Tafsir Surah al-A’raf Ayat 184 – 187 (Bila Kiamat akan berlaku)

Ayat 184: Zajrun

أَوَلَم يَتَفَكَّروا ۗ ما بِصاحِبِهِم مِن جِنَّةٍ ۚ إِن هُوَ إِلّا نَذيرٌ مُبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do they not give thought? There is in their companion [i.e., Muḥammad ()] no madness. He is not but a clear warner.

MALAY

Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.

 

أَوَلَم يَتَفَكَّروا

Kenapakah mereka tidak memikirkan? 

Tempelak Allah ke atas kekarutan tuduhan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW.

 

ما بِصاحِبِهِم مِن جِنَّةٍ

sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila

Allah menegaskan dalam ayat ini, tidak ada sifat gila pada Nabi Muhammad. Apabila digunakan lafaz ما dalam ayat ini, menunjukkan penolakan kepada kata-kata musyrikin Mekah itu. Kerana memang antara tuduhan mereka kepada baginda adalah baginda itu seorang gila.

Allah guna lafaz ‘sahabat’ kerana Nabi muhamad sentiasa ada bersama dengan mereka, tidak pernah pergi ke mana-mana, duduk dengan mereka sahaja. Baginda bersama dengan mereka dari kecil sampai ke tua. Maksudnya, mereka kenal baginda dan baginda tidaklah berubah perangai. Jadi, yang mereka kata baginda gila itu adalah sebagai tuduhan palsu sahaja. Kerana sebelum baginda menyampaikan ajaran tauhid, baginda lah orang yang paling dipercayai dalam kalangan mereka.

Lafaz جِنَّةٍ dari katadasar جنن yang bermaksud ‘tertutup’. Lafaz jin juga diambil dari katadasar ini, kerana jin itu tertutup dari pandangan kita. Dan ada kaitan antara gila dan jin kerana pada orang Arab Mekah, orang yang gila itu adalah kerana disampuk jin. Allah menidakkan fahaman ini.

Qatadah ibnu Di’amah telah mengatakan, telah diceritakan kepada kami bahwa Nabi Allah Saw. pada suatu saat sedang berada di atas Bukit Safa. Lalu beliau menyeru kaum Quraisy, dalam seruannya itu beliau menyebutkan nama-nama pemimpin mereka seorang demi seorang. Beliau mengatakan, “Hai Fulan bin Fulan.” Beliau Saw. mem­peringatkan mereka akan siksa Allah dan hari kiamat. Maka ada salah seorang di antara mereka yang mengatakan, “Sesungguhnya teman kalian ini benar-benar gila, dia terus berkoar-koar semalaman hingga pagi hari, atau hingga waktu subuh.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِهِمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلا نَذِيرٌ مُبِينٌ}

Apakah (mereka lalai) dan tidak memikirkan bahwa teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit gila. Dia (Muhammad itu) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan. (Al-A’raf: 184)

 

إِن هُوَ إِلّا نَذيرٌ مُبينٌ

bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.

Nabi Muhammad itu bukanlah seorang gila, bahkan baginda telah terpilih untuk beri peringatan kepada manusia mengunakan wahyu dari Allah.

Dan peringatan itu diberikan dengan cara yang jelas nyata, bahasa yang digunakan mudah difahami. Tidaklah kata-kata baginda berpusing-pusing. Begitu jugalah kita dalam menyampaikan ajaran tauhid kepada manusia lain – hendaklah dengan jelas, jangan gunakan bahasa yang susah difahami.


 

Ayat 185: Zajrun.

أَوَلَم يَنظُروا في مَلَكوتِ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَما خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيءٍ وَأَن عَسىٰ أَن يَكونَ قَدِ اقتَرَبَ أَجَلُهُم ۖ فَبِأَيِّ حَديثٍ بَعدَهُ يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they not look into the realm of the heavens and the earth and everything that Allāh has created and [think] that perhaps their appointed time has come near? So in what statement [i.e., message] hereafter will they believe?

MALAY

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

 

أَوَلَم يَنظُروا في مَلَكوتِ السَّماواتِ وَالأَرضِ

Tidakkah mereka mahu memperhatikan alam langit dan bumi 

Allah suruh kita tengok kejadian langit dan bumi yang boleh dilihat dengan mata kasar kita.

 

وَما خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيءٍ

dan segala yang diciptakan oleh Allah,

Dan Allah suruh kita lihat apa sahaja yang Allah ciptakan dalam alam ini.

 

وَأَن عَسىٰ أَن يَكونَ قَدِ اقتَرَبَ أَجَلُهُم

bahawa mungkin telah dekat ajal kebinasaan mereka?

Tidakkah apabila mereka melihat alam ini, mereka memikirkan boleh jadi tempoh masa mereka di dunia sudah nak tamat? Ingatlah bahawa tempoh untuk memikirkan sudah nak habis. Ingatlah yang peluang mungkin sudah nak habis untuk bertaubat.

