Tafsir Surah Ghafir Ayat 41 – 49 (Dalil Azab Kubur)

Surah 40. Ghafir, Ayat 41: Ini adalah bahagian ketiga dan bahagian akhir syarahan dari Lelaki Mukmin itu.

۞ وَيا قَومِ ما لي أَدعوكُم إِلَى النَّجاةِ وَتَدعونَني إِلَى النّارِ

Sahih International

And O my people, how is it that I invite you to salvation while you invite me to the Fire?

Malay

“Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka? 

 

وَيَا قَوْمِ

“wahai kaumku”,

Bayangkan, lelaki ini seorang sahaja, tapi dia berani memberikan dakwah kepada jalan yang benar. Beliau berkata kepada Firaun dan pengikut-pengikut Firaun yang tentunya pemimpin yang besar di negara Mesir itu. Dia panggil mereka dengan pandangan yang lembut, memanggil mereka sebagai kaumnya yang dihormati.

 

مَا لِي

“Apa masalah kamu dengan aku ni”?

Dari segi bahasa, ia bermaksud: ‘apa untukku?’. Maksudnya, dia tanya mereka: Adakah kamu rasa ada yang tidak kena dengan aku? Atau, “apa masalah kamu dengan aku?”, “apa yang tak kena dengan aku, sampai kamu tak mahu ikut aku?”

 

 

أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ

“Aku seru kamu kepada penyelamatan”

Kalau beriman kepada Allah, mereka akan selamat dari neraka.

Apa masalah kamu ini, aku mengajak kamu ini sebenarnya adalah kepada keselamatan dari azab Allah, tapi kenapa kamu tidak mahu terima?

 

وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ

“Dan kamu pula nak ajak aku kepada neraka”.

Sedangkan kamu pula mengajak aku kepada neraka. Kerana dengan sembah syirik selain kepada Allah adalah jalan menuju neraka.

Kenapa yang mengajak kepada kebaikan pula yang ditentang?

 


Surah 40. Ghafir, Ayat 42:

تَدعونَني لِأَكفُرَ بِاللَّهِ وَأُشرِكَ بِهِ ما لَيسَ لي بِهِ عِلمٌ وَأَنا أَدعوكُم إِلَى العَزيزِ الغَفّارِ

Sahih International

You invite me to disbelieve in Allah and associate with Him that of which I have no knowledge, and I invite you to the Exalted in Might, the Perpetual Forgiver.

Malay

“Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun? 

 

تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ

“Kamu mengajak aku untuk kufur kepada Allah”

Musyrikin dari kalangan Firaun dan yang lain-lain itu mengajar manusia untuk kufur kepada Allah. Bila mengajak kepada kufur, itu maksudnya mengajar ke neraka.

Kufur ada banyak jenis. Seseorang itu boleh jadi kufur atau dia buat syirik, dia tolak hukum Allah, tolak ayat-ayat Allah, dan berbagai-bagai lagi. Buat salah satu sahaja, sudah boleh jadi kufur.

 

وَأُشْرِكَ بِهِ

“dan syirik kepadaNya”

Dan mereka juga mengajak manusia melakukan syirik kepada Allah. Seperti yang telah disebut, banyak cara manusia boleh jadi kufur. Dan syirik adalah cara yang paling besar sekali. Ramai yang tidak faham apakah maksud tauhid dan lawan kepada tauhid, iaitu syirik. Oleh kerana itu, ramai yang melakukan syirik tanpa mereka sedari. Ramai dari orang Islam yang tidak ada niat untuk melakukan syirik, tapi kerana mereka tidak belajar, mereka tidak faham manakah syirik dan manakah tauhid. Ini adalah bahaya, kerana Allah tidak akan memaaafkan kesalahan syirik yang dilakukan oleh manusia.

Dan dalam ayat ini, kufur yang dimaksudkan adalah syirik kepada Allah. Iaitu dengan mencampurkan pujaan: Mereka puja Allah dan dalam masa yang sama, mereka puja makhluk juga. Makhluk itu pula boleh jadi macam-macam – samada Nabi, wali, malaikat atau jin. Dan ia boleh juga jadi lain-lain yang meliputi keseluruhan pujaan manusia selain Allah. Asalkan selain dari Allah, itu adalah pujaan dan seruan yang salah. Jadi kesalahan terbesar Firaun dan kuncunya adalah syirik. Memang ada salah yang lain, tapi yang paling besar adalah syirik.

 

مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ

“Yang aku tidak ada ilmu (dalil/bukti) tentangnya”.

