Tafsir Surah al-A’raf Ayat 127 – 130 (Mesir dikenakan dengan bala)

Ayat 127:

وَقالَ المَلَأُ مِن قَومِ فِرعَونَ أَتَذَرُ موسىٰ وَقَومَهُ لِيُفسِدوا فِي الأَرضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ قالَ سَنُقَتِّلُ أَبناءَهُم وَنَستَحيي نِساءَهُم وَإِنّا فَوقَهُم قاهِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the eminent among the people of Pharaoh said, “Will you leave Moses and his people to cause corruption in the land and abandon you and your gods?” [Pharaoh] said, “We will kill their sons and keep their women alive; and indeed, we are subjugators over them.”

MALAY

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?” Firaun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”.

 

وَقالَ المَلَأُ مِن قَومِ فِرعَونَ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun:

Ini adalah kata-kata pembesar dari kalangan Firaun. Mereka tidak puas hati melihat kejadian yang telah berlaku dimana jelas yang Nabi Musa a.s. telah memenangi pertandingan dengan ahli sihir dan ahli-ahli sihir itu pula sudah beriman. Maka mereka telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Firaun untuk menangati masalah itu.

 

أَتَذَرُ موسىٰ وَقَومَهُ لِيُفسِدوا فِي الأَرضِ

“Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)

Pemimpin-pemimpin itu telah menghasut Firaun. Mereka kata takkan Firaun nak biarkan sahaja Firaun dan pengikut Nabi Musa begitu sahaja? Mereka buat pula tuduhan dengan mengatakan seruan mereka yang beriman itu sebenarnya kepada kerosakan negara. Yang dimaksudkan oleh mereka adalah mereka yang beriman itu hendak memecah belahkan masyarakat di negara itu.

 

وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ

dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?”

Dan mereka juga mengatakan Nabi Musa dan orang beriman telah berbuat satu kesalahan besar, iaitu meninggalkan Firaun. Firaun banyak buat patung dan kata patung-patung itu adalah ilah, tapi dia sendiri sebagai tuhan yang paling besar. Para pembesar itu kata Nabi Musa nak buat supaya tuhan-tuhan itu tidak dipuja lagi dan ini tidak boleh diterima.

Dari ayat ini, kita dapat tahu yang Firaun juga ada tuhan selain dirinya. Kerana mereka berfahaman bahawa ada tuhan Matahari dan para Firaun adalah keturunan dari tuhan matahari itu.

Al-Hasan Al-Basri mengatakan, bahawa Fir’aun mempunyai tuhan yang selalu ia sembah secara rahsia. Dalam riwayat lain disebutkan pula bahawa Fir’aun mempunyai sebuah patung kecil yang dikalungkan pada lehernya dan selalu ia sembah.

Menurut pendapat Ibnu Abbas, apabila mereka melihat seekor sapi betina yang bagus, maka Fir’aun menyuruh mereka untuk menyembah sapi betina itu. Kerana itulah Samiri membuatkan patung anak sapi yang dapat bersuara bagi mereka.

 

قالَ سَنُقَتِّلُ أَبناءَهُم وَنَستَحيي نِساءَهُم

Firaun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, 

Ini adalah jawapan Firaun kepada hasutan dari kuncu-kuncunya itu. Firaun kata dia akan bunuh anak-anak lelaki mereka yang beriman. Dan dia akan biarkan anak yang perempuan hidup untuk dijadikan sebagai hamba mereka termasuk sebagai hamba seks.

Tapi kerana Firaun tidak suruh bunuh Nabi Musa sahaja? Bukankah itu senang? Mungkin ini adalah kerana Firaun ada rasa sayang kepada Nabi Musa kerana mereka membesar bersama di istana Firaun yang lama. Tapi dia tidak boleh biarkan sahaja apa yang telah dilakukan oleh Nabi Musa itu. Oleh itu, dia kena bertegas dan melakukan sesuatu. Oleh itu, dia mengeluarkan arahan untuk bunuh semua orang, tapi tidak dikeluarkan arhaan untuk bunuh Nabi Musa sendiri.

 

وَإِنّا فَوقَهُم قاهِرونَ

dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”.

Firaun keluarkan arahan itu kerana dia rasa mereka sangat berkuasa atas puak Bani Israil itu dan mereka boleh buat apa sahaja.


