Tafsir Surah Tawbah Ayat 14 – 17 (Seranglah penjaga Kaabah itu)

Ayat 14: Kemudian Allah Swt. memberikan tekad dan semangat kepada orang-orang mukmin sambil menjelaskan hikmah yang terkandung di dalam perintah-Nya yang mensyariatkan mereka untuk berjihad, padahal Allah Swt. sendiri mampu menghancurkan musuh-musuh-Nya dengan perintah dari sisi-Nya

قاتِلوهُم يُعَذِّبهُمُ اللَّهُ بِأَيديكُم وَيُخزِهِم وَيَنصُركُم عَلَيهِم وَيَشفِ صُدورَ قَومٍ مُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Fight them; Allāh will punish them by your hands and will disgrace them and give you victory over them and satisfy the breasts [i.e., desires] of a believing people

(MALAY)

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

 

قاتِلوهُم

Perangilah mereka,

Oleh kerana hujah-hujah yang telah disampaikan dalam ayat-ayat sebelum ini, maka hendaklah umat Islam memerangi puak musyrikin itu. Kerana ada lima kelebihan dalam peperangan itu.

 

يُعَذِّبهُمُ اللَّهُ بِأَيديكُم

niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan tangan-tanganmu

  1. Allah akan azab mereka dengan tangan umat Islam sendiri. Allah memang boleh azab mereka dengan cara-cara lain macam gempa bumi, taufan, tapi Allah boleh pilih untuk azab mereka dengan pedang umat Islam sendiri. Dengan beri kelebihan itu, umat Islam yang selama itu telah ditindas oleh Musyrikin Mekah itu dapat balas dendam kepada mereka.

 

وَيُخزِهِم

dan Allah akan menghinakan mereka

2. Allah akan hinakan mereka, kerana mereka tidak akan menang apabila berlawan dengan puak Islam. Dan kerana itu mereka akan dihinakan di dunia lagi.

 

وَيَنصُركُم عَلَيهِم

dan menolong kamu terhadap mereka, 

3. Kalau berperang dengan musyrikin itu, Allah akan beri bantuan kepada umat Islam dan dengannya akan memberi kemenangan kepada umat Islam.

 

وَيَشفِ صُدورَ قَومٍ مُؤمِنينَ

serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

Dengan perang itu, Allah akan melegakan hati-hati yang panas dari golongan mukmin. sebab dulu umat Islam diganggu, ditindas, diseksa, dicaci dan sebagainya, dan mereka panas hati dan kalau tidak boleh buat sendiri, bunuh sendiri pihak yang telah menyakiti mereka dulu, mereka akan bengkak hati. Maka Allah berikan kesenangan hati itu kepada orang mukmin sebab dapat balas sendiri dengan tangan mereka.

 


Ayat 15:

وَيُذهِب غَيظَ قُلوبِهِم ۗ وَيَتوبُ اللَّهُ عَلىٰ مَن يَشاءُ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And remove the fury in their [i.e., the believers’] hearts. And Allāh turns in forgiveness to whom He wills; and Allāh is Knowing and Wise.

(MALAY)

dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin. Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya. Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

وَيُذهِب غَيظَ قُلوبِهِم

dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin.

5. Dengan perang itu juga Allah menghilangkan kemarahan dan panas hati puak Islam yang telah ditindas dahulu.

 

وَيَتوبُ اللَّهُ عَلىٰ مَن يَشاءُ

Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya.

Walaupun musyrikin Mekah itu telah banyak melakukan kesalahan, tapi Allah boleh beri taufik kepada mereka untuk masuk Islam dan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ini boleh berlaku setelah mereka yang bukan Islam itu tengok umat Islam di pihak yang benar kerana menang dalam peperangan. Sebagai contoh mereka yang dibukan hati adalah Abu Sufyan sendiri, ketua puak Quraish. Dia telah masuk Islam kerana melihat kebenaran yang ada pada Islam dan menjadi muslim yang baik.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati manusia; dan Allah penuh  hikmah – antara hikmah Allah adalah Allah tangguh beri azab kepada manusia yang engkar – Allah tidak terus bunuh mereka kerana Allah beri kesempatan kepada mereka untuk beriman. Kalaulah Allah terus beri azab dengan mematikan mereka, tentulah mereka tidak ada peluang begitu.

