Tafsir Surah al-A’raf Ayat 168 – 170 (ulama ambil rasuah)

Ayat 168:

وَقَطَّعناهُم فِي الأَرضِ أُمَمًا ۖ مِنهُمُ الصّالِحونَ وَمِنهُم دونَ ذٰلِكَ ۖ وَبَلَوناهُم بِالحَسَناتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We divided them throughout the earth into nations. Of them some were righteous, and of them some were otherwise. And We tested them with good [times] and bad that perhaps they would return [to obedience].

MALAY

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

 

وَقَطَّعناهُم فِي الأَرضِ أُمَمًا

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak dunia ini.

Kita boleh lihat bagaimana golongan Yahudi dahulu sesama sendiri pun banyak puak. Dan sampai sekarang pun sampai hujung zaman. Mereka terpecah di berbagai-bagai tempat di merata-rata tempat. Bukan sahaja fizikal mereka berpecah, tapi begitu juga mereka mempunyai berbagai-bagai fahaman. Nanti apabila hampir kiamat, Allah akan satukan mereka dan merekalah nanti yang akan berperang dengan Imam Mahdi. Maknanya, waktu itu mereka akan bersatu tapi mereka bersatu dengan Dajjal Laknatullah. Nanti mereka bersatu di bawah pimpinan Dajjal yang akan mengarahkan mereka kepada kesesatan dan keburukan. Tetapi sebelum itu mereka memang berpecah belah dari segi fahaman dan tempat tinggal mereka. Mereka tidak lagi menjadi satu umat lagi.

 

مِنهُمُ الصّالِحونَ وَمِنهُم دونَ ذٰلِكَ

Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. 

Tetapi kita kena ingat, kita tidak boleh pukul rata terhadap mereka, kerana ada antara mereka yang masuk Islam dan jadi orang soleh. Yang kita lawan bukanlah keturunan mereka, tapi sifat mereka itu. Sampai sekarang pun, ada orang yang asalnya Yahudi, tapi kemudian telah masuk Islam dan menjadi muslim yang baik. Tapi itu adalah bilangan yang kecil.

 

وَبَلَوناهُم بِالحَسَناتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

Dan Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

Dan Allah uji mereka dengan berbagai ujian dunia, ada yang kaya raya dan ada yang jatuh sakit dan miskin. Ini sepertimana Allah uji makhluk Dia yang lain. Diberikan dengan ujian itu, mudah-mudahan mereka bersabar dan kembali kepada Allah. Pintu taubat kepada mereka masih terbuka selagi mereka belum mati.


 

Ayat 169:

فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ وَرِثُوا الكِتابَ يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ وَيَقولونَ سَيُغفَرُ لَنا وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ ۚ أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم ميثاقُ الكِتابِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ وَدَرَسوا ما فيهِ ۗ وَالدّارُ الآخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ ۗ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there followed them successors who inherited the Scripture [while] taking the commodities¹ of this lower life and saying, “It will be forgiven for us.” And if an offer like it² comes to them, they will [again] take it. Was not the covenant of the Scripture [i.e., the Torah] taken from them that they would not say about Allāh except the truth, and they studied what was in it? And the home of the Hereafter is better for those who fear Allāh, so will you not use reason?

  • i.e., unlawful gains and pleasures.
  • i.e., a similar temptation.

MALAY

Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami” Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?

 

فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ وَرِثُوا الكِتابَ

Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). 

Mereka diganti dengan generasi yang tidak bersyukur dan tidak ikut cara hidup yang baik. Kalau lafaz خَلفٌ (khalfun) yang digunakan, ia merujuk untuk golongan yang derhaka. kalau untuk golongan yang taat, yang digunakan adalah lafaz خَلَفٌ (khalafun). Yang berbeza adalah samada digunakan ‘lam sukun’ atau tidak. Itulah satu keindahan bahasa Arab, ubah kedudukan tanda pun sudah membawa maksud yang berbeza.

