Tafsir Surah Tawbah Ayat 4 – 6 (Perjanjian yang ada had masa)

Ayat 4: Ini adalah pengecualian dari batas masa maksimum 4 bulan dalam ayat-ayat sebelum ini.

إِلَّا الَّذينَ عاهَدتُم مِنَ المُشرِكينَ ثُمَّ لَم يَنقُصوكُم شَيئًا وَلَم يُظاهِروا عَلَيكُم أَحَدًا فَأَتِمّوا إِلَيهِم عَهدَهُم إِلىٰ مُدَّتِهِم ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Excepted are those with whom you made a treaty among the polytheists and then they have not been deficient toward you in anything or supported anyone against you; so complete for them their treaty until their term [has ended]. Indeed, Allāh loves the righteous [who fear Him].

(MALAY)

kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

 

إِلَّا الَّذينَ عاهَدتُم مِنَ المُشرِكينَ

kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian

Sebelum ini telah disebut pemutusan perjanjian dengan mana-mana puak musyrik. Itu adalah perjanjian yang tidak ada tamat tempoh – tiada had. Yang mana tiada had tempoh itu, akan termatilah perjanjian dengan mereka selepas empat bulan.

Tapi ayat tentang perjanjian yang lain. Kerana ada puak dari musyrikin yang ada perjanjian dengan puak muslim, tapi yang ada had masa tamatnya.

Semua perjanjian ini asalnya dari Perjanjian Hudaibiyah yang rasanya semua kita sudah tahu tentangnya. Semasa perjanjian itu, ada dua puak, satu sebelah umat Islam dan satu lagi duduk sebelah puak kafir Mekah. Yang duduk sebelah Islam, namanya Bani Quda’ah. Sementara yang sebelah musyrikin, namanya Bani Bahar. Perjanjian yang ini adalah jenis perjanjian yang ada had tempoh tamat. Keduanya kafir tapi duduk luar dari Mekah. Apabila perjanjian Hudaibiyah ditamatkan, perjanjian dengan dua puak itu tidak tamat tempoh lagi. Ini adalah kerana Perjanjian Hudaibiah iaitu dengan musyrikin Mekah telah ditamatkan awal dari masa yang sepatutnya.

Apabila Pembukaan Mekah oleh Kerajaan Islam, semua orang Mekah telah masuk Islam. Akan tetapi dua puak itu tidak masuk Islam. Oleh kerana telah dibuat perjanjian dengan mereka, maka kena jaga perjanjian tapi setakat masa yang telah ditetapkan itu sahaja. Apabila habis tempoh, mereka kena buat keputusan samada hendak lari, berperang dengan Kerajaan Islam atau masuk Islam.

 

ثُمَّ لَم يَنقُصوكُم شَيئًا

dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun denganmu

Syaratnya adalah mereka tidak belot perjanjian itu. Asalkan mereka tidak mengurangi syarat perjanjian walau sedikit. Dan dua puak yang disebut tadi, mereka ikut perjanjian itu dan tidak belot.

 

وَلَم يُظاهِروا عَلَيكُم أَحَدًا

dan tidak (pula) mereka membantu sesiapa pun yang memusuhi kamu,

Bukan sahaja mereka tidak belot perjanjian secara terus, mereka juga tidak menyokong kafir lain menentang Islam. Iaitu mereka tidak sokong mana-mana pihak. Samada sokong secara nyata atau secara rahsia pun. Kalau tahu yang mereka ada sokong mana-mana pihak yang menentang Islam, perjanjian dengan mereka juga ditamatkan.

 

فَأَتِمّوا إِلَيهِم عَهدَهُم إِلىٰ مُدَّتِهِم

maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. 

Kalau lengkap syarat mereka itu seperti di atas, maka kena sempurnakan perjanjian itu. Tetapi setakat hingga tempoh tempoh perjanjian asal itu selesai sahaja. Maknya, bukan empat bulan sahaja. Kalau perjanjian yang lain, setakat empat bulan sahaja.

 

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَّقينَ

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

Allah sebut tentang taqwa dalam ayat ini kerana hendak memberitahu, walau dalam ada kuasa pun kena takut kepada Allah. Ini adalah kerana ayat ini semasa umat Islam sedang kuat. Maka, Allah ingatkan umat Islam jangan salah gunakan kuasa yang Allah telah berikan. Hendak bertaqwa kepada Allah dan jaga hukum yang Allah telah sampaikan.

