Tafsir Surah al-A’raf Ayat 179 – 183 (Cara guna Asmaul Husna dalam doa)

Ayat 179: Ini adalah penerangan untuk Dakwa kedua pula. Dakwa kedua: manusia kena ikut syariat, kerana kalau tidak, dia bebas macam binatang. Beza manusia dengan binatang, binatang tidak ada taklif (tanggungjawap untuk menegakkan syariat). Kalau tidak mahu jadi macam binatang, maka manusia kena ikut syariat yang telah disebut dalam wahyu. Kalau manusia ikut syariat, mereka adakan dapat tempat dalam syurga. Tetapi seperti yang kita tahu, ramai manusia yang tidak ikut peraturan syariat. Maka mereka itu seumpama binatang kerana ikut hawa nafsu.

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم آذانٌ لا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعامِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray.¹ It is they who are the heedless.

  • The reference is to their inability (i.e., refusal) to think and reason, while blindly following (as they are accustomed).

MALAY

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

 

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia

Allah beritahu dalam ayat ini, ramai manusia dan jin yang masuk dalam neraka. Dalam hadis ada disebut bagaimana 999 dari seribu manusia akan masuk neraka. Maknanya, lebih ramai yang masuk neraka dari masuk syurga. Maka, hendaklah kita berdoa kepada Allah semoga Allah lindungi kita dari neraka. Dan janganlah kita ikut-ikut amalan yang dilakukan manusia, hanya kerana ianya banyak dilakukan.

 

لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها

yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya

Kenapa mereka boleh masuk neraka? Kerana mereka ada hati tapi mereka tidak menggunakan hati itu untuk ikut kebenaran dari wahyu. Hati mereka tidak ingin memahami kebenaran. Mereka tidak guna kelebihan yang Allah telah berikan kepada mereka. Sedangkan untuk benda lain, mereka pakai hati itu, tapi untuk cari kebenaran mereka tidak pakai pula. Kalau tidak buka hati untuk menerima kebenaran, macam mana kebenaran nak masuk?

Mereka tidak gunakan hati untuk menerima ajaran yang ada dalam Quran, sedangkan Quran sahajalah sumber kebenaran yang ada zaman sekarang.

 

وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها

dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya

Mereka ada mata, tapi mereka tidak gunakan mata itu untuk melihat kebenaran. Mereka hanya melihat dengan fikiran mereka sahaja, tidak melihat dengan mata hati. Sedangkan manusia ada mata zahir dan ada mata hati. Mata zahir digunakan untuk mengetahui ilmu dunia, tapi ilmu wahyu memerlukan kita menggunakan mata hati. Tapi mereka gunakan satu mata sahaja – mata zahir. Mereka itu senang tertipu oleh Dajjal kerana Dajjal itu mempunyai satu mata sahaja. Oleh itu, jangan kita melihat dengan mata zahir sahaja, tapi hendaklah kita memikirkan kebenaran yang ada di sebaliknya. Ini seperti yang Allah telah firmankan dalam ayat yang lain:

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الأبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ}

Karena sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

 

وَلَهُم آذانٌ لا يَسمَعونَ بِها

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya

Mereka ada telinga tapi mereka tidak menggunakan kelebihan telinga itu untuk mendengar wahyu Allah. Mereka tak mahu luangkan masa pun untuk belajar pun. Kalau diajak, mereka tidak mahu dengar. Mereka rasa selesa dengan apa yang mereka ada. Padahal, mereka tidak ada ilmu wahyu, tapi mereka rasa mereka telah selamat. Maka, hendaklah kita meluangkan masa kita untuk belajar tafsir kerana dengan mengetahui tafsir wahyu Allah ini, baru akan selamat kita dunia dan akhirat.