 


Ayat 16: Ayat zajrun. Apabila umat Islam diganggu oleh kafir harbi dan kita tidak buat apa-apa, jangan sangka yang kita bebas dari tuntutan Allah.

أَم حَسِبتُم أَن تُترَكوا وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جاهَدوا مِنكُم وَلَم يَتَّخِذوا مِن دونِ اللَّهِ وَلا رَسولِهِ وَلَا المُؤمِنينَ وَليجَةً ۚ وَاللَّهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you think that you will be left [as you are] while Allāh has not yet made evident those among you who strive [for His cause] and do not take other than Allāh, His Messenger and the believers as intimates? And Allāh is Acquainted with what you do.

(MALAY)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

 

أَم حَسِبتُم أَن تُترَكوا

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan,

Ini adalah khitab kepada orang mukmin. Adakah kamu sangka kamu dibiarkan begitu sahaja, tidak disyariatkan jihad perang? Adakah kamu sangka kamu boleh duduk rileks sahaja atas muka bumi dan tidak diuji dengan jihad?

 

وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جاهَدوا مِنكُم

sedang Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu

Bagaimana kamu tidak disyariatkan dengan jihad qital, sedangkan belum nyata kepada Allah siapakah diantara kamu yang berjuang dalam peperangan. Jihad dalam ayat ini adalah jihad perang, kerana ada jenis jihad lisan sahaja. Allah bukanlah tidak tahu hati manusia. Jadi dalam ayat ini, bukanlah Allah tidak tahu, tapi Allah nak nyatakan siapakah orang itu. Untuk menyatakan siapakah yang sanggup berjuang, jadi kena ada ujian dalam peperangan. Begitulah para sahabat telah diuji di Mekah semasa mereka lemah dan tidak boleh balas serangan musyrikin, dan sekarang mereka diuji setelah berhijrah ke Madinah, dengan arahan perang. Inilah ujian yang mereka kena lalui, samada mereka taat atau tidak kepada Allah.

 

وَلَم يَتَّخِذوا مِن دونِ اللَّهِ وَلا رَسولِهِ وَلَا المُؤمِنينَ وَليجَةً

dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.

Bagaimana mungkin mereka tidak diuji, selagi belum belum nyata, mereka yang hanya menjadikan selain Allah dan rasul dan orang mukmin sebagai teman rapat. Orang mukmin tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai teman rapat. Kena jadikan teman rapat itu hanya Allah, Rasulullah dan orang mukmin yang lain. Hanya apabila ada perang baru tahu yang dalam kalangan umat Islam itu tidak ada teman rapat dengan orang kafir.

Kerana kalau tidak ada perang, ada golongan munafik dalam muslim yang tidak kelihatan, kerana mereka menyembunyikan iman mereka. Mereka nampak sahaja hidup dalam suasana Islam, tapi mereka menjadikan orang kafir sebagai teman rapat mereka. Dengan adanya syariat perang, baru tahu siapa yang munafik. Baru belang mereka dinampakkan.

Lafaz وَليجَةً dari katadasar ولج yang bermaksud ‘memasuki’. Ianya adalah salah satu lafaz yang digunakan untuk bermaksud ‘kawan’. Mereka itu kawan rapat, sampaikan hal-hal peribadi kawan mereka itu pun mereka boleh masuk, boleh masuk hati mereka.

 

وَاللَّهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ

Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah tahu segala perbuatan manusia. Samada mereka lakukan secara sembunyi atau secara zahir. Oleh itu Allah tahu siapakah yang mukmin dan siapakah yang munafik. Tapi manusia tidak tahu – jadi untuk menzahirkan siapakah yang mukmin dan siapa yang tidak, maka kena ada syariat perang.

 


Ayat 17: Perkara kedua yang dikatakan menghalang berperang adalah amalan orang kafir Mekah itu. Kita pun tahu yang mereka pun ada buat ibadat juga, mereka jaga kaabah, mereka selalu tawaf Kaabah dan sebagainya. Ada yang berhujah, kenapa nak perangi mereka sedangkan mereka juga ada buat perkara yang baik? Allah kata amalan mereka itu tidak kira kerana mereka syirik belaka.