 

فَبِأَيِّ حَديثٍ بَعدَهُ يُؤمِنونَ

Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

Maka kalau mereka tidak juga mahu beriman dengan wahyu, perkataan apa lagi yang mereka hendak pakai? Sebagai manusia, cara fikir kita sepatutnya adalah dengan wahyu yang Allah sampaikan. Kita kena pegang dengan wahyu dari Quran dan Hadis kerana tidak ada lagi kitab atau perkataan yang lain yang boleh dipakai. Jadi, tidak mahu lagikah kita meluangkan masa untuk belajar maksud wahyu Allah ini? Supaya kita jadikan ianya sebagai peringatan dan amalan untuk kita. Belajarlah tafsir Quran dan amalkan membaca Quran setiap hari. Kalau kita faham apa yang kita baca, ia lebih memberi nikmat kepada kita.


 

Ayat 186:

مَن يُضلِلِ اللَّهُ فَلا هادِيَ لَهُ ۚ وَيَذَرُهُم في طُغيانِهِم يَعمَهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever Allāh sends astray – there is no guide for him. And He leaves them in their transgression, wandering blindly.

MALAY

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

 

مَن يُضلِلِ اللَّهُ فَلا هادِيَ لَهُ

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; 

Kalau sesiapa yang Allah telah buat keputusan untuk sesatkan dia, tidak ada sesiapa yang boleh beri hidayah kepadanya lagi. Ini adalah sesat jenis peringkat khatmul qalbi – penutupan hati. Iaitu apabila orang itu telah sampai kepada satu tahap, Allah marah sangat kepada dia dia telah lama menentang dan mendustakan ayat-ayat Allah. Semoga kita dan orang-orang kenalan kita, tidak sampai kepada tahap ini. Kerana ini adalah tahap yang paling teruk sekali, sudah pasti dia menjadi ahli neraka selama-lamanya.

 

وَيَذَرُهُم في طُغيانِهِم يَعمَهونَ

dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

Mereka yang telah diberi keputusan akan dibiarkan sesat sampai bila-bila, Allah akan biarkan mereka kebingungan dalam kesesatan. Mereka itu berada dalam keadaan buta hati. Jadi, mungkin kita akan berjumpa dengan orang sebegini, maka tidak hairanlah pada kita lagi. Kerana kita sudah tahu memang akan ada sahaja orang yang akan menentang kebenaran. Dan kalau kita cakap macam mana pun, mereka tidak akan mahu beriman.

Maulana Hadi A’raf 168-186


Ayat 187:

يَسأَلونَكَ عَنِ السّاعَةِ أَيّانَ مُرساها ۖ قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ رَبّي ۖ لا يُجَلّيها لِوَقتِها إِلّا هُوَ ۚ ثَقُلَت فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ ۚ لا تَأتيكُم إِلّا بَغتَةً ۗ يَسأَلونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنها ۖ قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ اللَّهِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They ask you, [O Muḥammad], about the Hour: when is its arrival?¹ Say, “Its knowledge is only with my Lord. None will reveal its time except Him. It lays heavily² upon the heavens and the earth. It will not come upon you except unexpectedly.” They ask you as if you are familiar with it. Say, “Its knowledge is only with Allāh, but most of the people do not know.”

  • Literally, “resting” or “establishment.”
  • i.e., it is a source of concern, worry or fear.

MALAY

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. Hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu hanyalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

 

يَسأَلونَكَ عَنِ السّاعَةِ أَيّانَ مُرساها

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”

Ayat ini berkenaan Dakwa Ketiga. Ulangkaji: Dakwa Pertama – Kena berani menyampaikan wahyu; Dakwa Kedua – kena ikut syariat yang Allah; Dakwa Ketiga – Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat yang sempurna, jadi kena seru dan buat ibadat kepada Allah sahaja.

Salah satu perkara yang selalu ditanyai oleh Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad adalah bilakah akan terjadi Hari Kiamat. Ini adalah kerana Nabi banyak memberitahu dan mengingatkan mereka tentang akhirat dan tentunya permulaan akhirat adalah dengan terjadi hari kiamat. Oleh kerana itu, mereka tanya kepada Nabi, bilakah akan terjadi perkara itu? Mereka tanya Nabi dalam perkara yang bukan hak Nabi untuk beritahu. Kerana memang Nabi tidak tahu pun bila akan terjadinya hari kiamat itu.

Lafaz مُرساها dari katadasar رسو yang bermaksud ‘tetap’. Lafaz مُرساها selalunya digunakan apabila dipasakkan kayu pasak kepada khemah. Jadi, lafaz مُرساها dalam ayat ini sebagai isyarat kepada penetapan. Iaitu, bilakah Kiamat itu telah ditetapkan? Bilakah yang pasti ianya akan terjadi?

 

قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ رَبّي

Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, 

Ini berkenaan dengan Dakwah Ketiga – Allah sahaja yang ada sifat sempurna, dan salah satunya mengetahui bilakah terjadinya Hari Kiamat itu. Maka Nabi disuruh sahaja untuk beritahu yang maklumat itu hanya ada pada Allah, bukan di sisi baginda.

 

لا يُجَلّيها لِوَقتِها إِلّا هُوَ

tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. 