 


Ayat 5:

فَإِذَا انسَلَخَ الأَشهُرُ الحُرُمُ فَاقتُلُوا المُشرِكينَ حَيثُ وَجَدتُموهُم وَخُذوهُم وَاحصُروهُم وَاقعُدوا لَهُم كُلَّ مَرصَدٍ ۚ فَإِن تابوا وَأَقامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكاةَ فَخَلّوا سَبيلَهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the sacred months¹ have passed, then kill the polytheists wherever you find them and capture them and besiege them and sit in wait for them at every place of ambush. But if they should repent, establish prayer, and give zakāh, let them [go] on their way. Indeed, Allāh is Forgiving and Merciful.

  • The four months mentioned in verse 2, i.e., Muḥarram, Rajab, Dhul-Qa‘dah and Dhul-Ḥijjah.

(MALAY)

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

 

فَإِذَا انسَلَخَ الأَشهُرُ الحُرُمُ

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu,

Selepas berlalunya bulan-bulan haram sebagai tempoh untuk mereka. Iaitu dimulai sejak dipermaklumatkan surat Bara’ah di Mekah sampai dengan hari ke sepuluh dari bulan Rabi’ul Akhir.

 

فَاقتُلُوا المُشرِكينَ حَيثُ وَجَدتُموهُم

maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka,

Selepas tamat tempoh, maka seranglah puak musyrik itu di mana sahaja bertemu dengan mereka. Kena tungguh habis Bulan Haram, maknanya tidak boleh serang dalam Bulan Haram juga. Itulah yang kena tunggu sampai habis empat bulan selepas pengumuman itu.

Walaupun lafaz ayat ini umum, tapi tidaklah boleh bunuh mereka di mana-mana sahaja. Kerana telah ada larangan untuk membunuh di Tanah Haram.

 

وَخُذوهُم

dan tangkaplah mereka.

Iaitu tangkap mereka sebagai orang tawanan. Dengan kata lain, jika kalian ingin membunuh mereka, kalian boleh membunuhnya; dan jika kalian ingin menahan mereka, kalian boleh menahan mereka.

 

وَاحصُروهُم

Kepunglah mereka

Kena kepung mereka di mana-mana daerah. Jangan bagi mereka lari. Kalau mereka nak lari, kena tangkap mereka.

 

وَاقعُدوا لَهُم كُلَّ مَرصَدٍ

dan intailah mereka di tempat serangan hendap.

Duduk intip mereka di tempat pengintipan, untuk serang hendap mereka. Maknanya, jangan biarkan seorang pun terlepas.

Maksudnya, janganlah umat Islam merasa puas hanya dengan jumpa orang musyrik itu di tempat orang Islam sahaja, tetapi kepunglah mereka di benteng-benteng dan tempat-tempat perlindungan mereka, dan intailah mereka di jalan-jalan yang biasa mereka lalui, hingga bumi yang luas ini terasa sempit bagi mereka, dan akhirnya mereka terpaksa harus berperang melawan puak muslim atau masuk Islam.

Lihatlah bagaimana hebat sekali Allah suruh buat terhadap mereka. Tidak beri peluang langsung.

 

فَإِن تابوا وَأَقامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكاةَ

Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat,

Tetapi, kalau mereka bertaubat dan masuk Islam.

Dan mereka buat amalan sebagai orang Islam. Mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat adalah alamat Islam. Maknanya, mereka tidak boleh dengan lafazkan syahadah sahaja.  Mereka kena tunjuk yang mereka itu beramal sebagai seorang muslims.

Sekarang ayat ini sedang dibacakan kepada puak musyrik di Kaabah. Yang mendengarnya adalah puak Mekah yang banyak mengaut keuntungan kerana menjaga Kaabah. Sekarang mereka diberitahu yang mereka kena bayar zakat. Tentu mereka tidak suka.

 

فَخَلّوا سَبيلَهُم

maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan.

Kalau mereka sudah lakukan seperti yang telah disebut itu, maka berilah kebebasan kepada mereka. Mereka bebas bergerak ke mana yang mereka hendak pergi.

Di dalam kitab Sahihain dari Ibnu Umar r.a., dari Rasulullah disebutkan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ”

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mahu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan salat, dan menunai­kan zakat.

 

إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

Allah boleh sahaja beri ampun kepada mereka, biarkan mereka bebas walaupun apa yang telah mereka lakukan sebelum itu amat teruk sekali. Ini adalah kerana Allah Maha Pengampun dan Amat Penyayang terhadap hambaNya.

