Tafsir Surah Tawbah Ayat 27 – 29 (Kenapa kena serang kuffar?)

Ayat 27:

ثُمَّ يَتوبُ اللَّهُ مِن بَعدِ ذٰلِكَ عَلىٰ مَن يَشاءُ ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then Allāh will accept repentance after that for whom He wills; and Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

ثُمَّ يَتوبُ اللَّهُ مِن بَعدِ ذٰلِكَ عَلىٰ مَن يَشاءُ

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang azab yang akan dikenakan kepada tentera kuffar. Tapi tidaklah mereka semua akan dikenakan dengan azab. Ada antara mereka yang selamat dari medan pertempuran itu dan mereka ada peluang lagi untuk bertaubat. Ramai dari mereka yang masuk Islam selepas itu kerana telah dapat kesedaran. Allah masih lagi terima taubat mereka. Iaitu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

 

وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah sanggup menerima taubat mereka kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Maulana Hadi: Taubah 1-27


Ayat 28: Ini dikatakan sebagai halangan  yang ke 4. Ada yang berhujah bahawa tidak patut memutuskan perhubungan dengan orang kafir. Mereka kata, bila memutuskan hubungan dengan orang kafir, mungkin perkara kehidupan kita terganggu, contohnya dari segi perniagaan. Kerana mungkin kita bergantung dengan mereka dari segi ekonomi. Allah jawap hujah itu dalam ayat ini.

ا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّمَا المُشرِكونَ نَجَسٌ فَلا يَقرَبُوا المَسجِدَ الحَرامَ بَعدَ عامِهِم هٰذا ۚ وَإِن خِفتُم عَيلَةً فَسَوفَ يُغنيكُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ إِن شاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, indeed the polytheists are unclean, so let them not approach al-Masjid al-Ḥarām after this, their [final] year. And if you fear privation, Allāh will enrich you from His bounty if He wills. Indeed, Allāh is Knowing and Wise.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

Pertamanya, Allah beritahu yang orang musyrik itu najis. Ini adalah kerana akidah mereka rosak. Dan kena faham yang ‘najis’ itu adalah najis dalaman. Bukan tubuh fizikal mereka yang najis, sebab itu mereka boleh masuk masjid. Tetapi akidah mereka yang najis. Kerana  keliru, ada juga yang bertanya: kalau bersalah dengan orang kafir, wudhu batal kah? Tidak, wudhu tidak batal dan kita boleh sahaja sentuh mereka. Soalan itu pun tidak patut, kerana kalau kita sentuh najis pun, tidaklah membatalkan wudhu. Cuma basuh sahaja.

Allah mulakan dengan memberitahu hakikat para musyrikin Mekah itu supaya puak muslimin meninggalkan rasa perhubungan dengan mereka. Kenapa lagi nak berurusan baik dengan mereka kalau mereka itu najis?

 

فَلا يَقرَبُوا المَسجِدَ الحَرامَ بَعدَ عامِهِم هٰذا

maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. 

Puak Musyrikin itu dilarang untuk memasuki Tanah Haram selepas pengumuman dari Surah Tawbah ini. Iaitu selepas 4 bulan. Dan yang tidak boleh masuk adalah Masjidil Haram, termasuk semua Tanah Haram, bukannya masjid-masjid lain. Inilah polisi yang telah ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah orang kafir sampai sekarang pun tidak dibenarkan ke Kaabah.

Ayat ini diturunkan pada tahun sembilan Hijriah. Karena itulah maka Rasulullah Saw. mengutus Ali untuk menemani Abu Bakar r.a. di tahun itu. Dan Nabi Saw. memerintahkan kepadanya untuk menyerukan pengumuman di kalangan orang-orang musyrik, bahwa sesudah tahun ini tidak boleh lagi ada orang musyrik berhaji dan tidak boleh lagi ada orang tawaf di Baitullah dengan telanjang. Dengan demikian, maka Allah telah menyempurnakan agama-Nya dan menetapkan hal ini sebagai syariat dan keputusan-Nya.

 

وَإِن خِفتُم عَيلَةً فَسَوفَ يُغنيكُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ إِن شاءَ

Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. 

Sebelum ini dikatakan ada yang bimbang mereka putus bekalan dunia, bukan? Allah beritahu sekiranya mereka bimbang kemiskinan, Allah janji akan beri kecukupan dari kurniaanNya jika Dia kehendaki.

Allah juga hendak menasihati Musyrikin Mekah. Mereka mungkin takut selepas mereka masuk Islam, mereka akan susah. Kerana sebelum itu, sumber pendapatan mereka adalah dari mereka yang datang ke Kaabah dari merata tempat kerana puak Arab ada meletakkan berhala mereka di Kaabah itu. Allah nak beritahu, jangan risau lah. Allah akan memberi kesenangan kepada mereka. Allah akan jadikan mereka kaya raya selepas itu. Kerana mereka akan dapat harta dari Kerajaan Parsi dan Rom. Dan mereka akan menakluk jajahan-jajahan lain dan akan mendapat bayaran jizrah dan daerah-daerah itu. Dan Allah akan beri sumber rezeki yang banyak sekali. Lihatlah sekarang mereka dikurniakan dengan kekayaan minyak. Memang kaya sungguh. Sampai tak tahu nak buat apa dengan kekayaan itu.

