Tafsir Surah Tawbah Ayat 1 – 3 (Pernyataan putus perjanjian)

Pengenalan:

Ini adalah surah terakhir turun. Ianya diturunkan waktu akhir-akhir hayat Nabi. Tetapi ada ayat yang turun awal, maksudnya panjang masa untuk lengkapkan surah ini dan mengambil masa yang lama. Surat yang mulia ini merupakan akhir dari apa yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.. seperti yang dikatakan oleh Imam Bukhari.

Dia mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Walid, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Abu Ishaq yang mengatakan bahwa ia pernah mendengar Al-Barra mengatakan bahwa akhir ayat yang diturunkan adalah firman Allah Swt. yang mengatakan: Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah, “Allah memberi fatwa kepada kalian tentang kalalah.” (An-Nisa: 176) dan surat yang paling akhir diturunkan ialah surat Al-Bara’ah (yakni surat At-Taubah).

Satu perbezaan surah ini dengan surah yang lain, tidak ada lafaz bismillah di awalnya kerana surah ini tentang perang dan tidak sesuai diletakkan basmalah. Kerana perang melibatkan keganasan dan pembunuhan, sedangkan basmalah itu adalah tentang keselamatan.

Imam Turmuzi mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Basysyar, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa’id dan Muhammad ibnu Abu Ja’far. serta Ibnu Abu Addi dan Suhail ibnu Yusuf; mereka mengatakan bahwa Auf ibnu Abu Jamilah mengatakan, telah menceritakan kepadaku Yazid Al-Farisi, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnu Abbas bahwa ia pernah bertanya kepada Usman ibnu Affan, “Apakah yang mendorongmu sengaja membarengkan antara surat Al-Anfal dan surat Al-Bara’ah (At-Taubah) padahal keduanya termasuk surat masani, sehingga jumlah ayat keduanya menjadi dua ratusan, tanpa engkau tuliskan Bismillahir Rahmanir Rahim: di antara keduanya, kemudian engkau letakkan keduanya ke dalam kategori Sab’ut Tiwal (tujuh surat yang panjang-panjang), apakah alasanmu?” Usman menjawab, “Dahulu semasa Rasulullah Saw. masih menerima penurunan surat-surat yang ayat-ayatnya mempunyai bilangan  tertentu, apabila ada sesuatu yang diturunkan kepadanya, maka iapun  memanggil sebagian juru tulis wahyunya, lalu bersabda, ‘Letakkanlah ayat ini dalam surat yang ada di dalamnya disebutkan masalah anu dan anu.’ Dan surat An-Anfal termasuk surat yang mula-mula diturunkan di Madinah, sedangkan surat Al-Bara’ah (Taubah) termasuk surat Al-Qur’an yang paling akhir diturunkan. Tersebut pula bahwa kisah yang disebutkan di dalam surat Al-Bara’ah mirip dengan kisah yang disebut­kan di dalam surat Al-Anfal. Saya merasa khawatir bila surat Al-Bara’ah ini termasuk bagian dari surat Al-Anfal, karena Rasulullah Saw. diwafatkan, sedangkan beliau belum menjelaskan kepada kami bahwa Al-Bara’ah termasuk bagian dari surat Al-Anfal. Mengingat hal tersebut, maka saya menggandengkan kedua surat tersebut tanpa menuliskan Bismillahir Rahmanir Rahim di antara keduanya, kemudian saya meletakkan keduanya ke dalam kelompok tujuh surat yang panjang-panjang.”

Hal yang semisal telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam Nasai, dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sahih-nya serta Imam Hakim di dalam kitab Mustadrak-nya melalui berbagai jalur lainnya dari Auf Al-A’rabi. Imam Hakim mengatakan bahwa hadis ini sahih sanadnya, tetapi keduanya (Imam Bukhari dan Imam Muslim) tidak mengetengahkannya.

