Tafsir Surah Anfal Ayat 62 – 65 (Nisbah Peperangan)

Ayat 62:

وَإِن يُريدوا أَن يَخدَعوكَ فَإِنَّ حَسبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذي أَيَّدَكَ بِنَصرِهِ وَبِالمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they intend to deceive you – then sufficient for you is Allāh. It is He who supported you with His help and with the believers

(MALAY)

Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin,

 

وَإِن يُريدوا أَن يَخدَعوكَ فَإِنَّ حَسبَكَ اللَّهُ

Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah

Dan sekiranya mereka ingin menipu kamu, sebagai contoh, mereka kata mereka nak berdamai tapi kemudian ambil kesempatan untuk menjatuhkan kita, serah sahaja kepada Allah.

Sesungguhnya cukuplah Allah bagi kita, sebagai penolong kita. Allah pandai nak buat banyak macam mana kepada mereka. Allah tahu bagaimana hendak melindungi kita.

 

هُوَ الَّذي أَيَّدَكَ بِنَصرِهِ وَبِالمُؤمِنينَ

Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin,

Allah sentiasa menyokong Nabi Muhammad dengan bantuanNya. Dan bukan sahaja kepada bainda tetapi Allah juga memberi bantuan kepada orang mukmin yang lain.

Allah muliakan orang mukmin dengan disebut tentang bantuan kepada mereka setelah disebut bantuan kepada NabiNya. Begitulah, kalau kita membantu agama, Allah akan bantu kita. Dan kita memang kena meneruskan usaha menegakkan dakwah tauhid ini. Ia tidak pernah berhenti. Walaupun Nabi Muhammad sudah tiada, tapi misinya masih ada lagi.

 


Ayat 63: Inilah cara bagaimana Allah tolong golongan mukmin.

وَأَلَّفَ بَينَ قُلوبِهِم ۚ لَو أَنفَقتَ ما فِي الأَرضِ جَميعًا ما أَلَّفتَ بَينَ قُلوبِهِم وَلٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَينَهُم ۚ إِنَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allāh brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.

(MALAY)

dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

 

وَأَلَّفَ بَينَ قُلوبِهِم

dan Yang mempersatukan hati mereka

Allah satukan hati para mukmin yang berjuang bersama Nabi. Inilah bantuan dari Allah. Ini adalah salah satu perkara penting yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila sampai ke Madinah. Baginda telah menjadikan antara puak Ansar dan puak Muhajirin bersaudara. Nabi beri keluarga angkat kepada setiap orang. Puak Muhajirin diberikan keluarga angkat dari kalangan puak Ansar. Mereka boleh bergabung dan hidup bersama itu adalah kerana pertolongan dari Allah, Allah yang tautkan hati mereka. Bayangkan, kalau di mana-mana tempat pun, kaum pendatang selalunya disisihkan dan dipandang serong oleh puak asal. Tapi orang Ansar boleh terima puak Muhajirin yang datang dari Mekah itu dengan baik.

Bayangkan, puak Ansar dulu pun tidak pernah aman kerana suku Aus dan suku Khazraj sentiasa berperang sesama mereka. Tapi dengan datangnya Islam itu, mereka terus jadi bersaudara dan tidak berperang lagi. Mereka dikenali dengan satu nama: Ansar (penolong).

Seperti yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya:

{وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ}

dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian, ketika kalian dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati kalian, lalu menjadikan kalian kerana nikmat Allah itu, orang-orang yang bersaudara, dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

 

لَو أَنفَقتَ ما فِي الأَرضِ جَميعًا ما أَلَّفتَ بَينَ قُلوبِهِم

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, 

Hanya dengan Qudrat Allah sahaja yang boleh satukan hati-hati mereka. Kalau kita sendiri nak buat memang tidak boleh. Allah beritahu, kalaulah kita infakkan harta sepenuh bumi untuk satukan hati mansuia, kita tentu tidak mampu lakukan. Mentaliti berpuak telah ada dari zaman berzaman lagi dan tidak boleh dihilangkan dari fikiran manusia. Lihatlah hari ini, walaupun kita sesama Islam, tapi kita akan bezakan antara puak-puak. Ini puak aswaja, ini puak sunnah; ini orang Islam Indonesia, ini orang Islam Malaysia, orang Islam dari Timur Tengah dan sebagainya. Kita masih lagi lihat perbezaan antara kita dan ini amat menyedihkan kerana kita tidak dapat bersatu. Memang amat payah untuk bersatu.

