Tafsir Surah al-Maidah Ayat 109 – 110 (Mukjizat-mukjizat Nabi Isa)

Ayat 109: Ini berkenaan dengan hal Nabi Isa. Surah ini sudah hampir sampai ke penghujung. Allah sebut tentang Nabi Isa dan agama Kristian adalah agama yang terbesar dalam dunia sekarang ini. Dan ia adalah agama yang paling popular. Sebelum itu diceritakan soalan yang Allah tanya kepada semua Rasul.

۞ يَومَ يَجمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقولُ ماذا أُجِبتُم ۖ قالوا لا عِلمَ لَنا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلّامُ الغُيوبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Be warned of] the Day when Allāh will assemble the messengers and say, “What was the response you received?” They will say, “We have no knowledge. Indeed, it is You who is Knower of the unseen” –

(MALAY)

(Ingatlah), hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka): “Apa jawaban kaummu terhadap (seruan)mu?”. Para rasul menjawab: “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu); sesungguhnya Engkau-lah yang mengetahui perkara yang ghaib”.

 

يَومَ يَجمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقولُ ماذا أُجِبتُم

(Ingatlah), hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka): “Apa jawaban kaummu terhadap (seruan)mu?”.

Allah menceritakan kepada kita, kejadian di Mahsyar nanti. Waktu itu akan dikumpulkan semua rasul yang telah dipilh.

Waktu itu akan ditanya mereka: apa yang disambut oleh kaum kamu? Apa sambutan mereka terhadap dakwah kamu? Kamu telah sampaikan kepada umat kamu, tapi apa jawapan mereka? Mereka buat macam mana? Soalan yang penting yang hendak ditanya: mereka terima atau tidak?

 

قالوا لا عِلمَ لَنا

Para rasul menjawab: “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu); 

Para Rasul itu akan jawap: tidak ada ilmu kepada kami. Kami tidak tahu mereka terima sebenarnya atau tidak. Kerana mungkin boleh jadi ada yang munafik dari kalangan mereka walaupun yang terima dengan mulut pun, kerana kami tidak pasti. Kerana yang dikehendaki adalah umat itu kena terima dengan mulut dan juga dengan hati. Tapi hati mereka kami tidak tahu apa isinya. Yang tidak terima memang sudah jelas kerana mereka ada yang buat tidak tahu sahaja dan ada yang menentang. Kami tidak tahu kerana Engkau sahaja yang tahu ghaib yang dalam hati mereka. Kami sekadar sampaikan sahaja. Samada mereka benar terima atau tidak, kami tidak tahu

Selain itu, ada juga terjemahan kedua, dan ini adalah terjemahan Imam Razi. Para rasul itu mengatakan: tidak ada ilmu pada kami kecuali apa yang kami tahu jawapan mereka semasa hidup kami bersama mereka. Kami hanya boleh tahu perbuatan zahir mereka sahaja. Kami tidak tahu apa yang mereka buat setelah kami mati.

 

إِنَّكَ أَنتَ عَلّامُ الغُيوبِ

sesungguhnya Engkau-lah yang mengetahui perkara yang ghaib”.

Mereka mengaku yang mereka memang tidak tahu kerana mereka manusia sahaja. Dan mereka tidak tahu perkara ghaib. Yang tahu segala-galanya adalah Allah sahaja. Maka, ini juga menolak mereka yang kata Nabi Muhammad itu tahu perkara ghaib. Itu adalah jauh dari kebenaran kerana dalam ayat ini sendiri menjelaskan yang para Nabi itu semua mengaku yang mereka tidak ilmu ghaib.