 

Ayat 128: Ini adalah tasliah untuk kaum dia dari dugaan ugutan Firaun. Tentunya mereka telah dengar arahan dari Firaun itu dan mereka telah ketakutan. Maka Nabi Musa memberi nasihat kepada mereka.

قالَ موسىٰ لِقَومِهِ استَعينوا بِاللَّهِ وَاصبِروا ۖ إِنَّ الأَرضَ لِلَّهِ يورِثُها مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ ۖ وَالعاقِبَةُ لِلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Said Moses to his people, “Seek help through Allāh and be patient. Indeed, the earth belongs to Allāh. He causes to inherit it whom He wills of His servants. And the [best] outcome is for the righteous.”

MALAY

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

 

قالَ موسىٰ لِقَومِهِ استَعينوا بِاللَّهِ وَاصبِروا

Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, 

Nabi Musa menasihati mereka untuk meminta bantuan kepada Allah dan bersabar. Mereka disuruh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Kerana apa sahaja yang mereka hadapi itu, hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka. Bersabarlah dalam dugaan yang mereka sedang hadapi itu. Letakkan harapan kepada Allah sebulatnya.

 

إِنَّ الأَرضَ لِلَّهِ

sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, 

Nabi Musa ingatkan mereka bahawa bumi Mesir ini semua milik Allah, bukan milik Firaun. Memang Firaun rasa dia boleh buat apa sahaja di negeri Mesir tapi keputusan dan qadar bukan di tangannya tapi di tangan Allah. Maka serah sahaja lah kepada Allah.

 

يورِثُها مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ

diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya;

Memang waktu itu nampak macam Firaun berkuasa penuh di Mesir, tapi oleh kerana Mesir bukan dia punya tapi Allah punya, Allah boleh wariskan kepada sesiapa sahaja. Nabi Musa menjanjikan dalam ayat ini, kalau mereka berdoa kepada Allah dan bersabar, ada kemungkinan mereka akan dapat menguasai Mesir nanti.

 

وَالعاقِبَةُ لِلمُتَّقينَ

dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Dan Nabi Musa menjanjikan kesudahan baik sentiasa kepada pihak yang bertaqwa. Asalkan mereka terus bertaqwa dan jaga hukum, tawakal kepada Allah dan berdoa kepadaNya dan bersabar, mereka akan mendapat keputusan yang baik.


 

Ayat 129:

قالوا أوذينا مِن قَبلِ أَن تَأتِيَنا وَمِن بَعدِ ما جِئتَنا ۚ قالَ عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُهلِكَ عَدُوَّكُم وَيَستَخلِفَكُم فِي الأَرضِ فَيَنظُرَ كَيفَ تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We have been harmed before you came to us and after you have come to us.” He said, “Perhaps your Lord will destroy your enemy and grant you succession in the land and see how you will do.”

MALAY

Mereka berkata: “Kami telah dianiaya sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu”

 

قالوا أوذينا مِن قَبلِ أَن تَأتِيَنا

Mereka berkata: “Kami telah dianiaya sebelum engkau datang kepada kami 

Inilah kata-kata kaum Bani Israil: dulu kami dah kena seksa sebelum kamu datang ajak kami beriman. Sekarang kamu telah datang pun, kami kena seksa juga? Semasa tidak ada agama, kena seksa dan sekarang dah ada agama pun kena seksa juga? Mereka berkata begitu kerana mereka risau tentang apa yang akan terjadi kepada mereka.

 

قالَ عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُهلِكَ عَدُوَّكُم

Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu

Ini adalah jawapan Nabi Musa kepada mereka, yang nampak sebagai rungutan dari mereka: Nabi Musa tenangkan mereka dengan mengatakan mudah-mudahan Allah akan binasakan musuh mereka, iaitu Firaun dan pembesar-pembesar.

Maknanya, Nabi Musa tidak layan sangat rungutan mereka kepada baginda itu. Baginda terus beri harapan kepada mereka dan suruh mereka berdoa kepada Allah sahaja. Sebab rungutan-rungutan itu tidak perlu dilayan.

