Tafsir Surah al-A’raf Ayat 175 – 178 (Jangan jadi macam anjing)

Ayat 175: Ramai manusia yang menyeleweng dari kebenaran kerana diri dia sendiri yang mengabaikan peluang yang Allah sudah beri. Allah sudah beri akal kepada kita, selain dari fitrah kejadian kita yang kenal Allah. Sepatutnya dengan dua perkara itu, manusia akan senang untuk beriman. Tapi mereka yang terus jadi kafir adalah kerana mereka terus ikut sahaja fahaman tok nenek mereka yang sesat, dan mereka juga tidak berusaha untuk mencari kebenaran. Kita sebagai manusia kena selalu tanya diri sendiri samada kita terdalam golongan yang berada dalam kebenaran atau tidak? Jangan kita terus sangka yang fahaman yang kita pegang selama ini dan yang dipegang oleh tok nenek kita itu semestinya benar belaka.

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الَّذي آتَيناهُ آياتِنا فَانسَلَخَ مِنها فَأَتبَعَهُ الشَّيطانُ فَكانَ مِنَ الغاوينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And recite to them, [O Muḥammad], the news of him¹ to whom We gave [knowledge of] Our signs, but he detached himself from them; so Satan pursued him, and he became of the deviators.²

  • A man from the Children of Israel at the time of Moses.
  • Those who deliberately persist in error to the point of destruction.

MALAY

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat.

 

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الَّذي آتَيناهُ آياتِنا

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar seorang lelaki yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami.

Ini adalah cerita tentang seorang lelaki yang bernama Bal’ah atau Barsisah. Beliau adalah seorang yang mengaji kitab Taurat tapi dalam masa yang sama, dia berminat kepada keindahan dunia. Dia terlalu sayangkan dunia sampai sanggup buat perkara yang utamakan dunia berbanding dengan akhirat. Beliau bukan seorang Nabi, tapi dia pengikut Nabi Musa. Allah kata Dia lah yang mengajar dan memberi ilmu itu kepada orang itu – maknanya setiap ilmu yang manusia ada adalah dari Allah.

Abdur Razzaq telah meriwayatkan dari Sufyan As-Sauri, dari Al-A’masy dan Mansur, dari Abud Duha, dari Masruq, dari Abdullah ibnu Mas’ud r .a. sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al­-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu. (Al-A’raf: 175), hingga akhir ayat. Dia adalah seorang lelaki dari kalangan Bani Israil, dikenal dengan nama panggilan Bal’am ibnu Ba’ura.
Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Syu’bah dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang, dari Mansur, dengan sanad yang sama.
Sa’id ibnu Abu Arubah mengatakan dari Qatadah, dari Ibnu Abbas, bahwa telaki tersebut bernama Saifi ibnur Rahib. Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa dia adalah seorang lelaki dari kalangan penduduk negeri Yaman, dikenal dengan nama Bal’am; ia dianugerahi pengetahuan tentang isi Al-Kitab, tetapi ia meninggalkannya. Nama yang sebenar tidak penting kerana Allah pun tidak beritahu dalam Quran.

Abdur Rahman ibnu Zaid ibnu Aslam dan lain-lainnya dari kalangan ulama Salaf mengatakan bahawa doa lelaki tersebut mustajab; tidak sekali-kali ia memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah mem­berikan kepadanya apa yang dimintanya itu.

 

فَانسَلَخَ مِنها فَأَتبَعَهُ الشَّيطانُ

Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan

Tapi setelah belajar ilmu dari al-Kitab, dia telah murtad dari menghayati ayat-ayat Allah. Dia tidak ikut apa yang diajar dalam Kitab Taurat itu tentang akidah. Dia keluar terus kerana dia minat kepada syirik. Lafaz فَانسَلَخَ selalunya digunakan apabila ular bersalin kulit, sebagai isyarat dia menukar dirinya. Menukar dari baik kepada buruk.

