Tafsir Surah al-Maidah Ayat 104 – 106 (Pakai amalan tok nenek)

Ayat 104: Apabila Musyrikin Mekah ditegur dan diajak kepada ajaran tauhid, mereka tidak boleh terima. Jadi ini adalah ayat Syikayah (Rungutan Allah).

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسولِ قالوا حَسبُنا ما وَجَدنا عَلَيهِ آباءَنا ۚ أَوَلَو كانَ آباؤُهُم لا يَعلَمونَ شَيئًا وَلا يَهتَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when it is said to them, “Come to what Allāh has revealed and to the Messenger,” they say, “Sufficient for us is that upon which we found our fathers.” Even though their fathers knew nothing, nor were they guided?

(MALAY)

Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.

 

وَإِذا قيلَ لَهُم تَعالَوا إِلىٰ ما أَنزَلَ اللَّهُ

Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah

Lafaz تَعالَوا dari katadasar علو yang bermaksud ‘atas’. Oleh itu, ia memberi isyarat yang mengajak itu dari kedudukan yang tinggi. Ajak kepada orang yang di tempat yang rendah untuk naik ke tempat yang tinggi. Mengajak dari rendah ke kedudukan yang lebih baik. Umpama mengajak dari atas bukit kepada orang yang duduk di kaki bukit. Apabila berada di bawah, tidak nampak secara keseluruhan. Oleh itu, yang mengajak itu adalah mengajak kepada perkara yang lebih baik sebenarnya. Marilah angkat diri kamu dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi, ke tempat yang lebih baik. Jadilah manusia yang lebih baik.

Ikutlah wahyu yang Allah turunkan. Yang paling penting dalam wahyu itu adalah tentang Tauhid, tentang kenal Allah.

 

وَإِلَى الرَّسولِ

dan mengikuti Rasul”

Bukan sahaja kena ikut wahyu Quran tapi kena juga ikut apa yang Nabi huraikan berkenaan wahyu itu. Inilah agama yang perlu kita fahami, bukan payah pun – ikut Quran dan ikut Sunnah. Nabi dah tunjuk dah cara-cara agama yang lurus supaya manusia tidak keliru. Agama ini senang sahaja nak faham, semua orang boleh faham, yang buta huruf pun boleh faham. Asalkan mahu menerima kebenaran.

Dalil bahawa kita kena ikut apa yang Nabi sampaikan. Tidak boleh pakai Quran sahaja, kena faham Quran macam Nabi faham Quran itu.

 

قالوا حَسبُنا ما وَجَدنا عَلَيهِ آباءَنا

Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. 

Mereka yang yang tidak mahu menerima tauhid itu kata: cukuplah bagi kami apa yang kami dapati tok nenek kami buat. Mereka nak ikut apa yang mereka dapat dari orang sebelum mereka sahaja. Mereka rasa orang dulu tentu dah betul dah, tidak perlu lagi hukum yang Allah beri dan Nabi bawa.

Orang kita pun macam itulah juga, nak pakai amalan tok nenek. Sama sahaja mereka dengan musyrikin Mekah. Mereka tak cakaplah mereka tolak amalan Nabi, tapi begitulah yang kita boleh faham dari amalan mereka. Kenapa jadi begitu? Manusia malas nak berubah kerana banyak kerja mereka rasa kalau kena ubah. Senangnya pakai sahaja yang telah lama diamalkan. Sudah tidak kisah samada amalan itu benar atau tidak. Mereka malas nak fikir, malas nak belajar. Sedangkan ada amalan tok nenek yang salah. Kalau benar dan bertepatan dengan sunnah, tidak mengapalah kita pakai, tapi kalau berlainan, kita kena tinggalkan dan kena pakai yang benar dari agama.

 

أَوَلَو كانَ آباؤُهُم لا يَعلَمونَ شَيئًا وَلا يَهتَدونَ

Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.

Ada jumlah muqaddar: patutkah mereka ikut tok nenek juga, sedangkan tok nenek mereka dulu tidak tahu pun tentang agama, mereka ikut nafsu sahaja dan mereka tidak pernah terpimpin dengan mana-mana kitab pun? Kalau mereka ikut amalan yang kena dengan Islam, bolehlah. Tapi kalau mereka yang diikut itu tidak ada agama, tidak faham agama, kenapa ikut mereka? Kita pun tahu yang ramai antara mereka tidak belajar. Kita tak dengar pun pengajian tafsir dan hadis banyak di negara kita ini. Dan kita yang telah belajar sedikit sebanyak ini pun tahu yang apa yang mereka lakukan itu tidak dari agama, kerana tidak ada dalil. Sebagai contoh, tidak ada dalil pun amalan Majlis Tahlil itu, bukan? Mereka yang mengamalkannya pun mengaku tidak ada dalil.