Perkataan ‘ilmu’ di sini bermaksud ‘dalil’. Maksunya, tidak ada dalil atau perintah dari Allah yang membolehkan mereka buat syirik. Tidak ada bukti langsung untuk mengatakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar. Kesalahan yang banyak dilakukan oleh manusia adalah ‘tawasul dalam doa’. Ini adalah perbuatan yang syirik yang dilarang oleh Allah dan disebut dengan jelas dalam Quran. Tapi kerana kekeliruan tentang ayat-ayat Quran, pengamal tawasul kata ada dalil yang menyuruh kepada tawasul. Mungkin mereka yang tidak mahir akan berkata yang ada hujah-hujah dalam Quran dan juga dalam hadis yang mengajak kepada tawasul. Tapi apabila dikaji dengan lebih mendalam lagi, itu semua bukanlah hujah untuk membolehkan tawasul. Mungkin pada mata kasar, nampak macam ada dalil yang membolehkan melakukan tawasul, tapi itu tidaklah benar.

 

وَأَنا أَدعوكُم إِلَى العَزيزِ الغَفّارِ

“Sedangkan aku ajak kamu kepada Tuhan yang gagah perkasa lagi maha pengampun”

Allah itu bersifat العَزيزِ, kalau kamu tidak taat kepadaNya, Dia boleh mengenakan azab yang amat pedih kepada kamu.

Tapi dalam masa yang sama, Dia juga bersifat الغَفّارِ – kalau kamu minta ampun kepadaNya, Dia boleh ampunkan segala dosa-dosa kamu kalau Dia mahu.

Inilah keseimbangan dalam berdakwah. Jangan takutkan sahaja, dan jangan beri berita gembira sahaja – kena ada dua-dua.

Dan inilah ajakan dakwah yang utama, iaitu ajak kepada Allah, kenalkan manusia kepada Allah, bukan kepada diri kita atau diri orang-orang lain.

 


Surah 40. Ghafir, Ayat 43:

لا جَرَمَ أَنَّما تَدعونَني إِلَيهِ لَيسَ لَهُ دَعوَةٌ فِي الدُّنيا وَلا فِي الآخِرَةِ وَأَنَّ مَرَدَّنا إِلَى اللَّهِ وَأَنَّ المُسرِفينَ هُم أَصحابُ النّارِ

Sahih International

Assuredly, that to which you invite me has no [response to a] supplication in this world or in the Hereafter; and indeed, our return is to Allah , and indeed, the transgressors will be companions of the Fire.

Malay

“Tidak syak lagi, bahawa makhluk-makhluk yang kamu ajak aku menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan (atau memberikan sebarang pertolongan) sama ada di dunia atau di akhirat; dan sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah, dan sebenarnya orang-orang yang melampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka. 

 

لَا جَرَمَ

“Tidak syak lagi”

Ini sebagai tahkik tentang apa yang hendak dikatakan. Tidak syak lagi.

 

أَنَّمَا تَدْعُونَنِي إِلَيْهِ

“Sesungguhnya apa yang kamu ajak aku kepadanya”

Apa yang mereka ajak? Mereka mengajak sembah Firaun dan menyeru sembahan-sembahan yang lain.

 

لَيْسَ لَهُ دَعْوَةٌ

“tidak ada baginya suatu kuasa yang boleh terima doa kita”

Maknanya, yang disembah itu tidak dapat nak menjawab doa kita. Bertepuk sebelah tangan sahaja. Yang berdoa kepada selain Allah itu, sia-sia sahaja. Mereka tidak tahu pun yang ada orang yang berdoa kepada mereka. Kerana mereka tidak ada kuasa. Hanya Allah sahaja yang boleh mendengar doa kita. Kalau para Nabi, semuanya telah wafat dan tidak lagi mendengar permohonan kepada mereka. Begitu juga dengan para wali, mereka telah mati. Dan kalau malaikat mendengar pun, mereka tidak ditugaskan untuk mendengar doa kita dan menyampaikan doa kita kepada Allah. Mereka hanya menjalankan tugas spesifik yang telah diberikan kepada mereka oleh Allah.

Allah telah sebut dalam ayat lain:

{إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ}

Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. (Fatir: 14)

 

فِي الدُّنْيَا وَلَا فِي الْآخِرَةِ

“di dunia ini dan tidak juga di akhirat”

Mereka tidak dapat membantu apa-apa pun, samada di dunia atau di akhirat. Kerana mereka tidak dapat mendengar doa kita semasa di dunia dan semasa di akhirat pun. Kalau seseorang itu ada di hadapan kita, dan kita minta tolong kepada orang itu, bolehlah dia tolong. Tapi kalau dia di tempat lain, macam mana dia nak dengar? Banyak kisah-kisah mengarut dari golongan sufi yang menceritakan bagaimana ada wali-wali mereka yang boleh dengar permintaan manusia walaupun mereka ada di tempat yang jauh. Ini tidak benar, dan kisah-kisah itu tidak boleh dipertanggungjawabkan. Dan dari pengamalan, golongan yang menggelar diri mereka sufi dan ada dalam tarekat, mereka itu tidak berilmu dan senang untuk ditipu dengan kisah-kisah dongeng.