 

وَلٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَينَهُم

akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. 

Manusia tidak dapat menyatukan hati manusia, tapi Allah jua yang mampu untuk menyatukannya kalau mereka mentauhidkan Allah. Oleh itu, kalau hendak bersatu, kena sama tauhid. Kalau semua berpegang dengan fahaman tauhid yang sama, panduan Quran yang sama, Allah boleh hilangkan perbezaan antara manusia. Dengan Quranlah sahaja umat manusia boleh bersatu. Kalau semua berpegang dengan Quran, barulah boleh sama.

Allah telah lakukan dahulu di Madinah – mereka berpegang kepada wahyu yang sama, dan kerana itu mereka boleh bersatu. Kalau keluarkan duit banyak mana pun, itu tidak akan berlaku, tapi dengan Quran ianya boleh terjadi.

Orang selalu kata yang umat Islam sudah tidak bersatu. Tapi tak ramai yang bertanya, apakah yang boleh menyatukan kita kembali? Jawapannya: dengan Quran. Apabila kita ada sumber rujukan yang sama, maka akan bersatulah kita, sebagaimana puak Ansar dan puak Muhajirin dapat bersatu. Oleh kerana itu, kita kena belajar tafsir Quran supaya faham apakah yang dikehendaki oleh Allah. Supaya semua kita ada fahaman yang sama, sekurang-kurangnya tentang tauhid. Kerana perpecahan yang besar sekarang adalah tentang tauhid. Kalau kita dapat satukan, itu sudah cukup kuat.

Dan untuk belajar tafsir Quran dan memahami Quran, kita hendaklah mula belajar untuk menguasai bahasa Arab. Itulah cara terbaik. Kita belajar bahasa Arab kerana cinta kita kepada agama. Dan kalau kita sayang bahasa Arab, ianya boleh meningkat kasih kita sesama umat. Kerana kita sudah ada satu bahasa perantaraan antara kita. Satu bahasa untuk semua Muslim! Senang untuk berinteraksi, senang untuk berbincang dan bersembang. Ianya akan menjadi satu tali yang mengikat kita semua. Pergi mana-mana negara yang ada orang Islam pun, semua bercakap satu bahasa.

 

إِنَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja. Termasuk mempersatukan hati-hati manusia.

Allah Maha Bijaksana dalam merancang segala sesuatu. Apa-apa yang berlaku adalah atas kebijaksanaan Allah.


 

Ayat 64: Ini adalah undang-undang peperangan yang ke 5. Ini adalah untuk Nabi Muhammad.

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسبُكَ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O Prophet, sufficient for you is Allāh and for whoever follows you of the believers.

(MALAY)

Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu.

 

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسبُكَ اللَّهُ

Hai Nabi, cukuplah Allah bagimu

Nabi Muhammad diingatkan dalam ayat ini, dalam menentang orang kafir itu, cukuplah Allah sebagai pembantu.

 

وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ المُؤمِنينَ

dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu.

Dan ini pula adalah kepada orang mukmin. Cukuplah Allah sebagai pembantu kepada orang-orang yang mengikut Nabi Muhammad dari kalangan para mukmin. Oleh itu, kita kena bergantung kepada Allah. Kalau orang lain tidak tolong pun, Allah tetap akan tolong.

