Tafsir Surah al-A’raf Ayat 156 – 157 (Kisah Nabi dalam Taurat dan Injil)

Ayat 156: Ini adalah sambungan doa Nabi Musa a.s. selepas 70 orang lelaki dari kaumnya dimatikan oleh Allah di bukti Thur kerana meminta untuk melihat Allah.

۞ وَاكتُب لَنا في هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنّا هُدنا إِلَيكَ ۚ قالَ عَذابي أُصيبُ بِهِ مَن أَشاءُ ۖ وَرَحمَتي وَسِعَت كُلَّ شَيءٍ ۚ فَسَأَكتُبُها لِلَّذينَ يَتَّقونَ وَيُؤتونَ الزَّكاةَ وَالَّذينَ هُم بِآياتِنا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And decree for us in this world [that which is] good and [also] in the Hereafter; indeed, we have turned back to You.” [Allāh] said, “My punishment – I afflict with it whom I will, but My mercy encompasses all things.” So I will decree it [especially] for those who fear Me and give zakāh and those who believe in Our verses –

MALAY

“Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

 

وَاكتُب لَنا في هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةً

“Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini 

Doa Nabi Musa: tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia.

Apakah kebaikan di dunia itu? Adakah harta yang banyak dan anak pinak yang ramai? Bukan, tapi kebaikan di dunia adalah tidak meninggalkan ajaran agama.

 

وَفِي الآخِرَةِ

dan juga di akhirat,

Dan tentunya kita kena minta kebaikan di akhirat. Ini amat penting sekali. Jangan minta hal dunia dan kebaikan di dunia sahaja, tapi melupakan nasib kita di akhirat.

 

إِنّا هُدنا إِلَيكَ

sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”.

Ini adalah penutup doa Nabi Musa: kami semua kembali bertaubat, dan ikhlas kepada Engkau.

Lafaz هُدنا dari katadasar هود yang bermaksud kembali kepada sesuatu dan mencintainya. Dari lafaz ini jugalah datangnya lafaz ‘Yahudi’.

 

قالَ عَذابي أُصيبُ بِهِ مَن أَشاءُ

Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki,

Allah jawap yang Dia boleh kenakan azabNya kepada sesiapa sahaja. Kerana Dia Tuhan, Dia boleh buat apa-apa sahaja. Ini kita kena terima yang kalau Allah nak kena apa-apa sahaja kepada kita, Allah boleh lakukan dan Allah tidak zalim kalau Dia melakukannya.

Maksudnya, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, dan Dia putuskan apa pun yang Dia sukai, kerana hikmah dan keadilan dalam semuanya itu adalah milik-Nya semata-mata. Tidak ada Tuhan selain Dia. Kita mungkin tidak faham dengan apa yang dilakukan oleh Allah, maka kita kena tawakal sahaja.

 

وَرَحمَتي وَسِعَت كُلَّ شَيءٍ

dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; 

Walaupun Allah boleh kenakan azab kepada sesiapa sahaja, tapi rahmatNya amat luas, meluputi segala sesuatu, maknanya rahmatNya lagi luas dari kemurkaanNya. Oleh itu, sesiapa yang kembali cepat-cepat kepada Allah, mereka akan mendapat rahmat yang lebih luas.

 

فَسَأَكتُبُها لِلَّذينَ يَتَّقونَ

maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa,

RahmatNya yang luas itu Dia berikan kepada semua orang, tapi rahmat yang khas Dia tetapkan kepada mereka yang taqwa, iaitu mereka yang taat dan jaga hukum Allah. Mereka sedar bahawa Allah sentiasa melihat mereka.

 

وَيُؤتونَ الزَّكاةَ

dan yang memberi zakat,

Dan satu lagi syarat untuk mendapat rahmat khas Allah adalah dengan menunaikan zakat.

Menurut suatu pendapat, makna yang dimaksud ialah zakat diri (membersihkan diri dari sifat-sifat buruk); sedangkan menurut pendapat lain, ianya adalah tentang zakat harta benda. Tetapi barangkali makna yang dimaksud bersifat umum, mencakup kedua-dua zakat tersebut, mengingatkan yang ayat ini adalah ayat Makkiyyah.

