Tafsir Surah al-Maidah Ayat 44 – 45 (Hukum Qisas)

Ayat 44: Allah hendak memberitahu kita, semua kitab itu ada zamannya. Sekarang, mula-mula Allah kenalkan Taurat kepada kita.

إِنّا أَنزَلنَا التَّوراةَ فيها هُدًى وَنورٌ ۚ يَحكُمُ بِهَا النَّبِيّونَ الَّذينَ أَسلَموا لِلَّذينَ هادوا وَالرَّبّانِيّونَ وَالأَحبارُ بِمَا استُحفِظوا مِن كِتابِ اللَّهِ وَكانوا عَلَيهِ شُهَداءَ ۚ فَلا تَخشَوُا النّاسَ وَاخشَونِ وَلا تَشتَروا بِآياتي ثَمَنًا قَليلًا ۚ وَمَن لَم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الكافِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We sent down the Torah, in which was guidance and light. The prophets who submitted [to Allāh] judged by it for the Jews, as did the rabbis and scholars by that with which they were entrusted of the Scripture of Allāh, and they were witnesses thereto. So do not fear the people but fear Me, and do not exchange My verses for a small price [i.e., worldly gain]. And whoever does not judge by what Allāh has revealed – then it is those who are the disbelievers.

(MALAY)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

 

إِنّا أَنزَلنَا التَّوراةَ فيها هُدًى وَنورٌ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya

Allah mengingatkan kepada kita bahawa Dialah yang menurunkan kitab Taurat itu, dan juga wahyu-wahyu yang lain. Oleh kerana itu, kenalah hormat dan ikut hukum-hukum yang disampaikan di dalamnya. Dalam Taurat itu ada penjelasan tentang akidah. Dan ia juga mengandung ‘cahaya’ tentang amalan yang perlu dilakukan oleh Ahli Kitab. Tapi sekarang, semua manusia kena pakai Quran untuk berhukum kerana Quran itu diturunkan untuk semua manusia dan ia memansukhkan hukum yang ada dalam kitab-kitab sebelumnya.

 

يَحكُمُ بِهَا النَّبِيّونَ الَّذينَ أَسلَموا لِلَّذينَ هادوا

yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah,

Para Nabi dari Bani Israil telah membuat keputusan dengan menggunakan Taurat itu. Para Nabi itu adalah orang-orang yang betul-betul tunduk menerima akidah dan amalan yang diberikan oleh Allah. Mereka memberi hukum dan undang-undang bagi golongan Yahudi. Sudah ada banyak Nabi dari kalangan mereka yang pakai, maka patutnya puak Yahudi itu sudah tahu sangat tentang apa yang ada dalam Taurat itu.

 

وَالرَّبّانِيّونَ وَالأَحبارُ

oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, 

Bukan Nabi mereka sahaja yang berhukum dengan Taurat, tapi golongan rabbaniyyun mereka juga – iaitu ulama-ulama dan ahli ibadat mereka. Golongan itu sekarang digunakan lafaz rabbi – godly person. Dalam Islam, dipanggil muhsinoon.

Lafaz ahbar itu diambil dari maksud ‘dakwat’. maksudnya mereka people of the pen – yang buat kajian tengang ugama mereka. Itulah golongan ulama mereka. Macam kita pun ada orang yang buat kajian tentang agama.

Oleh itu, mereka dah ada semua – Nabi, rabbi dan ulama dan sepatutnya itu sudah cukup dah untuk mereka faham agama mereka. Tidak ada alasan lagi untuk mereka kata mereka tidak faham agama mereka dan tidak kenal kitab Taurat itu.

 

بِمَا استُحفِظوا مِن كِتابِ اللَّهِ

disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah

Mereka semua itu menggunakan kitab Taurat untuk berhukum kerana mereka telah diarahkan untuk menjaga kitab itu. Allah telah suruh mereka jaga.

 

وَكانوا عَلَيهِ شُهَداءَ

dan mereka menjadi saksi terhadapnya.

Maksudnya mereka belajar dan mengajar. Itulah maksud syuhada’ dalam ayat ini. Maknanya, mereka bukan sahaja belajar makna yang ada dalam kitab wahyu itu, tapi mereka juga kena mengajar. Begitu juga dalam kalangan kita, ada yang mengajar kitab Quran. Yang belajar, kena semua orang.

 

فَلا تَخشَوُا النّاسَ وَاخشَونِ

Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku.

Mereka semua diberitahu supaya jangan takut kepada orang ramai untuk menzahirkan isi kitab. Penting untuk mereka sampaikan maksud dalam Kitab itu kerana asal kitab itu adalah untuk membaiki orang. Mereka yang pandai kitab itu kenalah mengajar dan sampaikan kepada manusia, bukan untuk ikut kata manusia pula. Kerana kalau ikut kata dan kehendak orang ramai, punahlah agama. Takkan nak beri manusia baiki kitab.