Allah Swt. mengobarkan semangat Nabi Saw. dan orang-orang mukmin untuk berperang melawan musuh dan menghadapi mereka dalam medan-medan perang. Dan Allah memberitahu kepada mereka bahawa Dialah yang akan memberikan kecukupan kepada mereka. Allah lah yang akan menolong mereka dan mendukung mereka dalam menghadapi musuh, sekalipun jumlah musuh mereka lebih banyak bilangannya dan bala bantuannya berlipat ganda, sedangkan jumlah pasukan kaum mukmin sedikit.

 


Ayat 65: Ayat ini juga untuk Nabi atau untuk pemimpin yang memimpin umat Islam dalam peperangan.

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ المُؤمِنينَ عَلَى القِتالِ ۚ إِن يَكُن مِنكُم عِشرونَ صابِرونَ يَغلِبوا مِائَتَينِ ۚ وَإِن يَكُن مِنكُم مِائَةٌ يَغلِبوا أَلفًا مِنَ الَّذينَ كَفَروا بِأَنَّهُم قَومٌ لا يَفقَهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O Prophet, urge the believers to battle. If there are among you twenty [who are] steadfast, they will overcome two hundred. And if there are among you one hundred [who are] steadfast, they will overcome a thousand of those who have disbelieved because they are a people who do not understand.

(MALAY)

Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

 

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ المُؤمِنينَ عَلَى القِتالِ

Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. 

Seorang pemimpin negara kena sentiasa beri dorongan dan galakan kepada mukmin untuk sentiasa berjuang, jangan duduk diam. Negara Islam kena berjuang di jalan Allah, jalankan dakwah tauhid kepada manusia. Ini adalah tugas khalifah negara Islam. Kena beri galakan dalam ceramah, dalam promosi dan sebagainya, ikut keadaan semasa.

Kerana itulah Rasulullah Saw. selalu mengobarkan semangat pasukan kaum mukmin untuk berperang di kala mereka telah berbaris dan menghadapi musuh-musuhnya. Seperti yang pernah disabdakannya kepada para sahabatnya dalam Perang Badar, iaitu ketika pasukan kaum musyrik datang dengan semua kekuatannya, iaitu:

“قُومُوا إلى جنة عرضها السموات والأرض”

Bangkitlah kalian menuju syurga yang luasnya sama dengan langit dan bumi.

Maka Umair ibnul Hammam bertanya, “Luas syurga itu sama dengan langit dan bumi?” Rasulullah Saw. menjawab, “Ya.” Umair berseru, “Wah. wah!” Rasulullah Saw. bertanya, “Mengapa kamu katakan wah, wah?” Umair menjawab, “Saya berharap semoga saya termasuk peng­huninya.” Rasulullah Saw. bersabda, “Engkau termasuk salah seorang penghuninya.” Maka Umair maju dan mematahkan sarung pedangnya, lalu mengeluarkan beberapa biji kurma dan memakan sebagiannya, kemudian sisanya yang masih dipegangnya ia buang, lalu berkata, “Seandainya saya masih hidup hingga dapat memakan semuanya, sesungguhnya hal itu merupakan hidup yang panjang.” Kemudian ia maju dan bertempur hingga gugur sebagai syuhada.

Ayat ini diturunkan di waktu Jihad Qital belum diwajibkan lagi kepada umat Islam lagi. Ianya adalah fardhu kifayah – sebab itulah kena ajak dan galakkan umat Islam untuk berperang. Hanya apabila Perang Tabuk barulah diwajibkan semua umat Islam yang mampu, untuk berperang. Ini disebut dalam surah Tawbah. Jadi, di awal Islam, hadir untuk berperang adalah atas dasar sukarela. Ini adalah kerana waktu itu negara Islam adalah masih baru dan tidak boleh untuk mewajibkan kehadiran dalam peperangan lagi. Kerana ianya sukarela, kenalah beri galakan untuk menyertainya. Hanya apabila Mekah telah dibuka dan dibersihkan dari berhala syirik dan amalan syirik, barulah lengkap objektif Negara Islam dan waktu itu barulah diwajibkan berperang kepada umat Islam. Waktu itu, kalau tidak boleh menyertai peperangan yang diwajibkan, maka mereka yang tidak dapat pergi kena dapatkan keizinan dari Nabi untuk tidak menyertai peperangan.

