Tafsir Surah al-A’raf Ayat 121 – 126 (Iman tukang sihir)

Ayat 121: Tukang-tukang sihir yang berlawan dengan Nabi Musa telah mengetahui bahawa apa yang ditunjukkan oleh Nabi Musa itu bukanlah sihir, tapi mukjizat dari Allah.

قالوا آمَنّا بِرَبِّ العالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We have believed in the Lord of the worlds,

MALAY

Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

 

Mereka telah sujud sebagai pernyataan tunduk dengan tubuh dan dengan lidah, mereka berkata sambil sujud itu dengan menyakatan yang mereka benar-benar beriman dengan Allah.


 

Ayat 122:

رَبِّ موسىٰ وَهارونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Lord of Moses and Aaron.”

MALAY

“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.

 

Mereka jelaskan lagi yang Tuhan yang mereka maksudkan adalah Allah, iaitu Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Mereka kata begitu kerana takut kalau tak macam begitu, nanti Firaun kata dia yang mereka maksudkan sebagai tuhan pula. Kerana memang Firaun mengaku sebagai tuhan pun kepada rakyat. Jadi mereka kata tuhan kepada Nabi Musa dan Harun.


 

Ayat 123:

قالَ فِرعَونُ آمَنتُم بِهِ قَبلَ أَن آذَنَ لَكُم ۖ إِنَّ هٰذا لَمَكرٌ مَكَرتُموهُ فِي المَدينَةِ لِتُخرِجوا مِنها أَهلَها ۖ فَسَوفَ تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Said Pharaoh, “You believed in him¹ before I gave you permission. Indeed, this is a conspiracy which you conspired in the city to expel therefrom its people. But you are going to know.

  • i.e., in Moses, avoiding the mention of Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).

MALAY

Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatnya).

 

قالَ فِرعَونُ آمَنتُم بِهِ قَبلَ أَن آذَنَ لَكُم

Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu?

Firaun marah benar dengan tindakan tukang-tukang sihir itu yang telah beriman. Dia memarahi mereka kerana beriman tanpa kebenaran dari dia. Lihatlah begitu teruk sekali fikiran dia, nak beriman dengan Allah pun kena dapat kebenaran dahulu kah? Bayangkan kalau nak masuk Islam pun kena minta kebenaran kerajaan kah? Tentu tidak patut.

 

إِنَّ هٰذا لَمَكرٌ مَكَرتُموهُ فِي المَدينَةِ

Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini 

Ini adalah helah dari Firaun untuk memperbaiki keadaan. Keadaan sudah teruk bagi dia kerana ramai rakyat sedang lihat pertandingan antara Nabi Musa dan tukang-tukang sihir itu. Dan semua tukang sihir itu pula sujud beriman kepada Nabi Musa. Ini sudah jelas satu kekalahan yang teruk untuk Firaun. Jadi dia sudah buat satu hujah untuk menyalahkan tukang sihir pula.

Firaun tuduh yang apa yang telah berlaku itu adalah suatu helah besar yang mereka rancang di bandar Mesir itu untuk menggulingkan negara. Dia tuduh tukang sihir itu telah berpakat dengan Nabi Musa untuk merancang kejadian itu. Dalam surah yang lain, Firaun tuduh yang Nabi Musa itu adalah ketua kepada tukang sihir itu. Padahal Firaun yang arahkan supaya dikumpulkan semua tukang sihir itu. Tapi bila dah jadi lain yang dia rancang, dia pandai tukang cerita pula.

 

لِتُخرِجوا مِنها أَهلَها

kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. 

Firaun fikir dia kena kawal rakyat dia yang selama ini ikut sahaja apa yang dikatakan olehnya. Maka dia memerlukan sokongan dari rakyatnya dalam hal ini. Oleh itu, dia gunakan hujah mengatakan yang tujuan Nabi Musa itu adalah untuk menghalau semua rakyat dari negeri Mesir itu. Dia hendak membangkitkan kemarahan rakyat kepada Nabi Musa pula. Kerana apabila mereka percaya yang Nabi Musa hendak mengeluarkan mereka dari Mesir, tentulah mereka pun akan marah kepada Nabi Musa juga.

 

فَسَوفَ تَعلَمونَ

Oleh itu, kamu akan mengetahui

Dan Firaun juga memberikan amaran keras kepada tukang-tukang sihir itu. Dia kata mereka akan tahu kelak apa akibat yang akan dikenakan kepada mereka. Dia nak rakyat yang ramai sedang melihat itu takut untuk ikut beriman kepada Nabi Musa.


 

Ayat 124: Firaun beritahu apa yang dia akan lakukan kepada tukang-tukang sihir itu.

لَأُقَطِّعَنَّ أَيدِيَكُم وَأَرجُلَكُم مِن خِلافٍ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I will surely cut off your hands and your feet on opposite sides; then I will surely crucify you all.”

MALAY

“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan menyalib kamu semuanya”.

 

لَأُقَطِّعَنَّ أَيدِيَكُم وَأَرجُلَكُم مِن خِلافٍ

“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, 

Ini adalah huraian kepada tindakan yang Firaun ancam dalam ayat sebelum ini: Firaun akan kerat tangan dan kaki tukang-tukang sihir itu secara bersilang. Iaitu potong kaki kiri dan tangan kanan atau kaki kanan dan tangan kiri. Bersungguh dia hendak buat perkara itu sampai dia bersumpah nak lakukan.

