Tafsir Surah al-Maidah Ayat 71 – 73 (Larangan triniti)

Ayat 71:

وَحَسِبوا أَلّا تَكونَ فِتنَةٌ فَعَموا وَصَمّوا ثُمَّ تابَ اللَّهُ عَلَيهِم ثُمَّ عَموا وَصَمّوا كَثيرٌ مِنهُم ۚ وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they thought there would be no [resulting] punishment, so they became blind and deaf. Then Allāh turned to them in forgiveness; then [again] many of them became blind and deaf. And Allāh is Seeing of what they do.

(MALAY)

Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencanapun (terhadap mereka), maka (kerana itu) mereka menjadi buta dan pekak, kemudian Allah menerima taubat mereka, kemudian kebanyakan dari mereka buta dan tuli (lagi). Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.

 

وَحَسِبوا أَلّا تَكونَ فِتنَةٌ فَعَموا وَصَمّوا

Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencanapun (terhadap mereka), maka (kerana itu) mereka menjadi buta dan pekak,

Walaupun perbuatan dosa mereka itu amat berat, sampai ada yang bunuh Nabi-nabi mereka, tapi mereka sangka tidak akan berlaku apa apa fitnah ke atas mereka – tidak ditimpa kesusahan pada mereka. Iaitu mereka sangka mereka tidak akan kena azab.

Lalu mereka lebih buta dari kebenaran dan pekak kepada kebenaran – kerana tidak ada alamat-alamat kena hukum. Mereka rasa senang sahaja, dah buat salah pun masih tidak jadi apa-apa kepada mereka.

 

ثُمَّ تابَ اللَّهُ عَلَيهِم

kemudian Allah menerima taubat mereka,

Kemudian Allah masih beri peluang kepada mereka untuk bertaubat walaupuun pada akhir zaman, boleh bertaubat dengan ikut Nabi akhir zaman. Iaitu mereka kena ikut ajaran dan syariat Nabi Muhammad. Atas sifat rahmah Allah, Dia boleh ampunkan segala kesalahan mereka.

 

ثُمَّ عَموا وَصَمّوا كَثيرٌ مِنهُم

kemudian kebanyakan dari mereka buta dan tuli (lagi).

Walaupun peluang untuk bertaubat sudah dibuka kepada mereka, tapi kebanyakan dari mereka masih buta dan pekak kepada kebenaran – masih tidak ikut Nabi akhir zaman. Hanya ada sedikit sahaja yang mahu bertaubat dan menerima ajaran Islam. Ada itu memang ada, tapi bukan yang majoriti.


 

Ayat 72: Ini pula berkenaan dengan akidah. Allah menyebut akidah sesat golongan Kristian. Dan Allah memberitahu apakah sebenarnya akidah Nabi Isa a.s.

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ المَسيحُ ابنُ مَريَمَ ۖ وَقالَ المَسيحُ يا بَني إِسرائيلَ اعبُدُوا اللَّهَ رَبّي وَرَبَّكُم ۖ إِنَّهُ مَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَد حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيهِ الجَنَّةَ وَمَأواهُ النّارُ ۖ وَما لِلظّالِمينَ مِن أَنصارٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They have certainly disbelieved who say, “Allāh is the Messiah, the son of Mary” while the Messiah has said, “O Children of Israel, worship Allāh, my Lord and your Lord.” Indeed, he who associates others with Allāh – Allāh has forbidden him Paradise, and his refuge is the Fire. And there are not for the wrongdoers any helpers.

(MALAY)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

 

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ المَسيحُ ابنُ مَريَمَ ۖ

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”,

Telah jelas, kafirlah orang yang mengatakan begitu. Mereka kata Allah itu adalah dalam jelmaan Nabi Isa: ini adalah salah satu dari fahaman sesat Kristian. Mereka juga ada banyak mazhab. Mazhab jenis ini yang mengatakan Allah menjelma menjadi Nabi Isa dan turun ke dunia.