Kesimpulan surah ini: Ianya terbahagi kepada dua bahagian:

1 – 37 Bahagian Pertama. Ianya pecah kepada tiga bahagian pula:

a. iklan pemutusan perjanjian; sekiranya ada mana-mana pihak kafir yang pernah berjanji dengan Nabi Muhammad, perjanjian itu akan ditamatkan. Tidak perlu lagi kepada perjanjian damai itu kerana Islam telah kuat dan tidak perlukan lagi kepada perdamaian dengan pihak luar. Selepas perjanjian ditamatkan, yang ada adalah peperangan kalau mereka tidak mahu masuk Islam. Sebab itulah surah ini tidak ada basmillah di awalnya kerana Islam akan teruskan peperangan.

b. disebutkan satu persatu perkara-perkara yang dikatakan sebagai penghalang perang. Semuanya ada 4 perkara. Allah hendak menjelaskan bahawa perkara-perkara itu sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai penghalang kepada perang. Hanya orang kafir sahaja yang mengiranya sebagai penghalang, tapi tidak sebenarnya. Secara ringkasnya, ‘penghalang-penghalang’ itu:

i. perang melanggar perjanjian yang telah ada. Allah jawap: umat Islam diarah memerangi orang kafir kerana orang kafir yang mula langgar perjanjian.

ii. orang kafir Mekah pun ada juga buat amalan baik macam jaga Kaabah, tolong orang yang mari datang buat Haji dan Umrah dan sebagainya. Jadi kenapa nak perangi mereka? Allah jawap: kerana orang kafir itu tidak ada iman. Orang yang beramal yang baik, tapi tanpa iman, amal mereka itu tidak sah. Dan orang sebegitu tidak perlu dihormati. Telah jelas yang Musyrikin Mekah telah melakukan syirik kepada Allah, maka umat Islam tidak boleh biarkan mereka dan kena perangi mereka. Kita bukan tengok pada amalan sahaja, tapi kena tengok pada akidah mereka. Oleh itu, amalan Musyrikin yang baik tidak boleh menghalang umat Islam dari menyerang mereka.

iii. peperangan itu adalah perlakuan zalim kepada kaum kerabat. Kerana memang ramai saudara mara para sahabat yang masih syirik lagi dan duduk di Madinah. Dan zalim kepada kaum kerabat memang salah pun. Allah jawap: memutuskan hubungan dengan orang kafir itu wajib kalau mereka itu kafir harbi. Pertalian kerabat tidak ada lagi apabila beza akidah antara kita dan mereka. Dan mereka telah melawan akidah yang benar, sebab itu mereka jadi ‘Kafir Harbi’. Maka umat Islam kena berperang dan hancurkan mereka, kerana kalau tak perang dengan mereka, umat Islam pun yang akan diseksa oleh Allah.

iv. kalau putus hubungan dengan orang kafir, ekonomi umat Islam akan tergendala kerana kita bergantung kepada mereka sedikit sebanyak. Allah jawap: Allah akan adakan bantuan kepada umat Islam, jangan takut rezeki berhenti. Allah akan jaga hambaNya walaupun telah putus hubungan dengan kafir harbi.

c. Dijelaskan tentang 6 golongan kafir yang kita kena perangi. Yang disebut adalah jenis-jenis kesalahan mereka. Oleh itu, ada 6 jenis perangai orang kafir yang menyebabkan mereka patut diperangi. Di dalam Surah Anfal hanya disebut cara berperang dan pembahagian harta rampasan, tapi tidak disebut siapa yang perlu diperangi. 6 jenis sifat mereka itu:

i. mereka yang menolak kerasulan dan menolak akhirat. Mereka itu kafir walau pun mereka berakidah tauhid pada Allah. Masih tetap kena perangi mereka.

ii. mereka yang menghalalkan perkara yang haram; atau mengharamkan yang halal. Mereka itu dikira kafir kerana mereka ambil haq Allah, kerana menghalalkan dan mengharamkan adalah haq Allah sahaja. Allah sahaja yang boleh menentukan samada sesuatu perkara itu halal atau haram. Hukum di tangan Allah.

iii. mereka yang mengatakan Nabi Uzair itu ‘Anak Allah’. Begitu juga, mereka yang kata Nabi Isa juga ‘Anak Allah’. Itulah golongan Yahudi dan Nasara.

iv. mana-mana ulama dan pendita Yahudi dan Nasara yang dijadikan tuhan kepada pengikut mereka. Memang ada dari kalangan pengikut agama itu yang menjadikan ulama/pendita/rahib/rabbi mereka sebagai tuhan. Ini adalah kerana hukum halal dan haram mereka ambil dan taat dari ulama sesat itu, sedangkan halal dan haram sepatutnya datang dari Allah. Oleh kerana sifat mereka itu, umat Islam kena perangi mereka.

