Tafsir Surah al-Maidah Ayat 51 – 53 (Jangan berkawan dengan Yahudi Nasara)

Ayat 51: Ayat ini hendak mengajar dan memberitahu kita perangai Yahudi dan Nasrani. Setelah disebut perangai mereka dan setelah kita tahu perangai mereka, maka kenalah fikir-fikirkan sendiri, samada kita nak berbaik dengan mereka sangat.

۞ يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تَتَّخِذُوا اليَهودَ وَالنَّصارىٰ أَولِياءَ ۘ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِنكُم فَإِنَّهُ مِنهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِي القَومَ الظّالِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not take the Jews and the Christians as allies. They are [in fact] allies of one another. And whoever is an ally to them among you – then indeed, he is [one] of them. Indeed, Allāh guides not the wrongdoing people.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman rapat; sebahagian mereka adalah teman rapat bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تَتَّخِذُوا اليَهودَ وَالنَّصارىٰ أَولِياءَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman rapat;

Allah memberitahu kepada orang beriman, supaya jangan jadikan mereka sebagai teman rapat – sebagai penasihat, pakar rujuk, pemimpin, tempat berlinding dan sebagainya. Jangan sekali-kali cuba buat buat begitu.

Ayat ini banyak diperbincangkan di kalangan para tafsir. Selalunya digunakan sebagai dalil untuk tidak berkawan dengan golongan Yahudi dan Nasrani. Dan orang kafir selalu mengatakan inilah ayat yang mengatakan orang Islam tidak akan berbaik dengan mereka. Oleh kerana itu, ayat ini hendaklah dibaca dalam konteks penurunannya. Ayat ini diturunkan selepas umat Islam telah kuat dan tidak perlu lagi perlindungan dari mereka. Mungkin dahulu, bangsa Arab rapat dengan mereka kerana mereka itu ada kedudukan dalam masyarakat, kaya, ada perniagaan besar, pandai dalam agama dan sebagainya. Tapi keadaan telah berubah, Islam pula yang duduk di atas. Jadi tidak perlu kepada mereka lagi.

Bukanlah ayat ini tidak membenarkan langsung berkawan dengan mereka. Tapi kawan biasalah sahaja, bukanlah kawan rapat dan jangan bergantung dengan mereka. Kerana mereka akan mengajak kepada kemungkaran kalau kita rapat sangat dengan mereka.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Kasir ibnu Syihab, telah menceritakan kepada kami Muhammad (Yakni Ibnu Sa’id ibnu Sabiq), telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Abu Qais, dari Sammak ibnu Harb, dari Iyad, bahawa Umar pernah memerintahkan Abu Musa Al Asyari untuk melaporkan kepadanya tentang semua yang diambil dan yang diberikannya (yakni pemasukan dan pengeluarannya) dalam suatu catatan lengkap. Dan tersebutlah bahawa yang menjadi setiausaha Abu Musa waktu itu adalah seorang Nasrani. Kemudian hal tersebut dilaporkan kepada Khalifah Umar r.a. Maka Khalifah Umar merasa hairan akan hal tersebut, lalu ia berkata, “Sesungguhnya orang ini benar-benar pandai, apakah kamu dapat membacakan untuk kami sebuah surat di dalam masjid yang datang dari negeri Syam?” Abu Musa Al-Asy’ari menjawab, “Dia tidak dapat melakukannya.” Khalifah Umar bertanya, “Apakah dia sedang mempunyai jinabah?” Abu Musa Al-Asy’ari berkata, “Tidak, tetapi dia adalah seorang Nasrani.” Maka Khalifah Umar membentakku dan memukul pahaku, lalu berkata, “Pecatlah dia.” Selanjutnya Khalifah Umar membacakan firman Allah Swt.: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali (kalian). (Al-Maidah: 51), hingga akhir ayat

Kita bukanlah sampai hendak bermusuh dan cari lawan dengan mereka. Kerana kita masih lagi mahu berdakwah kepada mereka dan kalau tidak boleh berkawan langsung, macam mana nak dakwah kepada mereka?

 

بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ

sebahagian mereka adalah teman rapat bagi sebahagian yang lain. 

Tidak perlu berkawan rapat dengan mereka kerana setengah mereka memang teman rapat setengah yang lain. Itu sesama mereka tidak apalah sebab sama-sama tak ikut wahyu. Tapi kita jangan pula rapat sangat dengan mereka sampai terikut-ikut cara mereka. Kerana kalau kita rapat dengan mereka, kita boleh terpesona dengan cara hidup mereka dan jauh pula dari agama. Itu yang kita takutkan.

Mereka sebenarnya tidaklah rapat sangat sesama mereka, tapi dikatakan mereka boleh rapat kerana mereka mempunyai musuh yang sama – Islam. Sebab itu mereka boleh jadi rapat.

 

وَمَن يَتَوَلَّهُم مِنكُم فَإِنَّهُ مِنهُم

Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.