Allah tak suka mereka yang jawap mereka ikut sahaja amalan tok nenek. Kalau nak ikut pun, kena tengok keadaan. Amalan itu kena ada dalil dari perbuatan Nabi dan sahabat. Dan kalau nak pakai kitab sebagai hujah pun, kena pakai kitab yang muktabar dari sesuatu mazhab sahaja. Jangan pakai ambil sahaja mana-mana kitab kerana kitab banyak dalam dunia ini. Ajaran sesat pun ada kitab juga, jadi takkan nak terima semua yang ada kitab. Oleh itu, kena berhujah dengan kitab muktabar yang digunapakai umum oleh sesuatu mazhab itu, kalau mazhab Syafie, kitab yang digunakan adalah al-Umm. Itulah kitab yang digunakan kalau nak bandingkan dengan mazhab-mazhab lain. Oleh itu, mereka guna jawapan tok nenek kerana mereka jahil tidak belajar dan malas nak belajar.


 

Ayat 105: Allah beritahu yang masyarakat yang beri jawapan begitu, kita tidak boleh biarkan. Kita kena jalankan amar makruf nahi munkar dan oleh itu kena beri teguran kepada mereka dan ajak mereka belajar. Selagi kita dan mereka hidup lagi, kita kena beritahu juga perkara yang benar kepada mereka. Kalau mereka tidak terima juga, ikut merekalah, tapi kita kena sampaikan kerana itu adalah kewajipan kita. Kita kena ingat yang kita tidak boleh berhenti dari ajak manusia kepada wahyu. Yang penting adalah ajak mereka datang belajar. Ajak mereka untuk sama-sama dengan mengaji agama, dan ajak mereka muzakarah supaya sama-sama dapat faham. Dan walaupun orang tidak terima, kita kena sampaikan juga.

Cuma, kalau mereka tidak terima juga, itu tidaklah memudharatkan kita. Mereka kena tanggung kesalahan mereka sendiri. Penolakan mereka itu tidaklah menyebabkan kita jatuh, tidaklah menyebabkan kita susah atau berdosa. Ingat, kalau mereka tidak terima pun dakwah dari kita, kita telah dapat pahala kerana kita telahsampaikan. Maknanya, kita tetap untung samada mereka terima atau tidak. Tapi kalau kita tidak sampaikan, kita yang rugi.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا عَلَيكُم أَنفُسَكُم ۖ لا يَضُرُّكُم مَن ضَلَّ إِذَا اهتَدَيتُم ۚ إِلَى اللَّهِ مَرجِعُكُم جَميعًا فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, upon you is [responsibility for] yourselves. Those who have gone astray will not harm you when you have been guided. To Allāh is your return all together; then He will inform you of what you used to do.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا عَلَيكُم أَنفُسَكُم

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu;

Ada orang yang salah faham tentang ayat ini. Mereka sangka ayat mengajar kita untuk jaga diri kita sahaja, tak perlu hiraukan orang lain. Kalau macam itu, tidak adalah amar makruf nahi mungkar. Itu adalah salah faham tentang ayat ini. Kita memang bertanggungjawab atas diri kita sendiri, bukan atas orang lain. Dan kita kena pastikan bahawa apa yang kita amalkan adalah ajaran yang benar. Kerana kita tidak boleh salahkan orang lain kalau kita salah. Jangan jadi orang yang ikut sahaja amalan tok nenek dan nanti di akhirat mereka cuba pula nak salahkan tok nenek yang ajar mereka ajaran yang salah. Oleh itu kita kena jaga diri kita supaya sentiasa ikut syariat. Maknanya kita kena islah (perbaiki) diri kita. Pertamanya, pastikan diri kita taat kepada Allah dalam segala hukum.

Keduanya, kita kena ingat yang ada banyak tanggungjawap kita sebagai seorang muslim, ada yang kena amal, ada yang kena ajar. Ada perkara yang kita tidak boleh amal, macam tentang haidh, lelaki tidak boleh amal, tapi dia kena sampaikan kepada ahli keluarga dia juga; begitu juga ayat tentang pemerintah, orang biasa tidak boleh amalkan kerana bukan pemerintah, tapi dia kena sampaikan kepada pemerintah. Oleh itu, jaga diri kita dan sampaikan kepada orang lain. Jadi kita kena sampaikan dan tegur kalau ada orang buat salah. Amar makruf perlu dijalankan.