v. ulama yang ambil duit pengikut mereka dengan menghalalkan tauhid. Mereka ajar fahaman yang syirik kepada pengikut mereka dan mereka ambil duit upah untuk ajar ajaran syirik.

vi. mereka yang mengubah ciptaan Allah. Di dalam surah ini disebut tentang Musyrikin Mekah yang ubah kedudukan Bulan-bulan Haram yang diharamkan berperang di dalamnya. Semasa nak perang, puak Musyrik itu telah ubah kedudukan bulan-bulan itu untuk menghalalkan peperangan mereka. Mereka telah ubah sampai sudah tidak tahu mana satu bulan yang benar.

2. 38 – 122: Bahagian Kedua – Allah beritahu kelebihan perang. Allah juga sebut tentang 7 golongan dalam bahagian ini; ada 3 golongan Mukmin dan 4 golongan Munafik.

a. Golongan Mukmin:

i. Allah sebut tentang kelebihan Puak Muhajirin dan Ansar. Mereka amat taat setia kepada Allah dan majoriti dari para sahabat terdiri dari mereka.

ii. Allah sebutkan 5 sahabat yang tidak pergi Perang Tabuk kerana kesilapan mereka. Tapi oleh kerana hati mereka benar dan mereka jujur, Allah terima taubat mereka.

iii. Ada pula golongan sahabat yang juga tidak berjihad ke Tabuk kerana menangguh-nangguh untuk bersedia, sehingga terlambat dan tidak dapat menyertai mereka yang pergi ke Tabuk. Oleh kerana kelalaian mereka, mereka kena pulau selama 50 hari. Mereka ini juga diterima taubat mereka kerana mereka jujur.

b. Golongan munafik: ada 4 pecahan pula: 2 jenis yang pergi juga berjihad dan ada 2 jenis yang langsung tidak pergi berjihad.

i. ada Munafik yang pergi berjihad tapi semasa jihad itu mereka mengkucar-kacirkan kesatuan umat Islam dengan berbagai kata yang menyakiti dan menimbulkan perkara buruk.

ii. ada Munafik yang pergi berjihad, tapi semasa pulang jihad, mereka telah buat keputusan untuk bunuh Nabi.

iii. ada puak Munafik yang dengar sahaja Nabi balik dari jihad, mereka pergi jumpa Nabi dan beri alasan-alasan bohong kenapa mereka tidak pergi jihad.

iv. ada Munafik yang mereka bukan sahaja tidak pergi berjihad, tapi mereka juga buat rancangan jahat untuk lawan Islam dari dalam. Mereka telah buat masjid tapi dengan tujuan untuk panggil Nasara untuk buat rancangan dan persediaan untuk serang Madinah.

3. Ayat 123 – 127 Bahagian Ketiga: ulangi semula tentang hukum qital.

4. Ayat 128 – 129 Bahagian Keempat: ulangi semula tentang kepentingan ikut Rasul dan maksud melakukan jihad adalah untuk menegakkan tauhid. Kalau tidak disebabkan tauhid, tidaklah ada jihad.

 

Asbabun Nuzul:

Surah ini turunnya selepas Nabi buka Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8 H. Perang Hunain juga berlaku pada tahun 8 H juga. Setahun selepas itu, iaitu pada syawal 9 H turunlah Surah Taubah. Selepas itu, Nabi telah menghantar Abu Bakr dan Ali sebagai wakil baginda untuk beritahu kepada orang Mekah, tahun depan tidak boleh lagi buat Haji dengan cara telanjang atau cara yang salah. Abu Bakr pergi sebagai ketua wakil kepada Nabi Muhammad dan Ali datang sebagai orang yang rapat dengan Nabi. Ali disuruh untuk menyertai Abu Bakr kerana dalam cara Arab, maklumat penting kena disampaikan oleh orang yang rapat dengan seseorang, takut kalau diberikan kepada orang lain, mereka boleh dikata menipu. Oleh kerana kebiasaan Arab itu, baginda hantar juga sepupu baginda sendiri sebagai penguat kepada mesej yang hendak disampaikan. Kerana mereka itu kafir, jadi mereka tidak faham bahawa wakil baginda yang sebenarnya adalah Abu Bakr. Tetapi orang Islam faham, yang layak ganti Nabi adalah Abu Bakr. Kerana itulah ketua rombongan Haji itu sebagai pengganti Nabi adalah Abu Bakr. Pada tahun depannya, iaitu tahun 10 H, Nabi sendiri mengerjakan Haji. Dan dalam tahun 11, Nabi wafat.

