Tafsir Surah Anfal Ayat 5 – 8 (Bagaimana mulanya perang Badr)

Ayat 5: Ini adalah sebab pertama kenapa Allah yang layak untuk menentukan pembahagian harta rampasan perang itu.

كَما أَخرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيتِكَ بِالحَقِّ وَإِنَّ فَريقًا مِنَ المُؤمِنينَ لَكارِهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It¹ is] just as when your Lord brought you out of your home [for the battle of Badr] in truth, while indeed, a party among the believers were unwilling,

  • Referring to a dispute which occurred among the Muslims over distribution of war booty.

(MALAY)

Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu dengan haq, padahal sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya,

كَما أَخرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيتِكَ بِالحَقِّ

Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu dengan kebenaran,

Sebagaimana mereka tidak ada hak untuk menentukan pembahagian harta rampasan itu, begitulah mereka tidak ada hak untuk menentukan manakah keputusan untuk berperang atau tidak. Allah yang menentukan kedua-duanya.

Sebenarnya Tuhan lah yang telah memaksa umat Islam itu keluar dari rumah mereka untuk berperang di Badr, dengan tujuan untuk menzahirkan kebenaran. Allah yang paksa mereka keluar sebenarnya. Ini adalah kerana, Nabi Muhammad asalnya hendak keluar dengan tujuan untuk sekat kafilah perniagaan Abu Sufya sahaja, tapi jadi berperang itu kerana Allah yang tentukan. Oleh itu, berperang itu bukan kehendak asal Nabi dan umat Islam. Oleh kerana Allah yang rancangkan, maka Allah lah yang layak untuk bahagikan harta.

Mereka yang mendapat harta rampasan perang itu, amat sayang dan berkeinginan kepada harta itu. Ini adalah kerana susah untuk mereka mendapatkannya. Bukannya mereka dapat dari berniaga dan sebagainya, tapi mereka bertaruh nyawa. Jadi kalau tidak kena cara pembahagian itu, tentu akan ada yang marah. Sebab itu Allah kata Dia yang akan bahagikan sendiri. Kalau kamu yang buat keputusan untuk bahagikan sendiri, nanti mereka pula yang akan berperang sesama sendiri kerana akan ada yang tidak puas hati, bukan? Kalau ikut logik, tentulah kita boleh nak bahagiakan sendiri, tapi Allah tahu yang perkara ini adalah perkara sensitif, jadi Allah tidak biarkan pada keputusan manusia.

وَإِنَّ فَريقًا مِنَ المُؤمِنينَ لَكارِهونَ

padahal sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya,

Semasa umat Islam diberitahu yang mereka disuruh berperang dengan tentera Musyrikin Mekah yang dipimpin oleh Abu Jahal, ada puak dari kalangan umat Islam yang sangat-sangat tidak suka dengan keputusan itu. Mereka itu orang mukmin, tapi mereka rasa yang itu bukanlah keputusan yang baik. Jadi, keputusan untuk keluar itu bukanlah atas kehendak semua umat Islam. Memang ramai yang tidak suka berperang dan Allah telah sebutkan pun di dalam firman-Nya yang lain:

{كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}

Diwajibkan atas kalian berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian; dan boleh jadi kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian; Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)

Allah dah beri isyarat dalam surah Baqarah itu  yang mereka ada yang tidak suka berperang, tapi sebenarnya peperangan itu baik bagi mereka. Sama jugalah dengan berperang dengan Musyrikin Mekah itu – mereka sangka ikut logik, ianya tidak bagus, tapi Allah lebih tahu.

Jadi, masa nak keluar itu pun, mereka tidak sepakat. Tapi Allah yang suruh juga mereka keluar. Dan akhirnya mereka telah keluar dan telah memenangi perang itu dan mereka dapat kumpul harta rampasan. Tapi Allah ingatkan balik, mereka keluar itu adalah atas keputusan Allah. Jadi sepatutnya serahlah kepada Allah sahaja untuk menentukan pembahagian harta rampasan itu.


Ayat 6:

يُجادِلونَكَ فِي الحَقِّ بَعدَما تَبَيَّنَ كَأَنَّما يُساقونَ إِلَى المَوتِ وَهُم يَنظُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Arguing with you concerning the truth after it had become clear, as if they were being driven toward death while they were looking on.

