Tafsir Surah al-Maidah Ayat 6 (Ayat Wudhu’)

Ayat 6: Ayat Umur Muslihah. Ini adalah ayat tentang Hukum Wuduk.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, when you rise to [perform] prayer, wash your faces and your forearms to the elbows and wipe over your heads and wash your feet to the ankles. And if you are in a state of janābah,1 then purify yourselves. But if you are ill or on a journey or one of you comes from the place of relieving himself or you have contacted women2and do not find water, then seek clean earth and wipe over your faces and hands with it. Allāh does not intend to make difficulty for you, but He intends to purify you and complete His favor upon you that you may be grateful.

  • See footnote to 4:43.
  • i.e., had sexual intercourse.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (tandas) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat,

Lafaz قُمْتُمْ dari segi nahu adalah fi’il ma’dhi (past tense) – jadi dari segi bahasa ia bermaksud apabila kamu sudah mendirikan solat. Tapi takkan inilah maksudnya, takkan sudah solat baru nak ambil wuduk pula, bukan? Oleh itu, maksud yang sebenarnya adalah: apabila kamu ingin mendirikan solat, bukannya setelah diri untuk solat. Ini bukanlah fi’il madhi biasa tapi fi’il madhi syuruk. Iaitu apabila sudah hampir hendak melakukan solat.

Bukanlah kita kena ambil wuduk setiap kali solat. Kalau waktu itu kita tidak dalam keadaan berhadas, tidaklah wajib kita ambil wuduk, hanya sunat sahaja.

 

فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ

maka basuhlah mukamu

Anggota wuduk yang pertama yang perlu dibasuh adalah wajah kita. Penerangan terperinci tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘wajah’ itu bolehlah dirujuk kepada perbincangan feqah.

Walaupun disebut muka dahulu, tapi dalam hadis, disunatkan untuk baca basmalah dan basuh tangan dan kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dahulu. Dalam kitab Sahihain dari Abu Hurairah r.a yang mengata­kan bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِه، فَلَا يُدخل يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا، فَإِنَّ أحدَكم لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ”

Apabila seseorang di antara kalian bangun dari tidur, janganlah ia memasukkan tangannya ke dalam bekas (air) sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali. Kerana sesungguhnya seseorang di antara kalian tidak mengetahui di manakah tangannya berada semalam.

 

وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ

dan tanganmu sampai ke siku, 

Dari ini, kita tahu bahawa muka dan tangan hendaklah ‘dibasuh’, maknanya dengan menggunakan air. Dan ada had yang dikenakan kepada tangan, dimana kena dibasuh, dikenakan dengan air sampai ke siku. Kalau kita perhatikan cara orang kita ambil wuduk, kita boleh perasan bagaimana mereka tidak berapa menjaga bahagian siku pada tangan. Kita boleh lihat ramai yang air wuduk mereka tidak sampai ke siku. Ini amat menyedihkan, kerana kalau ada masalah dengan wuduk, maka mereka akan ada masalah dengan solat mereka.

 

وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ

dan sapulah kepalamu

Kalau muka dan tangan dibasuh, pada kepala hanya disapu sahaja. Iaitu tangan hanya dibasahkan sahaja. Ini pun banyak yang melakukan kesilapan kerana mereka ambil air dengan banyak untuk ‘basuh’ kepala mereka, sedangkan mereka kena sapu sahaja.

Satu lagi masalah dengan orang kita, mereka hanya kenakan sedikit sahaja rambut mereka dengan air, sedangkan yang lebih tepat, seluruh kepala kena disapu dengan tangan. Begitulah yang telah dilakukan oleh Nabi. Perbincangan tentang wuduk boleh dipelajari dari hadis. Masyarakat kita kena perlu belajar lagi tentang hadis-hadis tentang wuduk dan janganlah hanya cukup dengan apa yang mereka belajar di sekolah rendah dahulu.

 

وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,

Terdapat perbincangan yang agak panjang juga tentang kaki. Secara ringkasnya, kaki itu kenalah di’basuh’, bukan disapu sahaja. Walaupun dari segi susunan, ada yang terkeliru kerana ianya terletak selepas disuruh ‘sapu’ kepala, dan terus disambung dengan lafaz ‘dan kaki hingga ke mata kaki’. Jadi, ada yang kata, maksud ayat itu adalah sapu kepala dan sapu kaki. Tapi tidak begitu.

Dari lafaz yang digunakan dalam ayat ini, digunakan lafaz arjulakum – oleh itu, ianya kembali kepada muka dan tangan – kalau muka dan tangan dibasuh, maka kaki pun kena basuh juga. Kalau digunakan lafaz arjulikum, maka barulah ianya sama dengan kepala yang disapu sahaja.