Lihatlah apa kata Abu Bakr tentang ayat ini:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ رَحِمَهُ اللَّهُ: حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ، حَدَّثَنَا زُهَيْر -يَعْنِي ابْنَ مُعَاوِيَةَ-حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي خَالِدٍ، حَدَّثَنَا قَيْس قَالَ: قَامَ أَبُو بَكْرٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، وَقَالَ: أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّكُمْ تَقْرَؤُونَ هَذِهِ الْآيَةَ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ} إِلَى آخَرِ الْآيَةِ، وَإِنَّكُمْ تَضَعُونَهَا عَلَى غَيْرِ مَوْضِعِهَا، وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الْمُنْكَرَ وَلَا يُغَيِّرُونَهُ أَوْشَكَ اللَّهُ، عَزَّ وَجَلَّ، أَنْ يَعُمَّهُمْ بعِقَابه”. قَالَ: وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِيَّاكُمْ والكَذِب، فَإِنَّ الْكَذِبَ مُجَانِبُ الْإِيمَانَ.

Imam Ahmad rahimahullah mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim ibnul Qasim, telah menceritakan kepada kami Zuhair (yakni Ibnu Muawiyah), telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Abu Khalid, telah menceritakan kepada kami Qais, bahawa Khalifah Abu Bakar berkhutbah; ia memulainya dengan memanjatkan puja dan puji serta syukur kepada Allah, kemudian menyerukan kepada orang-orang, “Hai manusia, sesungguhnya kalian membaca ayat ini,” yaitu firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepada kalian apabila kalian telah mendapat petunjuk (Al-Maidah: 105) Tetapi kalian menempatkan pengertiannya bukan pada tempat yang sebenarnya. Dan sesungguhnya aku (Abu Bakar) pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya manusia itu apabila melihat perkara munkar; lalu mereka tidak mencegahnya, maka dalam waktu yang dekat Allah Swt. akan menurunkan siksa-Nya kepada mereka semua. Qais mengatakan bahwa ia pernah mendengar Abu Bakar r.a. berkata, “Hai manusia, hindarilah oleh kalian perbuatan dusta, kerana sesungguhnya dusta itu bertentangan dengan iman.”
Atsar ini telah diriwayatkan oleh Ashabus Sunan yang empat dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sahih-nya serta lain-lainnya melalui berbagai jalur yang cukup banyak dari sejumlah perawi yang banyak melalui Ismail ibnu Abu Khalid dengan lafaz yang sama secara muttasil lagi marfu. Di antara mereka ada yang meriwayatkannya dari Ismail ibnu Abu Khalid secara mauquf hanya sampai pada Abu Bakar r.a.

 

لا يَضُرُّكُم مَن ضَلَّ إِذَا اهتَدَيتُم

tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. 

Ianya tidak membahayakan kamu sedikit pun, kalau mereka sesat, kalau mereka tidak ikut kamu. Iaitu selepas kita menyampaikan dakwah kepada mereka atau melakukan teguran kepada mereka atas kesalahan mereka. Tidak mengurangkan pahala kamu pun kerana Allah tetap beri pahala kepada kamu setelah menyampaikan dakwah kepada mereka. Allah tidak kira kejayaan kita mengislamkan orang lain, atau samada orang itu ikut atau tidak nasihat kita, tapi Allah balas berdasarkan usaha kita.

Apabila kamu telah terpimpin. apabila kamu telah sempurnakan tuntutan wahyu – buat dan sampaikan, kamu akan selamat. Saidina Abu Bakr kata ramai yang salah faham tentang ayat ini. Dia kata ramai yang sangka agama Islam itu untuk jaga diri sahaja. Dia kata tidak begitu, tapi Islam kena pasti jalankan amar makruf nahi mungkar.

 

إِلَى اللَّهِ مَرجِعُكُم جَميعًا

Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, 

Allah ingatkan yang semua kita akan kembali kepada Allah. Yang dakwah dan yang tidak terima dakwah akan pulang belaka kepada Allah. Kalau kita tidak dakwah pun akan dikembalikan juga kepada Allah. Dan kalau Allah tanya kenapa tidak dakwah, apa kita nak jawap?

 

فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ

maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Allah bukan panggil kosong sahaja, tapi Allah akan ceritakan balik apa yang kita buat untuk menghukum kita. Samada kita dakwah atau tidak, terima dakwah atau tidak, semuanya itu akan dinilai oleh Allah.