(MALAY)

mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).

يُجادِلونَكَ فِي الحَقِّ بَعدَما تَبَيَّنَ

mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata

Mereka yang tidak suka keluar berperang berlawan dengan tentera Musyrikin Mekah itu telah membantah. Keputusan untuk berperang itu dilakukan setelah mereka keluar ke Badr dengan tujuan untuk menyekat rombongan perniagaan Abu Sufyan. Apabila keputusan untuk berperang itu dikeluarkan, mereka nak balik ke Madinah bila diberitahu yang rombongan Abu Sufyan sudah tiada.

Mereka itu tidaklah membantah seperti faham biasa kita, tapi mereka sebenarnya memberi cadangan. Ianya terjadi dalam bentuk mesyuarat. Memang Nabi akan tanya pendapat para sahabat dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka. Jadi ada antara umat Islam yang tak mahu ada peperangan.

Kita kena faham, ada perbezaan antara puak Muhajirun dan Ansar. Puak Muhajirun telah melalui masa-masa yang keras di Mekah dan mereka telah diuji dengan berbagai dugaan yang besar setelah mereka beriman dengan Nabi. Tetapi puak Ansar, adalah mereka yang baru masuk Islam. Jadi Nabi kena dapatkan persetujuan dari mereka. Walaupun ada yang sudah setuju, tapi ada juga yang tidak suka berperang.

Tapi, Allah ingatkan balik yang mereka berhujah itu setelah nyata ada keputusan dari Allah yang akan ada peperangan. Kerana keputusan itu bukanlah dari Nabi sendiri tapi dari Allah sendiri. Mereka pun tahu, tapi ada juga yang berhujah lagi.

كَأَنَّما يُساقونَ إِلَى المَوتِ

seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, 

Kenapa mereka tidak setuju? Kerana mereka rasa macam Allah suruh mereka mati. Macam kalau mereka pergi berperang itu, mereka pasti mati. Dan kerana hati mereka tidak bersedia.

oleh kerana itu, kamu tidaklah patut nak menentukan pembahagian itu kerana mereka sendiri pun tidak mahu berperang pun pada asalnya.

وَهُم يَنظُرونَ

sedang mereka melihat

Mereka kata begitu kerana mereka sendiri sudah melihat tanda-tanda mati. Ini adalah kerana peperangan itu macam melihat kematian yang berada di hadapan. Kerana mereka tahu yang tentera yang mereka akan hadapi itu adalah lebih besar dan lebih lengkap dari segi kelengkapan perang kalau dibandingkan dengan mereka. Mereka sudah rasa tidak yakin akan memenangi peperangan itu dan akhirnya mereka macam pasti akan mati sahaja.

Begitulah juga yang telah dikatakan oleh sebahagian dari tentera Jalut yang sedang menghadapi tentera Talut. Kisah itu telah disebut dalam Surah Baqarah. Dan surah itu telah dibacakan awal lagi kepada mereka kerana ianya sebelum dikeluarkan arahan perang. Kerana Allah hendak memberi isyarat kepada mereka yang mereka akan berperang.

Jadi, tujuan Allah keluarkan ayat ini adalah untuk mengingatkan mereka yang mereka dulu bukan semuanya nak berperang pun. Allah yang paksa juga mereka berperang. Maka apabila sudah menang dan sudah dapat harta rampasan perang, berilah keputusan pembahagian harta itu kepada Allah.


Ayat 7:

وَإِذ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحدَى الطّائِفَتَينِ أَنَّها لَكُم وَتَوَدّونَ أَنَّ غَيرَ ذاتِ الشَّوكَةِ تَكونُ لَكُم وَيُريدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الحَقَّ بِكَلِماتِهِ وَيَقطَعَ دابِرَ الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Remember, O believers], when Allāh promised you one of the two groups¹ – that it would be yours – and you wished that the unarmed one would be yours. But Allāh intended to establish the truth by His words and to eliminate the disbelievers

  • i.e., either the caravan of Quraysh or their army.

(MALAY)

Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu, tetapi Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir,

وَإِذ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحدَى الطّائِفَتَينِ أَنَّها لَكُم

Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu,

Allah ingatkan merkea yang mereka berperang itu bukanlah atas strategi mereka dari awal untuk berperang, tapi itu semua dari perancangan Allah. Yang kamu rancangkan asalnya adalah untuk sekat rombongan perniagaan sahaja.

