Tafsir Surah al-Ahqaf Ayat 26 – 28 (ilah mereka tidak membantu)

Ayat 26: Sambungan kisah Kaum Aad dan Tsamud.

وَلَقَد مَكَّنّاهُم فيما إِن مَكَّنّاكُم فيهِ وَجَعَلنا لَهُم سَمعًا وَأَبصارًا وَأَفئِدَةً فَما أَغنىٰ عَنهُم سَمعُهُم وَلا أَبصارُهُم وَلا أَفئِدَتُهُم مِن شَيءٍ إِذ كانوا يَجحَدونَ بِآياتِ اللهِ وَحاقَ بِهِم ما كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly established them in such as We have not established you, and We made for them hearing and vision and hearts [i.e., intellect]. But their hearing and vision and hearts availed them not from anything [of the punishment] when they were [continually] rejecting the signs of Allāh; and they were enveloped by what they used to ridicule.

MALAY

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

 

وَلَقَد مَكَّنّاهُم فيما إِن مَكَّنّاكُم فيهِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka yang tidak Kami berikan kamu

Allah memberitahu bahawa Dia telah memberi kelebihan keduniaan kepada kaum Aad dan Tsamud. Kalau kita lihat dalam sejarah, masih ada lagi kesan peninggalan mereka di dunia ini. Mereka hebat sungguh, sampaikan beribu tahun pun, masih ada lagi peninggalan mereka yang kita dapat lihat sampai hari ini.

Allah bandingkan dengan apa yang ada pada Musyrikin Mekah yang menentang dan menolak dakwah Nabi Muhammad. Jadi, khitab ayat ini pertamanya kepada Musyrikin Mekah kerana mereka yang mula-mula diperbacakan ayat-ayat Quran kepada mereka. Allah ingatkan yang mereka tidak punya apa-apa pun kalau dibandingkan dengan Kaum Aad dan Tsamud itu. Mereka kalau nak makanan pun kena dapatkan dari tempat lain sebab tempat mereka tidak banyak makanan yang tumbuh.

Ini adalah kerana, ramai manusia yang sombong untuk terima kebenaran kerana kedudukan mereka dalam dunia. Mereka rasa mereka dah cukup segala serba serbi, jadi tidak perlukan orang lain lagi. Dan kalau yang datang beri nasihat kepada mereka itu adalah dari kalangan orang bawahan, mereka susah nak terima kerana mereka lihat mereka lebih hebat dari orang itu.

Allah nak beritahu, kehebatan keduniaan tidak ada apa-apa nilainya kalau mereka tolak kebenaran.

 

وَجَعَلنا لَهُم سَمعًا وَأَبصارًا وَأَفئِدَةً

dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati;

Mereka bukannya orang yang bodoh, tidak cukup sifat tapi segala pancaindera yang diperlukan untuk menerima kebenaran telah diberikan kepada mereka.

 

فَما أَغنىٰ عَنهُم سَمعُهُم وَلا أَبصارُهُم وَلا أَفئِدَتُهُم مِن شَيءٍ

pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka,

Tapi malangnya, mereka sahaja yang tidak mahu guna segala kemudahan yang Allah telah berikan kepada mereka. Kalau kita zaman sekarang pun macam itu juga, akan mengalami nasib yang sama seperti Kaum Aad dan Tsamud itu, kalau tidak di dunia, akan diberikan azab di akhirat kelak.

 

إِذ كانوا يَجحَدونَ بِآياتِ اللهِ

kerana mereka sentiasa menentang ayat-ayat keterangan Allah;

Segala pancaindera dan kelebihan yang Allah berikan tidak berguna kepada mereka apabila mereka membantah dan berhujah melawan wahyu dari Allah. Apabila mereka telah banyak melawan, Allah akan tutup pancaindera mereka sampaikan mereka tidak akan dapat terima hidayah lagi – Khatmul Qalbi.

 

وَحاقَ بِهِم ما كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

Mereka ejek segala azab yang telah diingatkan kepada mereka. Kerana mereka nampak Nabi dan pengikut Nabi orang yang lemah sahaja, mana nak azab mereka? Sedangkan azab itu bukan dari Nabi dan sahabat, tapi dari Allah.

Maka nanti di akhirat, mereka akan diliputi dengan azab yang dulu mereka olok-olokkan.


 

Ayat 27: Takhwif duniawi kepada Musyrikin Mekah. Diberikan bila mereka menentang Nabi Muhammad. Apabila kaum terdahulu menentang Nabi-nabi mereka, Allah musnah mereka, dan pujaan-pujaan mereka yang mereka sembah, tidak dapat membantu mereka sedikit pun.

وَلَقَد أَهلَكنا ما حَولَكُم مِنَ القُرىٰ وَصَرَّفنَا الآياتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already destroyed what surrounds you of [those] cities, and We have diversified the signs [or verses] that perhaps they might return [from disbelief].

MALAY

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).