 

وَيَستَخلِفَكُم فِي الأَرضِ

dan menjadikan kamu khalifah di bumi,

Baginda kata, bukan sahaja Allah boleh matikan musuh mereka, tapi Allah boleh juga jadikan mereka sebagai pengganti untuk memerintah Mesir.

Ini tentunya memberi motivasi kepada mereka. Bayangkan selama hari ini mereka ditindas dengan teruk sekali, tapi sekarang mereka dikatakan ada peluang untuk memerintah Mesir dengan segala kekayaan yang ada.

 

فَيَنظُرَ كَيفَ تَعمَلونَ

kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu”

Allah nak tengok tindak tanduk manusia, bagaimana mereka menghadapi segala dugaan dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan Bani Israil pada zaman Nabi Musa itu. Nabi Musa mengingatkan mereka yang Allah akan memerhatikan segala tindak tanduk mereka. Nanti selepas Firaun hancur dan mereka dapat perintah mesir, Allah akan tengok dan nilai apakah yang mereka akan lakukan.

Janji ini terbukti selepas ketiadaan Nabi Musa. Ianya terjadi pada zaman Nabi Sulaiman apabila Bani Israil mempunyai kerajaan yang besar dan hebat. Allah akan nilai bagaimana mereka menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Begitu jugalah dengan Muslim zaman dulu sampai sekarang. Kita pun dinilai juga. Islam dulu bermula lemah, tapi kemudian diberikan kuasa memerintah di dunia ini oleh Allah. Allah juga menilai bagaimana kuasa itu diperintah oleh orang Islam. Tapi kita boleh belajar dari sejarah bagaimana kuasa yang besar itu telah disalahgunakan dan agama tidak diamalkan dengan sepatutnya. Pemerintah berpoya-poya menikmati nikmat dunia sahaja dan rakyat tidak dijaga. Maka kuasa itu telah ditarik balik dari tangan orang Islam. Dan sekarang kita lemah dan disepak di sana sini oleh orang kafir. Tapi itu tidak semestinya akan berterusan. Kalau kita kembali menjaga agama kita dan menjalankan tugas kita sebagai orang Islam yang sejati, Allah boleh beri kuasa memerintah dunia kembali kepada kita.


 

Ayat 130: Apabila mereka tidak taat kepada Nabi Musa dan menentang wahyu Allah, maka mereka telah dikenakan dengan bala dari Allah.

وَلَقَد أَخَذنا آلَ فِرعَونَ بِالسِّنينَ وَنَقصٍ مِنَ الثَّمَراتِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We certainly seized¹ the people of Pharaoh with years of famine and a deficiency in fruits that perhaps they would be reminded.

  • Imposed on them by way of trial and warning.

MALAY

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

 

وَلَقَد أَخَذنا آلَ فِرعَونَ بِالسِّنينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau

Ini adalah permulaan azab yang kecil sebelum azab yang besar. Mereka telah dikenakan dengan kemarau untuk beberapa tahun. Tujuan mereka dikenakan dengan bala ini adalah untuk merendah ego mereka. Kerana mereka sedang menikmati kehidupan yang mewah, maka mereka tidak rasa rendah diri untuk menerima kebenaran. Tapi apabila Allah kenakan dengan bala, sepatutnya manusia mula memikirkan tentang kebenaran dan lebih mudah untuk terima kebenaran, sepatutnya.

 

وَنَقصٍ مِنَ الثَّمَراتِ

dan kekurangan buah-buahan,

Apabila kemarau sudah lama, maka tentunya akan ada kekurangan buah dan hasilan tanam-tanaman. Ini adalah perkara yang mengejutkan kerana Mesir itu letakkan berdekatan sungai Nil. Sepatutnya sumber air mereka banyak dan tidak ada masalah, tapi Allah boleh jadikan negara mereka kemarau juga.

 

لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

Tujuan dikenakan dengan bala itu adalah supaya mereka ambil pengajaran. Sepatutnya mereka terkenangkanlah, kenapa lah mereka kena balas sampai sebegitu rupa. Sepatutnya mereka kena rasa bahawa masalah yang dikenakan kepada itu adalah kedegilan mereka untuk menerima kebenaran. Maka, sepatutnya apabila sudah kena bala itu, hendaklah mereka mengubah perangai mereka dan mula untuk beriman.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s