 

وَالَّذينَ هُم بِآياتِنا يُؤمِنونَ

serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

Dan syarat ketiga yang disebut dalam ayat ini: percaya kepada ayat-ayat Allah. Apabila percaya, maka kenalah belajar dan amalkan. Bukanlah setakat percaya sahaja, tapi tak faham apa yang Allah sebut dalam wahyuNya.

Mereka yang boleh melakukan ketiga-tiga perkara ini akan diberikan dengan rahmat khas dari Allah. Rahmat yang khas kepada mereka yang khas. Tapi ada lagi syarat-syarat dalam ayat seterusnya:


 

Ayat 157:

الَّذينَ يَتَّبِعونَ الرَّسولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذي يَجِدونَهُ مَكتوبًا عِندَهُم فِي التَّوراةِ وَالإِنجيلِ يَأمُرُهُم بِالمَعروفِ وَيَنهاهُم عَنِ المُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّباتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيهِمُ الخَبائِثَ وَيَضَعُ عَنهُم إِصرَهُم وَالأَغلالَ الَّتي كانَت عَلَيهِم ۚ فَالَّذينَ آمَنوا بِهِ وَعَزَّروهُ وَنَصَروهُ وَاتَّبَعُوا النّورَ الَّذي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who follow the Messenger, the unlettered prophet, whom they find written [i.e., mentioned] in what they have of the Torah and the Gospel, who enjoins upon them what is right and forbids them what is wrong and makes lawful for them the good things and prohibits for them the evil and relieves them of their burden¹ and the shackles which were upon them.² So they who have believed in him, honored him, supported him and followed the light which was sent down with him – it is those who will be the successful.

  • Difficulties in religious practice.
  • i.e., extreme measures previously required for repentance, and retribution without recourse to compensation.

MALAY

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

 

الَّذينَ يَتَّبِعونَ الرَّسولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi,

Rahmat yang khas itu bukan orang yang ikut Nabi Musa sahaja yang akan dapat. Ia juga akan diberikan kepada orang yang ikut Rasul akhir zaman – Nabi Muhammad. Lafaz ‘ummi’ selalunya diterjemahkan: ‘tidak pandai menulis dan membaca’. Itu adalah satu pendapat. Tapi ada lagi pendapat yang lain yang boleh dibaca di sini.

 

الَّذي يَجِدونَهُ مَكتوبًا عِندَهُم فِي التَّوراةِ وَالإِنجيلِ

yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. 

Sudah tertulis pun tentang Nabi ini dalam kitab Taurat dan Injil. Ahli ilmu dari kalangan Yahudi dan Nasara sudah tahu lama dah sifat Nabi Muhammad. Sebab itu apabila Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, mereka sudah kenal. Cuma apabila kebanyakan dari mereka tolak, ianya adalah atas sebab-sebab lain, bukanlah kerana mereka tidak kenal Nabi. Memang ada dalam kitab mereka seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ الجُرَيري، عَنْ أَبِي صَخْرٍ الْعُقَيْلِيِّ، حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنَ الْأَعْرَابِ، قَالَ: جَلَبْتُ جَلُوبَةً إِلَى الْمَدِينَةِ فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنْ بَيْعَتِي قُلْتُ: لَأَلْقِيَنَّ هَذَا الرَّجُلَ فَلْأَسْمَعَنَّ مِنْهُ، قَالَ: فَتَلَقَّانِي بَيْنَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ يَمْشُونَ، فَتَبِعْتُهُمْ فِي أَقْفَائِهِمْ حَتَّى أَتَوْا عَلَى رَجُلٍ مِنَ الْيَهُودِ نَاشِرًا التَّوْرَاةَ يَقْرَؤُهَا، يُعَزِّي بِهَا نَفْسَهُ عَنِ ابْنٍ لَهُ فِي الْمَوْتِ كَأَحْسَنِ الْفِتْيَانِ وَأَجْمَلِهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَنْشُدُكَ بِالَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ، هَلْ تَجِدُ فِي كِتَابِكَ هَذَا صِفَتِي وَمَخْرَجِي؟ ” فَقَالَ بِرَأْسِهِ هَكَذَا، أَيْ: لَا. فَقَالَ ابْنُهُ، إِي: وَالَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ إِنَّا لِنَجِدُ فِي كِتَابِنَا صِفَتَكَ ومَخرجك، وَإِنِّي أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ: “أَقِيمُوا الْيَهُودِيَّ عَنْ أَخِيكُمْ”. ثُمَّ وَلِيَ كَفَنَهُ (6) وَالصَّلَاةَ عَلَيْهِ

