tak dapat bayangkan tentang neraka yang disebut-sebut itu. Oleh itu, neraka itu akan ditujukkan kepada mereka terus. Adakah yang tidak percaya neraka lagi waktu itu?


 

Ayat 37: Setelah diterangkan sedikit tentang Neraka itu, sekarang akan diberitahu siapakah yang akan menghuninya.

فَأَمّا مَن طَغىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So as for he who transgressed

(MALAY)

Adapun orang yang melampaui batas,

 

Neraka itu adalah untuk mereka yang melampaui batas. Allah tidak sebut untuk orang kafir. Kerana sifat yang ditekan adalah mereka yang derhaka dan melampau batas. Contoh kesalahan yang telah dilakukan Firaun telah diberikan. Tetapi sesiapa sahaja boleh jadi macam dia. Iaitu mereka yang derhaka semasa didunia. Yang paling teruk adalah melampau dalam akidah. Perkara yang tidak ada dalam akidah, ditambah-tambah.


 

Ayat 38: In pula dari segi amal mereka.

وَآثَرَ الحَياةَ الدُّنيا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And preferred the life of the world,

(MALAY)

dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

 

Dan satu lagi sifat mereka ialah mereka melebihkan dunia dari akhirat. Mereka bukannya tak terima dan percaya kepada akhirat, tapi mereka melebihkan dunia. Oleh itu, melebihkan dunia sahaja pun dan ada masalah dah. Kita kena melebihkan akhirat dari dunia. Dan mereka yang engkar dan tidak taat kepada ajaran agama adalah kerana mereka melebihkan dunia.

Oleh itu, kita kena faham, surah ini bukan tentang percaya atau tidak kepada akhirat. Tetapi tentang melebihkan satu atas lainnya. Malangnya, ramai dari manusia melebihkan dunia dari akhirat, dan kerana itu, ramai yang terperangkap. Dan ini adalah bahaya kerana orang Islam yang sudah percaya kepada akhirat pun boleh jatuh dalam perangkap ini.


 

Ayat 39: Apakah kesudahan mereka? Ayat takhwif ukhrawi.

فَإِنَّ الجَحيمَ هِيَ المَأوىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, Hellfire will be [his] refuge.

(MALAY)

maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).

 

Nerakalah tempat istirehat bagi mereka yang sebegitu. Dari segi bahasa, المَأوىٰ sepatutnya adalah tempat yang kita gunakan untuk berlindung dari bahaya. Tapi sebaliknya pula bagi mereka. Allah sedang menyindir mereka. Kerana musyrikin Mekah itu juga telah mengejek seperti yang kita baca di awal surah ini.


 

Ayat 40: Ini pula tentang mereka yang selamat. Ayat tabshir ukhrawi.

وَأَمّا مَن خافَ مَقامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفسَ عَنِ الهَوىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for he who feared the position of his Lord and prevented the soul from [unlawful] inclination.

(MALAY)

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,

 

Ini adalah tentang mereka yang takut untuk berdiri di hadapan Allah dan oleh itu dia menahan nafsu. Bukan ‘nafsunya’. Tapi nafsu with alif lam seolah-olah nafsu itu adalah satu elemen yang di luar dari dirinya. Seolah-olah ianya adalah musuh kita. Kerana nafsu itu mengajak kepada neraka. Oleh itu, kita kena lihat nafsu itu sebagai satu musuh yang kita kena berhati-hati dengannya. Hawa nafsu mempunyai keinginan yang kosong. Mereka yang takut mengadap Tuhan akan tahan jiwanya dari ikut kehendak nafsu yang melanggar syarak. Jiwa pula adalah diri yang duduk tengah. Ia boleh ikut ilham malaikat yang mengajak kepada kebaikan atau nafsu dan syaitan yang mengajak kepada keburukan.

Kehendak nafsu kita ada banyak. Dan nafsu lah yang menjadikan kita manusia. Memang Allah telah bekalkan kita dengan nafsu ini. Dan kehendak nafsu tidaklah semuanya salah. Sebagai contoh, dengan kehendak nafsu kepada hubungan lelaki dan wanita lah keturunan manusia berterusan. Tapi nafsu itu perlu dijaga, supaya tidak melanggar batas-batas syarak. Perhubungan lelaki dan wanita tidaklah salah kalau ianya diikat dengan ikatan nikah. Yang jadi salahnya, kalau ikut terus nafsu itu dan melampiaskannya tanpa pernikahan yang sah.