 

يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ

Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini

Mereka memang dikatakan beragama, kerana mereka mewarisi Kitab Taurat. Tetapi ianya tidak berguna kerana mereka telah mengubah agama kepada satu industri untuk menguntungkan mereka. Para agamawan mereka bercakaran antara satu sama lain. Mereka menjual sokongan dan fatwa mereka untuk mendapat keuntungan. Mereka mementingkan keduniaan dengan menolak akhirat. Mereka sanggup tukar fatwa agama, asalkan boleh buat untung. Inilah yang dimaksudkan ‘menjual agama’. Jadi, kalau orang Islam pun macam itu juga, maka mereka pun dikira menjual agama juga. Perangai macam orang Yahudi juga, kena kutuk dengan Allah juga. Ada pemuka agama, yang menjadi penasihat kepada pemerintah untuk menghalalkan tindakan pemerintah. Mereka sanggup beri pendapat yang berlawanan dengan agama asalkan kedudukan mereka dimata pemerintah selamat. Nauzubillahi min dzaalik.

Oleh itu, mereka dapat kitab Taurat dari tok nenek mereka, tapi kitab sahaja yang mereka ambil tapi amalan tidak. Maknanya, walaupun mereka ada kitab, tapi mereka tidak ikut pun. Bagaimana dengan kita yang telah mewarisi Quran, tapi tidak menggunakannya? Apakah tidak sama dengan puak Yahudi itu? Ada Quran, tapi tak pakai, tidak faham. Sama sahaja lah. Dalil mereka tak ikut adalah, mereka cuba ambil habuan dunia ini dengan cara ajar kepada orang lain perkara yang tidak ada dalam kitab.

 

وَيَقولونَ سَيُغفَرُ لَنا

sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami”

Mereka tahu ianya salah, tapi mereka kata ianya bukan dosa besar, dosa kecil sahaja. Mereka sangka, lambat laun Allah akan ampun dosa mereka. Sedangkan menukar syariat dari yang sepatutnya adalah dosa besar yang dikenali sebagai suhtun, malah ianya lebih besar dari dosa riba.

 

وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ

Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi.

Mereka sangka mereka buat dosa yang kecil sahaja dan akan diampunkan, dan jika datang lagi peluang untuk mendapatkan habuan dunia lain seperti itu, mereka ambil lagi. Maknanya, mereka tidak berhenti. Tapi masih dalam hati mereka, mereka sangka Allah akan ampunkan dosa mereka. Mereka sampai dah jadikan itu sebagai sumber pendapatan mereka.

Mungkin mereka telah sedar mereka buat salah, dan mereka minta ampun. Tapi bila peluang datang lagi untuk buat untung lagi, mereka ambil peluang itu lagi. Maknanya, bila mereka minta ampun, mereka tidak bersungguh-sungguh. Masih ada kelumit kesesatan dalam diri mereka.

As-Saddi telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat). (Al-A’raf: 169) sampai dengan firman-Nya: padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya (Al-A’raf: 169) Bahwa dahulu orang-orang Bani Israil tidak sekali-kali meminta peradilan dari seorang hakim melainkan main suap dalam keputusan hukumnya. Dan sesungguhnya orang-orang terkemuka mereka meng­adakan pertemuan, lalu mengadakan kesepakatan di antara sesama mereka yang mereka tuangkan ke dalam suatu perjanjian, bahwa mereka tidak akan melakukan hal itu lagi dan tidak akan melakukan penyuapan. Kemudian ada seorang lelaki dari kalangan mereka yang tetap melakukan suap dalam perkaranya. Ketika ditanyakan kepadanya, “Mengapa engkau masih tetap memakai suap dalam hukum?” Ia menjawab bahwa Allah akan memberikan ampunan kepadanya. Maka semua orang dari kalangan Bani Israil mencela perbuatan yang telah dilakukannya itu. Tetapi apabila dia mati atau dipecat, maka kedudukan­nya diganti oleh orang yang tadinya termasuk orang-orang yang mencelanya. Tetapi pada akhirnya si pengganti ini pun melakukan suap pula. Karena itulah dalam ayat ini disebutkan, “Apabila datang kepada yang lainnya harta benda duniawi, maka mereka mengambilnya juga.”