 

وَلَقَد أَهلَكنا ما حَولَكُم مِنَ القُرىٰ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu

Yang dimaksudkan adalah daerah sekeliling Mekah seperti tempat tinggal Kaum Aad dan Tsamud. Kaum sebelum Nabi Muhammad memang duduk sekeliling mereka. Bukan jauh pun dari mereka, maknanya mereka kenal dan tahu sejarah kaum-kaum itu. Mereka pun ada musafir kawasan-kawasan itu. Allah suruh mereka tengoklah balik.

Kaum Ad tinggal di Al-Ahqaf di Hadramaut, yaitu negeri Yaman. Dan kaum Tsamud yang tempat tinggal mereka terletak antara Mekah dan negeri Syam. Demikian pula penduduk Saba’ yang terletak di negeri Yaman. Juga penduduk kota Madyan yang tempat tinggal mereka berada di tengah jalan yang biasa dilalui oleh penduduk Mekah menuju ke Gazzah (Palestina). Juga kaum Lut yang tempat tinggal mereka telah diubah menjadi danau, mereka (penduduk Mekah) biasa lalu kawasan itu juga.

 

وَصَرَّفنَا الآياتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

dan Kami telah menerangkan tanda-tanda dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).

Maksudnya mereka telah diberitahu segala bukti dan dalil. Bukan dengan satu cara, tapi dengan macam-macam cara. Sampaikan tidak ada alasan yang mereka kata mereka tidak faham. Seorang yang mahu buka hati dia kepada kebenaran akan nampak kebenaran yang disampaikan.


 

Ayat 28: Ini adalah Dakwa/Maksud surah ini. Jadi kena beri perhatian yang lebih kepada ayat ini.

فَلَولا نَصَرَهُمُ الَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ قُربانًا آلِهَةً ۖ بَل ضَلّوا عَنهُم ۚ وَذٰلِكَ إِفكُهُم وَما كانوا يَفتَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then why did those they took besides Allāh as deities by which to approach [Him]¹ not aid them? But they had strayed [i.e., departed] from them. And that was their falsehood and what they were inventing.

  • According to their claim.

MALAY

Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak), bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.

 

فَلَولا نَصَرَهُمُ الَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ قُربانًا آلِهَةً

Maka mengapa mereka tidak dibantu oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)?

Kenapa semasa Allah membinasakan dan memberi azab dunia kepada mereka, ilah-ilah yang mereka sembah itu tidak tolong mereka pun? Lihatlah apa yang terjadi kepada kaum Aad dan Tsamud itu – Allah musnah mereka dan tidak ada sesiapa pun yang datang tolong mereka. Sia-sialah sahaja mereka menghabiskan masa dan tenaga dengan beribadat kepada ilah-ilah mereka itu.

Semasa di dunia, ramai manusia yang menyembah selain dari Allah, bertawasul kepada selain dari Allah, seru dan doa kepada selain dari Allah. Mereka telah melakukan ibadat kepada ilah-ilah itu itu – lawat kubur, tawaf kubur, baca zikir dan ayat Quran di kubur, minta tolong kepada ahli kubur, sedekah Fatihah, korbankan binatang, dan macam-macam lagi cara penyembahan yang tidak ada dalam agama.

Mereka melakukan semua itu kerana mengharapkan bantuan dari Nabi dan wali yang dalam kubur itu. Mereka sangka, kalau mereka selalu berbuat baik kepada wali, Nabi dan juga malaikat itu, tentulah mereka akan beri pertolongan kepada mereka nanti di akhirat. Tapi Allah beritahu dalam ayat ini bahawa mereka yang disembah itu tidak tolong pun mereka yang menyembah. Ilah yang mereka harapkan beri pertolongan itu tidak tolong mereka langsung, tidak tolong sedikit pun.

Lafaz قُربانًا dalam ayat ini hendak menceritakan bagaimana tujuan mereka buat ibadat dan sembah dan juga seru kepada ilah-ilah itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Nabi, wali dan malaikat itu dan supaya mereka dapat dekat kepada Allah. Inilah salah faham orang kita pun. Mereka salah sangka yang roh Nabi, wali malaikat akan selamatkan mereka di akhirat kelak.

 

ۖ بَل ضَلّوا عَنهُم

bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. 

Tapi tidak ada ilah (samada dalam bentuk Nabi, wali atau malaikat) yang datang kepada mereka di akhirat nanti untuk beri pertolongan. Waktu itu mereka sangat memerlukan pertolongan tapi tidak ada pun yang datang tolong.

 

وَذٰلِكَ إِفكُهُم وَما كانوا يَفتَرونَ

Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.

Kepercayaan mereka yang akan ada ilah selain Allah yang akan tolong mereka itu adalah kepercayaan khayalan mereka sahaja. Tidak pernah ada dalam syarak tentang perkara ini. Mereka sahaja yang ada-adakan setelah dibisikkan oleh syaitan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 046: al-Ahqaf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s