 

ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُم أَجمَعينَ

kemudian aku akan menyalib kamu semuanya”.

Dan kemudian dia akan salib mereka semua sekali. Iaitu mereka akan disalib di kebun-kebun pokok. Dan mereka telah dipotong tangan dan kaki, dan mereka akan mati kering kerana darah akan keluar dari tubuh mereka.


 

Ayat 125: Setelah diberi ancaman oleh Firaun itu, apakah jawapan dari tukang sihir?

قالوا إِنّا إِلىٰ رَبِّنا مُنقَلِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Indeed, to our Lord we will return.

MALAY

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).

 

Tukang-tukang sihir itu telah nekad untuk terus beriman kepada Allah. Mereka tidak takut dengan apa yang akan dilakukan oleh Firaun kerana mereka yakin yang kepada Tuhan pasti mereka akan kembali. Kalau Firaun tak bunuh mereka, mereka pun akan mati juga nanti lambat laun. Tapi dari mati tidak beriman, biarlah mereka mati dalam iman. Kalau sakit kena seksa itu sekejap sahaja, tapi kalau mati jumpa Tuhan dalam keadaan syirik dan tidak beriman, mereka akan dikenakan dengan azab berterusan sampai bila-bila.


 

Ayat 126: Lihatlah kata-kata tukang-tukang itu kerana iman mereka hebat dan telah menjadi kuat. Iman itu tidak mengambil masa lama untuk jadi teguh.

وَما تَنقِمُ مِنّا إِلّا أَن آمَنّا بِآياتِ رَبِّنا لَمّا جاءَتنا ۚ رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا وَتَوَفَّنا مُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you do not resent us except because we believed in the signs of our Lord when they came to us. Our Lord, pour upon us patience¹ and let us die as Muslims [in submission to You].”

  • To endure the torture to which we will be subjected.

MALAY

“Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

 

وَما تَنقِمُ مِنّا إِلّا أَن آمَنّا بِآياتِ رَبِّنا لَمّا جاءَتنا

“Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. 

Mereka jawap balik kepada Firaun: yang mereka tidak ada salah melainkan kerana beriman dengan Allah sahaja. Dan mereka memang telah beriman kebenaran datang kepada mereka. Mereka kenal apakah yang benar dan mereka memilih untuk beriman. Kerana mereka tidak berani untuk engkar kepada Allah.

Mereka yakin sungguh dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa itu kerana mereka adalah orang yang berilmu tinggi di dalam sihir. Mereka tahu apa yang ditunjukkan oleh Nabi Musa itu bukanlah sihir. Ini adalah kerana mereka adalah ahli sihir yang hebat. Tapi mereka sahaja yang tahu dan kerana itu semasa mereka sujud kepada Allah, maka rakyat yang lain yang melihat tidak sujud sekali, kerana mereka tidak keal kebenaran walaupun ia terjadi di depan mereka. Jadi mereka ada ilmu dan dapat bezakan manakan yang benar dan salah. Begitulah juga beza antara orang yang tahu dan kenal Quran dan tidak kenal. Mereka yang mengkaji Quran akan mengetahui bahawa bahasa Quran itu bukanlah dari manusia tapi tentunya dari Allah. Dan kalau kenal itu, akan tahu bahawa itu bukanlah dari manusia tapi mestinya dari Allah.

Apabila tukang-tukang sihir itu melihat kebenaran, mereka terus sujud kepada Allah. Dan ini penting sebagai menyatakan ketaatan kepada Allah. Dan ini penting kerana siapa yang tidak mahu sujud apabila diarahkan oleh Allah? Itulah iblis.

 

رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami,

Ini adalah doa mereka. Mereka minta dilimpahkan kesabaran kepada mereka. Doa mereka ini sama seperti yang dilafazkan oleh tentera Talut semasa bertemu dengan Jalut. Mereka minta diberikan kesabaran kepada mereka kerana mereka sekarang sedang menghadapi dugaan yang amat besar. Dan kalau Allah tidak berikan kesabaran, tentu mereka tidak dapat menghadapinya.

Tapi diingatkan, jangan kita doa kepada Allah kalau tidak ada dugaan yang dikenakan kepada kita. Kerana kalau minta sabar semasa kita dalam keadaan aman dan tidak ada masalah, maka Allah akan berikan musibah dan bala untuk menzahirkan sifat sabar itu. Jadi, kalau kita minta sabar semasa tidak ada masalah, maka itu seumpama meminta diberikan bala kepada diri kita.

 

وَتَوَفَّنا مُسلِمينَ

dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

Dan mereka minta mereka dimatikan semasa mereka beriman kepada Allah dan dalam agama Islam. Ini kerana mereka faham bahawa yang paling penting adalah akhir hidup mereka. Kalau sepanjang hidup mengamalkan Islam, tapi di hujung hayat mati tanpa iman, semua amalan yang sepanjang hidup itu tidak berguna kerana Allah hanya kira bagaimana hujung hayat kita, samada beriman atau tidak.

Maka berimanlah tukang-tukang sihir. Pada pagi hari itu, mereka semuanya adalah tukang sihir yang mengamalkan amalan yang salah dan syirik, tapi di hujung hari itu mereka mati dalam keadaan syuhada’.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s