Tafsir Surah al-Ahqaf Ayat 11 – 14 (Sistem kasta yang buruk)

Ayat 11: Syikayah. Kebanyakan dari kalangan Musyrikin Mekah adalah orang kenamaan dan bangsawan. Sedangkan para sahabat hampir kesemuanya adalah orang bawahan sahaja. Bila mereka yang ikut ajaran Nabi Muhammad, golongan bangsawan itu tidak pandang kepada ajaran Nabi kerana mereka melihat kemuliaan dari segi kekayaan dunia sahaja. Kalau yang mengikuti baginda adalah orang-orang yang miskin dan lemah, pada mereka itu bukanlah sesuatu yang bagus. Kerana mereka tidak menggunakan akal sihat. Begitulah juga kebanyakan orang lain.

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ آمَنوا لَو كانَ خَيرًا ما سَبَقونا إِلَيهِ ۚ وَإِذ لَم يَهتَدوا بِهِ فَسَيَقولونَ هٰذا إِفكٌ قَديمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who disbelieve say of those who believe, “If it had [truly] been good, they would not have preceded us to it.” And when they are not guided by it, they will say, “This is an ancient falsehood.”

MALAY

Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: “Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!” Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: “Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama”.

 

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ آمَنوا

Dan orang-orang kafir itu berkata tentang kepada orang-orang yang beriman: 

Ini adalah hujah mereka lagi. Kali ini mereka berhujah dengan orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat. Kalau zaman sekarang, jalan sunnah itu selalunya dipegang oleh golongan yang lemah, yang tiada kuasa apa-apa, miskin dan tidak berpengaruh dalam masyarakat.

 

لَو كانَ خَيرًا ما سَبَقونا إِلَيهِ

“Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya!”

Mereka kata sekiranya ajaran dari Qur’an itu adalah benar, nescaya orang bawahan tidaklah yang dahulu terima sebelum mereka. Kalau ianya benar, merekalah yang lebih awal terima, bukan golongan miskin itu. Takkan mereka mendahului kami pula kerana mereka sangka mereka orang yang pandai dan bijak sedangkan golongan bawahan -bodoh-bodoh sahaja pada pandangan mereka.

Ini sama seperti yang disebut dalam ayat lain:

{وَكَذَلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لِيَقُولُوا أَهَؤُلاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِنَا}

Dan demikianlah telah Kami uji sebagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebagian lain (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata, “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?” (Al-An’am: 53)

Mereka amalkan sikap kasta dalam masyarakat. Mereka rasa mereka lebih mulia dari orang kebanyakan dan orang bawahan. Dan amat bahaya sifat sombong dan rasa tinggi diri ini, kerana kalau ada, hidayah susah nak masuk. Ingatlah yang hidayah itu bukanlah atas dasar kaya atau berpengaruh. Bukanlah kalau orang kaya berpegang kepada sesuatu perkara, itu sudah menunjukkan yang perkara itu benar, tidak sama sekali. Kena lihat apakah perkara itu.

 

وَإِذ لَم يَهتَدوا بِهِ فَسَيَقولونَ هٰذا إِفكٌ قَديمٌ

Dan setelah mereka tidak beriman dengan Al-Quran itu, lalu mereka berkata: “Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama”.

Idkhal ilahi: Allah jawap, kerana mereka tidak menerima kebenaran, maka mereka kata Qur’an itu adalah bohongan yang lama. Sudah lama berlalu bohongan seperti itu yang diulang semula oleh Nabi Muhammad sahaja. Dalam ertikata lain, mereka kata Nabi Muhammad kutip dari ajaran-ajaran lama sahaja.


 

Ayat 12: Dalil Naqli dari Taurat.

وَمِن قَبلِهِ كِتابُ موسىٰ إِمامًا وَرَحمَةً ۚ وَهٰذا كِتابٌ مُصَدِّقٌ لِسانًا عَرَبِيًّا لِيُنذِرَ الَّذينَ ظَلَموا وَبُشرىٰ لِلمُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And before it was the scripture of Moses to lead and as a mercy. And this is a confirming Book in an Arabic tongue to warn those who have wronged and as good tidings to the doers of good.

MALAY

(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

وَمِن قَبلِهِ كِتابُ موسىٰ إِمامًا وَرَحمَةً

Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat

Sebelum ini sudah ada kitab dari langit, iaitu Kitab Taurat. Kitab Taurat itu menjadi panduan hidup bagi Bani Israil dan kalau diamalkan, ia memberi rahmat kepada mereka yang mengamalkannya.

 

وَهٰذا كِتابٌ مُصَدِّقٌ

dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran

Manakala Qur’an ini juga kitab dari langit juga, yang membenarkan isi kitab Taurat yang sebelum itu. Kandungan tauhid di dalam kitab Taurat dan Quran itu sama sahaja iaitu untuk mengesakan Allah.

 

لِسانًا عَرَبِيًّا

dalam bahasa Arab

Cuma Quran ini diturunkan dalam bahasa Arab yang fasih. Ianya bahasa yang amat tinggi yang dapat menjelaskan sesuatu perkara itu dengan jelas.

 

لِيُنذِرَ الَّذينَ ظَلَموا

untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim,

Kepada mereka yang kufur, Quran itu memberi ancaman kepada mereka bahawa mereka akan mendapat mendapat azab yang buruk kerana kezaliman dan kekufuran mereka itu – maka hendaklah mereka berubah.

