Tafsir Surah al-Maidah Ayat 96 – 99 (Makanan dari laut halal)

Ayat 96: Sebelum ini telah diberitahu larangan memburu binatang semasa dalam ihram. Dalam ayat ini dijelaskan lagi, bahawa binatang darat sahaja yang haram diburu semasa dalam ihram. Kalau binatang laut, dibenarkan.

أُحِلَّ لَكُم صَيدُ البَحرِ وَطَعامُهُ مَتاعًا لَكُم وَلِلسَّيّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيكُم صَيدُ البَرِّ ما دُمتُم حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Lawful to you is game from the sea and its food as provision for you and the travelers,¹ but forbidden to you is game from the land as long as you are in the state of iḥrām. And fear Allāh to whom you will be gathered.

  • Fishing and eating whatever is caught from the sea is permitted even during iḥrām.

(KEMENTERIAN AGAMA INDONESIA)

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

 

أُحِلَّ لَكُم صَيدُ البَحرِ وَطَعامُهُ

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut

Dihalalkan bagi kita yang buat ihram, binatang laut untuk ditangkap. Ramai yang mengembara mengerjakan Haji dan Umrah melalui jalan laut, dan bagi mereka itulah sahaja sumber makanan yang mereka boleh dapat. Maka Allah benarkan mereka menangkap ikan dan makanan dari laut itu.

Lafaz صَيدُ البَحرِ adalah untuk tangkapan dari laut yang segar (yang ditangkap hidup-hidup) dan طَعامُهُ adalah yang asalnya dari laut, macam ikan kering, sotong kering dan sebagainya. Boleh juga bermaksud makanan dari laut yang dicampak ke laut setelah ianya mati. Boleh juga bermaksud apa-apa sahaja makanan dari laut.

 

مَتاعًا لَكُم وَلِلسَّيّارَةِ

sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; 

Memang makanan dibenarkan untuk kita semua.

Dan untuk semua yang bermusafir guna jalan laut. Maknanya, kalau buat dalam ihram pun, memang boleh tangkap makanan dalam laut itu.

Jumhur ulama menyimpulkan dalil yang menghalalkan bangkai hewan laut dari ayat ini dan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik ibnu Anas, dari Ibnu Wahb;

dan Ibnu Kaisan dari Jabir ibnu Abdullah yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw. mengirimkan sejumlah orang dalam suatu pasukan dengan misi khusus ke arah pantai. Dan Nabi Saw. mengangkat Abu Ubaidah ibnul Jarrah sebagai pemimpin mereka. Jumlah mereka kurang lebih tiga ratus orang, dan perawi sendiri (yakni Jabir ibnu Abdullah) termasuk salah seorang dari mereka.
Kami berangkat, dan ketika kami sampai di tengah jalan, semua perbekalan yang kami bawa habis. Maka Abu Ubaidah ibnul Jarrah memerintahkan agar semua perbekalan yang tersisa dari pasukan itu dikumpulkan menjadi satu. Jabir ibnu Abdullah berkata, “Saat itu perbekalanku adalah buah kurma. Sejak itu Abu Ubaidah membagi-bagikan makanan sedikit demi sedikit, sehingga semua perbekalan habis. Yang kami peroleh dari perbekalan itu hanyalah sebiji kurma. Kami benar-benar merasa kepayahan setelah perbekalan kami habis.”
“Tidak lama kemudian sampailah kami di tepi pantai, dan tiba-tiba kami menjumpai seekor ikan paus yang besarnya sama dengan sebuah gundukan tanah yang besar. Maka pasukan itu makan daging ikan paus tersebut selama lapan belas hari. Kemudian Abu Ubaidah memerintahkan agar dua buah tulang iga ikan itu ditegakkan, lalu ia memerintahkan agar seekor unta dilalukan di bawahnya; ternyata unta itu tidak menyentuh kedua tulang iga yang diberdirikan itu (kerana besarnya ikan itu).”
Hadis ini diketengahkan di dalam kitab Sahihain, dan mempunyai banyak jalur bersumber dari Jabir ibnu Abdullah.