telah menceritakan kepada kami Ismail, dari Al-Jariri, dari Abu Sakhr Al-Uqaili, telah menceritakan kepadaku seorang lelaki Badui yang menceritakan bahwa di masa Rasulullah Saw. ia pernah datang ke Madinah membawa sapi perahan. Setelah selesai dari jual belinya, lelaki Badui itu berkata, “Aku sungguh akan menemui lelaki ini (maksudnyaNabi Saw.), dan sungguh aku akan mendengar darinya.” Lelaki Badui itu melanjutkan kisahnya; lalu aku menjumpainya sedang berjalan di antara Abu Bakar dan Umar, maka aku mengikuti mereka berjalan hingga sampailah mereka kepada seorang lelaki Yahudi. Lelaki Yahudi itu sedang membuka kitab Taurat seraya membacanya, sebagai ungkapan rasa duka dan belasungkawanya atas anak lelakinya yang sedang menghadapi kematian; anak lakt-Iakinya itu adalah seorang pemuda yang paling tampan dan paling gagah. Maka Rasulullah Saw. bertanya: Aku memohon kepadamu dengan nama Tuhan yang telah menurun­kan kitab Taurat, apakah engkau menjumpai dalam kitabmu ini sifat dan tempat hijrahku? Lelaki Yahudi itu menjawab pertanyaan Nabi Saw. hanya dengan isyarat gelengan kepala yang berarti ‘tidak’. Tetapi anak lelakinya yang sedang menghadapi kematian itu berkata, “Ya, demi Tuhan yang telah menurun­kan kitab Taurat, sesungguhnya kami menjumpai di dalam kitab kami sifatmu dan tempat hijrahmu. Dan sesungguhnya aku sekarang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi (pula) bahwa engkau adalah utusan Allah.” (Kemudian anak orang Yahudi itu meninggal dunia). Maka Rasulullah Saw. bersabda: Singkirkanlah orang Yahudi ini dari saudara kalian! Kemudian Nabi Saw. mengurus pengafanan dan menyalati mayat anak lelaki Yahudi itu.
Hadis ini baik lagi kuat dan mempunyai syahid (bukti) yang menguatkannya di dalam kitab Sahih melalui hadis Anas.

Ini bukti yang jelas bagi kita, tidak perlu kita nak periksa dalam kitab mereka lagi. Kita kena terima bahawa ia memang telah tertulis dalam kitab mereka. Kerana kalau dicari, mungkin sudah tidak dijumpai.

Jadi, kerana sudah ada dalam kitab mereka, maka mereka kena percaya kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan kena ikut ajaran itu.

 

يَأمُرُهُم بِالمَعروفِ وَيَنهاهُم عَنِ المُنكَرِ

Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji;

Allah meneruskan dengan memberitahu sifat baginda dan kerja baginda. Baginda mengajak manusia kepada perkara yang makruf – iaitu perkara yang disuruh oleh syariat. Dan baginda mencegah mungkar, iaitu perkara yang dilarang syariat.

