Tafsir Surah al-Ahqaf Ayat 17 – 20 (Anak yang degil)

Ayat 17: Syikayah. Sebelum ini telah disebut contoh ibubapa dan anak yang baik. Sekarang diberikan contoh anak yang tidak baik pula. Ibubapanya mengamalkan tauhid tapi anaknya tidak beriman. Jadi ayat ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi.

Jadi ini adalah contoh seorang anak yang derhaka kepada ibubapanya. Kita pun tahu teruknya orang ini kerana tak kenang jasa ibubapa sendiri. allah nak ajar, kalau degil dengan ibubapa sudah teruk, kalau degil dengan Allah lagilah teruk kerana Allah lebih banyak jasaNya kepada kita.

وَالَّذي قالَ لِوالِدَيهِ أُفٍّ لَكُما أَتَعِدانِني أَن أُخرَجَ وَقَد خَلَتِ القُرونُ مِن قَبلي وَهُما يَستَغيثانِ اللَهَ وَيلَكَ آمِن إِنَّ وَعدَ اللهِ حَقٌّ فَيَقولُ ما هٰذا إِلّا أَساطيرُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But one who says to his parents, “Uff¹ to you; do you promise me that I will be brought forth [from the earth] when generations before me have already passed on [into oblivion]?” while they call to Allāh for help [and to their son], “Woe to you! Believe! Indeed, the promise of Allāh is truth.” But he says, “This is not but legends of the former peoples” –

  • An expression of distaste and irritation.

MALAY

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? ” Sambil mendengar kata-katanya itu – ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): “Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar”. Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): “Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!”

 

وَالَّذي قالَ لِوالِدَيهِ أُفٍّ لَكُما

Dan orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya: “Ah! Bosan kamu berdua! 

Kata-kata ini dikeluarkan oleh seorang anak kepada ibubapanya. Dia kata dia sungguh bosan dengan mereka berdua kerana dia rasa serabut dengar nasihat agama dari mereka. Asyik-asyik kena nasihat, kena tegur apabila dia buat salah. Jadi dia tidak suka, sampai keluar kata-kata kurang ajar itu. Itu adalah kata permulaan bagi derhaka. Ibubapa bagi nasihat tapi dia tidak mahu terima. Sedangkan ibubapa itu beri nasihat kerana dia telah buat kesalahan dalam agama. Memang lah patut ibubapa itu menasihatkan dia, tapi dia pula yang tidak suka.

Nota: tidak pasti siapakah individu yang dimaksudkan dalam ayat ini. Tafsir Ibn Kathir ada meriwayatkan beberapa riwayat yang menyebut salah satu pendapat yang mengatakan bahawa individu yang dimaksudkan adalah anak Saidina Abu Bakr, tapi Ibn Kathir menolak hujah itu sebagai hujah yang kuat. Jadi, kita gunakanlah ayat ini sebagai makna yang umum, tidak tertakluk kepada mana-mana individu. Tidak perlu kita kaitkan kepada mana-mana individu.

 

أَتَعِدانِني أَن أُخرَجَ

Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, 

Ini anak yang tidak percaya kepada kebangkitan semula. Walaupun ibubapa dia mengingatkan dia kepada hari akhirat, dia tidak percaya dan tidak suka. Ini adalah jenis ibubapa yang baik, kerana mereka ingatkan anak tentang akhirat dan kepentingan agama. Ibubapa soleh tak kisah hal lain, asalkan agama anak dia jadi baik dalam agama. Mereka tidak risaukan tentang kerja anaknya itu kerana mengharapkan anaknya akan menanggungnya bila dah tua nanti; atau jenis ibubapa yang berbangga kalau anak mereka berjaya dalam kerjaya, kehidupan dan rupa kerana mereka nak berbangga dengan anaknya itu.

 

وَقَد خَلَتِ القُرونُ مِن قَبلي

padahal berbagai generasi sebelumku telah berlalu?

Dia memberi alasan yang dia rasa pandai, tapi bodoh sebenarnya. Dia kata orang dah lama mati dah, tapi tidak ada pun yang hidup semula dan beritahu yang memang akhirat itu ada? Ini adalah hujah yang bodoh kerana Allah tidak pernah kata yang orang yang mati akan dihidupkan semula dalam dunia ini, tapi selepas Hari Kiamat dan setelah alam bumi ini hancur.

 

وَهُما يَستَغيثانِ اللَهَ

ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah

Ibubapanya berdoa kepada Allah untuk beri taufik untuk anak mereka. Mereka dah tak tahu buat apa. Dah nasihat banyak kali, anak tidak mahu dengar nasihat.