Semua Nabi dan rasul jawap begitu. Dan ada lagi soal jawap selepas ini. Kerana selepas itu nanti puak yang menolak kebenaran akan berkata bahawa para Nabi tidak sampaikan pun dakwah dan ilmu kepada mereka. Ini bermakna mereka sudahlah telah berbohong di dunia dan sekarang, mereka bohong pula di akhirat. Apabila umat kata begitu, Allah akan tanya para Nabi apakah dalil yang mereka telah sampaikan dakwah tauhid kepada umat, para rasul itu akan kata umat Nabi Muhammad yang jadi saksi atas mereka. Iaitu mereka yang belajar Quran sahaja yang dapat memberikan persaksian itu kerana dalam Quran telah disebut yang para Nabi umat dahulu telah sampaikan segala wahyu kepada umat mereka.


 

Ayat 110: Dalam ramai-ramai Nabi yang ditanya, paling banyak ditanya adalah Nabi Isa a.s. Ini adalah kerana umat baginda yang banyak sesat menggunakan nama baginda. Amat ramai yang seru baginda dan jadikan baginda sebagai tuhan. Oleh itu, semua yang dijadikan sebagai sembahan akan ditanya. tapi disebut kisah Nabi Isa sebagai contoh.

إِذ قالَ اللَّهُ يا عيسَى ابنَ مَريَمَ اذكُر نِعمَتي عَلَيكَ وَعَلىٰ والِدَتِكَ إِذ أَيَّدتُكَ بِروحِ القُدُسِ تُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ وَكَهلًا ۖ وَإِذ عَلَّمتُكَ الكِتابَ وَالحِكمَةَ وَالتَّوراةَ وَالإِنجيلَ ۖ وَإِذ تَخلُقُ مِنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ بِإِذني فَتَنفُخُ فيها فَتَكونُ طَيرًا بِإِذني ۖ وَتُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ بِإِذني ۖ وَإِذ تُخرِجُ المَوتىٰ بِإِذني ۖ وَإِذ كَفَفتُ بَني إِسرائيلَ عَنكَ إِذ جِئتَهُم بِالبَيِّناتِ فَقالَ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم إِن هٰذا إِلّا سِحرٌ مُبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[The Day] when Allāh will say, “O Jesus, Son of Mary, remember My favor upon you and upon your mother when I supported you with the Pure Spirit [i.e., the angel Gabriel] and you spoke to the people in the cradle and in maturity; and [remember] when I taught you writing and wisdom and the Torah and the Gospel; and when you designed from clay [what was] like the form of a bird with My permission, then you breathed into it, and it became a bird with My permission; and you healed the blind [from birth] and the leper with My permission; and when you brought forth the dead with My permission; and when I restrained the Children of Israel from [killing] you when you came to them with clear proofs and those who disbelieved among them said, “This is not but obvious magic.”

(MALAY)

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: “Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: “Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata”.

 

إِذ قالَ اللَّهُ يا عيسَى ابنَ مَريَمَ

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: “Hai Isa putra Maryam,

Oleh itu, semua yang dijadikan sebagai sembahan akan ditanya. tapi disebut kisah Nabi Isa sebagai contoh.

 

اذكُر نِعمَتي عَلَيكَ وَعَلىٰ والِدَتِكَ

ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu

Allah tolak kefahaman salah tentang Nabi Isa yang banyak terjadi, dari dulu sampai sekarang, apabila manusia terlalu angkat kedudukan baginda sampaikan ke tahap yang tidak sepatutnya. Bukan Nabi Isa sahaja yang diangkat terlalu tinggi melebihi kedudukan sebagai manusia, tapi ibunya Maryam juga telah diangkat terlalu tinggi. Sampaikan ada yang menjadi Maryam juga salah satu dari triniti (fahaman sesat Kristian).

Oleh itu, Allah suruh manusia tolong ingat nikmat yang Allah telah berikan kepada Nabi Isa dan kepada ibu baginda. Allah telah jadikan Nabi Isa tanpa bapa. Allah jadikan baginda sebagain tanda kekuasaanNya di alam ini, boleh menjadikan apa sahaja. Dan kemudian Allah telah menaikkan baginda menjadi Rasulullah.