 

أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم ميثاقُ الكِتابِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ

Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar?

Dedangkan tidakkah mereka telah ambil perjanjjian dengan Allah, jangan sekali-kali mereka mengatakan sesuatu tentang agama Allah melainkan yang benar sahaja? Jadi kenapa mereka berani mengatakan perkara yang tidak benar? Tidakkah mereka sedar yang mereka sedang bercanggah dengan perjanjian mereka itu?

 

وَدَرَسوا ما فيهِ

Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya?

Dan mereka belajar pun isi kandungan dalam Taurat itu. Maknanya, mereka bukannya orang yang tidak tahu tanggungjawab mereka kerana mereka telah belajar dalam Taurat itu apa yang mereka perlu lakukan. Maknanya, mereka ini bukan orang jahil, tapi degil sahaja.

Jadi, ayat ini ditujukan kepada para ulama. Iaitu mereka yang ada ilmu, yang menjadi rujukan masyarakat. Ulama Yahudi telah menyalahgunakan ilmu yang mereka ada untuk kepentingan keduniaan mereka. Mereka ambil keuntungan dari apa yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka hanya sampaikan apa yang masyarakat mahu dengar. Mereka sanggup katakan sesuatu yang tidak benar dalam agama, asalkan masyarakat suka dengan apa yang mereka cakap. Kerana apabila masyarakat suka, mereka akan bayar upah kepada golongan ulama ini.

Jadi, kalau ulama kita pun berperangai macam ini, maka ayat ini pun kena tepat kepada mereka. Jangan kita salah faham dengan mengatakan ayat ini hanya memperkatakan tentang ulam Yahudi sahaja kerana mereka itu dijadikan sebagai contoh apakah kesalahan yang kita kena elak. Kita kena ambil pengajaran dari pengalaman mereka.

 

وَالدّارُ الآخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ

Dan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sudahkah mereka lupa bahawa syurga itu lebih baik dari segenap segi? Mereka sepatutnya tahu tapi mereka lupa yang ianya adalah bagi orang yang dapat jaga hukum Allah sahaja.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Tidakkah kamu mahu mengerti?

Ini adalah tempelak dari Allah: benda mudah macam ini pun kamu tak boleh faham?


 

Ayat 170: Ayat tabshir.

وَالَّذينَ يُمَسِّكونَ بِالكِتابِ وَأَقامُوا الصَّلاةَ إِنّا لا نُضيعُ أَجرَ المُصلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who hold fast to the Book [i.e., the Qur’ān] and establish prayer – indeed, We will not allow to be lost the reward of the reformers.

MALAY

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

 

وَالَّذينَ يُمَسِّكونَ بِالكِتابِ

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah

Ayat ini untuk golongan ahli kitab yang ikut ajaran yang ada dalam kitab itu. Mereka mengikut sungguh-sungguh apa yang disebut dan mereka terima semuanya. Mereka buat segala yang patut diikuti.

 

وَأَقامُوا الصَّلاةَ

serta mendirikan sembahyang, 

Ini adalah isyarat mereka yang jaga syariat. Mereka yang jaga syariat akan jaga ibadat mereka.

 

إِنّا لا نُضيعُ أَجرَ المُصلِحينَ

sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki 

Allah tidak hampakan mereka yang baiki keadaan mereka dari seorang yang kufur kepada menjadi seorang yang taat. Mereka juga bukan sahaja memperbaiki keadaan peribadi mereka, tapi mereka juga memperbaiki masyarakat. Mereka melakukan islah (pembaikan) dalam masyarakat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s