Tafsir Surah al-A’raf Ayat 191 – 195 (ilah selain Allah tidak ada kuasa pun)

Ayat 191:

أَيُشرِكونَ ما لا يَخلُقُ شَيئًا وَهُم يُخلَقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they associate with Him those who create nothing and they are [themselves] created?

MALAY

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

 

Kenapakah mereka sanggup menyekutukan Allah, sedangkan yang disembah itu tidak boleh mencipta, malah mereka sendiri pun dicipta. Ini seperti juga di dalam firman Allah Swt. dalam ayat lainnya:

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لَا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ * مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ}

Hai manusia telah dibuatkan perumpamaan, maka dengarkanlah oleh kalian perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kalian seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Mahaperkasa. (Al-Hajj: 73-74)

Jangan sangka ayat ini diberikan kepada orang kafir sahaja. Kerana orang Islam yang tidak faham konsep syirik pun ramai yang mengamalkan syirik tanpa mereka sedari. Kerana mereka jahil. Antara kesyirikan yang banyak dilakukan adalah dengan berdoa menggunakan tawasul kepada wali, Nabi dan malaikat. Ini banyak sekali dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mereka sedari yang mereka sedang melakukan syirik.


Ayat 192:

وَلا يَستَطيعونَ لَهُم نَصرًا وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they [i.e., the false deities] are unable to [give] them help, nor can they help themselves.

MALAY

Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.

 

Kenapakah mereka sanggup menyekutukan Allah, sedangkan selain dari Allah tidak ada kuasa langusng untuk membantu dan tidak dapat membantu diri mereka sendiri. Kita pun selalu dengar kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s. telah merosakkan berhala-berhala kaumnya dan meletakkan kapak itu pada berhala yang besar.

Hal yang sama pernah dilakukan oleh Mu’az ibnu Amr ibnul Jamuh dan Mu’az ibnu Jabal ketika keduanya masih muda dan telah masuk Islam, iaitu di saat Rasulullah Saw. telah tiba di Madinah. Keduanya merosakkan berhala-berhala orang-orang musyrik di malam hari, iaitu dengan memecahkannya dan menjadikannya sebagai kayu bakar buat para janda, agar kaumnya mahu mengambil pelajaran dari hal tersebut dan menyalahkan diri mereka sendiri.

Disebutkan bahawa Amr ibnul Jamuh —seorang pemimpin di kalangan kaumnya— mempunyai sebuah berhala yang menjadi sembahannya, ia selalu memberi berhalanya itu wangian. Tersebut pula bahawa keduanya (Mu’az ibnu Amr ibnul Jamuh dan Mu’az ibnu Jabal) selalu datang kepadanya di malam hari, lalu membalikkan berhala itu dengan kepala di bawah dan melumurinya dengan kotoran haiwan. Ketika Amr ibnul Jamuh melihat apa yang dilakukan terhadap berhalanya itu, maka ia memandikannya dan memberinya lagi wangian, lalu meletakkan sebilah pedang di sisi berhala itu seraya berkata kepadanya, “Belalah dirimu!”

Mu’az ibnu Amr Ibnu Jamal dan Mu’az ibnu Jabal kembali melakukan hal itu terhadap berhala tersebut dari Amr Ibnul Jamuh pun kembali melakukan hal yang sama (yakni membersihkan dan memberinya wewangian). Kemudian pada akhirnya keduanya mengambil berhala itu dan mengikatnya bersama bangkai seekor anjing, lalu menggantungkannya dengan seutas tali di atas sebuah sumur yang ada di tempat itu. Ketika Amr ibnul Jamuh datang dan melihat hal tersebut, dia mula berfikir dan sampailah pada suatu kesimpulan bahawa agama yang dipeluknya itu adalah batil. Lalu ia membacakan sebuah syair:

تَالله لَوْ كُنتَ إِلَها مُسْتَدن … لَمْ تَكُ والكَلْبُ جَمِيعًا فِي قَرنْ

Demi Allah, seandainya kamu adalah tuhan yang disembah, niscayalah kamu dan anjing tidak dapat dikumpulkan bersama-sama.

Akhirnya Amr ibnul Jamuh masuk Islam dan mengamalkan Islam dengan baik, lalu ia gugur dalam perang Uhud sebagai seorang yang mati syahid; semoga Allah melimpahkan redha-Nya kepada dia dan memberinya pahala yang memuaskannya, serta menjadikan syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya.