Dan kita sebagai pengikut kepada ajaran baginda pun kenalah meneruskan kerja ini. Mana yang kita tahu dalam hal agama, kita ajak manusia dan menegur kalau mereka melakukan kesalahan. Inilah yang kita kena lakukan dan banyak dijelaskan dalam Quran dan Hadis. Tapi memanglah bukan senang. Kerana orang yang jahil akan marah kita. Kalau kita tegur orang buat perkara syirik dan bidaah, ramai yang melenting. Mereka kata: kalau tak mahu buat, dia sahajalah. Tapi kita tetap kena lakukan, kerana Allah suruh kita cegah dan tegur. Kalau kita tak buat, kita pula yang salah. Kalau mereka tidak mahu terima, itu hal mereka, tapi kita tetap kena tegur. Jangan berhenti lah kalau kena marah sekali dua. Mereka yang melakukan amalan syirik dan bidaah itu adalah kerana mereka jahil, tidak tahu; jadi kalau tidak ada orang yang tegur dan ingatkan mereka, siapa lagi?

 

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّباتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيهِمُ الخَبائِثَ

dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;

Baginda menghalalkan semua perkara yang baik yang sebelum ini diharamkan kepada Bani Israil dan Musyrikin. Kerana perkara yang mereka haramkan atas diri mereka itu sebenarnya adalah halal. Mereka sahaja yang telah tertipu dengan syaitan dan ahli agama mereka yang merosakkan agama. Oleh itu, Allah beritahu yang perkara itu halal dan disampaikan melalui Nabi Muhammad. Antara perkara yang mereka haramkan untuk diri mereka sedangnya ianya adalah halal, adalah dari segi makanan. Iaitu mereka mengamalkan pantang memantang, yang juga selalu diamalkan oleh masyarakat kita. Ramai yang suka berpantang atas perkara yang halal, dan ini adalah salah sama sekali.

Maksudnya, Nabi Saw. menghalalkan bagi mereka apa yang dahulunya mereka haramkan atas diri mereka sendiri —seperti bahirah, saibah, wasilah, ham, dan lain-lainnya yang sejenis— yang dahulu mereka ada-adakan untuk mempersempit diri mereka sendiri.

Dan baginda mengharamkan benda yang memang buruk pun. Ianya adalah perkara yang tidak elok sedangkan itu dihalalkan oleh puak sesat. Sebagai contoh, pengharaman arak dan judi kepada manusia. Semua ini ada dalam syariat dan ianya dibawa oleh Nabi Muhammad.

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa yang dimaksud dengan ‘segala yang buruk’ ialah seperti daging babi, riba, dan semua barang haram yang dahulunya mereka halalkan, yaitu makanan-makanan yang diharamkan oleh Allah Swt.

 

وَيَضَعُ عَنهُم إِصرَهُم وَالأَغلالَ الَّتي كانَت عَلَيهِم

dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. 

Dan baginda juga menghilangkan bebanan hukum syariat yang ada atas ahli kitab sebelum itu. Syariat yang dibawa oleh baginda tidak seperti syariat sebelum itu. Syariat yang ada pada ahli kitab sebelum itu adalah bebadan dan belenggu seperti yang dikenakan kepada hamba abdi. Ini terjadi kerana agama mereka telah rosak. Apabila agama telah rosak, maka ianya menjadi susah kerana ditambah dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Kadangkala, mereka rasa ianya baik. Tapi selalunya, ianya hanya menambahkan masalah sahaja.

Nabi Saw. datang dengan membawa kemudahan dan toleransi, seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan melalui berbagai jalur dari Rasulullah Saw., bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

بُعِثْتُ بِالْحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ”

Aku diutus dengan membawa agama yang hanif lagi penuh toleransi.

Lihatlah umat Islam sekarang, banyak sangat pertambahan. Kita tengok majlis perkahwinan, macam-macam perkara yang ditambah sampai menyusahkan ummat. Sekarang, nak berkahwin pun susah sangat, sampaikan mereka yang hendak berkahwin pun kena tangguhkan niat baik mereka itu kerana belum cukup persediaan. Kerana majlis yang diadakan itu susah sangat dan memakan belanja yang besar. Tapi mereka sudah patut kena kahwin sebab hormon dah menggelegak. Jadi, ada yang melampiaskan kehendak hormon mereka itu dengan cara yang haram. Lihatlah apa yang masyarakat telah lakukan sampai zina berleluasa.