Memang ada dua jenis bacaan dalam ayat ini – ada qiraat yang baca arjulakum dan ada qiraat yang baca arjulikum. Tapi yang banyak digunakan adalah arjulakum – maknanya kena basuh kaki itu. Kalau Syiah, mereka akan baca arjulikum dan kerana itu mereka hanya sapu sahaja kaki mereka, tidak basuh. Malah, mereka diharamkan dari membasuh kaki mereka pada wuduk. Jadi banyak kesalahan yang mereka lakukan.

Begitu pun, kita tidaklah tolak terus bacaan arjulikum itu – kerana itu juga adalah qiraat yang sah. Cuma digunakan dalam keadaan tertentu sahaja. Dalam bab wuduk, ada perbincangan tentang sapu ‘khuf’, dimana kita hanya sapu sahaja pada khuf dan tidak buka pun kasut khuf itu. Mungkin ramai masyarakat Malaysia yang tidak tahu kerana mereka tidak belajar, tapi kalau mereka tahu, ini akan memudahkan hidup mereka. Kita tidak mahu memanjangkan perbincangan ini, tapi bolehlah kita tambah maklumat kita tentang ibadah ini dengan lebih lanjut lagi.

Secara ringkasnya, hendak dibasuh kaki itu dalam wuduk. Sampaikan Nabi Muhammad marah apabila baginda nampak sahabat tidak membasuh kaki mereka dengan baik.

وَفِي الصَّحِيحَيْنِ، مِنْ رِوَايَةِ أَبِي عَوَانة، عَنْ أَبِي بِشْر، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَك، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: تَخَلَّف عَنَّا رسول الله صلى الله عليه وسلم في سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا، فأدرَكَنا وَقَدْ أرْهَقَتْنَا الصلاةُ، صلاةُ الْعَصْرِ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ، فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا، فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ: “أسبِغوا الْوُضُوءَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ”.

Di dalam kitab Sahihain melalui riwayat Abu Uwwanah, dari Abu Bisyr, dari Yusuf ibnu Mahik, dari Abdullah ibnu Amr, disebutkan bahwa Rasulullah Saw. dalam suatu perjalanan bersama kami berhen­ti, lalu beliau menyusul kami dan masuklah waktu salat Asar, yang saat itu kami dalam keadaan lelah. Maka kami lakukan wudu dan kami mengusap pada kedua kaki kami. Lalu Rasulullah Saw. berseru dengan sekuat suaranya: Sempurnakanlah wudu, celakalah bagi tumit yang tidak dibasuh karena akan dibakar oleh neraka.

 

وَقَدْ رَوَى مُسْلِمٌ فِي صَحِيحِهِ، مِنْ طَرِيقِ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ؛ أَنَّ رَجُلًا تَوَضَّأَ فَتَرَكَ مَوْضِعَ ظُفُرٍ عَلَى قَدَمِهِ فَأَبْصَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: “ارْجِعْ فَأَحْسِنْ وُضُوءَكَ”.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab sahihnya melalui ja­lur Abuz Zubair, dari Jabir, dari Umar ibnul Khattab, bahwa seorang lelaki melakukan wudu, dan meninggalkan bagian sebesar kuku tanpa terbasuh pada telapak kakinya. Nabi Saw. melihatnya, maka Nabi Saw. bersabda: Kembalilah dan lakukanlah wudumu dengan baik.

 

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

dan jika kamu junub maka mandilah,

Kalau junub kena cuci lebih kuat lagi iaitu kena mandi. Junub adalah apabila kita berhadas besar seperti keluar mani, berjimak, keluar haid dan juga nifas. Tentang Mandi Junub juga telah banyak disentuh dalam hadis yang hendaklah dipelajari.

 

وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ

dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan 

Wudu’ dilakukan dengan air. Tapi dalam keadaan tertentu, ada masanya kita tidak dapat menggunakan air. Kadang-kadang kita sakit yang tidak boleh gunakan air – mungkin ada luka di mana-mana anggota wuduk atau di tubuh badan sampaikan tidak boleh mandi junub.

Ataupun kita dalam perjalanan yang jauh dan tidak ada air waktu itu. Atau air ada, tapi sedikit dan cuma cukup untuk digunakan sebagai air minuman sahaja.

