Tafsir Surah al-A’raf Ayat 12 – 18 (Kisah Iblis dihalau dari syurga)

Ayat 12: Allah tanya Iblis:

قالَ ما مَنَعَكَ أَلّا تَسجُدَ إِذ أَمَرتُكَ ۖ قالَ أَنا خَيرٌ مِنهُ خَلَقتَني مِن نارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “What prevented you from prostrating when I commanded you?” [Satan] said, “I am better than him. You created me from fire and created him from clay [i.e., earth].”

(MALAY)

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

 

قالَ ما مَنَعَكَ أَلّا تَسجُدَ إِذ أَمَرتُكَ

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?”

Allah bawakan soalan itu dalam Quran kerana nak beritahu yang arahan Allah itu penting, kena taat. Tidak ada pilihan untuk tidak melakukannya. Tapi kenapa langgar arahan itu?

 

قالَ أَنا خَيرٌ مِنهُ

Iblis jawab: “aku lebih baik daripadanya: 

Iblis jawap, dengan guna akal. Dia rasa akal dia lebih baik dari arahan Tuhan. Allah sudah beri arahan yang jelas, tapi dia gunakan akal untuk menilai pula arahan itu. Inilah bahayanya kalau guna akal dalam menilai arahan Allah. Oleh sebab itulah, perbezaan ahli sunnah dengan Muktazilah yang sesat itu adalah dari segi penggunaan akal. Kita kena dahulukan arahan Tuhan dari akal. Tapi puak Muktazilah dan mereka yang sefahaman dengan mereka, mengutamakan akal kerana mereka kata Allah sudah berikan akal untuk kita guna, maka tidak salah kalau kita gunakan akal untuk menilai arahan Allah. Mereka kata, kalau ada arahan Tuhan, kena selaraskan dengan akal. Dan kalau arahan Allah itu tidak kena dengan akal mereka, mereka akan takwil arahan Tuhan itu.

Oleh itu banyak pemahaman perkara dalam Quran yang amat berbeza antara kita dan mereka. Sebagai contoh, dalam perkara melihat Allah, mereka kata tidak mungkin boleh lihat Allah di akhirat kelak. Sedangkan iktikad ahli sunnah, ahli syurga boleh lihat Allah di syurga nanti. Tapi mereka menggunakan akal mereka untuk menafsir ayat Quran. Ini amat bahaya. Kita sepatutnya kena pastikan yang akal kita kena terima apa yang Allah telah kata dalam Quran. Oleh itu, kita katakan mereka sesat kerana mereka ikut prinsip Iblis yang menggunakan akal. Prinsip kita ikut Nabi adam, mengutamakan arahan Allah. cuma Nabi adam terlupa arahan Allah. dan kalau terlupa itu, tidaklah berat sangat.

Allah hendak beritahu dalam ayat ini, bahawa kesalahan makhluk itu bukan hanya lihat pada perbuatan sahaja, tapi kena lihat niat mereka.

 

خَلَقتَني مِن نارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طينٍ

Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Jadi iblis jawap yang dia rasa dia lebih baik dari Nabi adam. Dia guna dalil akal dia: Allah jadikan dia dari api, dan telah ciptakan Nabi Adam dari tanah. Dan tanah itu duduknya di bawah sedangkan api naik ke atas. Pada dia, barang yang naik ke atas, macam mana boleh sujud kepada yang duduk di bawah? Itulah cara iblis guna akal dia. Itu faham dia sahaja, ikut pendapat akal dia sahaja, mana boleh nak dikatakan benar. Iblis keliru dalam analogi dan pengakuannya yang mengatakan bahwa api lebih mulia daripada tanah. Padahal sesungguhnya tabiat tanah liat itu ialah kuat, sabar, tenang, dan kokoh. Tanah merupakan tempat bagi tetumbuhan, pengembangan, penambahan, dan perbaikan; sedangkan api mempunyai watak membakar, liar, dan cepat.

Allah nak beritahu kita yang akal tidak akan dapat mendahului arahan Allah. Allah ajar dalam ayat ini, mana-mana manusia yang guna akal dulu dan kemudian baru nak cari ayat Quran, itu perangai Iblis. Takkan kita nak jadi macam Iblis pula, bukan?