Kenapa kita kena takut untuk mengadap Tuhan? Kerana kita orang yang banyak dosa dan kita tidak tahu samada kita akan selamat atau tidak. Jangan kita rasa selamat. Kita kena selalu takut kalau-kalau kita ada melakukan kesalahan dan kerana itu kita kena sentiasa meminta ampun kepada Allah dan cuba memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.


 

Ayat 41: Apakah balasan bagi mereka yang takut berdiri di hadapan Allah dan kerana itu dia menjaga nafsunya?

فَإِنَّ الجَنَّةَ هِيَ المَأوىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, Paradise will be [his] refuge.

(MALAY)

maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).

 

Oleh itu tempat istirehatnya adalah di syurga. Inilah yang kita hendak dengar. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini, hendaklah kita ingat yang tujuan kita adalah kembali ke syurga, tempat asal bapa kita, Nabi Adam a.s. Dapatkan keinginan untuk masuk ke dalam syurga dengan belajar tentang ayat-ayat dan hadis yang menceritakan tentang syurga. Supaya kita mendapat gambaran ringkas tentang syurga itu dan membina semangat kita untuk sampai kepadanya.


 

Ayat 42: Ini adalah paragraph baru kerana kita boleh lihat bagaimana hujung ayat diakhiri dengan ritma ها. Ini adalah perenggan terakhir sekali. Ayat ini adalah Ayat Zajrun.

يَسأَلونَكَ عَنِ السّاعَةِ أَيّانَ مُرساها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They ask you, [O Muḥammad], about the Hour: when is its arrival?¹

  • Literally, “resting” or “establishment.”

(MALAY)

(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan, bilakah akan terjadinya?

 

Orang kafir mengejek dan memperlekehkan  berita tentang Hari Kiamat dengan bertanya kepada Nabi Muhammad, bilakah akan terjadinya hari kiamat itu? Mereka kata, kalau benar sangat ia akan terjadi, bila pula akan terjadinya? Mereka tanya itu bukan kerana nak tahu tapi kerana nak mengejek kerana mereka memang tidak percaya.

Lafaz مُرساها telah digunakan dalam ayat sebelum ini untuk menceritakan bagaimana keadaan gunung itu tetap. Dan digunakan di sini juga. Mereka tanya (dengan nada mengejek) bilakah Hari Kiamat itu akan ‘tetap’.


 

Ayat 43: Bolehkah Nabi Muhammad menjawapnya?

فيمَ أَنتَ مِن ذِكراها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

In what [position] are you that you should mention it?1

  • Meaning that Muḥammad () had no knowledge of it, so how could he inform them?

(MALAY)

Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktunya)?

 

Tugas Nabi adalah untuk memberi peringatan kepada umatnya tentang Hari Kiamat. Bukanlah tugasnya untuk bertahu bilakah ianya akan terjadi. Baginda tidak tahu dan baginda pun tidak perlu tahu pun bilakah ianya akan terjadi. Kerana tidak ada sesiapa yang tahu bilakah ianya akan terjadi, hanya Allah sahaja yang tahu.

Bila berlaku peristiwa itu tidak penting. Yang penting adalah apakah persediaan kita untuk menghadapi hari itu.

Dalam ayat ini, Allah berpaling dan khitab kepada Nabi dan tanya baginda: Siapa kamu yang boleh beritahu bila Kiamat akan terjadi? Setinggi-tinggi kedudukan baginda pun tidak tahu bilakah ianya akan terjadi. Malah, Jibrail pun tidak tahu bilakah ia akan terjadi. Sebab itulah ketika Jibril a.s. bertanya kepada Rasulullah Saw., maka beliau Saw. menjawabnya dengan perkataan:

“مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ”.

Tidaklah orang yang ditanya mengenai waktu kedatangannya lebih mengetahui daripada orang yang menanyakannya.