Dengan kata lain, mereka tidak memanfaatkan sesuatu pun dari indera-indera ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai sarana untuk mendapat hidayah, seperti pengertian yang terkandung di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلا أَبْصَارُهُمْ وَلا أَفْئِدَتُهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ

dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan, dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan, dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka, karena  selalu mengingkari ayat-ayat Allah (al Ahqaf: 26) hingga akhir hayat

 

أُولٰئِكَ كَالأَنعامِ بَل هُم أَضَلُّ

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;

Allah kata mereka itu serupa macam binatang ternak sahaja kerana tidak ikut peraturan. Allah gunakan perumpamaan ‘binatang ternak’ seperti lembu kerana binatang ternak adalah binatang yang jenis lemah, lembik sahaja. Mereka bergerak perlahan kalau dibandingkan dengan binatang lain. Mereka jenis tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kalau nak kena sembelih pun, mereka relaks sahaja. Begitulah manusia yang tidak ada ilmu wahyu, mereka tidak sedar tentang penipuan yang dilakukan oleh syaitan. Mereka tidak nampak bahaya mengikut syaitan itu. Mereka tidak sedar yang mereka sedang menuju ke neraka. Mereka lembik macam zombi, buang masa dengan kehidupan mereka – leka dengan dunia, buang masa dengan main games, dengar lagu dan tengok tv sahaja.

Allah tambah lagi dengan mengatakan mereka itu bahkan lebih sesat dari binatang. Ini adalah kerana binatang itu memang akal tak cukup. Sedangkan manusia semua sudah diberi dengan segala pancaindera dan kelebihan yang tidak ada pada binatang. Tapi mereka sia-siakan. Binatang tidak ada semua itu maka binatang tidaklah boleh dipersalahkan, kerana sifat mereka memang macam itu. Tapi manusia?

Juga bermaksud mereka itu lebih sesat daripada haiwan ternak, kerana hewan ternak adakalanya memenuhi seruan penggembalanya di saat penggembalanya memanggilnya, sekalipun ia tidak mengerti apa yang diucapkan penggembalanya. Lain halnya dengan mereka. Haiwan ternak melakukan perbuatan sesuai dengan apa yang diciptakan untuknya, adakalanya berdasarkan tabiatnya, adakalanya pula kerana ditundukkan. Lain halnya dengan orang yang engkar, kerana sesungguhnya dia diciptakan hanya semata-mata untuk menyembah Allah dan mengesakan-Nya, tetapi ternyata dia engkar dan mempersekutukan-Nya.

Oleh kerana itu, disebutkan bahawa barang siapa yang taat kepada Allah, maka dia lebih mulia daripada malaikat ketika di hari dia kembali ke alam akhirat. Dan barang siapa yang kafir kepada Allah, maka haiwan ternak lebih sempurna daripadanya.

 

أُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ

mereka itulah orang-orang yang lalai.

Allah kata mereka itu lalai leka dari mencari kebenaran. Mereka rasa senang sahaja, tidak takut dengan apa yang akan terjadi kepada mereka selepas mereka mati nanti. Mereka leka dengan keindahan dunia, macam mereka rasa akan hidup selama-lamanya.

Lalai leka adalah tema surah ini. Banyak diperkatakan tentang perkara ini. Allah ingatkan berkali-kali jangan lalai dengan dunia.


 

Ayat 180: Ini adalah penerangan kepada Dakwa Ketiga: hanya seru hanya Allah sahaja. Jangan seru selain Allah. Kita kena ingat bahawa doa itu adalah ibadah yang paling besar. Ianya adalah ‘otak’ kepada ibadah kerana dalam setiap ibadah, ada doa. Tapi ramai yang tidak faham dan kita boleh lihat bagaimana ramai yang sesat kerana rasa boleh selesai masalah mereka dengan seru selain Allah. Mereka seru Nabi, wali dan malaikat dalam doa mereka. Allah nak beritahu dalam ayat ini yang Dia sahaja punya segala kesempurnaan, jadi seru Dia sahaja. Selain Allah, tidak ada kesempurnaan.

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ فَادعوهُ بِها ۖ وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ في أَسمائِهِ ۚ سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belong the best names, so invoke Him by them. And leave [the company of] those who practice deviation concerning His names.¹ They will be recompensed for what they have been doing.

  • i.e., use them improperly or deny them.

MALAY

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

 

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik

Asmaul Huna maksudnya nama yang ada sifat. Semua benda ada nama, tapi ada dua jenis nama yang disebut dalam Quran. Ada nama yang direka oleh manusia tapi tidak ada sifat langsung. Itulah nama-nama yang diberi kepada ilah-ilah dan sembahan selain dari Allah. Nama-nama itu direka oleh manusia dan kemudian mereka seru ikut nafsu mereka sahaja. Amat malang sekali kerana mereka yang reka dan kemudian mereka seru.

