Tafsir Surah al-A’raf Ayat 48 – 51 (Ahli Neraka minta air dan makanan)

Ayat 48:

وَنادىٰ أَصحابُ الأَعرافِ رِجالًا يَعرِفونَهُم بِسيماهُم قالوا ما أَغنىٰ عَنكُم جَمعُكُم وَما كُنتُم تَستَكبِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the companions of the Elevations will call to men [within Hell] whom they recognize by their mark, saying, “Of no avail to you was your gathering¹ and [the fact] that you were arrogant.”

  • i.e., great numbers or gathering of wealth.

MALAY

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A’raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: “Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu – tidak dapat menolong kamu”.

 

وَنادىٰ أَصحابُ الأَعرافِ رِجالًا يَعرِفونَهُم بِسيماهُم

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A’raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, 

Ahli al-A’raf telah menyeru lelaki yang mereka kenal dari ahli neraka. Mereka boleh kenal kerana ada tanda pada muka mereka.

 

قالوا ما أَغنىٰ عَنكُم جَمعُكُم

dengan berkata: “Nampaknya tidak dapat menolongan kamu, kumpulan kamu yang ramai 

Telah berkata lelaki yang duduk di al-A’raf itu: Bilangan kamu yang ramai tidak boleh menolong kamu. Kalau semasa di dunia, kamu rasa kamu benar, kerana kamu ramai dan kamu ada pengaruh. Kamu ada ramai pengikut dan kerana itu kamu rasa kamu benar. Kamu ditipu dengan ramai orang yang ikut kamu sampai kamu rasa kamu benar. Begitulah dalam dunia sekarang, puak yang mengamalkan syirik dan bidaah dalam masyarakat ramai. Mereka rasa mereka benar kerana mereka ramai. Mereka sangka, kalau mereka salah, takkan ramai yang ikut mereka dan sependapat dengan mereka. Tapi begitulah agama Islam, ramai atau majoriti tidak semestinya benar. Yang benar adalah amalan dan ajaran yang ikut apa yang ada dalam nas yang sahih.

 

وَما كُنتُم تَستَكبِرونَ

dan juga segala apa yang kamu besarkan dahulu

Lafaz ما كُنتُم تَستَكبِرونَ bermaksud benda yang dipuja, yang diagungkan, dan yang mereka besarkan semasa di dunia dulu. Apa yang mereka puja selain Allah itu, tidak dapat menolong mereka langsung.

Atau, kamu rasa diri kamu besar, tidak akan masuk neraka, itu adalah anggapan yang salah sama sekali.


 

Ayat 49:

أَهٰؤُلاءِ الَّذينَ أَقسَمتُم لا يَنالُهُمُ اللَّهُ بِرَحمَةٍ ۚ ادخُلُوا الجَنَّةَ لا خَوفٌ عَلَيكُم وَلا أَنتُم تَحزَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh will say], “Are these¹ the ones whom you [inhabitants of Hell] swore that Allāh would never offer them mercy? Enter Paradise, [O people of the Elevations]. No fear will there be concerning you, nor will you grieve.”

  • The humble believers who are now in Paradise. Another interpretation regards them as the people on the elevated partition.

MALAY

(Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): “Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): ` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita. ‘ ”

 

أَهٰؤُلاءِ الَّذينَ أَقسَمتُم لا يَنالُهُمُ اللَّهُ بِرَحمَةٍ

“Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah?

Ini adalah sambungan kata-kata ahli A’raf kepada penghuni neraka: inikah orang-orang (yang dimaksudkan adalah ahli syurga) yang kamu ahli neraka telah bersumpah semasa di dunia yang mereka (ahli syurga) tidak akan dapat rahmat dari Allah kerana mereka orang bawahan? Maknanya, mereka bercakap tentang ahli syurga sesama mereka. Kerana dulu semasa di Mekah, pemuka-pemuka Mekah kata orang-orang bawahan yang mengikuti Nabi Muhammad itu seperti Bilal dan sebagainya, tidak akan ke mana. Mereka kata, takkanlah orang yang tidak ada kedudukan itu tahu mana kebaikan dan mana yang tidak.

 

ادخُلُوا الجَنَّةَ لا خَوفٌ عَلَيكُم وَلا أَنتُم تَحزَنونَ

Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita. ‘ “

Masih lagi tentang ahli syurga. Dulu kamu orang yang buat syirik, kata orang yang mengamalkan tauhid itu tidak akan dapat apa-apa kebaikan, sedangkan sekarang mereka telah diberitahu untuk sila masuk syurga oleh Allah. Sekarang bagaimana? Kamu masuk neraka, tapi mereka pula masuk syurga. Jadi mana yang benar?

Apabila sudah masuk syurga, maka tidak takut untuk menghadapi masa depan dan tidak berdukacita meninggalkan segala harta dan sanak saudara di dunia, kerana mereka menuju tempat yang lebih baik.

Maka, ayat-ayat ini mengajar kita, kadang-kadang orang yang mengamalkan ajaran yang benar itu tidak ramai, dan mereka tidak ada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Tapi Allah bukan melihat ramainya atau kedudukan seseorang dalam masyarakat.


 

Ayat 50: Sekarang bertukar kepada perkataan yang dikeluarkan oleh ahli neraka pula. Allah menceritakan kehinaan yang dialami oleh ahli neraka.

