Tafsir Surah al-Ahqaf Ayat 15 – 16 (Doa umur capai 40 tahun)

Ayat 15: Targhib untuk kembali kepada Allah.

وَوَصَّينَا الإِنسانَ بِوالِدَيهِ إِحسانًا ۖ حَمَلَتهُ أُمُّهُ كُرهًا وَوَضَعَتهُ كُرهًا ۖ وَحَملُهُ وَفِصالُهُ ثَلاثونَ شَهرًا ۚ حَتّىٰ إِذا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَربَعينَ سَنَةً قالَ رَبِّ أَوزِعني أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتي أَنعَمتَ عَلَيَّ وَعَلىٰ والِدَيَّ وَأَن أَعمَلَ صالِحًا تَرضاهُ وَأَصلِح لي في ذُرِّيَّتي ۖ إِنّي تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّي مِنَ المُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have enjoined upon man, to his parents, good treatment. His mother carried him with hardship and gave birth to him with hardship, and his gestation and weaning [period] is thirty months. [He grows] until, when he reaches maturity and reaches [the age of] forty years, he says, “My Lord, enable me¹ to be grateful for Your favor which You have bestowed upon me and upon my parents and to work righteousness of which You will approve and make righteous for me my offspring. Indeed, I have repented to You, and indeed, I am of the Muslims.”

  • Literally, “gather within me the utmost strength and ability.”

MALAY

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

 

وَوَصَّينَا الإِنسانَ بِوالِدَيهِ إِحسانًا

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;

Selepas Allah mengajar tentang tauhid dan istiqamah dalam tauhid, Allah ajar kepada kita untuk berbuat baik kepada ibubapa kita. Dan selalu anjuran perbuatan baik kepada ibubapa ini disebut selepas disebut tentang tauhid kepada Allah. Itu menunjukkan betapa pentingnya perkara ini.

 

حَمَلَتهُ أُمُّهُ كُرهًا وَوَضَعَتهُ كُرهًا

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 

Seorang lelaki tidak dapat membayangkan kepayahan yang dialami oleh ibu yang mengandung. Bukan sehari dua mereka kena menghadapi kesusahan mengandung itu tapi selama 9 bulan. Kalau kita yang lelaki pun melihatnya pun sudah payah, apatah lagi mereka yang terpaksa melaluinya.

Bukan sahaja mereka payah semasa mengandung, kesakitan yang amat sangat perlu dilalui semasa melahirkan bayi itu.

Kemudian selepas melahirkan pun, bukan terus baik, mereka perlu mengambil masa untuk memulihkan kesihatan mereka. Begitulah Allah sebut tentang kepayahan seorang ibu dalam mengandung dan melahirkan anak. Itu menunjukkan betapa Allah sayang kepada mereka dan menghargai susah payah mereka. Ini adalah satu penghormatan yang amat tinggi.

 

وَحَملُهُ وَفِصالُهُ ثَلاثونَ شَهرًا

Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Selepas melahirkan anak itu, seorang ibu kena menjaga bayi itu untuk tempoh yang lama juga. Kerana seorang anak yang baru lahir, amat-amat memerlukan bantuan kehidupan dari ibunya. Mereka tidak dapat makan makanan yang biasa, tapi banyak bergantung kepada susu ibunya. Susu ibunya itulah yang terbaik bagi seorang bayi. Kerana itu, amat dititik beratkan oleh hospital kerajaan untuk seorang menyusukan anaknya itu. Memang zaman sekarang, ada alternatif seperti susu tepung, susu formula dan sebagainya. Tapi, susu ibu itu tetap paling baik. Dikatakan berbeza bayi yang disusukan ibu dengan bayi yang tidak disusukan oleh ibunya. Dikatakan yang bayi yang disusu dengan ‘susu badan’ akan mempunyai tubuh badan yang lebih kuat dan lebih tahan dari kena penyakit.

Semua sekali tempoh itu dari masa mengandung sampai kepada habis menyusu (menyapih) mengambil masa lebih kurang 30 bulan. Ini ada masa yang terbaik untuk seorang ibu menyusukan anaknya itu. Dalam ayat-ayat lain, disebut penyusuan anak itu adalah selama 2 tahun (24 bulan). Dan sekarang disebut 30 bulan kerana dicampur dengan masa mengandung sekali. Jadi, masa paling pendek untuk mengandung sampai melahirkan anak adalah selama 6 bulan (6 bulan + 24 bulan = 30 bulan).