Allah beritahu dalam ayat ini, sesiapa diantara kita orang Islam yang berbaik dengan menjadikan mereka sebagai teman rapat, kita pula dikira sebagai Yahudi dan Nasara. Bahaya kalau rapat sangat dengan mereka kerana kita boleh terikut-ikut dengan cara mereka. Dalam hal keduniaan, memang mereka sekarang nampak maju dan modern, nampak pandai dan sebagainya. Cara hidup mereka memang menarik kerana mereka tidak kisah tentang agama. Tapi kita kena ingatkan diri kita dan ahli keluarga kita supaya jangan ikut budaya mereka kerana kita sudah ada budaya kita sendiri. Malangnya, ramai dari kalangan muslim yang sudah terikut dengan cara hidup mereka. Cara hidup kita sebagai orang Islam tak tahu, tapi nak ikut cara hidup mereka pula. Ini adalah kerana cara hidup mereka telah ditayangkan dengan banyak sekali dalam media massa sampaikan nampak macam menarik pula. Ini amat bahaya dan kalau kita tidak berhati-hati, memang kita akan jadi sebahagian dari mereka. Sepatutnya kita kena kenalkan manusia dengan cara Islam, tapi sebaliknya yang terjadi. Bagaimana nak kenalkan cara hidup Islam sedangkan kita sendiri tidak tahu? Ini amat menyedihkan sekali.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnul Hasan ibnu Muhammad ibnus Sabah, telah mencerita­kan kepada kami Usman ibnu Umar, telah menceritakan kepada kami Ibnu Aun, dari Muhammad ibnu Sirin yang mengatakan bahwa Abdullah ibnu Atabah pernah berkata, “Hendaklah seseorang di antara kalian memelihara dirinya, jangan sampai menjadi seorang Yahudi atau seorang Nasrani, sedangkan dia tidak menyedarinya.” Menurut Muhammad ibnu Sirin, yang dimaksud olehnya menurut dugaan kami adalah firman Allah Swt. yang mengatakan: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali (kalian). (Al-Maidah : 51), hingga akhir ayat.

Maknanya, ada kemungkinan seseorang itu orang Islam, tapi hakikatnya dia seorang Yahudi dan Nasrani.

 

إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِي القَومَ الظّالِمينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Dan kalau kita terikut dengan cara hidup dan fahaman akidah mereka, kita boleh terjerumus dalam kesyirikan. Dan kalau kita sudah terjerumus dalam fahaman syirik, Allah tidak akan beri hidayah dan pertolongan lagi kepada kita. Nauzubillahi min zaalik.


 

Ayat 52: Ayat syikayah. Ini adalah rungutan Allah kepada orang-orang munafik. Asalnya tentang sahabat-sahabat Nabi yang degil. Siapakah mereka itu? Ingatlah yang mereka itu duduk dalam majlis Nabi. Dan kerana mereka duduk dalam majlis Nabi, kenal Nabi, maka mereka kena sedar tentang siapa Nabi itu. Dan jangan lagi keliru nak ikut orang luar pula. Ini adalah ayat teguran untuk mereka.

فَتَرَى الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ يُسارِعونَ فيهِم يَقولونَ نَخشىٰ أَن تُصيبَنا دائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأتِيَ بِالفَتحِ أَو أَمرٍ مِن عِندِهِ فَيُصبِحوا عَلىٰ ما أَسَرّوا في أَنفُسِهِم نادِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So you see those in whose hearts is disease [i.e., hypocrisy] hastening into [association with] them, saying, “We are afraid a misfortune may strike us.” But perhaps Allāh will bring conquest or a decision from Him, and they will become, over what they have been concealing within themselves, regretful.

(MALAY)

Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.

 

فَتَرَى الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ يُسارِعونَ فيهِم

Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani)

Ayat ini berkenaan mereka orang yang mengaku Islam tapi dalam hati mereka ada penyakit nifak. Mereka ragu-ragu dan tidak yakin dengan Islam. Mereka duduk dalam majlis Nabi tapi hati mereka tak betul, tak kemas, tak yakin dengan Islam.

Tanda mereka adalah mereka mudah sangat terima Yahudi Nasara sebagai teman rapat. Mereka duduk dengan Nabi tapi hati mereka teringat kepada Yahudi Nasara. Kalau zaman sekarang, mereka itu duduk dengan orang-orang Islam, tapi teringat kepada kawan mereka yang kufur itu. Mereka terhegeh-hegeh hendak rapat dengan Yahudi dan Nasara itu.

 

يَقولونَ نَخشىٰ أَن تُصيبَنا دائِرَةٌ

Mereka berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. 

Apabila ditanya kepada mereka, kenapa mereka rapat lagi dengan Yahudi Nasara itu, mereka akan beri alasan. Mereka kata mereka bimbang kalau-kalau mereka ditimpa kesusahan, nanti nak minta tolong kepada siapa waktu itu? Mereka kata kena kawan rapat dengan Yahudi Nasara itu sebab mereka itu kaya dan kalau zaman sekarang, mereka itulah yang punya Bank Dunia. Memanglah mereka itu kaya raya terlajak sebab mereka kaut keuntungan dengan cara zalim. Dan tidak dinafikan memang duit banyak dengan mereka. Itu adalah kenyataan dari zaman dahulu lagi.