 

إِن يَكُن مِنكُم عِشرونَ صابِرونَ يَغلِبوا مِائَتَينِ

Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh.

Ini adalah berita gembira. Allah beritahu, sekiranya umat Islam hanya ada 20 orang sahaja tentera, tapi boleh sabar di padang perang, mereka boleh kalahkan 200 orang kafir. Oleh itu, nisbahnya adalah 1:10. Setiap orang dapat mengalahkan sepuluh orang kafir.

 

وَإِن يَكُن مِنكُم مِائَةٌ يَغلِبوا أَلفًا مِنَ الَّذينَ كَفَروا

Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir,

Dan kalau ada 100 orang tentera Islam yang ada sifat sabar, mereka boleh kalahkan 1,000 orang kafir. Masih lagi dalam nisbah 1:10 dan ini adalah nisbah dahulu.

Dari segi hukum, kalau menggunakan nisbah 1:10, orang Islam tidak boleh lari dari medan pertempuran. Ini adalah kerana Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada mereka kalau dalam nisbah itu. Nisbah ini kemudiannya diringankan dalam ayat seterusnya selepas ini. Iaitu kemudiannya, perintah ini di-mansukh, tetapi berita gembiranya masih tetap ber­langsung.

Abdullah ibnul Mubarak mengatakan bahawa telah men­ceritakan kepada kami Jarir ibnu Hazim, telah menceritakan kepadaku Az-Zubair ibnul Khirrit, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman-Nya: Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kalian, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. (Al-Anfal: 65) Maka hal tersebut terasa berat oleh kaum muslim, kerana Allah memfardukan atas mereka bahawa hendaklah seseorang dari mereka jangan lari dalam menghadapi sepuluh orang musuh, kemudian datanglah keringanan yang hal ini diungkapkan oleh ayat selanjutnya, yaitu firman-Nya: Sekarang Allah telah meringankan kepada kalian. (Al-Anfal: 66) Sampai dengan firman-Nya: niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang. (Al-Anfal: 66) Allah memberikan keringanan kepada mereka dalam hal bilangan, mengingat keteguhan mereka berkurang, yakni keringanan ini ditetapkan-Nya berdasarkan kemampuan mereka.

 

بِأَنَّهُم قَومٌ لا يَفقَهونَ

disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

Walaupun tentera mukmin itu kurang dari segi bilangan, tapi mereka boleh mengalahkan orang kafir yang lebih ramai dari mereka kerana orang kafir itu kaum yang tidak memahami agama. Oleh kerana mereka tidak memahami agama, maka mereka tidak ikut undang-undang yang Allah telah tetapkan dan Allah tidak akan berpihak kepada mereka. Bila Allah tidak berpihak kepada mereka, mereka tidak akan mendapat kemenangan.

Mereka juga tidak memahami kenapa mereka berperang. Mereka tidak ada satu tujuan yang besar. Mereka cuma ikut sahaja arahan dari atas. Dan ini bukanlah motivasi yang kuat. Apabila seseorang yang keluar berperang tanpa sebab yang besar, mereka akan lemah. Begitulah yang terjadi zaman sekarang. Sebagai contoh, banyak kisah bagaimana tentera Amerika yang bertugas di Iraq dan negara-negara Arab lain, menulis surat kepada keluarga mereka dan mengaku yang mereka pun tidak tahu kenapakah mereka berperang. Semangat mereka tidak ada.

Sedangkan mereka yang mempunyai tujuan peperangan dan kenapa mereka keluar berperang, mereka itu akan sepuluh kali ganda lebih kuat. Semangat mereka kental.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 008: Anfal. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s