 

حَتّىٰ إِذا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَربَعينَ سَنَةً

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, 

Seorang anak itu kemudian melalui masa-masa tumbesaran mereka. Dari bayi jadi kanak-kanak, masuk sekolah dan jadi remaja. Kemudian mereka terus membesar sampailah mereka jadi semakin tua. Sepanjang masa itu, hubungan mereka dengan ibubapa itu tidaklah putus. Memang semakin lama mereka sudah tidak bergantung kepada ibubapa mereka, tapi hubungan tidak akan putus.

Umur 40 tahun disebut secara khusus dalam ayat ini kerana ada kepentingan tertentu. Allah sahaja yang tahu secara tepatnya. Tapi kita dapat rasakan bahawa apabila umur seseorang itu sudah 40 tahun, dia sudah mencapai umur yang cukup matang. Mereka telah bekerjaya, telah mempunyai keluarga sendiri, ilmu pun sepatutnya sudah banyak, pengalaman hidup sudah lama. Maka mereka sepatutnya sudah matang dalam hidup dan sudah tahu manakah yang baik dan tidak, manakah ajaran agama yang benar dan tidak. Mereka sudah sepatutnya tahu bagaimana menghargai kehidupan dan segala nikmat Allah.

Dan sampai matang 40 tahun, sepatutnya telah kenal Allah. Tapi ada yang malang tidak kenal Allah lagi, hidup masih terombang ambing. Kalau dalam zaman modern inilah yang dipanggil ‘mid life crisis’. Waktu itu wang dah mula banyak dan rasa banyak lagi benda tak buat dan mulalah mereka mahu mencuba macam-macam. Ada yang kahwin muda, mula ada girlfriend, beli kereta mahal, motor mahal dan macam-macam lagi perkara yang buang masa. Padahal dalam Islam, inilah masa untuk bersyukur kepada apa nikmat yang Alah telah beri dan mula memikirkan tentang kebaikan kepada anak anak.

 

قالَ رَبِّ أَوزِعني أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتي أَنعَمتَ عَلَيَّ

berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku

Inilah doa yang patut dibaca oleh mereka yang telah masuk umur 40an. Mintalah taufik kepada Allah untuk menggerakkan hati kita untuk mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Kalau nak kira segala nikmat itu, tidak terkira. Umur pun sudah 40 tahun, entahlah berapa banyak nikmat yang Allah telah berikan.

Ayat ini mengajar kita, untuk jadi orang bersyukur pun kena dapat taufik dari Allah. Kena Allah gerakkan hati kita untuk bersyukur. Kalau datang dari diri sendiri, mungkin tidak datang. Memang kita amat memerlukan taufik dari Allah. Kita mungkin tahu apa yang perlu dilakukan, tapi untuk menggerakkan kita dari melakukannya, memerlukan pimpinan dan gerak dari Allah juga. Itulah maksud taufik.

Yang paling penting adalah bersyukur atas nikmat tauhid yang Allah berikan. Bayangkan kalau Allah tidak beri iman kepada kita, lahir dalam keluarga kafir tapi tidak jumpa langsung jalan Islam; bagaimana kita kalau begitu?

 

وَعَلىٰ والِدَيَّ

dan kepada ibu bapaku, 

Bukan sahaja kita yang mendapat nikmat itu, tapi ibubapa kita juga. Sebagai contoh, ibubapa kita telah dilahirkan dalam agama Islam dan kerana itu, sudah mudah untuk kita kenal dengan agama Islam. Itu adalah nikmat yang amat-amat besar. Bayangkan kalau kita lahir dalam keluarga kafir?

 

وَأَن أَعمَلَ صالِحًا تَرضاهُ

dan supaya aku mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai;

Ini adalah permohonan supaya Allah beri taufik kepada kita untuk terus melakukan amal soleh. Amal soleh adalah amal yang ada contoh dari Nabi dan para sahabat, bukan amal bidaah yang tidak ada contoh dalam sunnah. Itulah amal yang Allah redhai, sedangkan amal bidaah, walau banyak mana pun, Allah tidak redha.