Maryam juga telah mendapat nikmat seorang anak yang amat hebat, seorang Rasul. Anaknya itu dijadikan sebagai tanda kesuciannya, menolak cemuhan kaumnya yang mengatakan dia telah melakukan zina. Semasa anaknya masih kecil beberapa sahaja, baginda telah bercakap mempertahankan kesucian ibunya itu dari kesalahan zina.

Maknanya, semua yang mereka dapat itu, Allah yang berikan. Semua itu adalah pemberian dari Allah, bukan mereka sendiri. Oleh itu, mereka berdua bukan Tuhan, bukan sebahagian dari Tuhan. Kerana kalau mereka itu Tuhan, tentu mereka ada kuasa sendiri.

 

إِذ أَيَّدتُكَ بِروحِ القُدُسِ

di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus.

‘Ruhul Qudus’ yang dimaksudkan adalah malaikat Jibrail. Pertama sekali Allah mengingatkan baginda ketika Dia telah bantu dan kuatkan baginda dengan malaikat Jibril yang duduk sekali dengan baginda. Setiap kali baginda berdakwah, malaikat Jibrail ada di sisi baginda. Nabi lain tidak ada mendapat pertolongan sebegini.

 

تُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ وَكَهلًا

Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa;

Dan Allah mengingatkan bagaimana Nabi Isa a.s. boleh bercakap-cakap dengan manusia walaupun baginda waktu itu masih dalam buaian lagi. Ini juga seperti yang disebut dalam surah Taha. Bicara baginda juga bukanlah bicara kosong tapi dakwah mengajak kaumnya kembali kepada dakwah tauhid dan agama yang lurus.

Dan bukan sahaja semasa baginda kecil dapat bercakap, tapi selepas baginda dewasa juga. Tapi apa hebatnya boleh berkata-kata waktu dewasa? Yang menariknya tentang ayat ini, lafaz كَهلً dari segi bahasa bermaksud seseroang yang berumur 40 ke atas. Tapi dari riwayat, semua tahu bahawa baginda telah dinaikkan ke dalam semasa baginda berumur awal 30an. Jadi, ini adalah dalil bahawa baginda akan diturunkan kembali ke bumi sekali lagi dan waktu itulah baginda akan terus berkata-kata dengan manusia. Iaitu ketika baginda turun dari langit dan dapat bercakap dengan orang lain. Baginda akan berkahwin dan dapat anak dan akan mati dan akan dikebumikan. Sekali baca, memang tidak nampak tentang perkara ini. Ada juga yang tidak percaya bahawa Nabi Isa akan dibangkitkan semula, kerana mereka kata tiada dalil. Jadi, salah satu dalilnya ada dalam ayat ini.

 

 وَإِذ عَلَّمتُكَ الكِتابَ وَالحِكمَةَ

dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu tentang al-Kitab dan hikmah, 

Dan sekarang Allah mengingatkan baginda tentang nikmat ilmu yang diberikan kepada baginda. Allah telah mengajar al-Kitab yang bermaksud Quran dan al-Hikmah yang bermaksud hadis Nabi Muhammad. Ini adalah ketika baginda diturunkan pada kali kedua. Baginda kena mengamalkan syariat Nabi Muhammad pada kali kedua baginda dibangkitkan jadi baginda kena mendapatkan ilmu Quran dan Hadis Nabi.

 

وَالتَّوراةَ وَالإِنجيلَ

dan Taurat dan Injil,

Dan tentunya baginda telah diajar dengan kitab Taurat dan Injil semasa hayat pertama baginda di dunia lagi.

 

وَإِذ تَخلُقُ مِنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ بِإِذن

dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, 

Sekarang masuk tentang mukjizat yang telah diberikan kepada baginda pula. Baginda telah membuat bentuk burung dari tanah selut, dengan izin Allah. Buat bentuk burung itu pun sudah dengan izin Allah. Belum dijadikan hidup lagi pun.

 

فَتَنفُخُ فيها فَتَكونُ طَيرًا بِإِذني

kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku.