 

وَقالَ المَسيحُ يا بَني إِسرائيلَ اعبُدُوا اللَّهَ رَبّي وَرَبَّكُم

padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”.

Mereka sembah dan iktikad mereka adalah Nabi Isa itu adalah Allah sendiri, sedangkan ia amat berlawanan sekali dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Isa sendiri. al-Masih adalah gelaran untuk Nabi Isa. Baginda sendiri berkata lain dari apa fahaman sesat mereka.

Baginda sendiri suruh umatnya sembah Allah sahaja dan memang baginda sendiri pun sembah Allah sahaja, tidak pernah suruh orang lain sembah baginda. Baginda dengan jelas mengaku yang Allah itu adalah Tuhan/Rabb.

 

إِنَّهُ مَن يُشرِك بِاللَّهِ فَقَد حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيهِ الجَنَّةَ

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga,

Dan Nabi Isa telah memberi amaran kepada umatnya, sesiapa yang syirik kepada Allah, seru baginda atau sesiapa sahaja selain Allah, maka Allah telah haram syurga ke atas mereka.

 

وَمَأواهُ النّارُ

dan tempatnya ialah neraka, 

Dan tempat akhir mereka hanyalah neraka. Mereka tidak keluar darinya.

 

وَما لِلظّالِمينَ مِن أَنصارٍ

tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

‘Zalim’ dalam ayat ini bermaksud zalim dalam bentuk syirik. Mereka tidak ada sesiapa yang akan menolong mereka. Malah, tidak akan ada pemberi syafaat untuk mereka. Kerana syafaat hanya layak bagi mereka yang tidak mati dalam melakukan syirik sahaja.


 

Ayat 73: Ayat berkenaan akidah juga.

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ ثالِثُ ثَلاثَةٍ ۘ وَما مِن إِلٰهٍ إِلّا إِلٰهٌ واحِدٌ ۚ وَإِن لَم يَنتَهوا عَمّا يَقولونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They have certainly disbelieved who say, “Allāh is the third of three.”¹ And there is no god except one God. And if they do not desist from what they are saying, there will surely afflict the disbelievers among them a painful punishment.

  • i.e., one part of three, referring to the Christian concept of trinity.

(KEMENTERIAN AGAMA INDONESIA)

Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.

 

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ ثالِثُ ثَلاثَةٍ

Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, 

Ini adalah satu lagi fahaman Kristian. Mereka kata Allah adalah salah satu antara tiga. Ini adalah konsep triniti yang banyak dipakai oleh puak Kristian. Mereka kata Tuhan itu ada tiga oknum: Tuhan Bapa, Nabi Isa dan Jibrail. Ada juga yang menggantikan Jibrail dengan Maryam. Ini susah untuk dijelaskan dan orang Kristian pun tidak dapat menjelaskannya kerana mereka pun keliru juga. Allah nak tegaskan yang ini pun fahaman kafir juga.

 

وَما مِن إِلٰهٍ إِلّا إِلٰهٌ واحِدٌ

padahal sekali-kali tidak ada ilah selain dari ilah Yang Esa.

Inilah fahaman tauhid. Ilah itu hanya ada satu sahaja, iaitu Allah. Ramai yang menjadikan selain Allah sebagai ‘ilah’ walaupun mereka tidaklah mengatakan ilah-ilah itu sebagai tuhan. Perbincangan ilah yang panjang ada dalam usul tafsir. Antara ilah yang diadakan selain dari Allah adalah Nabi, wali dan malaikat.

 

وَإِن لَم يَنتَهوا عَمّا يَقولونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم عَذابٌ أَليمٌ

Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.

Ini adalah takhwif ukhrawi – kalau mereka tidak berhenti dari fahaman mereka itu, mereka akan dikenakan azab yang pedih. Ayat-ayat sebegini perlu dijelaskan kepada puak Kristian sekarang supaya mereka boleh memikirkan kesalahan yang mereka telah lakukan dalam iktikad mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s