Tafsir Surah al-Maidah Ayat 74 – 76 (Nabi Isa dan ibunya pun makan)

Ayat 74: Ini adalah nasihat kepada mereka yang tidak taat sebelum ini: Setelah dengar segala hukum tentang akidah itu dan amalan, kalau ada kesalahan yang buat sebelum ini, maka taubatlah dan berhentilah dari melakukannya. Itu yang Allah hendak dari kita.

أَفَلا يَتوبونَ إِلَى اللَّهِ وَيَستَغفِرونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So will they not repent to Allāh and seek His forgiveness? And Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

أَفَلا يَتوبونَ إِلَى اللَّهِ

Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah

Tidakkah mereka ada peluang lagi untuk bertaubat kepada Allah? Taubat itu adalah menyesal dari apa yang telah dilakukan dahulu dan berazam untuk tidak buat lagi. Peluang itu masih ada lagi selagi masih hidup, maka mengapa tidak ambil peluang itu? Kenapa hendak menegakkan fahaman yang salah lagi?

 

وَيَستَغفِرونَهُ

dan memohon ampun kepada-Nya?

Mohonlah ampun kepada Allah supaya dihapuskan dosa itu selama-lamanya. Apabila Allah hapuskan dosa itu, dosa itu tidak ada sesiapa lagi yang tahu di akhirat kelak.

Malangnya, dalam akidah penganut Kristian, mereka kata pengampunan itu hanya boleh dilakukan kalau menerima Nabi Isa sebagai tuhan, atau salah satu dari tiga tuhan dalam satu. Mereka kononnya kena minta ampun melalui Nabi Isa juga. Ini adalah fahaman yang salah. Sepatutnya kita terus minta ampun kepada Allah sahaja, tidak melalui perantaraan pun.

Kebanyakan manusia melakukan syirik kerana mereka tidak berurusan terus dengan Allah. Mereka masih juga lagi hendak menggunakan ‘wasilah’ (perantara) dalam urusan agama. Itulah sebabnya ramai yang sedekah duit kepada makam-makan tertentu, buat kenduri di kuburan tertentu dan macam-macam lagi perkara syirik. Dan apabila mereka melakukan perkara sebegitu, mereka rasa yang mereka telah selamat. Kerana mereka rasa mereka telah ada orang yang akan ‘jaga’ mereka. Ini adalah syirik sama sekali.

Dan kebanyakan manusia tidak mahu bertaubat dan menerima kebenaran. Pada mereka, kalau mereka terima, mereka kena ubah cara amalan mereka dan mereka tidak mahu. Mereka sudah biasa dengan apa yang mereka telah lakukan selama hari ini dan mereka tidak bersedia untuk mengubahnya. Selalunya mereka mendapat amalan itu dari tok nenek mereka dan mereka tidak sanggup mengatakan amalan tok nenek mereka dulu itu salah. Jadi, mereka akan amalkan terus.

 

وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah suruh ambillah kesempatan untuk bertaubat selagi boleh. Ini adalah kerana Allah maha mengampuni. Dan Allah suka kalau hamba yang mengaku dan minta maaf kepadaNya. Allah bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja. Allah buka pintu rahmahNya dan menjemput semua untuk bertaubat kepadaNya kalau ada buat salah.


 

Ayat 75: Kalau Nabi Isa itu bukan tuhan, maka siapakah baginda? Allah beritahu dalam ayat ini.

مَا المَسيحُ ابنُ مَريَمَ إِلّا رَسولٌ قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدّيقَةٌ ۖ كانا يَأكُلانِ الطَّعامَ ۗ انظُر كَيفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآياتِ ثُمَّ انظُر أَنّىٰ يُؤفَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Messiah, son of Mary, was not but a messenger; [other] messengers have passed on before him. And his mother was a supporter of truth. They both used to eat food.¹ Look how We make clear to them the signs; then look how they are deluded.

  • They were in need of sustenance, proving that they were creations of Allāh, not divine beings.

(MALAY)

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu).

 

مَا المَسيحُ ابنُ مَريَمَ إِلّا رَسولٌ

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul 

Nabi Isa a.s itu dia adalah seorang Rasul yang mulia. Baginda bukanlah terlalu tinggi sampai ke tahap tuhan dan bukan juga hina sebagai anak zina. Kerana ada juga yang merendahkan baginda dengan mengatakan baginda adalah anak zina.

 

قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ

sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul,

Sebelum baginda dulu pun sudah ada rasul-rasul lain. Maka tidaklah pelik kerana baginda adalah salah seorang dari Rasul sahaja. Baginda juga seorang hamba Allah juga dan bukan tuhan dan bukan anak tuhan. Ahli Kitab pun terima ada rasul-rasul yang lain seperti Nabi Musa dan sebagainya.

Rasul-rasul dulu datang dan pergi. Ianya bukan perkara yang pelik. Begitu juga, Nabi Muhammad juga mati. Janganlah kerana sayang kepada Nabi Muhammad, sampai tidak terima yang baginda pun mati juga. Ini adalah kerana ada yang mengatakan Nabi Muhammad tidak mati – atau ada yang kata baginda dihidupkan kembali dan ada di kalangan kita. Begitulah yang terjadi kepada puak Kristian – mereka terlalu sayang kepada Nabi Isa sampai mereka menaikkan kedudukan baginda sebagai tuhan.