Dan diberitahu juga kepada mereka bahawa mana-mana perjanjian damai dengan pihak Islam yang tidak ada tarikh luput, perjanjian itu akan diputuskan dengan mereka. Selepas ini yang akan berlaku adalah perang dengan mereka. Oleh itu pihak kafir kena buat keputusan: kalau nak masuk Islam, masuklah segera; kalau nak lari, larilah jauh-jauh. Waktu yang diberikan kepada mereka untuk buat keputusan adalah 4 bulan. Cuma, ada golongan orang kafir yang buat perjanjian dengan pihak Islam dan perjanjian itu ada tarikh pembatalan. Jadi mereka boleh tunggu sehingga tempoh perjanjian itu selesai. Ini dibenarkan asalkan mereka jenis tidak belot perjanjian.

Ini adalah salah satu surah yang susah untuk ditafsirkan. Kerana perlu lihat kepada konteks ayat, waktu ia diturunkan dan keadaan semasa itu dan selepas itu. Kena melihat semua perkara itu, barulah boleh faham apakah yang hendak disampaikan. Kalau lihat kepada ayatnya sahaja, tapi perkara-perkara lain yang terlibat, maka akan tersilap faham pula. Malangnya, ramai yang membaca ayat-ayat dari surah ini tanpa merujuk kepada segala perkara itu, dan mereka telah sampai kepada fahaman yang bahaya. Kerana memang surah ini adalah surah yang keras kerana ianya memperkatakan tentang perang. Tapi orang yang bukan Islam menggunakan ayat-ayat dalam surah ini untuk mengatakan Islam adalah agama yang ganas. Dan orang Islam yang ganas juga menggunakan ayat-ayat dalam surah ini untuk menghalalkan tindakan mereka merosakkan manusia lain. Ini juga adalah salah. Dan mereka yang mengatahui perkara yang sebenar, tidak pula menjelaskan tentang kedudukan yang sebenar, maka semakin ramailah yang terus salah faham dengan surah ini.

Selepas Kerajaan Islam dibangkitkan di Madinah, tugas penting yang perlu dilakukan adalah membersihkan Mekah dan Kaabah dari kesyirikan. Umat Islam tidak pernah tinggalkan Mekah begitu sahaja. Hati para sahabat masih lagi pada Mekah; manakan tidak, itulah Kiblat umat Islam? Setiap hari mereka mengadap ke arah Mekah, lalu bagaimana mereka boleh lupa yang Kaabah ketika itu sedang penuh dengan berhala? Jadi, Mekah perlu dibersihkan. Oleh itu, ayat-ayat surah ini adalah tentang pembersihan Mekah.

Misi seterusnya adalah meluaskan dakwah ke tempat-tempat lain. Dengan termaktubnya Perjanjian Hudaybiyah, adanya gencatan senjata antara Muslim dan Musyrikin Mekah, memberi peluang kepada Kerajaan Islam untuk berdakwah ke tempat-tempat lain. Itu juga ada disebut dalam surah ini. Perjanjian Hudaybiah itu adalah kemenangan sebenarnya. Ianya membuka ruang kepada umat Islam untuk mengadakan perjanjian dengan pihak-pihak dan kabilah yang lain. Musyrikin Mekah mahu mengadakan perjanjian dengan umat Islam pun sudah boleh dikira sebagai kemenangan pun kerana mereka telah mengiktiraf Islam sebagai satu entiti yang ada kuasa. Kalau sebelum itu, mereka nak hancurkan sahaja umat Islam itu dan tak iktiraf pun. Sepanjang dua tahun jangkahayat perjanjian itu, pihak Islam telah membuat beberapa perjanjian damai dengan banyak pihak. Jangkahayat Perjanjian Hudaybiah itu tidak lama kerana ada pihak yang bersekongkol dengan Quraish telah menyerang pihak Islam. Ia memberi ruang kepada pihak Islam untuk membatalkan perjanjian itu. Pihak Quraish waktu itu pun takut dengan kejadian itu kerana mereka dapat rasa yang ianya akan memberi akibat yang buruk kepada mereka. Mereka waktu itu sudah semakin lemah dan hilang pengaruh. Waktu itu Abu Sufyan, salah seorang pemimpin besar Mekah telah pergi ke Madinah untuk merayu pihak Islam untuk terus memegang perjanjian itu.

