Tafsir Surah al-Maidah Ayat 16 – 17 (Kesesatan Kristian)

Ayat 16: Allah beri petunjuk kepada manusia melalui wahyuNya.

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

By which Allāh guides those who pursue His pleasure to the ways of peace¹ and brings them out from darknesses into the light, by His permission, and guides them to a straight path.

  • i.e., security, well-being, integrity and escape from Hellfire. Literally, “freedom from all evil.”

(MALAY)

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

 

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, 

Ini adalah janji Allah untuk orang yang sanggup mengikuti redha Allah. Bukan semua orang. Iaitu mereka yang mempunyai sifat inabah. Allah akan bawa mereka yang mahukan kebenaran kepada jalan-jalan yang selamat yang membawa ke syurga. Iaitu mereka yang mencari kebenaran dalam akidah dan amal soleh.

 

وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ

dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya,

Dan dengan Quran itu Allah bawa orang yang ada inabah itu keluar dari kegelapan syirik kepada cahaya keimanan.

Walau bagaimana pun, untuk mendapat semua itu, tetap kena dapat taufik dari Allah juga. Sebab itu Allah sebut dalam ayat ini: dengan izinNya. Oleh kerana itu, kita kena minta kepada Allah dan berharap kepada Allah juga.

 

وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

Dan dengan Quran itu boleh menunjuki orang itu kepada jalan yang lurus – iaitu perkara yang setiap hari kita minta dalam solat kita.


 

Ayat 17: Ini tentang mereka yang menolak Qur’an dan ajaran dari Nabi.

لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They have certainly disbelieved who say that Allāh is Christ, the son of Mary. Say, “Then who could prevent Allāh at all if He had intended to destroy Christ, the son of Mary, or his mother or everyone on the earth?” And to Allāh belongs the dominion of the heavens and the earth and whatever is between them. He creates what He wills, and Allāh is over all things competent.

(MALAY)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?”. Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam”.

Kafirlah mereka yang kata begitu. Ini adalah fahaman Ya’qubiyyah dari agama Kristian yang mengatakan Nabi Isa itu adalah jelmaan Allah. Ini adalah salah satu fahaman dari Nasara. Bukan semua kata mereka kata begitu. Sebab itu ada yang gunakan lafaz ‘Lord’ untuk Jesus dan ada yang gunakan lafaz ‘God’ untuk baginda.

Ada juga fahaman dalam Nasara yang kata Allah dan Nabi Isa itu memang juzuk yang berbeza, tapi Allah taala masuk dalam atau menjelma dalam tubuh Nabi Isa. Fahaman sesat begini pun ada juga dalam fahaman sesetengah orang Islam. Mereka kata Allah tajalli dalam diri Nabi Muhammad – nauzubillahi min dzaalik.

 

قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا

Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah,

Allah amat marah apabila ada yang berkata begitu. Maka Allah ajar Nabi untuk berhujah bagi pihakNya. Allah tanya kita balik, kalau Dia hendak buat sesuatu, adakah sesiapa yang boleh halang? Tentu tidak sama sekali.

 

إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ

jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya

Allah sambung lagi, adakah sesiapa yang dapat menahan taqdir Allah kalau Dia ingin mematikan Isa dan ibunya? Allah beri contoh Nabi Isa dan ibunya kerana ramai manusia yang menjadikan mereka itu tuhan dan ilah. Tidak ada siapa pun yang boleh halang kerana Mereka itu  makhlukNya. Allah boleh matikan mereka kalau Dia mahu. Sedangkan dalam surah sebelum ini disebut bagaimana mereka tidak dapat bunuh Nabi Isa, tapi Allah sebut dalam surah ini yang Dia boleh matikan. Kalau Allah boleh musnahkan mereka, tentunya mereka itu bukan tuhan.

 

وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?”

Marah betul Allah sampaikan Dia sebut Dia boleh bunuh semua makhlukNya kalau Dia mahu dan siapa yang boleh halang? Adakah Nabi Isa atau ibunya boleh halang? Tentu tidak ada sesiapa pun yang boleh halang. Allah boleh buat apa sahaja yang Dia kehendaki. Ini yang kita kena benar-benar faham.

 

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا

Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;

Allah menekankan dalam ayat ini yang Dia adalah pemilik alam ini. Dialah sebenar-benar Raja. Ini adalah kerana puak Nasara kata Nabi Isa adalah King of Heaven – Raja di Langit. Allah hendak menolak syirik dalam bahagian tasarruf – mengurus. Kerana ada fahaman yang mengatakan ada Nabi dan wali yang mengurus alam ini bagi pihak Allah. Allah menekankan bahawa tidak ada kekuasaan itu diberikan kepada makhlukNya.

 

يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ

Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya.

Allah boleh menciptakan apa sahaja yang Dia hendak. Semua yang ada adalah maklukNya, ciptaanNya, termasuklah Nabi Isa dan ibunya.

 

وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dan kalau semua dalam alam ini Dia yang cipta, Dia boleh buat apa sahaja yang Dia kehendaki. Kita sebagai makhluk, terima sahaja apa yang Dia buat. Tidak boleh kita nak halang, tidak boleh juga kita nak tanya dan persoal: tidak boleh kita nak tanya Allah: Wahai Allah, kenapa Kamu buat begini dan begitu? Tidak layak kita untuk bertanya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s