Itu dalam hal kehidupan. Dalam hal ibadat pun banyak juga. Sebagai contoh, diajar lafaz niat untuk memulakan ibadat solat dan sebagainya. Lafaz niat yang susah, tapi sebenarnya tidak diajar pun. Sudahlah ajar lafaz niat, ajar pula masa takbir itu, kena ingat balik niat itu. Sampai susah orang nak solat. Sampai berkali-kali kena takbir. Dan lafaz niat itu pula susah, sampaikan ada orang yang tidak buat ibadat kerana tidak tahu niat: “kenapa tak solat jamak dan qasar sahaja pakcik?” Ada yang jawap: “sebab pakcik tak tahu niat….”. Sedangkan lafaz niat dan susunan niat dalam hati itu tidak perlu pun. Kerana niat adalah lintasan dalam hati. Bila kita nak buat sahaja, terus dah ada niat. Kenapa nak ajar benda pelik yang tidak ada dalam agama?

Contoh lagi, ada yang sangka, kalau masuk masuk, kena tukar nama. Ini juga menyusahkan, kerana kena melalui proses yang macam-macam. Sedangkan tidak perlu pun nak tukar nama. Apakah nama Saidina Umar, Abu Bakr dan sebagainya sebelum mereka masuk Islam? Nama itulah juga, dan tidaklah mereka kena tukar nama. Pengecualian kalau nama asal mereka itu ada melambangkan kesyirikan atau nama yang buruk, maka nama-nama yang sebegitu kena ditukar.

Ayat ini bertepatan dengan firman-Nya dalam surah yang lain:

{رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ}

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286}

 

فَالَّذينَ آمَنوا بِهِ

Maka orang-orang yang beriman kepadanya, 

Jadi, ahli kitab sudah kenal Nabi sebenarnya dan mereka kena beriman kepada baginda dan apa yang baginda bawa. Tapi tentulah ini bukan perkara yang mudah kerana mereka kena meninggalkan agama mereka yang lama. Tapi ada kelebihan kepada mereka yang sanggup beriman kepada baginda.

 

وَعَزَّروهُ

dan memuliakannya,

Selain dari beriman kepada baginda, mereka juga dapat menghormatinya dan memuliakan baginda.

 

وَنَصَروهُ

juga menolongnya, 

Selain dari itu, mereka juga hendaklah membantu baginda dalam menjalankan misi baginda. Ini penting kerana baginda memerlukan bantuan dari manusia juga.

 

وَاتَّبَعُوا النّورَ الَّذي أُنزِلَ مَعَهُ

serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), 

Dan mereka dapat ikut ‘cahaya’ yang diberikan kepada baginda. Cahaya yang dimaksudkan adalah wahyu Quran. Kerana sebagaimana cahaya menerangi kegelapan, begitu juga cahaya wahyu Quran itu dapat menerangi kegelapan syirik.

 

أُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ

mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Mereka yang dapat:

  • beriman dengan Nabi Muhammad
  • memuliakan baginda
  • menolong baginda
  • beriman dengan wahyu yang dibawa oleh baginda,

mereka itulah yang berjaya dunia dan akhirat. al-falah adalah kejayaan yang didapati setelah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka itu dapat melepasi ujian untuk beriman dan berjaya dunia dan akhirat. Kerana semua perkara yang disebut itu adalah perkara-perkara yang susah untuk dilakukan.

Surah al-A’raf ini walaupun diturunkan di Mekah, tapi ia sudah mengandungi ayat-ayat yang menyentuh tentang ahli Kitab kerana tidak lama lagi, Nabi Muhammad dan para sahabat akan berhijrah ke Yathrib (Madinah) dan mereka akan bertemu dengan banyak Ahli Kitab di sana. Ahli-ahli Kitab itu diingatkan dengan ayat ini supaya beriman dengan Nabi dan kena muliakan dan bantu baginda. Jangan buat tidak tahu sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s