Jadi, kalau Allah sahaja yang ada kuasa dan sembahan lain tidak ada kuasa, kenapa ramai dari kalangan kita, termasuk orang Islam sendiri yang meminta tolong kepada selain dari Allah? Sebagai contoh, puak Habib yang datang dari Yaman itu, dengan jelas sekali meminta tolong kepada Nabi Muhammad, kepada ahli kubur dan sebagainya. Sedangkan ahli kubur itu tidak ada kuasa pun untuk membantu kerana mereka sendiri pun sudah mati? Sedarlah wahai umat Islam sekalian, jangan tertipu dengan ajaran-ajaran yang sesat, samada diajar dari dalam negara atau yang dimport dari luar. Jangan tertipu dengan perawakan baik yang ditonjolkan oleh manusia sedangkan ajaran yang dibawa adalah sesat!


 

Ayat 193:

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَتَّبِعوكُم ۚ سَواءٌ عَلَيكُم أَدَعَوتُموهُم أَم أَنتُم صامِتونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you [believers] invite them to guidance, they will not follow you. It is all the same for you whether you invite them or you are silent.

MALAY

Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.

 

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَتَّبِعوكُم

Dan jika kamu menyeru mereka untuk memperoleh petunjuk, mereka tidak dapat menurut kamu; 

  1. Ada dua pendapat tentang ayat ini. Yang pertama, ‘mereka’ yang dimaksudkan adalah nisbah kepada patung berhala, atau mana-mana sembahan selain Allah. Kalau kamu meminta petunjuk dari patung-patung atau sembahan itu, mereka tidak dapat memberikannya kepada kamu. Ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mendengar apa yang diminta kepada mereka.
  2. Tafsir yang kedua, ‘mereka’ yang dimaksudkan adalah orang-orang sesat yang telah menyembah dan menyeru selain Allah. Kalau kamu ajak mereka untuk mereka meninggalkan kesyirikan yang mereka sedang lakukan, mereka tidak akan ikut kita. Kerana mereka telah tenggelam dalam kesyirikan yang dalam. Mereka percaya sungguh dengan apa yang mereka lakukan itu adalah baik, jadi apa sahaja yang kita kata, mereka tidak mahu terima. Mereka rasa mereka yang betul, mereka lebih pandai, mereka dah dapat ‘ilmu rahsia’.

 

سَواءٌ عَلَيكُم أَدَعَوتُموهُم أَم أَنتُم صامِتونَ

sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.

  1. Oleh itu, sama sahaja kalau kamu seru berhala atau sembahan selain itu, mereka, mereka tidak boleh buat apa-apa. Kerana mereka memang tidak ada kuasa.
  2. Sama sahaja kalau kamu ajak atau kamu tidak ajak mereka kepada kebenaran, mereka yang sudah mengamalkan syirik itu tidak akan ikut kita. Ini adalah kerana mereka telah ditutup hati mereka dari menerima hidayah lagi. Ini dinamakan Khotmul Qalbi.

Tapi, kita kena ingat untuk tidak berhenti menjalankan dakwah kepada mereka. Kerana kita tidak tahu adakah mereka itu jenis yang telah ditutup hati mereka oleh Allah atau tidak. Kerana yang tahu, hanyalah Allah, maka jangan kita buat andaian. Ingatlah kembali kepada tiga golongan dalam kisah Yahudi yang menangkap ikan pada hari Sabtu beberapa ayat yang lalu. Bukankah kita disuruh memberi nasihat juga kepada mereka, walaupun ada golongan yang rasa buang masa sahaja beri nasihat kepada mereka?

Kita kena beri nasihat kerana Allah beri ganjaran kerja dakwah kita bukan atas kejayaan kita mengubah orang itu. Kalau kita berdakwah, samada orang yang didakwah itu terima atau tidak, kita sudah dapat pahala dah. Dan kalaupun orang itu tidak berubah, pasti akan ada perubahan pada diri kita. Sebagaimana Nabi Musa disuruh juga berdakwah kepada Firaun walaupun Allah tahu yang Firaun tidak akan berubah. Kerana berdakwah kepada Firaun adalah latihan kepada Nabi Musa.


 

Ayat 194:

إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ عِبادٌ أَمثالُكُم ۖ فَادعوهُم فَليَستَجيبوا لَكُم إِن كُنتُم صادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those you [polytheists] call upon besides Allāh are servants [i.e., creations] like you. So call upon them and let them respond to you, if you should be truthful.

MALAY

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

 

إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ عِبادٌ أَمثالُكُم

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. 

Allah beri hujah, roh-roh Nabi, wali dan malaikat yang kamu seru, buat ibadat itu, mereka pun merupakan hamba biasa macam kamu juga. Maksudnya masing-masing lemah, tidak ada kuasa sendiri melainkan diberikan oleh Allah. Buang masa sahaja kamu seru mereka dan Allah marah kalau seru dan puja buat ibadat kepada mereka. Kerana Allah mahu kita seru dan sembah Dia sahaja.