Di dalam kitab Sahih Muslim, melalui riwayat Abuz Zubair, dari Jabir disebutkan,

“Tiba-tiba di pinggir laut terdapat haiwan yang besarnya seperti gundukan tanah yang sangat besar. Lalu kami mendatanginya, ternyata haiwan tersebut adalah seekor ikan yang dikenal dengan nama ikan paus ‘anbar’.” Abu Ubaidah mengatakan bahawa haiwan ini telah mati. Tetapi akhirnya Abu Ubaidah berkata, “Tidak, kami adalah utusan Rasulullah Saw., sedangkan kalian dalam keadaan darurat. Maka makanlah haiwan ini oleh kalian.”
Jabir melanjutkan kisahnya, “Kami memakan ikan tersebut selama satu bulan, sedangkan jumlah kami seluruhnya ada tiga ratus orang, hingga kami semua gemuk kerananya. Kami mencedok minyak ikan dari kedua mata ikan itu dengan memakai ember besar, dan dari bahagian mata itu kami dapat memotong daging sebesar kepala banteng.”
Jabir mengatakan bahawa Abu Ubaidah mengambil tiga belas orang lelaki, lalu mendudukkan mereka pada liang kedua mata ikan itu, dan ternyata mereka semuanya muat di dalamnya. Lalu Abu Ubaidah mengambil salah satu dari tulang iga ikan itu dan menegakkannya, kemudian memerintahkan agar melalukan seekor unta yang paling besar yang ada pada kami di bawahnya, dan ternyata unta itu dapat melaluinya dari bawahnya. Kami sempat mengambil bekal daging ikan itu dalam jumlah yang ber-wasaq-wasaq (cukup banyak).
Selanjutnya Jabir berkata, “Ketika kami tiba di Madinah, kami menghadap kepada Rasulullah Saw. dan menceritakan kepadanya hal tersebut, maka beliau Saw. bersabda:

“هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّهُ لَكُمْ، هَلْ مَعَكُمْ مِنْ لَحْمِهِ شَيْءٌ فَتُطْعِمُونَا؟

Ikan itu adalah rezeki yang dikeluarkan oleh Allah bagi kalian, apakah masih ada pada kalian sesuatu dari dagingnya untuk makan kami’?”
Jabir melanjutkan kisahnya, “Lalu kami kirimkan kepada Rasulullah Saw. sebahagian darinya, dan beliau Saw. memakannya.”

وَقَالَ مَالِكٌ، عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيم، عَنْ سَعِيدِ بْنِ سَلَمة -مِنْ آلِ ابْنِ الْأَزْرَقِ: أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ-وَهُوَ مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ-أَخْبَرَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنَ الْمَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا، أَفَنَتَوَضَّأُ بِمَاءِ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “هُوَ الطَّهُور مَاؤُهُ الحِلّ مَيْتَتُهُ”.

Malik telah meriwayatkan dari Safwan ibnu Salim, dari Sa’id ibnu Salamah, dari kalangan keluarga Ibnul Azraq, bahwa Al-Mugirah ibnu Abu Burdah dari kalangan Bani Abdud Dar pernah menceritakan kepadanya bahawa ia telah mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Saw., “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami biasa memakai jalan laut, dan kami hanya membawa persediaan air tawar yang sedikit. Jika kami pakai untuk wudu, niscaya kami nanti akan kehausan. Maka bolehkah kami berwudu dengan memakai air laut?” Maka Rasulullah Saw. menjawab: Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh kedua orang imam —iaitu Imam Syafii dan Imam Ahmad ibnu Hambal— serta empat orang pemilik kitab Sunan, dan dinilai sahih oleh Imam Bukhari, Imam Turmuzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban serta lain-lainnya. Dan telah diriwayatkan hal yang semisal dari sejumlah sahabat Nabi Saw., dari Nabi Saw.

 

وَحُرِّمَ عَلَيكُم صَيدُ البَرِّ ما دُمتُم حُرُمًا

dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram.