Kita kena minta bantuan dari Allah untuk beri taufik kerana kalau Allah tidak beri, kita tidak mampu kerana kita insan yang lemah. Berapa banyak amalan kebaikan yang kita tahu, tapi kita tidak lakukan kerana kita tidak ada daya? Tahu sesuatu perkara itu perlu dilakukan dan diamalkan bukanlah kepastian yang kita akan melakukannya. Untuk melakukannya, kita perlu taufik dari Allah.

 

وَأَصلِح لي في ذُرِّيَّتي

dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Bukan sahaja kita berdoa kepada Allah untuk kebaikan diri kita, tapi kita doakan untuk keturunan kita juga. Kerana kita mahu mereka juga berada atas iman dan taqwa, kerana kita mahu bersama-sama dengan mereka dalam syurga. Begitulah harapan ibubapa kita kepada kita dahulu dan beginilah juga harapan kita kepada anak-anak kita. Kerana doa merekalah menjadi asbab untuk Allah menjadikan kebaikan untuk diri kita.

 

إِنّي تُبتُ إِلَيكَ

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, 

Kita juga hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah kerana kita sebagai manusia, banyaklah kesalahan yang kita telah lakukan. Walaupun kita hendak melakukan kebaikan dan hendak taat kepada Allah, tapi selalunya kita akan terbabas.

 

وَإِنّي مِنَ المُسلِمينَ

dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam

Dan kita mengaku kita seorang muslim. Apakah maksudnya? Seorang muslim adalah seorang yang menyerahkan sepenuh dirinya kepada Allah 100%. Kita taat kepada kehendak Allah yang disampaikan dalam Quran dan sunnah. Inilah maksud ‘Muslim’.


 

Ayat 16: Tabshir Ukhrawi

أُولٰئِكَ الَّذينَ نَتَقَبَّلُ عَنهُم أَحسَنَ ما عَمِلوا وَنَتَجاوَزُ عَن سَيِّئَاتِهِم في أَصحابِ الجَنَّةِ ۖ وَعدَ الصِّدقِ الَّذي كانوا يوعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the ones from whom We will accept the best of what they did and overlook their misdeeds, [their being] among the companions of Paradise. [That is] the promise of truth which they had been promised.

MALAY

Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ نَتَقَبَّلُ عَنهُم أَحسَنَ ما عَمِلوا

Mereka ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan,

Allah akan balas segala perbuatan baik mereka. Tapi Allah akan beri gandaan mengikut kiraan amalan terbaik mereka. Sebagai contoh, kita telah melakukan seratus solat lah katakan. Tapi tidaklah semua solat kita itu markah penuh belaka. Ada yang kita lakukan secara sambil lewa sahaja. Allah, dengan segala rahmatNya, akan kira seratus solat itu dengan mengikut kiraan markah yang paling tinggi sekali.

وَنَتَجاوَزُ عَن سَيِّئَاتِهِم

dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya;

Kesalahan yang banyak kita lakukan itu akan diampunkan semuanya. Inilah yang kita harapkan sangat kerana kita dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa kita. Kalau tidak ada dosa, maknanya kita akan masuk syurga. Asalkan kita tidak melakukan dosa syirik.

في أَصحابِ الجَنَّةِ ۖ

dalam kumpulan ahli Syurga,

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini, kerana ayat ini nampak macam tidak lengkap sahaja. Maksudnya, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dengan segala nikmatnya.

وَعدَ الصِّدقِ الَّذي كانوا يوعَدونَ

sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

Semua itu Allah beri kerana Allah telah berjanji akan memberikannya kepada mereka yang taat, dan Allah tidak memungkiri janjiNya.

Itulah dia Allah berikan kepada kita, satu contoh keluarga yang baik. Inilah tauladan yang kita kena ikut. Ibubapa yang mukmin, anak pun mukmin juga. Maka hendaklah kita berdoa semoga kita dimasukkan dalam kalangan mereka. Ameen. Selepas ini Allah akan beri contoh keluarga yang tidak baik pula.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 046: al-Ahqaf and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s