Maulana Hadi Maidah 101-105


Ayat 106: Ayat ini termasuk dua lagi selepasnya adalah tiga ayat yang paling payah ditafsir dalam Quran. Oleh itu, kena tahu asbabun nuzul ayat ini kerana susah kalau baca begitu sahaja. Ianya amat susah untuk ditafsir dari segi bahasa dan hukum dan tafsir. Dalam ayat ini ada hukum yang masih berjalan hukum dan ada yang kata ianya sudah mansukh. i’rab pula sukar untuk difahami. Kadi kita kena usaha untuk memahaminya.

Ada pengajaran akidah dalam ayat ini. Iaitu Allah hendak memberitahu, dalam sumpah pun kena sumpah dengan nama Allah, tidak boleh bersumpah dengan nama ilah yang lain. Dan perkara ini tidak kira samada orang itu Islam atau kafir.

Asbabun Nuzul ayat ini: Pada zaman Nabi, ada tiga orang yang berkongsi berniaga, dua darinya adalah Nasara dan seorang Islam dan mereka telah mengembara dalam rombongan perniagaan. Ditakdirkan bahawa orang Islam itu telah jatuh sakit dalam perjalanan itu dan sebelum mati, waktu dia sakit, dia telah senaraikan semua barang-barang hak milik dia dalam perdanganan itu dan dia simpan dalam salah satu dari barangnya. Dan apabila dia rasa dia sudah hampir mati, dia telah berwasiat kepada dua rakan kongsinya itu, untuk bawa balik barang-barang dia dan beri kepada keluarganya.

Dua orang nasara itu akhirnya masuk Islam. Tetapi sebelum itu, mereka telah ambil barang kepunyaan simati yang mahal, iaitu satu jag perak bertatah emas. Dan barang-barang lain mereka telah beri kepada keluarga simati. Apabila keluarga itu mendapat segala barang-barang itu, mereka terjumpa senarai barang yang tuan barang telah tulis, tapi tidak diketahui oleh dua orang Nasara itu. Dari senarai itu, mereka boleh periksa segala barang itu dan bila periksa, mereka perasan ada barang yang hilang, iaitu jag itu. Mereka telah bertanya kepada Nasara dua orang itu, tetapi mereka berdua tidak mengaku tentang wujudnya barang itu. Mereka kata mereka tidak tahu tentang jag itu. Dan mereka tidak tahu menaru tentang senarai barang itu. Allah telah beri ilham simati tulis senarai sebelum beliau mati.

Oleh kerana tidak puas hati dengan alasan yang diberikan, keluarga simati telah melaporkan perkara itu kepada Nabi. Oleh kerana saksi yang dua orang itu membela diri mereka dengan kata tidak tahu, maka Nabi suruh panggil mereka berdua. Mereka telah diarahkan untuk bersumpah mengatakan mereka memang tidak tahu menahu tentang barang yang telah hilang itu. Inilah hukum yang kita boleh pakai: oleh kerana mereka kata mereka tidak ambil, mereka yang kena bersumpah. Yang dituduh kena bersumpah sedangkan yang mendakwa kena bawa dalil. Tapi walaupun mereka ada senarai barang itu, mereka tetap kena bawa saksi. Dan apabila tidak ada saksi, maka kes itu telah selesai begitu sahaja. Jag itu tidak dijumpai dan keluarga itu tidak ada cara lain lagi.