Jangan takut kepada manusia yang ramai, tapi takut kepada Allah sahaja. Ini penting untuk diingatkan kerana kadang-kadang apabila kita menyatakan kebenaran, orang akan marah. Macam juga sekarang, apabila kita kata sesuatu perkara yang selalu diamalkan oleh manusia itu haram, ramai yang akan marah. Itu biasalah, manusia tidak suka mereka dikata sebagai salah. Kalau yang kalah dalam mahkamah pun akan marah juga apabila keputusan tidak berpihak kepada mereka. Ini macam orang yang banyak mengamalan bidaah yang marah dengan kita apabila kita tegur mereka.

Apabila ada ayat yang kita disuruh jangan takut dengan manusia, maka menunjukkan memang ada perasaan takut dalam hati kita. Entah berapa ramai ulama dan ustaz yang tahu tentang agama, tapi tak berani nak menyatakan kebenaran kepada masyarakat, kerana tak sanggup nak terima penolakan dari masyarakat. Begitulah, nak kata Majlis Tahlil yang ramai amalkan itu sebagai salah pun susah; nak tegur amalan bersanding dalam masyarakat pun berat mulut.

Kita pun tahu sebenarnya, kalau nak bagi orang senang dengan kita, tak ada yang benci dengan kita, kita boleh sahaja menyelamatkan diri kita. Ini adalah kerana ayat-ayat Quran itu boleh ditafsir dengan cara yang tidak menyebabkan orang marah – semua boleh disusun. Maksudnya kita boleh cakap tentang ayat Quran secara umum sahaja. Begitulah, ramai yang mengajar juga tafsir Quran, tapi mereka tinggalkan banyak perkara yang tidak diberitahu kepada masyarakat. Jadi masyarakat pun rasa mereka sudah belajar tafsir Quran, tapi tidak semua mereka diajar. Ada ayat-ayat yang dibaca sahaja, diterjemah sahaja, tapi tidak dijelaskan dengan penuh.

Quran itu amat luas, sampaikan kita boleh bercakap tentang Quran, tanpa menyakitkan hati manusia yang lain. Tapi itu bermakna kita tidak jujur dengan agama. Hasilnya, manusia akan terus melakukan kesalahan. Memang kita bukannya kita nak menyalahkan orang, melabel orang sebagai salah, mengkafirkan orang lain, tidak begitu. Tapi kebenaran tetap kena diberitahu kerana itu tugas kita sebagai yang tahu tentang Quran ini. Malangnya ramai yang menyembunyikan kebenaran itu kerana mereka tak mahu anak murid mereka lari dari mereka. Mereka mahu anak murid itu belajar dengan mereka sahaja.

 

وَلا تَشتَروا بِآياتي ثَمَنًا قَليلًا

Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit.

Golongan agama Yahudi dahulu memang mengambil upah untuk memberi fatwa kepada masyarakat. Mereka akan ambil wang untuk beri fatwa sepertimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Itulah maksud asal mereka menukar ayat-ayat Allah dengan upah yang sedikit. Tapi bukan sahaja yang terbabit, golongan ulama sekarang pun ada masalah itu juga.

Memang kalau mengajar tafsir Quran dengan sebenarnya, kita akan dapat masalah. Tetapi kita kena ingat, kalau tak mengajar yang sebenar, itu sudah menukar ayat-ayat Allah dengan putar belit untuk dapat upah dari masyarakat. Kerana ramai dari kalangan ustaz yang menjadikan agama sebagai sumber pendapatan mereka. Jadi mereka memerlukan terus dipanggil untuk mengajar. Jadi mereka akan mengajar benda-benda biasa sahaja, yang tidak menyebabkan masyarakat marah kepada mereka. Mereka takut untuk beritahu perkara yang benar kerana takut tidak dipanggil untuk mengajar lagi di tempat itu. Nanti kalau itu terjadi, habislah punca pendapatan mereka dan mereka takut mereka tidak dapat makan.

Begitulah manusia, kalau kita ajar ikut yang mereka suka, mereka sanggup bayar berapa banyak sahaja yang kita hendak. Tapi kalau ajar yang lain dengan yang mereka faham dan amalkan, esok mereka dah tak ajak kita datang dah mengajar dah. Macam-macam alasan mereka akan beri untuk tidak panggil kita datang mengajar. Oleh kerana itu, banyaklah yang tak berani ajar yang sebenar kepada masyarakat. Oleh kerana itu, ramailah masyarakat yang terus hanyut. Kerana masyarakat akan ikut sahaja apa yang diajar oleh ustaz yang mengajar.