Seperti yang kita tahu, Allah telah mengutus ramai Rasul pada setiap zaman. Ada satu perkara yang kerap diulang-ulang dalam Quran – Allah memusnahkan umat yang tidak mengikut ajakan tauhid Rasul mereka. Itu adalah sunnatullah. Kalau kita belajar sejarah Nabi Muhammad berdakwah di Mekah, apa yang baginda dan para sahabat lalui itu sama sahaja dengan apa yang telah dialami oleh para Rasul sebelum itu – dan Allah balas penolakan dan layanan mereka kepada Rasul mereka dengan azab di dunia lagi. Dan kalau kita baca ayat-ayat yang diturunkan di Mekah, Allah banyak menceritakan tentang azab-azab yang dikenakan kepada umat terdahulu kerana menolak Rasul mereka (ayat-ayat jenis Takhwif Duniawi). Ayat-ayat itu sebenarnya adalah ancaman kepada mereka; maknanya, ancaman memang sudah diberikan berkali-kali kepada mereka. Memang banyak pun ayat-ayat ancaman itu. Tapi mereka masih juga tidak taat dan ikut Nabi Muhammad. Kalau ikut sunnatullah, mereka itu memang sudah layak untuk dikenakan dengan azab dah, tapi tidak dikenakan seperti yang dikenakan kepada umat terdahulu – umat terdahulu dikenakan dengan azab seksaan yang dahsyat sekali – sautan kuat, petir, angin sejuk, puting beliung, kena lontar dengan batu dari neraka dan sebagainya – semua azab-azab yang berat.

Tapi mana dia azab untuk Kafir Mekah? Allah bukan tidak azab mereka, tapi azab mereka lain dari yang lain. Mereka tidak dikenakan dengan azab bencana alam tapi mereka diazab dengan tangan para sahabat sendiri. Allah jadikan peperangan antara para sahabat dan Musyrikin Mekah itu dan Allah beri tangan para sahabat untuk menghukum mereka. Itu lebih puas hati, bukan? Mereka yang kena tindas, dan mereka sendiri yang balas dengan tangan mereka. Dan Allah tidak kenakan azab di tempat mereka tinggal, tapi Allah keluarkan mereka dan kenakan azab di luar dari Kota Mekah. Seperti juga Allah tidak kenakan azab kepada Firaun di Mesir tapi bawa mereka keluar kerana Allah nak berikan Mesir kepada Bani Israil. Dan Allah juga nak berikan Mekah kepada umat Islam. Jadi tidak ada peperangan di Mekah pun. Allah tahu yang tidak akan ada pertempuran yang akan berlaku di Mekah sendiri, tapi Allah tetap suruh para sahabat untuk bersedia. Ini kita boleh lihat dalam ayat-ayat Quran termasuk dalam surah Baqarah.

Arahan perang yang pertama diberikan dalam sejarah Islam adalah kepada Nabi Musa a.s. Waktu itu mereka disuruh untuk masuk ke dalam Kota BaitulMaqdis dan untuk mereka memasukinya, mereka perlu mengalahkan Puak Amaliqah yang sedang tinggal di dalamnya.