 

إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ حَكيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah tahu memang akan ada putus hubungan dan boleh jadi berlaku putus keperluan. Tetapi Allah maha bijaksana, Dia akan beri perkara yang lebih baik.


 

Ayat 29: Ayat ini adalah DAKWA Surah Taubah. Inilah polisi untuk memerangi puak Musyrikin dan Ahli Kitab.

قاتِلُوا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ وَلا يُحَرِّمونَ ما حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسولُهُ وَلا يَدينونَ دينَ الحَقِّ مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتابَ حَتّىٰ يُعطُوا الجِزيَةَ عَن يَدٍ وَهُم صاغِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Fight those who do not believe in Allāh or in the Last Day and who do not consider unlawful what Allāh and His Messenger have made unlawful and who do not adopt the religion of truth [i.e., Islām] from those who were given the Scripture – [fight] until they give the jizyah1 willingly while they are humbled.

  • A tax required of non-Muslims exempting them from military service and entitling them to the protection of the Islāmic state. Concurrently, zakāh is not taken from them, being an obligation only upon Muslims.

(MALAY)

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.

 

قاتِلُوا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian

Hendaklah puak Muslimin perangi golongan yang tidak beriman. Allah beritahu kenapa kena perangi mereka. Ianya adalah kerana mereka tidak mengamalkan tauhid. Mereka tidak beriman sebenarnya dengan Allah. Mereka mengamalkan fahaman tauhid.

Dan yang kedua, mereka tidak beriman dengan akhirat. Mereka tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan kembali dan kena balas apa yang mereka telah lakukan.

 

وَلا يُحَرِّمونَ ما حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسولُهُ

dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya

Dan yang ketiga, mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Nabi. Mereka tidak kisah halal dan haram.

 

وَلا يَدينونَ دينَ الحَقِّ

dan tidak beragama dengan agama yang benar 

Dan keempat, mereka tidak menerima agama Islam. Setelah disampaikan dakwah kepada mereka, mereka masih tolak juga lagi. Malah, mereka menentang Islam disampaikan kepada manusia.

 

مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتابَ

yang diberikan Al-Kitab kepada mereka,

Siapakah yang perlu diperangi? Golongan Ahli Kitab disebut dalam ayat ini. Allah membezakan antara puak Musyrikin dan Ahli Kitab. Kerana mungkin ada para sahabat yang rasa mereka tidak perlu serang puak Ahli Kitab. Allah kata tidak, kena juga lawan dengan mereka.

Ayat ini merupakan ayat pertama yang memerintahkan untuk memerangi kaum Ahli Kitab- sesudah menyelesaikan perkara yang menyangkut kaum musyrik dan sesudah manusia masuk ke dalam agama Allah (agama Islam) secara bergelombang-gelombang, serta seluruh Jazirah Arabia telah tegak di dalam kekuasaan agama Islam. Setelah itu Allah memerin­tahkan kepada Rasul-Nya agar memerangi kaum Ahli Kitab, yaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani. Hal ini terjadi pada tahun sembilan Hijriah.

 

حَتّىٰ يُعطُوا الجِزيَةَ عَن يَدٍ

sampai mereka membayar jizyah dengan patuh

Allah beritahu yang mereka kena perangi orang kafir itu sehingga mereka beri jizyah dengan tangan mereka. Ini kalau mereka tidak mahu masuk Islam. Kerana kalau mereka dah beri jizyah tidak boleh lagi perangi mereka. Ini seperti cukai yang dikenakan kepada rakyat sesebuah negara sekarang. Mereka menjadi jajahan takluk negara Islam. Mereka tidaklah menjadi  rakyat negara Islam kerana untuk menjadi rakyat negara Islam, kena lafaz syahadah.

Oleh itu, mereka tidaklah mendapat kelebihan penuh sebagai rakyat negara Islam. Macam di negara kita sekarang, kalau bukan warganegara Malaysia pergi ke hospital, bayaran yang dikenakan kepada mereka tidak sama seperti yang dikenakan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Puak Muslimin boleh lakukan begini kepada orang kafir kerana mereka telah diberi peluang untuk berfikir. Mereka telah diajak dan diberi pilihan sebelum ini.

 

وَهُم صاغِرونَ

sedang mereka dalam keadaan tunduk.

Dan mereka kena tunduk patuh kepada syariat Islam. Walaupun mereka orang kafir, tapi mereka kena ikut hukum Islam. Macam orang yang datang ke negara kita sekarang, kenalah ikut undang-undang negara kita. Sebagai contoh, kalau mereka edar dadah, mereka tetap kena hukum gantung walaupun di negara mereka tidak ada undang-undang sebegitu.

Jadikan mereka itu dalam keadaan hina, rendah, dan kalah. Kerana itulah tidak boleh membanggakan ahli zimmah, tidak boleh pula meninggikan mereka atas kaum muslim; bahkan mereka harus dipandang terhina, kecil lagi celaka, seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim melalui Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Saw. pernah bersabda:

“لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى بِالسَّلَامِ، وَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ”

Janganlah kalian memulai salam kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani. Dan apabila kalian bersua dengan seseorang dari mereka di jalan, maka desaklah mereka ke sisi yang paling sempit.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s