Allah tidak menzahirkan, menjelaskan kepada sesiapa pun tentang tarikh bila berlakukanya Kiamat itu. Tidak mungkin sesiapa pun yang tahu maklumat itu, termasuk para malaikat yang paling dekat pun. Maka, tidaklah malu kalau kita beritahu yang kita tidak ada maklumat itu.

 

ثَقُلَت فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ

Hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi;

Amatlah berat keadaan langit dan bumi untuk menghadapi kiamat. Lafaz ثَقُلَت biasanya digunakan kepada wanita yang mengandung dan hendak melahirkan anaknya. Tinggal tunggu masa sahaja. Semua dah lengkap dah, tunggu masa sahaja. Begitulah juga dengan Kiamat nanti. Kejadian Kiamat itu tunggu masa sahaja, dan segala keperluan untuk Kiamat itu Allah sudah sediakan di langit dan di bumi. Langit dan bumi sedang menanggungnya dan sebagaimana wanita mengandung berat menanggung anaknya itu, beratlah juga langit dan bumi menanggung tanggungjawab mereka.

Ia juga bermaksud, apabila kiamat itu datang, ianya amat berat walaupun kepada langit dan bumi. Apatah lagi kepada kita?

 

لا تَأتيكُم إِلّا بَغتَةً

ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”

Inilah maklumat yang menakutkan kita: ia tidak datang melainkan dengan tiba-tiba. Apabila ia hendak datang, ia tak beritahu sebelum itu yang ia akan datang. Cuma ada disebut dalam hadis, diberitahu yang kiamat hanya berlaku kepada orang kafir sahaja. Waktu itu hanya ada orang kafir sahaja kerana orang beriman telah dimatikan dahulu dengan sejenis angin lembut.

Walaupun begitu, kita tahu yang Allah itu maha berkuasa. Dan salah satu faham kita tentang kuasa Allah ini, Allah berhak dan boleh sahaja untuk buat apa sahaja yang Dia hendak, termasuk jadikan Kiamat itu bila-bila masa sahaja. Allah tidak tertakluk dengan apa-apa undang-undang pun.

 

يَسأَلونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنها

Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau mengetahuinya. 

Musyrikin Mekah itu tanya dan tanya tentang Nabi Muhammad berkali-kali tentang bila kejadian Kiamat itu, seolah-olah Nabi ada maklumat itu. Sebenarnya, mereka tanya pun untuk persenda Nabi sahaja, bukan nak tahu betul pun, kerana mereka tidak percaya kepada kejadian itu.

Quran mempunyai segala maklumat yang diperlukan untuk kita. Dan memang tidak ada diberitahu bilakah ianya akan terjadi. Tetapi yang ada, banyak disebut dalam Quran tentang persiapaan untuk menghadapi hari kiamat. Jadi, itulah perkara yang lebih penting untuk diketahui, bukan bila, tapi apa persediaan kamu?

Lafaz حَفِيٌّ digunakan untuk orang yang selalu bertanya berkali-kali. Mereka sangka Nabi berperangai macam itu, bertanya berkali-kali kepada Allah sampai baginda dapat maklumat itu dari Allah. Sedangkan Nabi tidak begitu. Nabi pun tidak bertanya bilakah terjadinya hari kiamat itu kerana ianya adalah perkara yang menakutkan sangat.

 

قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ اللَّهِ

Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu hanyalah di sisi Allah,

Allah ulang lagi suruh Nabi beri jawapan yang sama, hanya Allah sahaja yang tahu bilakah terjadi Kiamat. Maka jangan sibuk lagi nak tanya kepada sesiapa pun.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Tapi, kebanyakan manusia tidak tahu. Mereka tidak tahu yang ilmu itu hanya ada pada Allah sahaja. Mereka tidak puas hati dengan jawapan ini dan mereka sibuk mencari-cari dan bertanya bilakah ianya akan berlaku. Sampai ada ustaz-ustaz di negara kita pun ada yang mengagak bilakah akan terjadinya Kiamat sedangkan jelas dalam Quran yang hanya Allah sahaja yang tahu. Lalu bagaimana mereka boleh buat anggaran bilakah kiamat akan terjadi? Mereka tidak belajar Quran kah?

Malaikat Jibril a.s. datang dalam rupa seorang Arab Badui untuk mengajarkan kepada manusia perkara agama mereka, lalu ia duduk di hadapan Rasulullah Saw. seperti duduknya orang yang mahu bertanya, kemudian memohon petunjuk. Maka Jibril a.s bertanya kepada Nabi Saw. tentang Islam, lalu tentang iman dan ihsan, kemudian ia bertanya, “Bilakah hari kiamat itu?” Maka Rasulullah Saw. menjawabnya melalui sabdanya:

“مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ”

Orang yang ditanya mengenainya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya.

Dengan kata lain, aku bukanlah orang yang lebih mengetahui tentangnya daripada engkau; dan tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui tentangnya daripada orang lain. Kemudian Nabi Saw. membacakan firman-Nya: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. (Luqman: 34), hingga akhir ayat

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s