 


Ayat 6:

وَإِن أَحَدٌ مِنَ المُشرِكينَ استَجارَكَ فَأَجِرهُ حَتّىٰ يَسمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبلِغهُ مَأمَنَهُ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قَومٌ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if any one of the polytheists seeks your protection, then grant him protection so that he may hear the words of Allāh [i.e., the Qur’ān]. Then deliver him to his place of safety. That is because they are a people who do not know.

(MALAY)

Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

 

وَإِن أَحَدٌ مِنَ المُشرِكينَ استَجارَكَ

Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, 

Dalam ayat sebelum ini, kita sudah disuruh tangkap puak musyrikin itu di mana sahaja jumpa mereka. Akan tetapi kalau ada yang nak datang tengok bagaimana Islam dijalankan, bagaimana Islam diamalkan, dengan tujuan nak dengar Quran dan belajar Quran, bagaimana?

 

 

فَأَجِرهُ حَتّىٰ يَسمَعَ كَلامَ اللَّهِ

maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah,

Dalam keadaan begitu, berilah visa kepada mereka. Lindungilah mereka untuk sementera waktu, biar mereka boleh datang dengar ayat-ayat Allah. Sehingga dia boleh dengar sendiri kalam Allah dibacakan kepadanya. Agar supaya dia boleh tahu apakah Islam itu sebenarnya. Waktu ayat ini diturunkan, masih ada dari kalangan orang Mekah yang tidak tahu apakah Islam itu sebenarnya. Mungkin selepas pengumuman dibacakan kepada mereka, mereka teringin hendak tahu tentang Islam. Kalau mereka benar datang dengan baik, maka layanlah juga dengan baik. Berilah masa kepada mereka.

 

ثُمَّ أَبلِغهُ مَأمَنَهُ

kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya.

Kemudian lepaskan dia ke sempadan, tempat yang dia rasa aman. Sampai dia rasa aman di situ. Kena tempat yang dia rasa aman lah. Lihatlah bagaimana baik sekali layanan yang Allah suruh kita berikan kepada manusia. Tidak pernah ada lagi perkara ini sebelum itu. Biarlah dia buat keputusan selepas itu kerana dia pun sudah dengar firman Allah dibacakan kepadanya. Kalau dia tak masuk Islam juga, dan kemudian jumpa dia di mana-mana, kita kena bunuh dia nanti. Sudah tidak ada perlindungan lagi waktu itu.

Kalau zaman sekarang, ini termasuk permintaan perlindungan untuk masuk negara Islam. Ini boleh dibenarkan.

Kesimpulan, barang siapa yang datang dari kawasan musuh ke dalam kawasan Islam untuk menyampaikan suatu pesan sebagai seorang delegasi, untuk keperluan berniaga, untuk meminta perdamaian, gencatan senjata, membawa jizyah, atau untuk keperluan lainnya. Lalu ia meminta jaminan keamanan kepada imam atau wakilnya, maka ia diberi jaminan keamanan selagi masih bertugas di kawasan Islam dan hingga ia sampai ke tempat yang aman baginya.

Tetapi ulama mengatakan bahawa ia tidak diizinkan tinggal di negeri Islam dalam masa satu tahun, tetapi diperbolehkan untuk tinggal dalam batas maksimum empat bulan. Adapun mengenai masa tinggal yang lebih dari empat bulan, tetapi kurang dari satu tahun, menurut Imam Syafii dan lain-lainnya ada dua pendapat mengenainya. Maknanya, ada perbezaan pendapat dalam hal ini.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قَومٌ لا يَعلَمونَ

Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Perkara itu dibenarkan, walaupun mereka kafir harbi (orang kafir yang diperangi) kerana mereka tidak tahu lagi kalam Allah. Mungkin sebelum itu mereka asyik dengar kata-kata orang sahaja. Mereka belum dapat maklumat yang lengkap lagi. Dan kerana itulah mereka tidak tahu tentang Islam.

Begitulah juga kebanyakan dari masyarakat dunia sekarang pun. Mereka tidak mendapat maklumat penuh tentang Islam. Apa yang mereka lihat dan tahu kadang-kadang tidak benar. Kerana media massa telah memaparkan perkara yang buruk tentang Islam. Kerana musuh Islam yang menguasai media massa, mereka boleh pusing maklumat supaya nampak Islam ini agama yang jahat.

Dan perangai orang Islam pun memang banyak yang buruk. Jadi kalau orang tengok orang Islam, mereka pun sampai tidak nampak keindahan Islam. Ini adalah kerana kesalahan kita juga. Oleh itu, berilah mereka peluang untuk mengenali Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

 


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s