Tafsir Surah al-Maidah Ayat 14 – 15 (Contoh dari Nasara)

Ayat 14: Contoh kedua selepas diberikan contoh dari Ahli Kitab. Sebelum ini telah disebutkan contoh Yahudi sekarang disebutkan pula contoh dari golongan Nasara pula.

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And from those who say, “We are Christians” We took their covenant; but they forgot a portion of that of which they were reminded.¹ So We caused among them² animosity and hatred until the Day of Resurrection. And Allāh is going to inform them about what they used to do.

  • ¹In the Gospel concerning the coming of Prophet Muḥammad ().
  • ²i.e., among their various denominations or sects.

(MALAY)

Dan diantara orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani”, ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan.

 

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ

Dan diantara orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani”, ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka,

Ini pula tentang perjanjian yang telah diadakan dengan golongan Nasara (Kristian). Mereka kata kononnya mereka ikut Nabi Isa (Jesus) tapi kalau dikaji, mereka sebenarnya tidak. Kita amat berterima kasih dengan apa yang disampaikan dan dilakukan oleh ulama seperti Ahmad Deedat dan Zakir Naik yang telah membuka kisah mereka dan membuka rahsia mereka. Kerana itu kita hairan kenapa ada golongan Islam sendiri yang tidak suka kepada mereka berdua sampai sanggup mereka mengatakan yang Zakir Naik itu Wahabi? Dari sini, kita tahulah siapakah musuh Islam dalam selimut. Mereka mengaku Islam, tapi sebenarnya mereka itu hendak menjatuhkan Islam tanpa mereka sedari. Yang jelas, ini telah membuka kebodohan mereka sendiri.

Malangnya mereka itu mengaku mereka itu Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) tapi mereka bukanlah ahli sunnah tapi ahli bidaah semata-mata.

 

فَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ

tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya;

Mereka lupa perkara penting yang mereka kena amal. Terdapat tiga perkara penting dalam wahyu yang diulang-ulang: tentang Allah, risalah kenabian dan akhirat.

Oleh itu, Allah telah menceritakan tentang Yahudi dan Nasara. Bagaimana pula dengan puak ketiga, iaitu puak Muslim? Kita pun ramai yang macam itu juga. Ramai yang tidak tahu pun apa yang disampaikan dalam Qur’an. Ramai juga yang buat-buat lupa. Mereka tidak kisah pun apa yang disampaikan dalam wahyu Allah. Mereka sangka mereka telah selamat kerana mereka orang Islam tapi bagaimana keadaan mereka kalau mereka tidak mengamalkan apa yang sepatutnya mereka amalkan?

 

فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat.

Natijah dari apa yang mereka tinggalkan itu, tidak memenuhi perjanjian dengan Allah itu, mereka ada permusuhan dan kebencian antara mereka sampai kiamat. Tapi Allah tidak zahirkan kebencian mereka itu. Nampak macam mereka baik sahaja sesama mereka. Tapi lihatlah apa yang terjadi antara puak Protestant dan Katolik. Mereka amat benci sesama mereka. Mereka berbunuhan sesama mereka sampaikan mereka cipta alat seksaan untuk menyeksa mazhab yang berlainan.

 

وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan.

Akhirat nanti Allah akan ceritakan balik untuk hukum mereka. Ini adalah apa yang akan terjadi di akhirat kelak, Merkea akan dibentangkan dengan apa yang mereka telah lakukan sambil disaksikan oleh semua orang. Antara dosa yang paling besar mereka lakukan adalah mengatakan yang Allah mempunyai anak – Jesus.


 

Ayat 15: Allah mula hendak menjelaskan jenis ‘syirik iktiqadi’.

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O People of the Scripture, there has come to you Our Messenger making clear to you much of what you used to conceal of the Scripture and overlooking much.¹ There has come to you from Allāh a light and a clear Book [i.e., the Qur’ān]

  • Of your sin in that regard.

(MALAY)

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.

 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami,

Allah sedang berkata kepada Ahli Kitab. Allah beritahu yang Dia telah mengutus RasulNya – Iaitu Nabi Muhammad.

 

يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ

menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan,

Tugas baginda salah satunya adalah untuk menjelaskan semula perkara yang banyak telah disembunyikan oleh Yahudi dan Nasara. Mereka ada kitab tapi mereka simpan sendiri. Kitab-kitab mereka bukan macam Quran – semua umat Islam ada Quran, setiap rumah ada Quran, bukan? Tapi ahli agama Ahli Kitab telah menyimpan kitab wahyu dan tidak didedahkan semuanya kepada umat mereka. Ini supaya mereka dapat mengawal maklumat yang sampai kepada masyarakat. Mereka cuma berikan dan sebarkan mana yang mereka rasa ‘selamat’ sahaja. Bila begitu, senanglah mereka nak ubah mana-mana yang mereka tidak suka.

Sebagai contoh, antara perkara yang mereka sembunyikan adalah berkenaan hukum rejam sampai mati kepada penzina yang telah berkahwin; mereka juga menyembunyikan tentang kedatangan Nabi Muhammad; dan banyak lagi perkara yang mereka sembunyikan.

Zaman sekarang, ahli agama kita tidak perlu buat begitu, kerana umat Islam memang jahil pun dengan Quran, walaupun ada dalam Quran, terbentang luas, mereka tak faham kerana mereka tak belajar. Ahli agama yang sesat senang sahaja hendak menyesatkan umat Islam sekarang, cakap benda pelik dalam agama pun ramai yang percaya. Tak perlu mereka ubah kandungan Quran itu atau sorokkan Quran.

Ramai juga golongan ustaz yang menyembunyikan ajaran sebenar wahyu dari manusia. Mereka takut nak nyatakan kebenaran. Mereka takut nak tegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat yang belajar dengan mereka walaupun kesalahan yang dilakukan itu adalah kesalahan syirik pun. Kerana mereka takut kalau ditegur, masyarakat akan marah dan tidak panggil lagi mereka datang mengajar. Bila tidak dipanggil, maka mereka akan hilang punca pendapatan.

 

وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

dan banyak yang dibiarkannya. 

Dalam banyak perkara yang Nabi Muhammad bongkar rahsia dan kesalahan yang dilakukan oleh ahli agama Yahudi dan Nasara, masih banyak yang baginda tidak pedulikan, tidak bongkar. Maknanya, baginda tak tunjukkan kesemua kesalahan mereka. Ini untuk perli kepada ahli agama Ahli Kitab itu. Mereka sendiri tahu apa yang mereka sembunyikan.

 

قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ

Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.

Nur yang dimaksudkan adalah kitab wahyu. Wahyu diumpamakan sebagai cahaya kerana ianya memberikan cahaya hidayat kepada manusia. Jadi, dari ayat ini, kita tahu yang Allah beri Nabi dan beri kitab kepada manusia. Dengan keduanya, sepatutnya manusia sudah faham tentang agama.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. 


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s