Yang diharamkan adalah buru binatang darat, selama dalam ihram.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

Hendaklah bertaqwa dengan jaga hukum Allah dan takutlah kepada Allah. Kerana kita akan bertemu denganNya nanti dan akan ditanya apa yang kita telah lakukan selama di dunia. Adakah kita menjaga hukum yang telah disampaikanNya atau tidak?


 

Ayat 97: Ayat ini tentang kelebihan tempat tertentu, yang ada pahala tertentu berdasarkan maklumat dari Allah dan disampaikan dari Nabi.

Itulah dalil-dalil yang kita kena pakai dan bukanlah yang tidak tahu dari sumber yang mana. Macam kekeliruan masyarakat dari dulu lagi, yang sangaka kalau buat ibadat di kubur, ada pahala lebih; itu adalah haram. Malangnya, banyak dari kalangan masayarakat kita yang buat begitu. Mereka keliru kerana ada kitab yang menceritakan kelebihan. Kitab itu menceritakan tentang kelebihan Hari Haul – iaitu hari ziarah kubur, dan kerana itu ramai berduyun pergi ke kawasan perkuburan tertentu macam manusia pergi buat Haji.

Ketahuilah bahawa semua itu diajar oleh syaitan kerana tidak ada dalil yang sahih. Oleh itu jangan jadikan tempat-tempat itu seperti tempat tempat ibadat yang Allah telah ajar. Malangnya fahaman mereka, ada orang yang kata kalau buat ibadat di kawasan perkuburan tertentu, akan dapat syafaat dari tok wali penghuni kubur itu. Jarang ada di tempat kita tapi sudah mula nak masuk tempat kita dengan kedatangan golongan Habib dari Yaman yang memang mereka mengamalkan ajaran sesat ini di Yaman. Mereka kata kononnya kalau ikhlas, amalan itu boleh masuk syurga. Senang sahaja mereka kata padahal benda itu tidak ada dalil. Masyarakat kita yang tidak tahu, ikut sahaja apa yang mereka lakukan. Begitulah kalau jahil, memang senang kena tipu oleh mereka yang berperawakan warak. Oleh itu, kena belajar dan kena ajar masyarakat kita dengan ilmu agama supaya tidak senang ditipu. Kalau tidak, senang sahaja syaitan ambil mereka dan sesatkan mereka sampai masuk neraka kekal.

۞ جَعَلَ اللَّهُ الكَعبَةَ البَيتَ الحَرامَ قِيامًا لِلنّاسِ وَالشَّهرَ الحَرامَ وَالهَديَ وَالقَلائِدَ ۚ ذٰلِكَ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has made the Ka‘bah, the Sacred House, standing¹ for the people and [has sanctified] the sacred months and the sacrificial animals and the garlands [by which they are identified]. That is so you may know that Allāh knows what is in the heavens and what is in the earth and that Allāh is Knowing of all things.

  • Conspicuously as a symbol of Allāh’s religion.

(KEMENTERIAN AGAMA INDONESIA)

Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya, qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

جَعَلَ اللَّهُ الكَعبَةَ البَيتَ الحَرامَ قِيامًا لِلنّاسِ

Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu tertegak bagi manusia,

Allah telah jadikan Ka’bah tempat manusia boleh buat hubungan untuk urusan agama – untuk menegakkan agama Allah. Ianya tempat berkumpul untuk tujuan agama. Di situ tempat untuk melakukan ibadat dan juga tempat mesyuarat untuk seluruh umat Islam. Ini adalah kerana Mekah itu tempat berkumpul pemimpin dunia supaya mereka boleh bermesyuarat dan bawa pulang amanat dari khalifah. Kalau ada pengumuman penting pun, sepatutnya dilakukan di situ. Begitulah yang dilakukan zaman sahabat dan pada zaman khalifah.

Maksud الحَرامَ: tempat suci yang diharamkan perkara-perkara tertentu. Antaranya tidak boleh membunuh, merosakkan tanaman dan binatang, amalan yang berlawanan dengan Islam dan sebagainya.

Lafaz قِيامًا juga boleh bermaksud yang ianya akan tetap ada di situ. Ka’bah tidak akan pergi ke mana-mana.