 

وَبُشرىٰ لِلمُحسِنينَ

dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Dan berita gembira kepada orang yang hati baik. Iaitu mereka yang boleh ikut beriman dengan Quran dan taat arahan Allah dengan mudah. Ini adalah kerana hati mereka masih dalam fitrah. Fitrah manusia adalah lahir untuk taat kepada arahan Allah. Kalau mereka mendengar isi hati mereka, mereka akan nampak kebenaran Quran itu.

Begitu juga, kalau masyarakat kita dengar kepada isihati mereka, mereka akan nampak kebenaran tauhid yang dibawa oleh Quran itu. Mereka tidak akan berbuat syirik dalam doa dan tidak akan mengamalkan tawasul yang dilarang.


 

Ayat 13: Ayat Tabshir Ukhrawi. Badal (penjelasan tambahan) kepada mereka yang dikatakan ‘muhsinin’ yang disebut dalam ayat sebelum ini.

إِنَّ الَّذينَ قالوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ استَقاموا فَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have said, “Our Lord is Allāh,” and then remained on a right course – there will be no fear concerning them, nor will they grieve.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

إِنَّ الَّذينَ قالوا رَبُّنَا اللَّهُ

Sesungguhnya orang-orang yang: “Tuhan kami ialah Allah”, 

Mereka yang muhsinin akan berkata dengan iktikad hati mereka yang Allah lah Tuhan mereka. Mereka terima bahawa Allah lah yang mencipta mereka dan mengurus alam ini. Mereka tidak berkata dengan mulut sahaja tapi diimani dengan hati mereka juga. Kerana kalau setakat kata sahaja, orang munafik pun boleh kata begitu.

 

ثُمَّ استَقاموا

kemudian mereka tetap teguh

Selepas mereka berkata dengan mulut, dan mereka amalkan dengan perbuatan mereka, mereka tetap istiqamah dengan iman itu sampai mereka mati. Bukan cakap sehari juga sahaja, tapi mereka akan tetap pegang sampai mati. Tidaklah mereka terkesan dengan amalan masyarakat luar. Ini memang dugaan yang besar sebenarnya. Macam sekarang, susah untuk kita tidak melihat golongan muslim sendiri yang mengamalkan tauhid dalam berdoa. Mereka akan meminta-minta dan berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat. Kita mungkin tidak mahu buat perkara itu, tapi kalau kita ada masalah, selalunya kita akan digesa untuk buat perkara yang sama. Mereka kata, kenapa tak minta pertolongan kepada wali sekian dan sekian, supaya masalah kita dapat selesai dengan segera.

Orang yang istiqamah, akan tetap tidak berganjak dari iman mereka. Mana yang salah, mereka tidak akan lakukan walaupun ahli keluarga mereka sendiri yang mendesak mereka.

 

فَلا خَوفٌ عَلَيهِم

maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka,

Tabshir: Mereka yang bersifat seperti itu, tidak perlu takut apa yang akan jadi kepada mereka, kerana mereka akan menujuk kepada balasan yang baik – syurga.

 

وَلا هُم يَحزَنونَ

dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dan mereka tidak akan berdukacita untuk meninggalkan dunia ini. Kerana mereka pergi ke tempat yang lebih baik. Ini adalah kerana tentu ada kesedihan untuk kita meninggalkan dunia ini dengan segala harta dan anak pinak kita. Tetapi kalau kita pergi ke tempat yang lebih baik dari segala hal, maka tidaklah perlu kita bersedih.


 

Ayat 14: Tabshir lagi.

أُولٰئِكَ أَصحابُ الجَنَّةِ خالِدينَ فيها جَزاءً بِما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the companions of Paradise, abiding eternally therein as reward for what they used to do.

MALAY

Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

 

أُولٰئِكَ أَصحابُ الجَنَّةِ

Merekalah ahli Syurga, 

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga – tempat untuk menikmati segala kenikmatan yang tidak terbayang oleh akal fikiran. Nak tahu, kena masuk dahulu. Oleh kerana itu, tidaklah perlu takut dan tidak perlu bersedih meninggalkan dunia itu.

 

خالِدينَ فيها

tetap kekallah mereka di dalamnya,

Mereka akan kekal abadi di sana. Ini adalah nikmat yang amat besar. Kerana kalau kita tahu kita akan duduk sekejap sahaja, tentu nikmat itu akan berkurangan. Macam kita duduk hotel yang mahal dan selesa, tapi kita tahu kita tidak akan duduk lama di situ, untuk beberapa hari sahaja.

 

جَزاءً بِما كانوا يَعمَلونَ

sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Allah beritahu kita yang kita akan dibalas dengan syurga atas amalan kebaikan yang kita lakukan semasa di dunia. Kita tidak boleh mengatakan bahawa amalan kita layak untuk memasukkan ke dalam syurga kerana amalan kita itu kalau dikira-kira, tidaklah melayakkan kita masuk ke dalam syurga kerana tidaklah bernilai sama – bayangkan kita beberapa tahun sahaja buat amal kebaikan tapi akan tinggal di syurga selama-lamanya. Jadi kita tidak masuk syurga kerana amalan kita, tapi kerana pemberian rahmat dari Allah. Ini mafhum dari hadis-hadis yang ada.

Tapi, Allah sebagai tuan punya syurga, dan juga tuan kita, Dia boleh berikan ketetapan atau syarat untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Kalau Dia kata dengan amal kita semasa di dunia itu membolehkan kita dimasukkan ke dalam syurga, itu adalah haq Dia untuk berkata begitu, kerana Dia yang tetapkan syarat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 046: al-Ahqaf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s