Dari Abu Hurairah r.a., disebutkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ لِلَّهِ تِسْعًا وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا، مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَهُوَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ”.

Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu, seratus kurang satu. Barangsiapa yang dapat menghafalnya, masuk syurga. Dia Maha Esa dan mencintai yang esa.

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya di dalam kitab Sahih-nya. masing-masing melalui hadis Sufyan ibnu Uyaynah, dari Abuz Zanad dari Al-A’raj dengan lafaz yang sama.

Tetapi, perlulah diingatkan bahawa senarai 99 asma’ Allah yang masyhur di negara kita ini, tidaklah sahih. Ianya masih memerlukan pengkajian lagi, manakah nama Allah yang 99 itu.

 

فَادعوهُ بِها

maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,

Allah sahaja yang memiliki nama yang ‘husna’ yang mempunyai sifat boleh menyempurnakan hajat. Tidak ada selain Allah yang boleh menyempurnakan hajat dan permintaan kita.

Surah ini banyak menyebut tentang lalai. Jadi, dalam ayat ini diberi jalan penyelesaian kepada masalah ghaflah. Gunakan nama-nama Allah itu. Fahami nama-nama Sifat Allah itu dan serulah Allah dengan menggunakan nama-nama itu. Allah telah menyebut nama-namaNya yang mulia dalam Quran dan dalam hadis Nabi yang sahih. Belajarlah bagaimana cara doa Nabi yang menggunakan nama-nama itu. Kalau kita belajar hadis, kita boleh lihat bagaimana sebelum Nabi meminta doa, Nabi akan mulakan dengan menyebut nama-nama Allah.

Antara nama yang banyak kali diulang-ulang dalam Quran adalah namaNya berkenaan ilmu dan qudrat. Hanya Allah sahaja yang mempunyai ilmu yang sempurna dan qudrat yang sempurna. Maksudnya, hanya Allah sahaja yang tahu segala masalah kita dan hanya Dia sahaja yang ada qudrat untuk selesaikan masalah kita. Jadi minta kepada Dia sahaja. Kerana selain Allah, tidak tahu apa masalah kita, dan tidak ada kuasa untuk memakbulkan permintaan kita. Jadi kalau minta kepada selain Allah, sia-sia sahaja.

 

وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ في أَسمائِهِ

dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya.

Ini adalah ayat nafi: tinggalkan dan abaikan orang yang menyimpang dengan nama-nama Allah. Ini adalah tentang mereka yang menyebut nama-nama sembahan selain Allah dalam ibadat mereka. Ramai yang sebut nama selain Allah untuk selesaikan masalah mereka dalam doa mereka. Kita kena tinggalkan mereka setelah tahu yang mereka itu melakukan perkara yang salah. Maknanya, jangan ada hubungan rapat dengan mereka.

Tinggalkan mereka yang menghina nama Allah.

Tinggalkan mereka yang menyalahgunakan nama Allah. Ada yang menyebut-nyebut nama Allah dengan bilangan tertentu, cara tertentu yang tidak diajar oleh Nabi. Mereka menggunakan nama Allah dalam bentuk zikir yang pelik-pelik. Contohnya, zikir nama ya Allah 61x, ar-Rahman sekian banyak, al-aziz sekian banyak. Sedangkan Nabi tidak pernah ajar perkara ini. Boleh rujuk sini.

 

سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ

Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Mereka akan dibalas dengan apa yang mereka lakukan. Jadi, semasa hendak beramal itu, hendaklah periksa balik adakah amalan itu amalan yang bagus untuk diamalkan. Jangan pakai ikut sahaja amalan manusia. Kena pandai tanya samada zikir atau amalan itu dari amalan Nabi. Kerana sia-sia kalau buat amalan yang salah, kerana kena azab pula nanti. Sudahlah sibuk dengan amalan itu di dunia, tapi kena azab pula. Mereka sangka dapat pahala, tapi rupanya dapat dosa!


 

Ayat 181:

وَمِمَّن خَلَقنا أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ وَبِهِ يَعدِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And among those We created is a community¹ which guides by truth and thereby establishes justice.

  • The followers of Prophet Muḥammad ().