 

أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ

atau kembali dari tempat buang air

Buang air kecil atau besar adalah salah satu perkara yang menyebabkan kita berhadas. Lafaz الْغَائِطِ bermaksud tanah rendah yang digunakan sebagai tempat buang air. Kalau zaman Nabi, mereka tidak ada tandas. Mereka akan buang air di tempat yang jauh di padang pasir, selalunya di tempat yang rendah dari tempat biasa. Jadi, الْغَائِطِ itu bermaksud tempat buang air dan zaman sekarang bermaksud ‘tandas’. Ini adalah salah satu dari keindahan bahasa Quran – tidaklah digunakan lafaz ‘buang air’, atau ‘kencing’ atau ‘berak’ tapi bahasa isyarat sahaja yang digunakan. Memang tidak disebut semua itu, hanya disebut kembali dari tempat itu sahaja, tapi kita yang ada akal ini, fahamlah yang bukan balik sebab sengaja lawat tempat itu, tapi dah buat ‘kerja’ di sana.

 

أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ

atau menyentuh perempuan, 

Ada perbincangan yang agak panjang juga tentang potongan ayat ini. Persoalan yang dibincangkan dari zaman berzaman adalah samada ‘sentuh’ perempuan membatalkan wuduk atau tidak. Jadi, ada perbezaan pendapat antara mazhab yang besar tentang perkara ini. Mazhab Syafie, contohnya, berpendapat bahawa kalau sentuh sahaja antara lelaki dan wanita, terus membatalkan wuduk. Sedangkan pendapat mazhab lain seperti Maliki, sentuh sahaja tidaklah membatalkan wuduk kerana lafaz لَامَسْتُمُ dalam ayat ini bukanlah bermaksud ‘kamu sentuh’ tapi ia bermaksud ‘bersentuh-sentuhan’ yang bermasud persetubuh (jimak). Jadi, kalau setakat sentuh biasa sahaja, bukan ada nafsu waktu itu, tidaklah membatalkan.

Saya lebih setuju dengan pendapat yang mengatakan lafaz laamasa dalam ayat ini bermaksud jimak dan bukanlah sentuh biasa kerana kalau sentuh biasa sahaja, lafaz lamasa yang digunakan. Ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis bagaimana Nabi Muhammad sendiri ada bersentuh dengan para isteri baginda dan tidaklah baginda mengambil wuduk semula selepas itu.

Begitu pun, tidaklah kita mengatakan mereka yang mengatakan ayat ini bermaksud ‘sentuh’ sebagai salah pula. Ini terpulang kepada penelitian dan pilihan mana pendapat ulama yang kita hendak pilih. Begitulah yang sepatutnya kita lakukan – menghormati pendapat ulama – semuanya ada dalil, cuma pemahaman dalil yang berlainan. Inilah baru dikatakan ‘khilaf’ ulama. Iaitu ada dalil. Bukannya khilaf ulama dalam perkara yang tidak ada dalil. Sebagai contoh, ada yang kata, Majlis Tahlil itu adalah khilaf ulama juga. Itu bukanlah khilaf yang patut dilayan, kerana tidak ada langsung dalil Nabi pernah buat buat Majlis Tahlil pun. Buang masa sahaja melayan khilaf seperti itu. Kalau khilaf yang ada dalil barulah kita layan. Malangnya, ramai juga ustaz yang tidak faham tentang perkara ini dan mereka pun kata ada khilaf ulama dalam perkara ini. Ini amat menyedihkan sekali. Kalau orang awam yang kata begitu, kita fahamlah kerana orang awam memang jahil.

 

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); 

Ini adalah hukum tayammum: apabila tidak boleh guna air kerana sakit, atau tidak ada air dalam musafir, dan kita sudah buang air dan berjunub tidak ada air, maka Islam membenarkan kita tayammum – angkat hadas menggunakan tanah yang bersih.

Imam Bu­khari dalam bab ini telah meriwayatkan sebuah hadis khusus mengenai ayat yang mulia ini.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْقَاسِمِ حَدَّثَهُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ: سَقَطَتْ قِلَادَةٌ لِي بِالْبَيْدَاءِ، وَنَحْنُ دَاخِلُونَ الْمَدِينَةَ، فَأَنَاخَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَزَلَ، فثَنَى رَأْسَهُ فِي حِجْري رَاقِدًا، أَقْبَلَ أَبُو بَكْرٍ فلَكَزَني لَكْزَةً شَدِيدَةً، وَقَالَ: حَبَسْت النَّاسَ فِي قِلَادَةٍ، فَبى الموتُ لِمَكَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَدْ أَوْجَعَنِي، ثُمَّ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَيْقَظَ وَحَضَرَتِ الصُّبْحُ، فَالْتَمَسَ الْمَاءَ فَلَمْ يوجَد، فَنَزَلَتْ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ} هَذِهِ الْآيَةُ، فَقَالَ أسَيْد بْنُ الحُضَير لَقَدْ بَارَكَ اللَّهُ لِلنَّاسِ فِيكُمْ يَا آلَ أَبِي بَكْرٍ، ما أنتم إلا بركة لهم.