Allah turunkan ayat Quran ini untuk menegur, tidak boleh bersumpah melainkan atas nama Allah. Untuk mendapatkan kepastian dari dua lelaki itu dan kerana dua orang itu beragama Nasara, mereka telah disuruh bersumpah atas nama yang mereka sendiri takut untuk pecah. Iaitu dengan apa sahaja nama yang dia takut, terpulang kepada mereka, ikut agama mereka. Tetapi Allah tegur dalam ayat ini dan memberitahu kena bersumpah atas nama Allah juga. Walaupun kalau seseorang itu Nasara, dia kena bersumpah: demi Allah yang menurunkan kitab Injil; kalau yahudi, dia kena bersumpah, demi Allah yang telah menurunkan kitab Taurat. Kalau Majusi, demi Allah yang telah menciptakan api. Kalau dia seorang musyrikin Mekah, demi Allah yang memilih Nabi Ibrahim. Maknanya, kena bersumpah atas nama Allah juga, tidak boleh sebut selain dari Allah. Ini adalah kerana tidak ada yang boleh hukum melainkan Allah. Kerana Allah sahaja yang boleh apa sahaja. Ilah-ilah lain yang mereka anggap sebagai ada kelebihan itu, tidak ada langsung. Maka tidak boleh pakai ilah mereka.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا شَهادَةُ بَينِكُم إِذا حَضَرَ أَحَدَكُمُ المَوتُ حينَ الوَصِيَّةِ اثنانِ ذَوا عَدلٍ مِنكُم أَو آخَرانِ مِن غَيرِكُم إِن أَنتُم ضَرَبتُم فِي الأَرضِ فَأَصابَتكُم مُصيبَةُ المَوتِ ۚ تَحبِسونَهُما مِن بَعدِ الصَّلاةِ فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ إِنِ ارتَبتُم لا نَشتَري بِهِ ثَمَنًا وَلَو كانَ ذا قُربىٰ ۙ وَلا نَكتُمُ شَهادَةَ اللَّهِ إِنّا إِذًا لَمِنَ الآثِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, testimony [should be taken] among you when death approaches one of you at the time of bequest – [that of] two just men from among you or two others from outside if you are traveling through the land and the disaster of death should strike you. Detain them after the prayer and let them both swear by Allāh if you doubt [their testimony, saying], “We will not exchange it [i.e., our oath] for a price [i.e., worldly gain], even if he should be a near relative, and we will not withhold the testimony of [i.e., ordained by] Allāh. Indeed, we would then be of the sinful.”

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: “(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa”.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا شَهادَةُ بَينِكُم إِذا حَضَرَ أَحَدَكُمُ المَوتُ حينَ الوَصِيَّةِ اثنانِ ذَوا عَدلٍ مِنكُم

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, 

Apabila berwasiat, kena ada dua orang saksi yang adil. Dan lafaz مِنكُم (dari kalangan kamu) memberi isyarat bahawa mereka itu mestilah dari kalangan muslim. Ada juga yang berpendapat dari kalangan ahli keluarga yang berwasiat.

 

أَو آخَرانِ مِن غَيرِكُم

atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu,

Lafaz غَيرِكُم (selain dari kamu) dalam potongan ayat ini memberi isyarat bahawa boleh dijadikan sebagai saksi, orang yang bukan beragama Islam. Jadi Nasara boleh jadi saksi seperti yang telah berlaku dalam asbabun nuzul ayat ini.

 

أَنتُم ضَرَبتُم فِي الأَرضِ فَأَصابَتكُم مُصيبَةُ المَوتِ

jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. 

Ini adalah dua syarat yang diletakkan jikalau hendak memakai orang kafir sebagai saksi: mesti semasa dalam perjalanan tidak jumpa orang Islam yang lain; dan waktu itu memerlukan wasiat, dan hanya perkara wasiat sahaja boleh gunakan mereka sebagai saksi.

 

حبِسونَهُما مِن بَعدِ الصَّلاةِ

Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang

Tahan mereka yang hendak dijadikan sebagai saksi itu selepas solat. Seeloknya selepas solat Asar. Ada juga yang mengatakan, maksudnya tahan mereka selepas solat berjemaah, supaya boleh disaksikan oleh orang ramai yang datang solat sekali.

Kalau mereka itu bukan Muslim, maka tahan mereka selepas mereka melakukan cara sembahyang mereka.

 

فَيُقسِمانِ بِاللَّهِ إِنِ ارتَبتُم

lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu

Mereka hendaklah bersumpah dengan nama Allah. Hanya sumpah dengan nama Allah sahaja yang diterima. Itu kalau kamu ragu dengan persaksian mereka. Kalau tidak ragu-ragu, tidak perlu bersumpah.

 

لا نَشتَري بِهِ ثَمَنًا وَلَو كانَ ذا قُربىٰ

“(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit, walaupun dia karib kerabat,

Ini adalah lafaz sumpah mereka: mereka kena kata yang mereka tidak akan memungkiri sumpah itu walau apa pun sebabnya. Walaupun untuk kepentingan kaum kerabat mereka.

 

وَلا نَكتُمُ شَهادَةَ اللَّهِ

dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; 

Sambungan sumpah mereka, menegaskan sekali lagi yang mereka tidak akan memungkiri sumpah itu. Kerana mereka telah bersumpah atas nama Allah. Dan berdosa besar kalau menipu dalam sumpah dan persaksian.

 

إِنّا إِذًا لَمِنَ الآثِمينَ

sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa”.

Penutup kepada lafaz sumpah mereka.

 

 

Begitulah lafaz sumpah yang perlu dilakukan oleh mereka yang jadi saksi. Sambungan kisah ini dalam ayat yang seterusnya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s