Allah telah memberi dua pilihan kepada mereka waktu itu. Mereka boleh menghadapi salah satu dari dua kumpulan: rombongan perniagaan Abu Sufyan atau tentera Mekah. Waktu Allah beri pilihan itu, Allah beritahu kepada Nabi yang pilihan mana pun yang mereka pilih, mereka akan menang?

وَتَوَدّونَ أَنَّ غَيرَ ذاتِ الشَّوكَةِ تَكونُ لَكُم

sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu,

Waktu itu ada antara mereka yang sangat ingin yang tidak ada kelengkapan peranglah yang jadi milik mereka. Lafaz غَيرَ ذاتِ الشَّوكَةِ bermaksud ‘yang tidak ada senjata’. Dari segi literal, ia bermaksud ‘tidak ada duri’. Mereka berharap mereka akan mengejar kafilah perniagaan Abu Sufyan kerana itu adalah lebih senang.

وَيُريدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الحَقَّ بِكَلِماتِهِ

tetapi Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya

Tetapi sebenarnya Allah hendak yang lain dari apa yang mereka mahu. Allah hendak kebenaran dizahirkan. Kalau mereka pergi mengejar kafilah Abu Sufyan dan mereka berjaya pun, itu tidaklah menzahirkan apa-apa sangat. Kerana mereka ramai dan memang boleh mengalahkan rombongan perniagaan itu. Jadi, tidak ada sangat perkara itu. Tetapi Allah hendak tunjukkan sesuatu yang lebih hebat dari itu. Allah hendak memenangkan mereka walaupun mereka berhadapan dengan tentera yang lebih ramai dari mereka. Kalau mereka menang dengan tentera yang lebih besar, barulah akan terbukti kebenaran. Barulah orang lain akan buka mata.

Jadi, walaupun Allah beri pilihan kepada mereka, Allah sebenarnya hendak mereka berperang dengan tentera Mekah itu.

وَيَقطَعَ دابِرَ الكافِرينَ

dan memusnahkan orang-orang kafir,

Dan Allah mahu mereka berperang dengan tentera Musyrikin Mekah itu kerana Allah nak binasakan keturunan orang yang menentang Islam. Kalau mereka mahukan harta, itu boleh dicari waktu lain, tapi yang menentang mereka itu lebih penting untuk dihapuskan. Kerana yang datang dari kalangan tentera Mekah itu adakah ketua-ketua penjahat dan Allah nak matikan mereka. Supaya tidak ada anak-anak kafir keturunan mereka. Ini adalah kerana lafaz دابِرَ bermaksud belakang tubuh seseorang. Membawa maksud keturunan seseorang. Allah nak musnah pemuka penjahat itu sekali dengan keturunan mereka. Supaya musyrikin Mekah jadi lemah. Semua ini adalah perancangan Allah.


Ayat 8:

لِيُحِقَّ الحَقَّ وَيُبطِلَ الباطِلَ وَلَو كَرِهَ المُجرِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That He should establish the truth and abolish falsehood, even if the criminals disliked it.

(MALAY)

agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.

لِيُحِقَّ الحَقَّ

agar Allah menetapkan yang hak

Dan Allah hendak menegakkan kebenaran dengan perang itu. Supaya kebenaran nampak jelas. Semua akan nampak bagaimana walaupun tentera Islam itu sedikit, tapi mereka dibantu oleh Allah sampaikan dapat mengalahkan tentera yang lebih besar dan lebih lengkap dari mereka. Allah nak tunjukkan manakah pihak yang benar.

وَيُبطِلَ الباطِلَ

dan membatalkan yang batil

Dan Allah hendak membasmikan kebathilan iaitu kesyirikan. Allah nak tunjukkan supaya semua manusia tahu yang mereka yang syirik itu adalah puak yang bathil, yang salah. Abu Jahal pun telah berdoa di Kaabah untuk Allah berikan kemenangan kepada pihak yang benar, jadi Allah akan beri kemenangan kepada pihak yang benar, dan dengan itu Dia akan zahirkan siapakah yang bathil.

وَلَو كَرِهَ المُجرِمونَ

walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.

Tentu sekali golongan kafir itu tidak suka. Tapi keputusan Allah tidak boleh disangkal lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 008: Anfal. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s