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb, telah menceritakan kepadaku Amr ibnul Haris bahwa Abdur Rahman ibnul Qasim pernah menceritakan kepadanya, dari ayahnya, dari Siti Aisyah yang menceritakan, “Kalungku terjatuh di padang pa­sir, saat itu kami telah berada di lingkungan kota Madinah. Maka Ra­sulullah Saw. memberhentikan unta kendaraannya dan turun. Lalu beliau merebahkan kepalanya di pangkuanku dan tidur. Kemudian da­tanglah Abu Bakar dan memukulku dengan pukulan yang keras sera­ya berkata, ‘Kamulah yang menyebabkan orang-orang tertahan kerana kalung itu.’ Maka aku berharap untuk mati saat itu karena pukulannya terasa sangat menyakitkan, tetapi aku ingat kepada Rasulullah Saw. yang sedang tidur di pangkuanku. Tidak lama kemudian Nabi Saw. bangun, dan waktu subuh masuk. Lalu beliau mencari air, tetapi tidak didapat Maka turunlah firman-Nya: ‘Hai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak menger­jakan salat, maka basuhlah muka kalian’ (Al-Maidah: 6), hingga akhir ayat.” Maka Usaid ibnul Hudair berkata, “Sesungguhnya Allah telah mem­berkati manusia melalui kalian, hai keluarga Abu Bakar. Kalian tiada lain merupakan berkah bagi mereka.”

 

فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ

sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. 

Ini adalah cara yang amat mudah sekali menunjukkan bagaimana mudahnya Islam ini yang boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja kerana amat mudah untuk kita cari tanah. Cuma guna tanah itu untuk sapu muka dan tangan sahaja – mudah bukan? Kalau difikirkan secara logik, apabila kita guna air, dapatlah membersihkan bahagian tubuh kita. Tapi bagaimana pula guna tanah boleh membersihkan tubuh kita? Ini bukanlah perbincangan yang sepatutnya diadakan kerana tujuan kita tayammum bukanlah untuk membersihkan tubuh, tapi sebagai melakukan satu ketaatan kepada Allah. Kalau Allah sudah suruh kita buat begitu, maka begitulah sahaja yang kita lakukan.

Tentang tayammum ini juga ramai yang tidak tahu dan mungkin ada yang tidak pernah amalkan pun kerana jarang diajar kepada masyarakat kita. Ini juga banyak terdapat dalam hadis Nabi yang menjelaskan.

 

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

Allah tidak hendak menyulitkan kamu, 

Ini adalah hikmah kenapa Allah kita tentang wuduk dan tentang tayammum. Segala hukum yang diberi itu bukanlah kerana Allah ingin menyusahkan kita dalam proses untuk beribadat kepadaNya. Cuma kita kena ikut cara yang telah ditetapkan kerana Dia adalah Allah dan kita adalah hambaNya. Tentu ada kelebihan di dalam hukum wuduk yang diberikan, cuma kita kena belajar dengan lebih lagi. Hukum Allah tidak sia-sia tapi ada kebaikan di dalamnya. Jadi jangan kita rasa sulit untuk memenuhi kehendak Allah ini.

 

وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ

tetapi Dia hendak membersihkan kamu

Salah satu hikmah yang disampaikan dalam ayat ini adalah kerana Allah hendak mengajar kita bagaimana jadi bersih. Perkara ini tidak diajar dalam agama lain. Islamlah agama yang mengajar tentang kebersihan. Cuma sekarang sahaja kita tengok agama lain jaga kebersihan, tapi sebenarnya itu terjadi kerana manusia telah maju. Sedangkan dalam agama mereka tidak ada ajaran untuk jaga kebersihan pun.

 

وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ

dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, 

Dan kerana Allah hendak melengkapkan nikmat beribadat kepada kita semua Kerana melakukan ibadat itu adalah nikmat sebenarnya, terutama sekali ibadat yang paling penting, solat. Dan untuk mengerjakan solat, kita kena bersih kerana kita hendak mengadap Allah dan kerana itu diberikan syarat wuduk kepada kita.

 

لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

supaya kamu bersyukur.

Akhirnya supaya kita bersyukur kerana boleh buat ibadat dalam semua keadaan. Walaupun tidak ada air, masih boleh buat ibadat lagi. Sedangkan kita semua nak ke akhirat dan untuk mendapat tempat yang baik di akhirat kita kena lakukan ibadah kepada Allah. Tapi bagaimana kalau Allah hanya tetapkan cuma boleh wuduk sahaja, tidak boleh tayammum? Tentu susah untuk kita dalam keadaan tertentu, tapi Allah telah beri nikmat kepada kita dengan membenarkan kita guna tayammum supaya kita dapat termasuk dalam orang yang solat dan adalah peluang kita untuk masuk syurga.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 005: al-Maidah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s