Tetapi kenapa Rasul-rasul yang lain tidak disuruh berperang? Untuk menjawapnya, kita kena faham tentang undang-undang dan akhlak. Semua Nabi diberi dengan ilmu akhlak dan kena sampaikan kepada umat mereka. Ianya adalah perkara individu dan semua manusia kena amalkan sendiri. Dan tidak ada kesan hukuman di dunia kalau tidak diikuti. Sebagai contoh, kalau ada orang yang berperangai buruk, kerajaan tidak boleh nak hukum dia kerana dia tidak melanggar undang-undang;

Tetapi Nabi Musa diberi dengan undang-undang selain dari ilmu tentang akhlak. Dan undang-undang yang juga dikenali sebagai syariat tidak dapat tertegak tanpa kuasa. Kena ada kerajaan baru boleh tegakkan undang-undang itu. Kerana itulah kena ada kerajaan dan untuk dapat kerajaan, kena dapatkan kuasa dan untuk dapatkan kuasa, kena berperang. Inilah persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Kedua mereka yang mulia itu kena menegakkan undang-undang dan kena ada kerajaan.

Kita pun sedar yang peperangan ada keganasan di dalamnya. Secara dasarnya, ada tiga jenis perang:

  1. mempertahankan diri
  2. balas serangan
  3. serangan awal

Di dalam Islam, begitu juga di dalam mana-mana undang-undang dunia pun, mempertahankan diri dibenarkan dan semua ada hak untuk mempertahankan diri. Ianya adalah hak sejagat manusia.

Sedangkan serangan balas dan serangan awal adalah hak kerajaan dan Islam tidak membenarkan individu untuk menjalankannya. Sebab itulah tidak ada perang tanpa khalifah dan arahan dari kerajaan. Kita tidak boleh senang-senang nak serang orang lain, atau nak buat serangan kepada orang lain – walaupun untuk balas perbuatan yang dilakukan terhadap kita. Kita kena laporkan kepada kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab.

Walaupun surah ini berkenaan perang, tapi kita boleh lihat nanti bagaimana ianya dilakukan sebagai balasan terhadap penindasan yang telah dilakukan oleh pihak Kafir Mekah. Ianya membalas serangan yang telah dikenakan kepada pihak Islam sebelum itu. Dan ianya perlu diarahkan oleh kerajaan. Kerajaan Islam waktu itu adalah di Madinah. Oleh itu, kita kena faham apakah yang telah dilakukan. Kalau tidak faham, begitulah ayat-ayat ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalalkan perbuatan mereka menyerang orang lain, walaupun pihak itu adalah pihak kafir. Zaman sekarang kita boleh bagaiman IS (Islamic State) dan ISIS telah menyalahgunakan ayat-ayat Quran untuk menjalankan kerosakan di mukabumi. Mereka telah memburukkan nama Islam di mata manusia. Padahal ini bukanlah apa yang diarahkan oleh Islam.

Dalam konteks ayat ini, kita pun tahu bagaimana penindasan dan kekejaman telah banyak dilakukan oleh Quraish Mekah. Merekalah yang mula-mula melakukan serangan. Walaupun begitu, semasa zaman Nabi Muhammad di Mekah, umat Islam tidak dibenarkan untuk menyerang balas. Mereka disuruh untuk menahan tangan mereka dari menyerang. Hanya apabila pihak Islam sudah berhijrah ke Madinah, sudah ada kerajaan, barulah Allah berikan kebenaran untuk menyerang pihak Quraish. Kita akan belajar tentang perkara ini dengan lebih lanjut lagi.


Ayat 1: 

بَراءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى الَّذينَ عاهَدتُم مِنَ المُشرِكينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

At-Tawbah: Repentance. This sūrah is also known as Barā’ah, meaning disassociation, freedom, release or immunity. The words Bismillāhir¬Raḥmānir-Raḥeem were not revealed at the beginning of this sūrah.

[This is a declaration of] disassociation, from Allāh and His Messenger, to those with whom you had made a treaty among the polytheists.¹

  • But who had violated it.

(MALAY)

(Inilah pernyataan) pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya (yang dihadapkan) kepada orang-orang musyrikin yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka).

 

بَراءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ

(Inilah pernyataan) pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya

Lafaz ‘bara’ah’ bermaksud membebaskan diri, tidak ada kena mengena lagi, putus hubungan dengan seseorang. ‘Bara’ah’ juga adalah nama lain bagi Surah Tawbah ini. Lafaz asalnya bermaksud menghilangkan kesakitan, kesusahan, beban, membersihkan diri kita dari sesuatu.

Ayat ini tentang pernyataan bebas dari perjanjian dari Allah dan rasulNya. Yang dulu ada perjanjian tapi tidak ada lagi. Putus hubungan, putus perjanjian.