Bahasa yang digunakan dalam ayat ini adalah kataganti kedua. Iaitu Allah bercakap sendiri terus kepada mereka yang buat syirik itu. Selalunya Allah tidak buat begini. Menunjukkan kepentingan ayat ini.

 

فَادعوهُم فَليَستَجيبوا لَكُم إِن كُنتُم صادِقينَ

Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

Dan kalau kamu masih berdegil juga, tak mahu terima ajaran tauhid ini, maka kamu serulah mereka, mintalah kepada mereka kalau kamu rasa kamu benar dan kamu tetap mereka boleh selesaikan masalah dan sempurnakan hajat kamu. Aduh, ini merupakan cabaran dan perli dari Allah. Kalau Allah dah perli macam ini, masih lagi kah nak buat? Masih lagikah nak bertawasul kepada Nabi, wali dan malaikat? Masih lagikah nak hadiahkan/sedekah Fatihah kepada mereka? Masih lagikah nak beri salam kepada mereka? Masih lagilah nak seru mereka malam-malam lagi?


 

Ayat 195:

أَلَهُم أَرجُلٌ يَمشونَ بِها ۖ أَم لَهُم أَيدٍ يَبطِشونَ بِها ۖ أَم لَهُم أَعيُنٌ يُبصِرونَ بِها ۖ أَم لَهُم آذانٌ يَسمَعونَ بِها ۗ قُلِ ادعوا شُرَكاءَكُم ثُمَّ كيدونِ فَلا تُنظِرونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they have feet by which they walk? Or do they have hands by which they strike? Or do they have eyes by which they see? Or do they have ears by which they hear? Say, [O Muḥammad], “Call your ‘partners’ and then conspire against me and give me no respite.

MALAY

Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): “Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

 

أَلَهُم أَرجُلٌ يَمشونَ بِها

Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, 

Allah perli sembahan berhala yang dipuja oleh musyrikin Mekah itu: yang mereka puja itu ada kaki kah?

 

أَم لَهُم أَيدٍ يَبطِشونَ بِها

 atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang dengannya,

Atau, adakah berhala-berhala itu ada tangan yang boleh bergerak untuk buat sesuatu? Nak seksa orang kah, nak garu kepala kah, adakah?

 

أَم لَهُم أَعيُنٌ يُبصِرونَ بِها

atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, 

Atau adakah berhala itu ada mata nak tengok apa yang mereka lakukan. Kalau mereka sembah berhala itu atau tidak, adakah berhala itu tahu yang ia sedang disembah atau tidak?

 

أَم لَهُم آذانٌ يَسمَعونَ بِها

atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya?

Atau adakah berhala itu ada teling untuk dengar pujaan mereka terhadapnya?

Tentu tidak ada semua itu kerana berhala-berhala itu manusia yang puja dia sendiri yang buat. Tak segala tangan dan kaki, mata dan telinga, semua itu adalah ukiran sahaja, bukan boleh pakai pun.

Dan bagaimana pula dengan ilah mereka yang lain seperti Nabi dan wali? Pun tidak melihat dan mendengar kerana mereka telah mati. Orang yang sudah mati, tidak mendengar – sebab itu kalau kita jerit di telinga mayat, mayat itu tidak dengar pun. Kalau ada dalil yang kata mereka boleh mendengar, boleh tolong, kena bawakan dalil itu. Kalau dalil setakat samar-samar sahaja, itu tidak boleh dipakai. Kerana kalau perkara penting sebegini, mesti ada dalil yang sahih dan sarih dari Nabi, tak boleh main dalil samar-samar sahaja.

 

قُلِ ادعوا شُرَكاءَكُم

Katakanlah (wahai Muhammad): “Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah,

Nabi Muhammad diajar oleh Allah untuk cabar musyrikin Mekah itu. Kalau mereka rasa sembahan-sembahan mereka itu boleh dengar dan boleh lihat, maka kau panggillah sembahan ilah kamu itu.

 

ثُمَّ كيدونِ فَلا تُنظِرونِ

kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

Dan bukan dipanggil sahaja, tapi mereka mintalah kepada patung dan roh yang mereka seru itu, dan buatlah rancangan dengan mereka untuk bunuh Nabi Muhammad. Nak tangkap kah atau nak bunuh kah, ikut mereka lah. Dan tak perlu tempoh kepada baginda untuk lari atau selamatkan diri, boleh terus jalankan rancangan mereka. Itu kalau mereka rasa memang boleh buat. Tapi kalau kamu rasa berhala kamu itu tidak boleh buat apa, kenapa kamu sembah?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s