MALAY

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

 

وَمِمَّن خَلَقنا أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran,

Alhamdulillah, ada umat yang memahami dan memimpin orang lain kepada kebenaran. Mereka memberi petunjuk dengan menggunakan wahyu Allah. Oleh itu, kita yang belajar wahyu ini kena mengajar manusia tentang wahyu, kerana kalau tak ajar, belum tentu kita selamat lagi. Ini adalah kerana Allah hanya beri jaminan iman kita kekal, kalau kita sampaikan kepada orang lain.

Jangan kita simpan ilmu yang kita belajar itu untuk diri kita sendiri sahaja, tapi kena sampaikan kepada orang lain. Jangan kita buat alasan kata tidak boleh mengajar dan berdakwah kepada manusia untuk memahami wahyu Allah. Kalau kita boleh bercakap, kira dah bolehlah sampaikan kepada manusia kerana modal kita adalah bercakap sahaja. Dan Allah dah beri kelebihan bercakap itu kepada kita dah. Kalau perkara lain kita boleh cakap, takkan tentang agama Allah ini kita tidak boleh beritahu. Sembang tentang politik, tentang tempat makan, tentang tempat perlancongan boleh, takkan tentang Allah dan wahyuNya kita tak boleh nak cakap dan sampaikan?

Dan kalau memang tak boleh juga, masih rasa tak mampu juga, maka kena ajak mereka datang mengaji sekali dengan kita di tempat kita belajar, itu paling kurang yang kita boleh lakukan. Maknanya, kita masih menunjuk kepada ajaran yang baik. Mereka yang boleh beginilah yang boleh menjadi umat yang selamat.

 

وَبِهِ يَعدِلونَ

dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Dan dengan kebenaran itulah juga mereka buat keputusan dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka berhukum dengan menggunakan wahyu dari Allah. Dalam segenap kehidupan mereka – samada secara peribadi atau dalam masyarakat. Mereka baca dan belajar apakah hukum Allah dalam setiap perkara, maka mereka amalkan. Kalau kita sebagai individu yang tidak ada kuasa pemerintahan, maka gunakan hukum untuk diri kita sahaja. Jangan pula kita memandai nak amalkan ayat yang ditujukan kepada pemerintah pula – kalau kita tangkap orang mencuri, jangan kita potong pula tangan orang itu! Serahkan kepada pemerintah.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut ini. Seperti yang disebut di dalam kitab Sahihain disebutkan dari Mu’awiyah ibnu Abu Sufyan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ -وَفِي رِوَايَةٍ -: حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ -وَفِي رِوَايَةٍ -: وَهُمْ بِالشَّامِ”

Senantiasa masih ada segolongan dari kalangan umatku yang membela kebenaran, tidak membahayakan mereka adanya orang-orang yang menghina mereka, tidak pula orang-orang yang menentang mereka hingga hari kiamat terjadi. Menurut riwayat lain disebutkan dengan lafaz berikut: hingga datang perintah Allah (hari kiamat), sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian(membela kebenaran), Sedangkan menurut riwayat lainnya lagi disebutkan: sedangkan mereka berada di negeri Syam.


 

Ayat 182: Takhwif Duniawi. Tentang ‘istidraj’.

وَالَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا سَنَستَدرِجُهُم مِن حَيثُ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who deny Our signs – We will progressively lead them [to destruction]¹ from where they do not know.

  • Allāh will test them with one favor after another in spite of their disobedience, which only increases them in arrogance and sin.

MALAY

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

 

وَالَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,

Mereka yang mendustakan dan tidak menerima wahyu Allah dan juga mereka yang menghalang manusia dari kebenaran. Allah tahu siapa yang buat begitu. Antaranya, mereka yang sibuk dengan kehidupan mereka sampai lupakan akhirat. Mereka sibuk dengan perkara yang tidak patut mereka sibuk sangat. Mereka sibuk sampai melalaikan mereka dari membuat persediaan kepada akhirat.

Mereka sibuk bersiap dan memantapkan kehidupan keduniaan mereka kerana mereka sangka kehidupan mereka yang boleh menyelesaikan masalah mereka, sedangkan Allah lah yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, ada mereka yang kata, kalau tak sibuk bekerja, macam mana nak hidup? Oleh kerana mereka berfahaman begitu, maka tumpuan mereka lebih kepada dunia sahaja sampai kurang mendekati Allah. Sedangkan Allah yang memberi kehidupan kepada mereka. Dan kalau mereka ada masalah, Allah boleh selesaikan masalah mereka.