Ayat ini menceritakan apakah masalah asal Iblis. Kita kena ingat, Iblis bukannya menolak kewujudan Allah dan kekuasaan Allah. Dia sedar dan mengaku yang Allah lah yang menciptakannya. Tapi dia tidak taat kepada Allah apabila Allah suruh dia menerima kemuliaan manusia. Dia tidak dapat terima perkara itu sedangkan Allah suruh ‘sujud’ sebagai kehormatan sahaja, bukannya menjadikan Nabi Adam sebagai ilah – kalau dalam istilah zaman moden, seumpama tabik hormat.

Begitulah juga, ada manusia yang tidak dapat terima kedudukan para Rasul atas kedudukan mereka, mereka tidak dapat terima ada orang yang lagi tinggi dari mereka. Ada juga yang kononnya sangka mereka boleh terus berkomunikasi dengan Allah, tidak memerlukan para Nabi. Ada yang jadi golongan anti-Hadis kononnya boleh terus dapat hidayah dari Quran terus. Sedangkan Allah sendiri suruh kita terima dan belajar dengan para Rasul itu. Memang kita memerlukan pengajaran dari Rasul kerana Allah itu ghaib dan kita tidak boleh nak berkomunikasi terus dengan Allah.

Jadi, kesalahan yang dialami oleh Iblis ini juga masih ada sampai ke hari ini.  Ada yang rasa tidak perlu kepada agama dalam dunia ini, boleh terus bercakap dengan Allah; dan sebagainya lagi. Jadi, sifat sombong adalah sifat yang amat bahaya. Sombong untuk terima kebenaran dalam agama. Begitulah masalah yang dialami oleh ramai dari golongan yang ada ilmu agama pun. Mereka rasa semua orang kena belajar dengan mereka, tidak boleh belajar dengan orang lain. Mereka rasa mereka sahaja yang benar. Jadi, kita kena berhati-hati dengan orang macam ini. Ada guru agama, kalau kita kata kita ada pergi belajar dengan orang lain, akan nampak mereka tidak suka dengan perkara itu. Larilah segera dari orang yang macam itu. Kerana kalau kita belajar dengan satu guru sahaja, ditakuti kita akan jadi taksub dengan guru; dan kita tidak dapat nak pastikan mana satu ajaran yang benar.


 

Ayat 13:

قالَ فَاهبِط مِنها فَما يَكونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فيها فَاخرُج إِنَّكَ مِنَ الصّاغِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Descend from it [i.e., Paradise], for it is not for you to be arrogant therein. So get out; indeed, you are of the debased.”

(MALAY)

Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.

 

قالَ فَاهبِط مِنها

Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu;

Allah telah halau Iblis dari syurga itu.

 

فَما يَكونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فيها

kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya,

Maksudnya, dengan sebab sombong dia, dia telah diturunkan dari kedudukannya yang tinggi di langit.

Allah beritahu Iblis yang dia tidak layak di langit. Ini juga memberi pengajaran kepada kita juga. Tidak ada sesiapa yang layak untuk jadi sombong. Kalau kita pandai macam mana pun, sudah dimuliakan orang bagaimana pun, hendaklah kita ingat perkara ini: kita tidak layak jadi sombong.

 

فَاخرُج إِنَّكَ مِنَ الصّاغِرينَ

maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.

Sesungguhnya Iblis dari golongan yang sangat-sangat rendah dan hina. Begitulah, kalau nak rasa diri mulia sangat, Allah akan tukar seseorang itu jadi sehina-hinanya.


 

Ayat 14:

قالَ أَنظِرني إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Satan] said, “Reprieve me until the Day they are resurrected.”

(MALAY)

Iblis menjawab: “Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

 

Iblis minta tempoh supaya dia tidak dimatikan sehingga ke hari kebangkitan semula. Jangan matikan dia dan jangan terus azab dia. Ini adalah supaya dia ada kuasa bebas untuk menyesatkan manusia.


 

Ayat 15:

قالَ إِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Indeed, you are of those reprieved.”

(MALAY)

Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh”.

 

Allah kata Iblis dari golongan yang diberi tangguh. Tapi bukan seperti dia minta, kerana dia minta hingga ke hari kebangkitan. Tapi Allah beri setakat hari dia mati sahaja. Apabila Iblis mati sahaja, dia akan kena azab. Selagi dia tidak mati, dia boleh cuba sesatkan manusia. Kerana dia sebenarnya minta tangguh sampai dalam alam barzakh. Jadi iblis telah diberi tempoh untuk buat usaha dia apa sahaja yang dia hendak buat selagi boleh. Semua itu adalah dalam perancangan Allah. Allah benarkan kerana ianya adalah sebahagian dari rancangan Allah.