 

فَأَتبَعَهُ الشَّيطانُ

lalu ia diikuti oleh Syaitan

Oleh kerana dia sudah bersifat begitu, maka syaitan telah mengambil kesempatan ikut dia supaya tidak kembali kepada wahyu Allah. Syaitan ekori dia ke mana sahaja dia pergi dan syaitan terus sesatkan dia dari jalan yang benar. Syaitan itu akan melekat dan menjadi qarin baginya seperti yang disebut macam ayat Zukhruf:36 – jikalau manusia tidak endah tentang wahyu, syaitan akan jadi qarin dia yang akan ikut dia ke mana sahaja dia pergi. Oleh kerana dia tinggalkan perkara yang penting, maka itu memberi peluang kepada syaitan untuk melekat dengan dia. Sepatutnya dia melekat dengan wahyu, tapi kalau tinggalkan, yang datang adalah syaitan.

 

فَكانَ مِنَ الغاوينَ

maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat.

Maka, oleh kerana Barsisah ini meninggalkan ajaran dari wahyu, maka dia telah sesat tidak boleh kembali kepada ajaran yang benar. Begitulah kita kalau kita tinggalkan ajaran dari Quran ini. Untuk berpegang dengan ajaran Quran ini, maka kenalah belajar apakah yang disampaikan di dalamnya. Tidak boleh tidak, kena juga belajar tafsir. Kerana kalau baca sendiri, baca terjemah, tidak akan faham.


 

Ayat 176:

وَلَو شِئنا لَرَفَعناهُ بِها وَلٰكِنَّهُ أَخلَدَ إِلَى الأَرضِ وَاتَّبَعَ هَواهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الكَلبِ إِن تَحمِل عَلَيهِ يَلهَث أَو تَترُكهُ يَلهَث ۚ ذٰلِكَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا ۚ فَاقصُصِ القَصَصَ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if We had willed, We could have elevated him thereby¹, but he adhered [instead] to the earth² and followed his own desire. So his example is like that of the dog: if you chase him, he pants, or if you leave him, he [still] pants. That is the example of the people who denied Our signs.³ So relate the stories that perhaps they will give thought.

  • i.e., through the revelations, signs or evidences of which he had been given knowledge.
  • i.e., its worldly pleasures.
  • Whether or not they have been exposed to Allāh’s signs or warnings, it is all the same: they will not believe.

MALAY

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

 

وَلَو شِئنا لَرَفَعناهُ بِها

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. 

Allah boleh sahaja angkat darjat dia di dunia dan di akhirat, kalau dia ikhtiar untuk ikut segala yang disampaikan dalam wahyu itu.

 

وَلٰكِنَّهُ أَخلَدَ إِلَى الأَرضِ وَاتَّبَعَ هَواهُ

Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya;

Dia sudah ada ilmu Kitab, akan tetapi dia memilih kehidupan dan kesenangan dunia. Dia kalah dengan kehendak nafsu dia.

Ketahuilah, kita ini ada jasad dan ada roh. Keduanya ada keperluan, ada makanan untuk menguatkannya. Kalau tubuh kita tidak makan makanan dunia, maka tubuh kita akan lemah dan boleh mati; roh juga memerlukan makanan tapi makanannya bukan datang dari dunia. Makanannya datang dari Allah dan diberikan melalaui ayat-ayat wahyuNya. Jadi, kena ada kesimbangan antara keduanya. Kalau kita beri makan kepada jasad sahaja, maka roh akan lemah dan kehendak tubuh itu (nafsu) akan mengalahkan orang itu.

Barsisah itu tahu bagaimana memberi makan kepada rohnya itu. Tapi dia kalah kepada kehendak nafsu dia dan kekufuran telah mengambil alih dirinya.

 

فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الكَلبِ

maka bandingannya adalah seperti anjing,

Dia telah menjadi lebih teruk dari binatang lagi kerana binatang tidak ada roh pun asalnya; tapi manusia ada roh, dan dia telah gagal menjaga rohnya. Lihatlah bagaimana Allah menggunakan anjing sebagai contoh.

 

إِن تَحمِل عَلَيهِ يَلهَث أَو تَترُكهُ يَلهَث

jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. 