Dan kemudian baginda meniup pada bentuk burung itu dan ia telah menjadi burung sebenar yang hidup. Asalnya dari bentuk burung sahaja, tapi sudah jadi burung sebenar. Tapi Allah ingatkan yang itu adalah dengan izin Allah, bukan qudrat baginda sendiri. Orang Kristian menggunakan ayat ini dan kata lihatlah Quran pun memperakui ketuhanan Jesus! Tidakkah mereka perasan bahawa semua itu dengan izin Allah semata-mata? Memang mereka telah sesat sampaikan mata mereka tidak nampak kebenaran.

 

وَتُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ بِإِذني

Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, 

Mukjizat yang seterusnya diberitahu dalam ayat ini adalah Nabi Isa telah sembuhkan orang buta asli dari lahir lagi, sampai dia jadi celik. Kalau orang yang celik kemudian buta, itu pun sudah hebat kalau dapat disembuhkan, apatah lagi kalau orang itu buta dari lahir lagi, tentu lebih hebat.

Dan baginda juga telah menyembuhkan orang berpenyakit sopak atau ada juga yang memanggilnya kusta. Ini adalah penyakit yang tidak dapat diubati zaman sekarang pun, tapi Nabi Isa dapat mengubatinya.

Tapi Allah ingatkan lagi yang semua itu bukan dari qudrat baginda tapi dengan izin Allah. Kalau bukan Allah yang izinkan dan jadikan, tidak akan terjadi.

 

وَإِذ تُخرِجُ المَوتىٰ بِإِذني

dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur dengan seizin-Ku, 

Maksud mengeluarkan itu adalah mengeluarkan dari kubur, iaitu menjadikan orang itu hidup kembali. Maknanya, Nabi Isa pernah menghidupkan orang yang telah mati, tapi itu pun dengan izin Allah. Kita kena ingat yang semuanya itu dengan izin Allah. Nabi Isa sendiri tidak ada kuasa, semua itu adalah kuasa dari Allah. Allah yang izinkan.

 

وَإِذ كَفَفتُ بَني إِسرائيلَ عَنكَ إِذ جِئتَهُم بِالبَيِّناتِ

dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil dari engkau di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, 

Allah mengingatkan ketika Allah menghalangi Bani Israil dari membunuh Nabi Isa a.s. Iaitu dengan mengangkat baginda dari dunia dan puak Rom telah membunuh orang lain yang disangka sebagai Nabi Isa.

Nabi Isa telah dirancang untuk dibunuh oleh puak Yahudi kerana baginda telah membuka kesalahan yang mereka telah lakukan selama hari ini. Oleh kerana marah kepada Nabi Isa, mereka telah menghasut kerajaan Rom sebagai pemerintah waktu itu untuk membunuh Nabi Isa. Mereka dakwah Nabi Isa telah mengaku sebagai Raja Bani Israil dan itu teleh menyebabkan kerajaan Rom bertindak. Oleh itu, rancangan untuk membunuh baginda itu adalah kerana baginda datang memberitahu mereka kebenaran dengan bawa dalil bukti. Bukannya baginda datang tangan kosong dan cakap kosong pun, tapi baginda datang dengan bukti yang nyata.

Bukti-bukti yang nyata itu adalah mukjizat-mukjizat yang telah ditunjukkan oleh baginda. Mereka telah meminta dalil yang menunjukkan yang baginda adalah seorang Rasul. Jadi, baginda telah menunjukkan semua mukjizat-mukjizat itu dan mereka telah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Tapi apa kata mereka?

 

فَقالَ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم إِن هٰذا إِلّا سِحرٌ مُبينٌ

lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: “Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata”

Orang kafir itu kata: tidaklah mukizat-mujizat ini melainkan sihir belaka. Mereka tidak dapat nak terima itu semua sebagai mukjizat. Mereka tidak tahu nak kata apa lagi, mereka hanya cakap ianya adalah sihir. Itulah cara mereka tolak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s