وَنادىٰ أَصحابُ النّارِ أَصحابَ الجَنَّةِ أَن أَفيضوا عَلَينا مِنَ الماءِ أَو مِمّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ ۚ قالوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُما عَلَى الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the companions of the Fire will call to the companions of Paradise, “Pour upon us some water or from whatever Allāh has provided you.” They will say, “Indeed, Allāh has forbidden them both to the disbelievers

MALAY

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”. Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir”.

 

وَنادىٰ أَصحابُ النّارِ أَصحابَ الجَنَّةِ

ahli neraka menyeru ahli Syurga: 

Sekarang ahli neraka pula berkata kepada ahli syurga.

 

أَن أَفيضوا عَلَينا مِنَ الماءِ

“Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air

Merema minta simbahkan sedikit air untuk sejukkan diri mereka dan boleh mereka minum. Cuma bagilah sedikit. Bukan dari air yang kamu nak guna pun, tapi dari air-air yang melimpah yang kamu tak perlukan pun.

 

أَو مِمّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ

atau dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”.

Atau berikanlah apa-apa sahaja yang Allah telah beri rezeki pada kamu. Tadi minta air, sekarang minta makanan pula. Mereka tahu lah yang hali syurga dapat banyak makanan, melimpah ruah, jadi mereka mintalah sedikit.

 

قالوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُما عَلَى الكافِرينَ

Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir”.

Ahli syurga jawap: Allah telah haramkan kepada orang kafir. Kami tidak boleh beri.

Bayangkan alangkah sakitnya hati kalau begitu. Bayangkan kita tengah lapar sangat, minta makanan sikit dari orang yang kita tahu ada banyak makanan. Tapi dia kata dia tak boleh nak beri atau tak mahu nak beri – tentu kita sakit hati sungguh. Memang itulah yang dikenakan kepada mereka.


 

Ayat 51: Siapakah orang kafir yang tidak layak untuk mendapat makanan dari syurga itu?  Dan yang lebih penting, apakah sifat-sifat mereka?

الَّذينَ اتَّخَذوا دينَهُم لَهوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتهُمُ الحَياةُ الدُّنيا ۚ فَاليَومَ نَنساهُم كَما نَسوا لِقاءَ يَومِهِم هٰذا وَما كانوا بِآياتِنا يَجحَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who took their religion as distraction and amusement and whom the worldly life deluded.” So today We will forget them just as they forgot the meeting of this Day of theirs and for having rejected Our verses.

MALAY

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

 

الَّذينَ اتَّخَذوا دينَهُم لَهوًا وَلَعِبًا

orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan,

Mereka itu menjadikan agama sebagai main-mainan sahaja, bukan sesuatu yang serius. Bila ada kepentingan, baru nak pakai. Mereka buat perkara yang lalai dan melekakan mereka dalam dunia. Mereka buat mudah sahaja urusan agama – senang sahaja nak halal dan haramkan sesuatu perkaraa. Mereka tidak ikut peraturan wahyu. Mereka memandai sahaja buat syariat sendiri.

 

وَغَرَّتهُمُ الحَياةُ الدُّنيا

dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia

Dan mereka telah diperdaya dengan kehidupan dunia. Dunia itu memang indah dan nafsu kita memang tertarik kepadanya. Tapi janganlah sampai kita tertipu dengannya. Perkara ini banyak kali disebut dalam Quran. Apakah maksudnya? Kita sebagai manusia, tentulah ada keperluan kepada dunia. Kita juga mahu kepada harta, kepada anak, keluarga dan kawan-kawan dan sebagainya. Tapi janganlah keinginan itu melebihi dari keinginan kita kepada akhirat. Akhirat kena lebih penting dari dunia.

 

فَاليَومَ نَنساهُم كَما نَسوا لِقاءَ يَومِهِم هٰذا

Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa tentang pertemuan pada hari ini,

Allah beritahu: hari ini Dia lupakan mereka. Janganlah pula kita kata Allah boleh lupa, kerana Allah tidak pernah lupa. Dan lupa adalah satu sifat kelemahan, dan takkan Allah ada sifat lemah pula. Jadi kena faham apakah maksud ‘lupa’ dalam ayat sebegini. ‘Lupa’ dalam ayat sebegini maksudnya tidak beri balasan baik. Tidak hiraulah mereka. Letak mereka ke tepi dan tak mahu fikirkan lagi.

Ini adalah kerana mereka dulu lupa kepada hari ini. Mereka lupa nak bersedia untuk menghadapi hari akhirat.

 

وَما كانوا بِآياتِنا يَجحَدونَ

dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Dan kerana dulu semasa di dunia mereka mengingkari ayat-ayat Allah. Mereka selelu mempersoalkan, selalu nak lawan. Nas dah ada, tapi mereka tak mahu terima atau mereka tafsir ikut nafsu mereka. Begitulah banyak dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, ada jenis macam Sisters in Islam yang memandai sahaja nak tukar fahaman wahyu dengan mereka pakai fahaman mereka yang sesat itu.

Nota: ada ulama kata bahawa akhirnya ashabul a’raf itu dapat masuk syurga. Ini adalah kerana kesudahan akhir nanti hanya ada dua golongan sahaja – ahli syurga atau ahli neraka. Tapi perincian tidak pasti. Antaranya persoalannya, bilakah mereka akan masuk ke dalam syurga? Ianya mungkin apabila ada ahli neraka yang masuk syurga seperti yang kita telah tahu, tidak semua ahli neraka akan kekal dalam neraka. Oleh itu, apabila ahli neraka keluar dari neraka dan masuk syurga, asabaul a’raf itu masuk sekali dengan mereka ke dalam syurga. Oleh itu, cuma pada permulaan sahaja mereka dalam keadaan begini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s