 

إِلَى الَّذينَ عاهَدتُم مِنَ المُشرِكينَ

kepada orang-orang musyrikin yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian

Ianya ditujukan kepada orang kafir Musyrikin. Yang dulu ada perjanjian dengan pihak Muslim. Ini adalah jenis perjanjian yang tidak tetap tarikh tamat perjanjian. Allah iklankan siap-siap pemutusan perjanjian itu.

 


Ayat 2: Memang umat Islam ada mengadakan perjanjian dengan puak-puak tertentu. Ada jenis perjanjian yang tidak ada tarik tamat dan ada yang jenis ada tarikh tamat. Yang mana tidak ada tarikh tamat, Allah iklankan yang jangkahayat perjanjian itu hanya tinggal empat bulan sahaja.

فَسيحوا فِي الأَرضِ أَربَعَةَ أَشهُرٍ وَاعلَموا أَنَّكُم غَيرُ مُعجِزِي اللَّهِ ۙ وَأَنَّ اللَّهَ مُخزِي الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So travel freely, [O disbelievers], throughout the land [during] four months but know that you cannot cause failure to Allāh and that Allāh will disgrace the disbelievers.

(MALAY)

Maka berjalanlah kamu (kaum musyrikin) di muka bumi selama empat bulan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat melemahkan Allah, dan sesungguhnya Allah menghinakan orang-orang kafir.

 

فَسيحوا فِي الأَرضِ أَربَعَةَ أَشهُرٍ

Maka berjalanlah kamu (kaum musyrikin) di muka bumi selama empat bulan

Mereka yang ada perjanjian sebelum ini dengan puak Islam sekarang diberi tempoh kepada mereka selama 4 bulan. Buatlah apa yang mereka hendak buat dalam masa empat bulan itu. Buatlah keputusan bagaimana mereka akan berhubungan dengan puak Islam selepas empat bulan itu. Kalau nak lari, diberi kebenaran, larilah jauh-jauh, cepat-cepat. Dalam masa empat bulan ini mereka masih bebas lagi bergerak ke mana-mana.

Iklan dan pengumuman ini diberikan di waktu Haji pertama umat Islam. Masa itu masih ada lagi orang Islam dan orang bukan Islam di Mekah dan Kaabah itu. Jadi itu adalah tempat yang sesuai untuk diberikan pengumuman itu.

Lihatlah bagaimana mereka dapat masa tangguh lagi untuk buat keputusan. Perkara ini tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang dimusnahkan. Adakah umat Nabi Nuh diberi masa 4 bulan untuk buat keputusan? Tidak. Adakah umat lain diberi tangguh begitu lama? Tidak, kalau ada pun tiga hari sahaja. Kepada umat terdahulu, azab yang menghancurkan mereka itu diberikan dengan serta merta, tidak ada masa untuk berfikir lagi. Tetapi kepada Musyrikin Mekah, mereka istimewa kerana diberikan masa lagi untuk berfikir. Ini adalah kerana mereka telah melihat bagaimana kuasa pihak Islam semakin bertambah dan mereka sendiri boleh fikirkan dengan akal mereka. Mereka sendiri boleh fikir yang kalau mereka tidak endahkan pengumuman itu, mereka akan ada masalah nanti.

 

وَاعلَموا أَنَّكُم غَيرُ مُعجِزِي اللَّهِ

ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat melemahkan Allah,

Mereka boleh lari, tapi mereka tidak boleh melemahkan Allah dari tangkap mereka. Mereka kena tahu yang mereka tidak ada harapan lagi. Ke mana lagi mereka nak lari, sedangkan bumi ini Allah yang punya? Kalau Allah dah kata mereka tidak akan selamat, memang lah mereka tidak akan selamat lagi dah.

 

وَأَنَّ اللَّهَ مُخزِي الكافِرينَ

dan sesungguhnya Allah menghinakan orang-orang kafir.