ما كانَ لِلمُشرِكينَ أَن يَعمُروا مَساجِدَ اللَّهِ شاهِدينَ عَلىٰ أَنفُسِهِم بِالكُفرِ ۚ أُولٰئِكَ حَبِطَت أَعمالُهُم وَفِي النّارِ هُم خالِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is not for the polytheists to maintain the mosques of Allāh [while] witnessing against themselves with disbelief. [For] those, their deeds have become worthless, and in the Fire they will abide eternally.

(MALAY)

Tidaklah layak orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia amal mereka, dan mereka kekal di dalam neraka.

 

ما كانَ لِلمُشرِكينَ أَن يَعمُروا مَساجِدَ اللَّهِ

Tidaklah layak orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah,

Walaupun ayat ini dalam bentuk jamak (masjid-masjid), tapi yang dimaksudkan adalah MasjidilHaram. Memang mereka itu ada beribadat dan menjaga MasjidilHaram. Akan tetapi tidak layak bagi orang yang berakidah syirik mengimarahkan masjid Allah. Sebab masjid Allah untuk orang tauhid sahaja.

 

شاهِدينَ عَلىٰ أَنفُسِهِم بِالكُفرِ

sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir.

Mereka tidak layak, dan mereka pun mengaku yang mereka kufur kepada Allah. Mereka tahu mereka buat syirik kepada Allah kerana dengan jelas mereka menyeru dan meyembah selain Allah. Cuma pada mereka, apa yang mereka lakukan itu tidak salah pada mata mereka.

Memang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir, yakni keadaan dan ucapan mereka mengungkapkan kekafiran mereka. As-Saddi telah mengatakan, “Seandainya anda tanyakan kepada seorang Nasrani, ‘Apakah agamamu?’ Niscaya dia menjawab, ‘Nasrani.’ Dan seandainya anda tanyakan kepada seorang Yahudi, ‘Apakah agamamu?’ Niscaya dia menjawab. ‘Yahudi.’ Dan terhadap orang Sabiin, niscaya dia menjawab bahawa dia adalah pemeluk agama sabiah, dan terhadap orang musyrik dia akan menjawab sebagai seorang musyrik.”

Begitulah juga ramai dari kalangan umat Islam yang mengaku beriman, tapi buat perkara syirik, termasuk di masjid Allah pun. Mereka menyeru-nyeru selain Allah, melakukan tawasul, minta berkat dari Nabi dan wali yang telah mati dan sebagainya. Dengan jelas mereka melakukan perkara itu. Kalau kita tegur mereka dan kata itu adalah amalan syirik, mereka kata, tidak.

 

أُولٰئِكَ حَبِطَت أَعمالُهُم

Itulah orang-orang yang sia-sia amal mereka,

Segala amalan baik musyrikin Mekah itu gugur, tidak sah untuk angkat ke langit. Walaupun mereka buat kebaikan seperti jaga Kaabah, mengerjakan Haji dan sebagainya, tapi semua amalan itu tidak laku untuk dinilai. Oleh kerana itu, tidak salah kalau puak mukmin perangi mereka. Maka, jangan jadikan alasan yang Musyrikin Mekah itu adalah penjaga Kaabah sebagai penghalang untuk menyerang mereka.

Begitulah juga dengan umat Islam kita sekarang. Kalau mereka ada fahaman dan amalan syirik, segala amalan baik mereka tidak ada nilai, hilang begitu sahaja. Kerana untuk amalan baik dikira pahalanya, kenalah beriman sempurna, tidak melakukan syirik.

 

وَفِي النّارِ هُم خالِدونَ

dan mereka kekal di dalam neraka.

Dan puak musyrikin itu akan kekal dalam neraka. Amat rugi sekali bagi mereka, sudah susah-susah buat amalan kebaikan, tapi akhirnya kekal dalam neraka. Oleh itu, jangan rasa bersalah untuk memerangi dan membunuh mereka, kerana mereka akan kena bakar dalam neraka pun. Memang itulah tempat tujuan mereka.

Dan inilah balasan kepada orang yang mengamalkan syirik. Walaupun nama Islam, pakai jubah, serban dan sebagainya, tapi kalau ada amalan syirik, akan kekal dalam neraka. Walaupun mereka itu mengaku Islam. Ramai yang kata, orang Islam akan masuk syurga akhirnya. Tapi kalau ada fahaman dan amalan syirik, tidak ada harapan untuk keluar dari neraka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s