Tapi masyarakat tidaklah terlepas dari azab kerana mereka kena belajar sendiri kalau tidak diajar dengan betul. Mereka nanti tidak boleh guna alasan ustaz mereka mengajar salah. Kerana Allah telah beri mereka akal dan pancaindera untuk mencari kebenaran. Jadi mereka kena berhati-hati dengan apa yang diajar oleh guru mereka, kerana kalau mereka mengamalkan yang salah, mereka tidak boleh gunakan alasan yang mereka diajar begitu.

 

وَمَن لَم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الكافِرونَ

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Ayat ini memberitahu kita dan mengingatkan kita, kalau kita mengajar tidak sepertimana yang Allah suruh, itu adalah perbuatan golongan kafir. Dan kalau mereka ubahsuai wahyu Allah, mereka juga dikira sebagai golongan kafir.

Maksud ayat ini juga, sesiapa yang tidak mempercayai wahyu yang diturunkan kepadanya, maka mereka itu kafir. Jadi ayat ini memperkatakan tentang segi iktikad. Sebagai contoh, kalau ada manusia yang kata ayat-ayat Quran tidak boleh dipakai, itu adalah kufur. Sebagai contoh, ayat ini selalu dikaitkan dengan hukum Hudud. Banyak ayat-ayat Hudud dalam Quran ini. Kalau ada manusia yang kata ayat-ayat hukum itu tidak terpakai lagi, mungkin mereka kata ianya tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman sekarang, itu adalah kufur.


 

Ayat 45: Inilah hukum yang diberikan kepada mereka dan juga kepada kita. Banyak kalangan ulama ahli usul dan ahli ilmu fiqih yang menyimpulkan dalil dari ayat ini, bahawa syariat umat sebelum kita adalah syariat kita juga apabila diulangi kisahnya dan tidak di-mansukh, seperti pendapat yang terkenal dari jumhur ulama.

وَكَتَبنا عَلَيهِم فيها أَنَّ النَّفسَ بِالنَّفسِ وَالعَينَ بِالعَينِ وَالأَنفَ بِالأَنفِ وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالجُروحَ قِصاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَن لَم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّالِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We ordained for them therein a life for a life, an eye for an eye, a nose for a nose, an ear for an ear, a tooth for a tooth, and for wounds is legal retribution. But whoever gives [up his right as] charity, it is an expiation for him. And whoever does not judge by what Allāh has revealed – then it is those who are the wrongdoers [i.e., the unjust].

(MALAY)

Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

 

وَكَتَبنا عَلَيهِم فيها أَنَّ النَّفسَ بِالنَّفسِ

Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa,

Ini adalah ketetapan hukum yang ada di dalam Taurat dan sekarang ianya juga ada dalam Quran, maka inilah hukum Hudud yang kita kena pegang dan jalankan.

Pertamanya, nyawa yang dibunuh hendaklah dibalas dengan nyawa juga.

 

وَالعَينَ بِالعَينِ

mata dengan mata, 

Mata dibalas dengan mata. Maknanya, kalau kita butakan mata orang lain, mata kita juga kena dibutakan.

 

وَالأَنفَ بِالأَنفِ وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ

hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, d

Konsep yang sama juga: hidung dibalas dengan hidung, telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi.

 

وَالجُروحَ قِصاصٌ

dan luka (pun) ada qishaashnya.

Semua luka-luka pada badan ada qisas belaka. Kalau melukakan orang lain di perut, orang yang dilukan itu juga boleh melukan kembali orang yang melukakannya di perut juga.

 

فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفّارَةٌ لَهُ

Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. 

Sesiapa yang dimaafkan, maka dia kena bayar diyat kepada orang yang dizalimi itu. Pembayaran diyat itu sebagai penutup dosa bagi dia. Ianya dipanggil kaffarah. Dan mereka yang memaafkan, akan mendapat pahala kerana memberi maaf itu. Juga boleh bermaksud, apabila seseorang itu memberi maaf, dosanya akan diampunkan kerana memberi maaf itu.

 

وَمَن لَم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّالِمونَ

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Dan sesiapa yngg tidak menghukum dengan hukum yang Allah telah barikan, itu adalah dikira sebagai perbuatan yang zalim. Ayat ini tentang keadilan dan ianya zalim apabila tidak melakukan keadilan. Kerana ada hak orang yang tidak dipenuhi. Iaitu orang yang sepatutya mendapat hak untuk balas balik, tidak mendapat hak itu. Begitu juga kita telah tidak taat kepada Allah kerana hukum Allah telah berikan, tapi tidak guna, itu adalah zalim.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s