Mereka sendiri tidak belajar agama dan mereka pun nampak orang yang tidak belajar agama pun tidak ada masalah, malah senang sahaja hidup mereka malah lebih lagi dari orang agama. Orang yang tidak belajar agama, tidak tahu menahu tentang agama, nampaknya mereka yang selalu lebih senang kehidupan keduniaan mereka dari mereka yang belajar, bukan? Maka mereka tidak nampak keperluan kepada agama kerana yang mereka mahukan adalah kesenangan dunia sahaja. Malangnya, inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat. mereka tidak dekati pembelajaran tafsir Quran dan kerana itu tidak tahu yang akidah mereka telah salah. Sedangkan kalau nak perbetul akidah kena belajar dan faham tafsir Quran.

Kalau tidak dibuka hati kepada agama dan wahyu, mereka akan buat keputusan yang kalau sudah ada kehidupan yang senang di dunia, sudah memadai. Oleh itu, maksud ‘mendustakan’ juga bermaksud tidak terima ayat wahyu dengan tidak kisah untuk belajar. Mereka dari mula lagi tidak terima kepentingan belajar wahyu Allah. Oleh itu, dari mula lagi tidak mahu belajar. Mereka tidak ada keinginan untuk tahu. Oleh itu, kita boleh lihat entah berapa ramai manusia yang tidak tahu tentang tafsir Quran. Oleh kerana itu, mereka jahil tentang agama macam golongan Nasara. Mereka bukannya tolak, tapi buat tak endah. Kerana kalau tolak wahyu, itu lagi teruk.

Ingatlah, kalau kita pegang amalan yang salah, maknanya kita dah tolak amalan yang benar. Malangnya, ramai yang dustakan amalan yang benar, tanpa kita ketahui.

 

سَنَستَدرِجُهُم مِن حَيثُ لا يَعلَمونَ

Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

Mereka yang menolak wahyu dari Allah itu, akan ditarik oleh Allah ke neraka dengan cara yang mereka tidak tahu. Sedar-sedar dah mati dan sudah di akhirat. Inilah mereka yang dapat kenikmatan dunia untuk azab di akhirat – ini dinamakan ‘istidraj’. Mereka ditarik ke arah dengan tanpa sedar. Kehidupan mereka amat senang sampai mereka jadi lalai dan tidak memikirkan tentang akhirat. Mereka telah dilimpahkan dengan segala nikmat sampai mereka lupa akhirat. Tapi bukanlah salah kalau dapat nikmat dunia itu, asalkan akidah benar. Tapi kalau Allah mengenakan istidraj kepada seseorang, dia langsung tidak sedar bahawa dia sedang ditarik.

Perkataan istidraj disebut beberapa kali dalam Quran. Ia diambil dari lafaz درج yang bermaksud ‘tahap’ sedikit demi sedikit. Mereka yang dikenakan dengan istidraj itu akan bertambah dosa mereka dari masa ke semasa. Allah tambahkan kesenangan hidup mereka di dunia walaupun mereka buat dosa – oleh itu mereka tidak rasa mereka ada buat salah. Kesenangan yang mereka dapat itu adalah ‘istidraj’. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

{فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ * فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka. Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (Al-An’am: 44-45)


 

Ayat 183:

وَأُملي لَهُم ۚ إِنَّ كَيدي مَتينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I will give them time. Indeed, My plan is firm.

MALAY

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

 

وَأُملي لَهُم

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka;

Allah akan beri tempoh kepada mereka dengan diberikan segala kesenangan. Sampaikan mereka tertipu. Ianya seumpama seekor anjing yang dilonggarkan tali yang mengikat lehernya, sampai dia rasa dia sudah lepas, tapi tidak sebenarnya. Jadi jangan pandang tinggi kepada orang yang nampak hidupnya senang tapi tidak menjaga agamanya, kerana mungkin mereka itu adalah istidraj.

 

إِنَّ كَيدي مَتينٌ

sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

Sesungguhnya perangkap yang Allah kenakan sangat kukuh. Kalau dah termasuk dalam perangkap, tak boleh keluar dah. Oleh itu, berhati-hatilah supaya jangan kita terperangkap dengan istidraj sampai lupa untuk buat persiapan akhirat. Jangan kita rasa hidup kita senang, kita sangka kita sudah selamat. Kena luangkan masa untuk persediaan akhirat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s