 

وَأُمُّهُ صِدّيقَةٌ

dan ibunya seorang yang sangat benar,

Dan emak baginda, Maryam pula seorang yang benar dalam taat kepada Allah. Beliau taat setia kepada Allah dalam segala hal. Beliau beriman kepada Nabi Isa dan membenarkan kerasulan baginda.

Kedudukan Sadiqah adalah satu kedudukan yang dibawah dari kedudukan Nabi. Jadi ayat ini menjadi dalil bahawa Maryam bukanlah seorang Nabi. Kerana ada yang berpendapat beliau juga seorang Nabi tapi ditolak dengan dalil dalam ayat ini. Jadi, tidak seperti apa yang diduga oleh Ibnu Hazm dan lain-lainnya yang mengatakan bahwa ibu Nabi Ishaq (Sarah), ibu Nabi Musa, dan ibu Nabi Isa semuanya adalah nabi wanita.

Ibnu Hazm mengatakan demikian dengan berdalilkan bahwa para malaikat berbicara dengan Sarah dan Maryam, seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ}

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia.” (Al-Qashash: 7)

Kata beliau, pengertian lafaz wa auhaina ini menunjukkan derajat kenabian. Tetapi menurut pendapat jumhur ulama, Allah belum pernah mengutus seorang nabi melainkan dari kalangan kaum laki-laki. Allah Swt. berfirman:

{وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى}

Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. (Yusuf: 109)

Syeikh Abul Hasan Al-Asy’ari telah meriwayatkan adanya kesepakatan para ulama akan ketetapan ini.

 

كانا يَأكُلانِ الطَّعامَ

kedua-duanya biasa memakan makanan. 

Mereka juga makan. Oleh itu, macam mana nak jadikan mereka sebagai tuhan, sedangkan keduanya biasa makan dulu. Disebut tentang makan, kerana kalau memerlukan makanan, itu menunjukkan mereka itu manusia. Senang sahaja dalil yang diberikan oleh Allah, tidak perlu nak beri dalil yang banyak. Akal yang waras akan dapat terima perkara ini.

 

انظُر كَيفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآياتِ

Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda, 

Dengarlah dalil-dalil ini dan fikirkanlah dengan sejelasnya. Kerana Allah telah jelaskan kedudukan mereka dengan menggunakan bukti yang jelas dan mudah difahami. Buka pintu hati untuk menerima kebenaran. Jangan tolak terus benda-benda yang kita tidak biasa.

 

ثُمَّ انظُر أَنّىٰ يُؤفَكونَ

kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling

Tapi dengan segala bukti yang telah diberikan, macam mana lagi mereka boleh terpesong? Begitulah perangai manusia. Lihatlah dalam ayat ini, Allah suruh kita tengok mereka. Allah berikan contoh bagaimana mereka itu masih lagi menolak walaupun diberikan dengan dalil jelas. Dan tengoklah kembali bagaimana masyarakat Islam kita sendiri pun macam itulah juga. Masih juga lagi berpegang dengan fahaman bidaah dan syirik yang diamalkan oleh tok nenek mereka. Apa yang telah terjadi kepada ahli kitab dahulu, terjadi juga kepada kebanyakan dari kita.


 

Ayat 76: Ini adalah kekufuran manusia selain menduakan Allah. Kerana ada banyak lagi akidah yang kufur.

قُل أَتَعبُدونَ مِن دونِ اللَّهِ ما لا يَملِكُ لَكُم ضَرًّا وَلا نَفعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Do you worship besides Allāh that which holds for you no [power of] harm or benefit while it is Allāh who is the Hearing, the Knowing?”

(MALAY)

Katakanlah: “Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?” Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

قُل أَتَعبُدونَ مِن دونِ اللَّهِ ما لا يَملِكُ لَكُم ضَرًّا وَلا نَفعًا

Katakanlah: “Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?”

Allah suruh tanya kepada mereka yang melakukan syirik: patutkah kamu seru dan puja selain dari Allah? Ini adalah dalam bentuk umum, bukan berkenaan Nabi Isa seperti dalam ayat-ayat sebelum ini sahaja. Kerana selain Nabi Musa, ada lagi selain Allah yang dipuja dan disembah. Selalunya ianya adalah Nabi, wali dan malaikat.

Allah beri hujah: kenapa nak sembah mereka sedang mereka tidak ada kuasa untuk beri bahaya atau beri faedah pun. Yang boleh beri faedah dan beri bahaya itu Allah sahaja, maka sembah Allah lah sahaja.

 

وَاللَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ini adalah dua sifat tentang Allah yang penting yang patut kita faham dan ingat. Allah beritahu hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Oleh kerana itu, tidaklah perlu untuk berharap kepada selain dari Dia. Kerana yang selain dari Allah tidak ada kelebihan itu. Kerana kalau kita sembah atau berdoa kepada sesiapa, tentulah kita berharap dia dapat dengar apa yang kita katakan dan dia dapat menyelesaikan masalah kita dan memenuhi kehendak kita. Allah beritahu, hanya Dia lah sahaja yang ada kelebihan ini.

Oleh kerana itu, Allah telah beritahu kepada kita dalam banyak ayat-ayat Quran termasuk dalam ayat ini, untuk sembah dan seru Dia sahaja. Dia telah buka pintu seluas-luasnya untuk kita menyeru dan berdoa kepada Nya. Carilah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Tapi bukanlah dengan jalan yang dilarang, tapi melalui ibadat-ibadat yang sunnah. Ambillah peluang yang ada, selagi kita hidup ini. Kerana apabila sudah mati nanti, tidak boleh lagi nak buat apa-apa.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s