Lafaz المُنظَرينَ dalam bentuk jamak, jadi itu bermaksud dia telah diberi bala tentera untuk menjalankan kerja dia.


 

Ayat 16: Ini adalah sumpah Iblis tentang apa yang akan dilakukannya.

قالَ فَبِما أَغوَيتَني لَأَقعُدَنَّ لَهُم صِراطَكَ المُستَقيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Satan] said, “Because You have put me in error, I will surely sit in wait for them [i.e., mankind] on Your straight path.

(MALAY)

Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah sesatkan aku, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

 

قالَ فَبِما أَغوَيتَني

Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah sesatkan aku, 

Iblis salahkan Allah kerana telah menyesatkan dia. Memang taqdir Allah akan memasukkan Iblis ke dalam neraka, tapi usaha dia juga yang menyebabkan dia sesat dan engkar. Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, Iblis menggunakan lafaz أَغوَيتَني (Kau menyesatkan aku) menunjukkan dia menyalahkan Allah kerana dia sesat. Orang yang baik akan salahkan diri sendiri sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Adam. Apabila Nabi Adam sedar yang baginda telah buat salah, baginda terus mengaku kesalahan baginda dan terus meminta ampun. Tapi Iblis salahkan Allah pula. Begitulah ketaranya perbezaan antara Iblis dan Adam. Maka kita nak ikut perangai Iblis atau perangai Nabi Adam? Maka janganlah kita nak salahkan orang lain pula kalau kita ada masalah. Kerana ramai orang yang apabila ada masalah, dia akan sibuk benar cari salah orang lain, tapi tak nampak kesalahan itu pada dirinya.

 

لَأَقعُدَنَّ لَهُم صِراطَكَ المُستَقيمَ

aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

Iblis kata, dengan sebab Allah telah menyesatkan dia, maka dia akan usaha dengan sedaya upaya untuk menghalang manusia dari jalan yang lurus.

Lihatlah bagaimana dia kata dia akan قعُدَ (duduk) menunggu. Lafaz قعُدَ bermaksud duduk dalam jangkamasa yang lama, tidak sama dengan lafaz duduk جلس. Maknanya, dia akan duduk memantau apa yang terjadi, dalam masa yang lama pun tidak mengapa pada dia. Dan di mana dia akan duduk tunggu itu? Dia kata dia akan duduk tunggu di jalan yang lurus. Dia duduk di situ supaya dia boleh halang orang dari lalu jalan itu dan pergi ke jalan yang lain. Dia akan menyusahkan orang untuk lalu di jalan yang lurus itu. Dia akan tunggu di situ, tidak pergi ke mana-mana.


 

Ayat 17: Bagaimana cara dia nak halang manusia itu?

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِن بَينِ أَيديهِم وَمِن خَلفِهِم وَعَن أَيمانِهِم وَعَن شَمائِلِهِم ۖ وَلا تَجِدُ أَكثَرَهُم شاكِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then I will come to them from before them and from behind them and on their right and on their left, and You will not find most of them grateful [to You].”

(MALAY)

kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

 

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِن بَينِ أَيديهِم وَمِن خَلفِهِم

kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, 

Selepas syaitan kata dia akan duduk di jalan yang lurus, dia kata dia akan datang kepada mereka dengan menggugat mereka dengan urusan akhirat. Itulah maksud مِن بَينِ أَيديهِم. dari segi literal, maksudnya ‘dari depan’. Syaitan akan datang lalu membisikkan kepada manusia bahawa tidak ada hari berbangkit, tidak ada syurga, dan tidak ada neraka. Maknanya, mereka akan serang berdepan. Mereka tahu ianya salah tapi mereka buat juga.

Dan lafaz مِن خَلفِهِم bermaksud mereka akan merosakkan manusia dari urusan dunia pula. Syaitan datang lalu syaitan menghiasi dunia dengan hiasan yang indah dan menganjurkan mereka untuk memakainya. Dari segi literal, bermaksud ‘dari belakang’. Maknanya, sekarang mereka akan serang secara lembut dari belakang, tak perasan. Maknanya, sudahlah dari depan mereka serang, dari belakang pun mereka serang supaya kita tidak perasan.