Dan Allah beritahu lagi, Dia akan tetap hinakan orang kafir. Lihatlah firman Allah ini dan bandingkan dengan sirah yang kita tahu tentang Nabi Muhammad. Ingat tak lagi kita bagaimana mereka dulu telah menghina dan merendah-rendahkan baginda? Pernah mereka meletak isi perut unta atas belakang Nabi ketika baginda solat di Kaabah. Tapi keadaan sudah berubah sekarang; dan kenangkan siapakah Saidina Ali semasa beliau mula masuk Islam? Beliau hanya seorang budak sahaja waktu itu. Tapi sekarang, beliau sedang menyampaikan mesej yang amat keras ini kepada puak-puak Musyrik itu. Ma sha Allah!

Jadi, dalam ayat ini, ada pilihan kepada puak musyrik:

  1. Masuk Islam dan mereka akan selamat.
  2. Bersiaplah dengan segala kelengkapan perang mereka, kerana selepas empat bulan itu, pihak Islam akan menyerang mereka.
  3. Larilah kalau mereka mampu. Tapi mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana lagi. Mereka akan tetap kena balasan dari Allah.

 

Ayat 3:

وَأَذانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى النّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَريءٌ مِنَ المُشرِكينَ ۙ وَرَسولُهُ ۚ فَإِن تُبتُم فَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖ وَإِن تَوَلَّيتُم فَاعلَموا أَنَّكُم غَيرُ مُعجِزِي اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الَّذينَ كَفَروا بِعَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [it is] an announcement from Allāh and His Messenger to the people on the day of the greater pilgrimage¹ that Allāh is disassociated from the disbelievers, and [so is] His Messenger. So if you repent, that is best for you; but if you turn away – then know that you will not cause failure to Allāh.² And give tidings to those who disbelieve of a painful punishment.

  • Ḥajj. ‘Umrah is the lesser pilgrimage.
  • i.e., you cannot escape His punishment.

(MALAY)

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.

 

وَأَذانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى النّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar

Ini adalah pengumuman dari Allah dan RasulNya kepada semua manusia pada Haji Akbar pada tahun 9 H yang dihadiri oleh Abu Bakr dan Ali. Itulah yang dimaksudkan ‘haji akbar’. Bukanlah haji akbar itu jikalau hari Haji jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu, ‘haji akbar’ adalah apa yang kita panggil ‘Haji’ sekarang. Dan Haji Kecil adalah Umrah. Kerana kedua-dua ibadat itu dipanggil ‘haji’, cuma Umrah adalah Haji Kecil dan Haji adalah Haji Akbar (Haji Besar). Allah suruh sampaikan pernyataan itu waktu musim Haji kerana waktu itu ramai orang yang datang.

 

أَنَّ اللَّهَ بَريءٌ مِنَ المُشرِكينَ ۙ وَرَسولُهُ

bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.

Allah mengumumkan kepada manusia bahawa Dia berlepas diri dari perjanjian dengan golongan musyrik. Dan Rasul juga berlepas diri dari perjanjian itu. Allah and RasulNya tidak ada kena mengena dengan golongan musyrik lagi. Sebelum ini banyak ayat-ayat yang menyuruh umat Islam bersabar dengan puak kufur, untuk teruskan berdakwah kepada mereka, tapi sekarang, sudah sampai masa perkara itu diberhentikan.

 

فَإِن تُبتُم فَهُوَ خَيرٌ لَكُم

Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu;

Ini adalah targhib (ajakan) kepada taubat. Allah kata bahawa taubat itulah yang baik; itu lebih baik dari lari tidak mahu beriman. Cukup-cukuplah jadi musyrik.

 

وَإِن تَوَلَّيتُم فَاعلَموا أَنَّكُم غَيرُ مُعجِزِي اللَّهِ ۗ

dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah.

Tetapi kalau nak lari tidak masuk Islam juga, kalau mereka nak lawan juga umat Islam, mereka kena fahami yang mereka tidak mungkin boleh melemahkan Allah dari tangkap mereka. Mereka tidak dapat lari dari umat yang dikuatkan oleh Allah, iaitu umat Islam.

 

وَبَشِّرِ الَّذينَ كَفَروا بِعَذابٍ أَليمٍ

Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir dengan siksa yang pedih.

Kalau tak mahu juga beriman, maka berilah ‘berita gembira’ kepada mereka: mereka akan mendapat azab yang pedih. Sebut berita gembira, tapi berita tidak gembira yang diberikan sebenarnya – sinis dari Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. 


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 009: Tawbah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s