Waktu zaman Nabi, puak Islam dan kafir sedang berperang dan mereka takut kalau-kalau puak Islam yang kalah, jadi mereka rasa ada kebaikan kalau mereka siap-siap berkawan dengan orang kafir. Kerana mereka nak selamatkan diri mereka. Ini adalah salah kerana tidak 100% serah diri kepada Islam. Mahu ambil kesempatan sahaja.

Padahal, kenapalah yang hendak kepada mereka lagi. Mereka bukan nak tolong kita pun. Mereka akan ambil kesempatan sahaja atas kesusahan kita nanti. Lihatlah sekarang, lagi berhutang dengan mereka lagi teruk. Mereka akan kenakan riba yang tinggi dan mereka akan kawal apa kata dan tindakan kita. Kita yang akan jadi terkongkong.

 

فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأتِيَ بِالفَتحِ

Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan

Allah nak beritahu: itu tidak betul, tak patut berfikiran begitu. Kena yakinlah yang Allah akan memberi kemenangan pada kita atas Yahudi Nasara. Harta yang mereka longgokkan itu, tunggu masa untuk nak ambil sahaja sahaja dari mereka apabila sampai masanya. Kalau pada zaman Nabi, sebenarnya tunggu masa mereka belot dalam perjanjian antara mereka dan Nabi sahaja. Dalam sirah akan belajar bagaimana ada puak Yahudi yang memungkiri perjanjian antara Yahudi dan Islam dan kerana itu mereka telah dikalahkan dan harta benda mereka telah diambil semuanya.

 

أَو أَمرٍ مِن عِندِهِ

atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. 

Atau Allah akan bongkarkan betapa teruknya puak munafik ini bagaimana mereka itu sebenarnya tidak ada kasih sayang kepada agama. Mereka duduk dengan orang Islam tapi jiwa mereka sebenarnya kufur. Mungkin Allah bongkarkan rahsia mereka itu.

 

فَيُصبِحوا عَلىٰ ما أَسَرّوا في أَنفُسِهِم نادِمينَ

Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.

Dan apabila Allah dah bongkarkan rahsia dalam hati mereka, maka mereka akan menjadi menyesal atas perkara yang mereka sembunyikan dahulu. Mereka akan sangat menyesal.

Bagaimanakah cara Allah akan bongkarkan apa yang ada dalam hati mereka?


 

Ayat 53: Apabila berlaku peperangan, Allah akan tunjukkan bagaimana orang munafik itu akan tolong orang kafir. Apabila itu terjadi, tentu orang Islam akan kehairanan kerana mereka duduk di sebelah orang kafir pula dalam peperangan. Padahal sebelum itu mereka sudah bersumpah untuk menjadi orang Islam.

وَيَقولُ الَّذينَ آمَنوا أَهٰؤُلاءِ الَّذينَ أَقسَموا بِاللَّهِ جَهدَ أَيمانِهِم ۙ إِنَّهُم لَمَعَكُم ۚ حَبِطَت أَعمالُهُم فَأَصبَحوا خاسِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who believe will say,¹ “Are these the ones who swore by Allāh their strongest oaths that indeed they were with you?” Their deeds have become worthless, and they have become losers.

  • About the hypocrites after their exposure.

(MALAY)

Dan orang-orang yang beriman akan mengatakan: “Inikah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah, bahawasanya mereka benar-benar beserta kamu?” Rosak binasalah segala amal mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang merugi.

 

وَيَقولُ الَّذينَ آمَنوا

Dan orang-orang yang beriman akan mengatakan:

Akan berkata orang beriman dengan kehairanan, apabila melihat tindakan puak-puak munafik itu.

 

أَهٰؤُلاءِ الَّذينَ أَقسَموا بِاللَّهِ جَهدَ أَيمانِهِم ۙ إِنَّهُم لَمَعَكُم

“Inikah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah, bahawasanya mereka benar-benar beserta kamu?”

Inikah orang-orang yang pernah bersumpah dengan nama Allah, waktu itu mereka bersungguh-sungguh bersumpah, bahawasanya mereka akan bersama orang mukmin? Tetapi jelas sekali, semasa perang, orang munafik itu duduk bersama orang kafir.

 

حَبِطَت أَعمالُهُم

Rosak binasalah segala amal mereka,

Allah beritahu dalam ayat ini, segala amalan baik yang mereka buat dulu tidak sah belaka. Mungkin mereka ada buat amal kebaikan, ada solat, ada tolong orang lain. Tapi semuanya itu tidak ada nilai. Semuanya akan dikosongkan, tidak ada pahala.

 

فَأَصبَحوا خاسِرينَ

lalu mereka menjadi orang-orang yang merugi.

Maka mereka akan jadi golongan yang sangat-sangat rugi. Kerana mereka balik bertemu Allah di akhirat dalam keadaan tangan kosong – tidak ada pahala langsung.

Maulana Hadi: Maidah 33-53

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s