 

وَعَن أَيمانِهِم وَعَن شَمائِلِهِم

dari kanan dan dari kiri mereka.

Dan syaitan akan datang dari arah kanan – maksudnya akan sesatkan manusia supaya tidak melakukan kebaikan. Bukannya mereka tidak berbuat apa-apa, mereka buat, tapi mereka sangka mereka melakukan sesuatu yang baik, padahal tidak. Macam buat amalan bidaah. Atau mereka suruh buat satu perkara, tinggalkan perkara lain. Macam ramai yang puasa, tapi solat tidak juga. Jadi, kanan adalah arah kebaikan, tapi syaitan akan halang manusia dari melakukan kebaikan itu.

Dan syaitan akan datang dari arah kiri, maksudnya mereka akan cuba sesatkan manusia supaya manusia melakukan kejahatan. Mereka akan tampakkan perkara yang buruk sebagai indah dan menghasut kita untuk melakukannya.

Jadi ini adalah empat cara Iblis menyesatkan manusia. Banyaklah pendapat tentang apakah maksud depan, belakang, kiri dan kanan. Tidak ada kesepakatan, jadi cukuplah kita katakan bahawa syaitan akan gunakan berbagai cara untuk menyesatkan manusia. Kalau benda yang baik, syaitan akan cuba untuk menghalang kita dari melakukannya; kalau benda yang buruk, syaitan akan cuba hasut kita untuk melakukannya.

Tapi ada satu arah yang tidak disebut – dari arah atas. Ini adalah kerana atas adalah tempat datangnya hidayah dari Allah, jadi mereka tidak boleh kacau dari arah itu.

 

وَلا تَجِدُ أَكثَرَهُم شاكِرينَ

Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.

Iblis yakin yang kebanyakan dari manusia tidak akan bersyukur, malah banyak yang kufur. Dalam hadis juga ada disebut bagaimana hanya satu dari seribu manusia sahaja yang akan masuk syurga.

Ayat ini juga mengajar kita apa yang syaitan akan lakukan terhadap kita. Mereka akan hasut dan sesatkan manusia sampai manusia tidak bersyukur kepada Allah. Kerana kalau kita bersyukur kepada Allah, kita akan taat kepada segala suruhanNya. Kalau sudah tidak bersyukur, tidak ada ketaatan lagi.


 

Ayat 18:

قالَ اخرُج مِنها مَذءومًا مَدحورًا ۖ لَمَن تَبِعَكَ مِنهُم لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Depart from it [i.e., Paradise], reproached and expelled. Whoever follows you among them – I will surely fill Hell with you, all together.”

(MALAY)

Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya”.

 

قالَ اخرُج مِنها مَذءومًا مَدحورًا

Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. 

Allah mengarahkan supaya syaitan keluar dari syurga, dengan keadaan terkutuk lagi terusir dari rahmat. Dia dikeluarkan dengan keadaan hina sekali. Kerana memang dia seorang yang bersalah sangat.

Lafaz مَدحورًا juga bermaksud dia dikeluarkan secara hina, dengan dijaga untuk memastikan dia benar-benar keluar. Macam kalau ada orang yang tidak mahu masuk dalam pejabat kita, kita panggil sekuriti dan sekuriti itu akan escort orang itu sampai ke pintu untuk pastikan dia benar-benar keluar. Atau kalau zaman dulu, kalau ada orang yang dibuang daerah, mereka akan dibawa ke pintu kota dan dihalau keluar dan diingatkan supaya tidak datang lagi ke bandar itu.

 

لَمَن تَبِعَكَ مِنهُم لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُم أَجمَعينَ

Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya”.

Dan Allah beritahu kepada Iblis, sesiapa sahaja yang mengikuti Iblis dan kuncunya, Allah  akan penuhkan neraka dengan mereka semua sekali – Iblis, syaitan dan mereka yang mengikuti mereka akan duduk bersama-sama dalam Jahannam. Ini adalah sumpah dan keputusan dari Allah. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan rancangan Iblis dan syaitan. Kena tahu perangkap mereka supaya kita boleh mengelak dari mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 007: al-A'raf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s