 

وَيلَكَ آمِن إِنَّ وَعدَ اللهِ حَقٌّ

“Selamatkanlah dirimu! Berimanlah! Sesungguhnya janji Allah tetap benar”.

Ibubapa itu tetap memberi nasihat kepada anaknya itu disamping marah. Maksud وَيلَكَ – ‘bahaya kamu’. Ibubapa mengingatkan anaknya itu berjaga-jaga dengan apa yang dia katakan. Kalau nak selamat, berimanlah! Maknanya, ibubpa suruh anaknya itu perbetul akidahnya dahulu.

 

فَيَقولُ ما هٰذا إِلّا أَساطيرُ الأَوَّلينَ

Lalu ia menjawab: “Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!”

Anaknya itu masih tidak percaya. Ini adalah alamat seorang ahli neraka. Dia kata semua yang diberitahu tentang agama itu adalah perkara dongeng orang dahulu kala sahaja. Ini selalu terjadi kepada mereka yang rasa mereka pandai, terutama pandai dalam sains. Mereka kononnya mahu perkata-perkara yang dikatakan ada bukti dalam sains. Mereka tidak kisahkan agama kerana mereka hendak hidup ikut nafsu mereka sahaja. Kerana kalau mereka kena terima agama, mereka rasa susah sebab mereka kena kekang nafsu mereka.


 

Ayat 18: Takhwif Ukhrawi. Ini adalah natijah kalau tidak ikut nasihat.

أُولٰئِكَ الَّذينَ حَقَّ عَلَيهِمُ القَولُ في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِهِم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ إِنَّهُم كانوا خاسِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones upon whom the word [i.e., decree] has come into effect, [who will be] among nations which had passed on before them of jinn and men. Indeed, they [all] were losers.

MALAY

Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka – dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ حَقَّ عَلَيهِمُ القَولُ

Mereka yang bersifat seperti itu ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab)

Telah tsabit taqdir Allah untuk penuhkan mereka dalam neraka. Mereka jenis macam itu adalah salah seorang dari mereka yang akan masuk neraka. Allah dah buat keputusan atas mereka.

 

في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِهِم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ

bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka – dari kalangan jin dan manusia;

Mereka akan masuk bersama dengan orang-orang yang terdahulu dari mereka yang juga telah ditakdirkan masuk neraka.

 

ۖ إِنَّهُم كانوا خاسِرينَ

sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.

Sungguh rugi sekali nasib mereka. Semua itu kerana kesalahan mereka juga, bukan kerana Allah tidak beri peluang kepada mereka. Rugi kerana tidak ambil peluang semasa hidup di dunia dahulu.


 

Ayat 19: Ahli neraka dan syurga ada darjat mereka dalam neraka dan dalam syurga. Tidak sama kedudukan semua orang.

وَلِكُلٍّ دَرَجاتٌ مِمّا عَمِلوا ۖ وَلِيُوَفِّيَهُم أَعمالَهُم وَهُم لا يُظلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for all there are degrees [of reward and punishment] for what they have done, and [it is] so that He may fully compensate them for their deeds, and they will not be wronged.

MALAY

Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia – yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).

 

وَلِكُلٍّ دَرَجاتٌ مِمّا عَمِلوا ۖ

Dan bagi mereka masing-masing berbagai peringkat yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, 

Ada yang duduk di tingkatan rendah dalam syurga. Ada yang duduk di tingkatan tinggi. Bergantung kepada amalan mereka dalam dunia dulu. Yang beramal banyak, akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi.

Begitu juga dalam neraka, ada tingkatan. Keburukan yang manusia lakukan tidak sama; ada yang lagi teruk dari orang lain. Orang yang menyembah patung sekali, tidak sama dengan orang yang menyembah patung sepanjang hidup dia. Maka yang paling teruk akan duduk di tingkatan yang paling rendah dan mereka mendapat azab yang paling teruk.

 

وَلِيُوَفِّيَهُم أَعمالَهُم

Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka,

Allah akan balas dengan sempurna. Yang baik dibalas dengan baik dan yang jahat akan dibalas dengan buruk.

 

وَهُم لا يُظلَمونَ

mereka tidak dirugikan

Tidak ada yang rugi. Tidak ada yang diberi balasan buruk pada perkara yang mereka tidak pernah buat. Kalau mahkamah dunia, ada juga manusia yang salah hukum – mereka tak buat jenayah tapi kena masuk penjara juga. Mahkamah Allah tidak begitu.