Mereka itu Allah ibaratkan hina macam anjing. Iaitu mereka yang telah belajar al-kitab tapi tinggalkan al-kitab kerana mementingkan kepada dunia. Apakah persamaan mereka dengan anjing? Kerana kalau kita halau anjing itu, dia akan mengeluarkan lidah. Dan kalau biarkan pun, dia akan keluar lidah juga. Ianya adalah isyarat kepada seorang yang tidak pernah kenyang dan hilang dahaga. Anjing itu tidak dapat memasukkan lidahnya ke dalam mulutnya kerana ia sentiasa mahu kepada makanan dari dunia, tidak pernah cukup. Dia macam ketagih. Ketagih dengan dunia.

Demikian pula keadaan Bal’am, dia tidak memanfaatkan pelajaran dan doanya buat keimanan; perihalnya sama dengan orang yang tidak memilikinya.

 

ذٰلِكَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا

Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.

‘Mendustakan’ itu bermakna ‘tidak beriman’. Begitulah bandingan untuk mereka yang tidak beriman kepada wahyu dari Allah. Mereka itu macam anjing sahaja, hanya mahu kepada keindahan dan nikmat dunia sahaja.

 

فَاقصُصِ القَصَصَ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Maka sampaikan kisah tentang Barsisah ini kepada manusia supaya manusia boleh berfikir. Supaya manusia jangan terjerumus di dalam penipuan dunia dan syaitan. Semua kisah-kisah dalam Quran itu ada pengajarannya. Pelajarilah kisah-kisah itu dan ambil pengajaran darinya.


 

Ayat 177:

ساءَ مَثَلًا القَومُ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا وَأَنفُسَهُم كانوا يَظلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

How evil an example [is that of] the people who denied Our signs and used to wrong themselves.

MALAY

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

 

ساءَ مَثَلًا القَومُ الَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,

Amat buruk sungguh kaum yang mendustakan ayat. Mereka akan buat perkara yang teruk sekali. Oleh kerana mereka tidak beriman, maka tindakan mereka tidak dikawal oleh iman, tapi dikawal oleh nafsu. Dan nafsu itu boleh buat perkara yang amat buruk sekali.

 

وَأَنفُسَهُم كانوا يَظلِمونَ

dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Oleh itu, apabila mereka tidak beriman dengan tauhid, maka mereka telah menzalimi Allah. Dan apabila menzalimi Allah, nasib mereka di akhirat kelak tidak akan selamat. Maka, mereka itu yang menzalimi diri mereka sendiri – mereka yang buat sendiri, bukan orang lain.


 

Ayat 178: Ini adalah targhib untuk Dakwa yang pertama: kena berani menyampaikan ajaran tauhid. Apa sahaja keadaan dalam membuat keputusan sebar wahyu, kena berani tempuh segala rintangan.

مَن يَهدِ اللَّهُ فَهُوَ المُهتَدي ۖ وَمَن يُضلِل فَأُولٰئِكَ هُمُ الخاسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever Allāh guides – he is the [rightly] guided; and whoever He sends astray1 – it is those who are the losers.

  • As a result of persistence in evil and rejection of truth.

MALAY

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

 

مَن يَهدِ اللَّهُ فَهُوَ المُهتَدي

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia lah yang beroleh petunjuk; 

Kalau kita dulu pernah buat syirik, banyak buat dosa, buat bidaah dan berbagai kesalahan lagi, itu semua dalam lipatan sejarah. Tinggalkan segala kesalahan itu dan bula buat perkara yang baik. Beruntunglah mereka yang mendapat petunjuk dari Allah. Mereka yang mendapat petunjuk itu adalah kerana mereka hendakkan kebenaran, maka Allah bawa mereka kepada kebenaran.

Mereka yang sudah mendapat hidayah itu, walau susah macam mana pun, mereka akan ikut kebenaran dan akan sampaikan. Mereka tidak takut dengan halangan dari orang, kata-kata kutukan dari orang dan sebagainya. Ini kerana dia terpimpin dan mendapat pimpinan dari Allah.

 

وَمَن يُضلِل فَأُولٰئِكَ هُمُ الخاسِرونَ

dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Ada yang disesatkan oleh Allah. Bukanlah Allah sengaja nak sesatkan mereka, tapi kerana mereka yang tidak mahu kebenaran. Mereka tidak mahu dengar apa yang benar. Oleh kerana banyak kali mereka dah menentang, maka Allah tutup hati mereka dari menerima hidayah. Maka amatlah rugi mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s