 

وَالشَّهرَ الحَرامَ

dan bulan Haram,

Dan Allah juga telah menetapkan untuk kita dengan bulan-bulan Haram. Dalam empat bulan dalam setahun tidak boleh memulakan peperangan. Ianya adalah masa yang diperuntukkan untuk beribadat. Masyarakat Arab dulu selalunya berperang dan kalau peperangan berlangsung sepanjang tahun, bila pula masa nak buat amal ibadat?

 

وَالهَديَ

dan had-ya,

Maksudnya binatang yang telah dikenalpasti untuk korban. Sebelum musim korban, seseorang itu telah menetapkan yang binatang itu akan dikorbankan. Jangan diganggu binatang itu.

 

وَالقَلائِدَ

dan qalaid.

Maksudnya adalah ada binatang yang ditanda khas untuk korban. Jangan diganggu binatang yang telah ditanda itu.

 

ذٰلِكَ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi 

Ada jumlah muqaddar di sini – Allah jadikan semua yang di atas supaya kamu menyakini bahawa Allah lah yang maha mengetahui lapisan langit dan bumi. Allah nak tengok samada kita boleh atau tidak ikut cara Dia, hukum Dia atau nak ikut nafsu kita sahaja.

 

وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Mungkin ada yang tanya kenapa perkara-perkara itu suci dan diharamkan untuk diganggu? Kita kena terima bahawa Allah tahu segalanya dan kita tidak tahu. Dan Allah tidak perlu menjelaskan untuk kita kenapa sesuatu perkara itu haram atau halal. Kita sebagai manusia kena terima sahaja.


 

Ayat 98: Jadi, kalau degil juga tak mahu ikut rancangan Allah, maknanya orang itu sebenarnya ikut syaitan. Syaitan memang akan cuba sesatkan manusia, mereka akan putarbelitkan fakta dan akan kelentong manusia. Apakah amaran Allah kepada mereka yang sebegitu?

اعلَموا أَنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ وَأَنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Know that Allāh is severe in penalty and that Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

اعلَموا أَنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya

Kalau kamu tidak mahu ikut juga hukum yang Allah telah berikan, tidaklah mengapa. Manusia memang diberikan pilihan samada untuk ikut atau tidak; manusia tidak dipaksa seperti malaikat dan makhluk yang lain yang kena ikut sahaja. Tapi ingat, kalau nak langgar juga hukum Allah, kena tahulah yang hukuman yang menanti dari Allah adalah sangat hebat. Jangan kata kamu tidak diberitahu awal-awal.

 

وَأَنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah buat keras sahaja, bukan nak hukum hamba Dia sahaja. Allah bersifat lembut. Dan bagi mereka yang kembali kepadaNya, Dia maha mengampuni. Maka ambillah peluang ini.


 

Ayat 99: Tugas rasul adalah menyampaikan dan tidak memaksa sesiapa. Begitu jugalah tugas kita pun dalam dakwah kepada manusia.

ما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلاغُ ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not upon the Messenger is [responsibility] except [for] notification. And Allāh knows whatever you reveal and whatever you conceal.

(MALAY)

Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

 

ما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلاغُ

Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, 

Tugas baginda adalah menyampaikan sahaja. Nabi Muhammad tidak boleh hendak menghukum sesiapa yang tidak ikut dakwah yang disampaikan. Baginda memang tidak boleh hukum, tapi ingat, Allah tetap akan hukum. Tidak boleh lari dari Allah. Kalau lari dari Nabi boleh lagi, tapi tidak boleh lari dari Allah.

Bagi kita yang menyambung tugas Nabi menyampaikan dakwah kepada manusia pun sama juga, kita boleh sampaikan sahaja. Kalau ada yang tidak mahu dengar, kita tidak boleh buat apa-apa. Kita boleh tegur majlis bidaah yang manusia lakukan, tapi setakat tegur sahaja, kalau mereka masih nak buat juga, kita tidak boleh buat apa.

 

وَاللَّهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Allah yang tahu apa yang kamu zahirkan dengan tubuh kamu dan perkataan kamu atau yang kamu simpan dalam hati. Samada zahir atau batin, sama sahaja bagi Allah, Allah tahu kesemuanya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s