Yang buat amal kebaikan, semuanya akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikit pun. Kalau kita buat kerja lebih di dunia, mungkin majikan kita tidak beri imbuhan pun, kerana dia tidak tahu yang kita buat kerja lebih. Tapi Allah maha tahu segalanya, jadi Dia akan balas tanpa tertinggal satu pun.

Maulana Hadi Ahqof 1-19


 

Ayat 20: Takhwif Ukhrawi

وَيَومَ يُعرَضُ الَّذينَ كَفَروا عَلَى النّارِ أَذهَبتُم طَيِّباتِكُم في حَياتِكُمُ الدُّنيا وَاستَمتَعتُم بِها فَاليَومَ تُجزَونَ عَذابَ الهونِ بِما كُنتُم تَستَكبِرونَ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَبِما كُنتُم تَفسُقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Day those who disbelieved are exposed to the Fire [it will be said], “You exhausted your pleasures during your worldly life and enjoyed them, so this Day you will be awarded the punishment of [extreme] humiliation because you were arrogant upon the earth without right and because you were defiantly disobedient.”

MALAY

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): “Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik”

 

وَيَومَ يُعرَضُ الَّذينَ كَفَروا عَلَى النّارِ

Dan semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka

Allah hendak menceritakan keadaan mereka yang kafir yang duduk dalam neraka. Mereka akan dipanggang dengan api neraka yang suhunya ribu juta darjah.

 

أَذهَبتُم طَيِّباتِكُم في حَياتِكُمُ الدُّنيا وَاستَمتَعتُم بِها

“Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; 

Ada muqaddar dalam ayat ini: ‘dikatakan kepada mereka’. Semasa mereka sedang dipanggang itu, mereka diberi syarahan yang menyakitkan hati. Ini adalah takzib rohani – penyeksaan jiwa. Ini untuk menambah azab badan yang mereka sedang terima. Sudahlah tubuh mereka sedang diazab, jiwa mereka pun diseksa dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Diingatkan kembali kehidupan mereka di dunia yang menyebabkan mereka jadi sesat dan tidak bersedia untuk menghadapi akhirat – mereka dulu bersuka ria dalam dunia, menghabiskan masa dengan nikmat kehidupan sahaja. Dunia telah melalaikan mereka sampai mereka tidak mencari kebenaran, tidak beramal dengan amal yang soleh. Tentang dunia, mereka hebat, tapi tentang agama, mereka ambil mudah sahaja. Mereka tak kisah kalau mereka jahil tentang agama, asalkan kehidupan mereka senang lenang.

Ini celaan kepada manusia yang makan segala rezeki pemberian Allah, tapi tidak taat kepadaNya.

 

فَاليَومَ تُجزَونَ عَذابَ الهونِ

maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina

Kerana mereka lalai dari agama dan leka dengan dunia, sekarang mereka akan merasai azab yang menghinakan di neraka. Dulu mereka di dunia, hebat sekali – semua orang kenal, semua orang takut dan hormat kepada mereka, apa sahaja yang mereka hendak, mereka boleh dapat. Kalau ada sesiapa yang mereka tidak setuju, siaplah orang itu kerana akan susah kehidupannya. Tapi, terbalik sekali dengan nasib mereka di neraka – mereka jadi orang yang hina sehina-hinanya.

 

بِما كُنتُم تَستَكبِرونَ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ

kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar,

Kerana apa mereka dihinakan dengan teruk sekali? Kerana mereka dulu sombong tidak mahu menerima kebenaran. Apabila kebenaran disampaikan kepada mereka, mereka sombong nak terima. Mereka juga sombong nak belajar, macam tidak penting sahaja pelajaran agama itu sampaikan mereka nak luangkan masa pun tidak layak.

Mereka tolak kebenaran tanpa hak – tanpa beri dalil bukti pun kenapa mereka tidak terima. Mereka tolak mentah-mentah sahaja. Mereka sombong untuk terima ajaran tauhid yang disampaikan kepada mereka. Mereka tolak itu kerana mereka degil sahaja, bukan sebab lain.

 

وَبِما كُنتُم تَفسُقونَ

dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik”

Dari segi perbuatan mereka pula, mereka berbuat fasik – fasik maksudnya keluar dari taat. Apa yang Allah suruh mereka buat, mereka tidak mahu buat.

Maka, kerana sebab-sebab inilah mereka dimasukkan ke dalam neraka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 046: al-Ahqaf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s