Hadis ini dari hadis yang lebih panjang lagi tentang iman, Islam dan ihsan. Hadis itu adalah hadis yang terkenal dikenali dengan nama ‘Hadis Jibrail’ iaitu apabila Jibrail datang menemui Nabi dalam rupa seorang lelaki. Maksud hadis ini, yang ditanya (Nabi Muhammad) tidak tahu, dan yang bertanya (Jibrail) pun tidak tahu juga. Kalau diumumkan hadis ini, tidak kira siapa yang bertanya dan siapa yang ditanya, tidak ada mana-mana yang tahu, dari dulu sampai bila-bila.

Oleh itu, kita tidak perlu malu kalau kita tidak tahu bilakah ia akan terjadi. Ia dalam rahsia Allah dan ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kenalah kita bersedia.


 

Ayat 44:

إِلىٰ رَبِّكَ مُنتَهاها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To your Lord is its finality.¹

  • i.e., its destination and termination. And to Him belongs ultimate knowledge of it.

(MALAY)

Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya).

 

Hanya Allah sahaja yang tahu bilakah Kiamat akan terjadi. Dan ini boleh diketahui dari susunan lafaz ayat ini: apabila lafaz إِلىٰ diletakkan sebelum lafaz رَبِّكَ, ia menunjukkan takhsis, eksklusif – hanya Allah sahaja.

Lafaz مُنتَها dari katadasar نهى yang bermaksud menahan, memberhentikan. Maksudnya Allah memberhentikan perbincangan tentang bilakah terjadinya Kiamat – maklumat itu berhenti pada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu konklusinya.


 

Ayat 45: Kalau Nabi Muhammad pun tidak tahu bilakah terjadinya Hari Kiamat itu, jadi apakah tugas baginda?

إِنَّما أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخشاها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You are only a warner for those who fear it.

(MALAY)

Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)

 

Ditekankan di sini bahawa Nabi adalah sebagai peringatan kepada mereka yang takutkan Hari Kiamat itu sahaja. Nabi tidak boleh beritahu bilakah ianya akan terjadi, tapi dia kena ingatkan kepada manusia tentangnya. Kerana Nabi kena beritahu yang ia pasti akan terjadi. Dan kita pun kena sambung tugas Nabi itu untuk menyampaikannya kepada manusia.

Memang selalu disebut tentang takut dalam surah ini. Ini adalah kerana ini adalah sifat yang penting yang perlu ada dalam diri hamba. Kerana kalau takut, maka kita akan melakukan sesuatu.


 

Ayat 46:

كَأَنَّهُم يَومَ يَرَونَها لَم يَلبَثوا إِلّا عَشِيَّةً أَو ضُحاها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It will be, on the Day they see it,¹ as though they had not remained [in the world] except for an afternoon or a morning thereof.

  • i.e., the Hour, the Resurrection.

(MALAY)

Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari.

 

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini. Ini adalah perasaan mereka nanti di akhirat. Apabila dibandingkan hari akhirat dan dunia nanti, seolah-olah akan rasa pendek sangatlah rasa hidup masa kita di dunia ini. Kerana dek lamanya menunggu di Mahsyar nanti.

عَشِيَّةً – waktu antara matahari tenggelam sampai waktu maghrib. Waktu itu keadaan menjadi semakin gelap.

ضُحا – waktu pertengahan pagi sampai ke tengahari.

Kedua-dua waktu itu adalah pendek sekali. Padahal manusia hidup di dunia, mungkin sampai 60 tahun. Tapi kerana lama sangat Hari Akhirat itu, bermula dari dibangkitkan, perkumpulan di Mahsyar, mereka akan rasa kehidupan mereka yang di dunia dulu itu selama waktu hujung petang atau hujung pagi sahaja. Ini adalah kerana masa itu subjektif dalam fikiran kita. Tentu kita perasan, kalau kita buat perkara yang kita suka, masa akan terasa pendek tapi kalau kita sedang menghadapi perkara yang kita tidak suka, masa akan terasa lama sangat. Begitulah nanti di akhirat kelak.

Maulana Hadi: Naaziat

Allahu a’lam. TAMAT SURAH NAAZIAT. Sambung ke surah seterusnya, Surah Abasa.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 079: an-Naaziat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s