Kalau di akhirat nanti, sembahan-sembahan mereka itu tidak dapat tolong sesiapa pun. Nabi dan wali itu sendiri ada masalah masing-masing dan tidak dapat nak tolong sesiapa pun. Orang yang menyeru kepada Nabi, wali dan malaikat itu sangka, kalau dulu di dunia, mereka selalu sembah dan seru, tentulah sembahan-sembahan itu akan tolong mereka semasa di akhirat. Tapi ini tidak akan berlaku seperti yang disebut dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain.

 

وَأَنَّ مَرَدَّنَا إِلَى اللَّهِ

“dan kembalian kita semua kepada Allah juga”.

Kita semua akan kembali kepada Allah selepas kita mati nanti dan akan menjawap segala amalan dan perbuatan kita. Kalau kita akan akhirnya kembali kepada Allah, maka kita kena takut kepadaNya, taat kepadaNya, seru kepadaNya dan sembah hanya kepadaNya sahaja.

 

وَأَنَّ الْمُسْرِفِينَ هُمْ أَصْحَابُ النَّارِ

“Dan sesungguhnya orang yang melampau itu adalah ahli neraka”.

Melampau yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah melampau dalam hal akidah. Kalau melampau dalam hal akidah, itu maknanya telah melakukan syirik. Mereka yang melakukan syirik semasa di dunia, akan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Kerana mereka telah melakukan syirik dan Allah telah berfirman dalam ayat yang lain, yang Dia tidak akan memaafkan segala kesalahan syirik.

Banyak kali disebut-sebut telah mereka yang ‘melampau’. Kerana itulah yang mereka lakukan. Sebagai contoh, Firaun melampau dengan mengatakan yang dia adalah tuhan. Itu adalah melampau yang paling besar sekali, kerana dia sampai mengaku tuhan.

Tidaklah ramai yang ada mengaku sebagai tuhan. Tapi yang ramai buat adalah melampau dalam hal akidah juga. Melampau itu bermaksud, buat sesuatu yang tidak ada dalil dalam dalil yang sah. Kalau memandai-mandai buat perkara yang tidak ada dalil, itu sudah melampau namanya.

Mereka juga melampau dalam hal selain dari akidah, seperti dalam tindakan mereka kepada Bani Israil – mereka hambakan Bani Israil, mereka seksa dan buat macam-macam lagi kekejaman kepada Bani Israil. Itu juga adalah perkara yang melampau. Tapi yang paling teruk adalah melampau dalam hal akidah. Kerana yang melampau dalam hal akidah, tidak akan mendapat pengampunan dari Allah, dan kerana itu mereka akan kekal dalam neraka.

Mereka juga melampau dalam menentang Nabi Musa. Sesiapa yang menentang Rasulullah, tidak akan selamat.

 


Surah 40. Ghafir, Ayat 44: Kata-kata terakhir Lelaki Mukmin itu.

فَسَتَذكُرونَ ما أَقولُ لَكُم ۚ وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ

Sahih International

And you will remember what I [now] say to you, and I entrust my affair to Allah . Indeed, Allah is Seeing of [His] servants.”

Malay

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. 

 

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ

“Kamu pasti akan ingat kembali apa yang aku kata kepada kamu”

Sekarang kamu tak kisah dengan apa yang aku cakap, tapi nanti kamu akan ingat apa yang aku katakan ini. Kamu akan tahu bahawa apa yang aku katakan ini adalah benar belaka. Bila? Di akhirat nanti. Waktu itu kalau baru sedar, memang sudah terlambat.

 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ

“Dan aku menyerahkan urusanku hanya kepada Allah”

Sekarang baru dia mengaku dia telah menganut Islam. Dia kata: Aku dah jalankan tugasku menyampaikan dakwah kepada kamu, sekarang aku serah kepada Allah sahaja. Dia yang akan uruskan segalanya. Hamba Mukmin ini tahu yang dia hanya boleh sampaikan sahaja, tapi samada diterima atau tidak, terpulang kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh beri taufik sampai mereka mahu terima Islam atau tidak.

Dia juga serahkan dirinya kepada Allah. Sebab dah boleh agak yang dia akan berada dalam keadaan bahaya atas kata-katanya itu. Mereka tentu akan cuba untuk bunuh dia nanti. Dia tahu yang Allah yang akan uruskan segalanya. Inilah tawakal namanya.

 

إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

“Sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hamba”

Allah Maha Tahu mereka yang nak berkhianat dan keadaan aku yang takut kena bunuh oleh kamu. Sebab itu aku serahkan diri aku kepada Allah sahaja.

Ini adalah kata-kata doa seorang mukmin kepada Allah. Sebab dia nampak mereka nak lawan balik.

 


Surah 40. Ghafir, Ayat 45: Apa yang terjadi selepas itu? Selepas Lelaki Mukmin itu bersyarah kepada Firaun dan pengikut-pengikutnya, beliau telah lari dari situ.

فَوَقاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ ما مَكَروا ۖ وَحاقَ بِآلِ فِرعَونَ سوءُ العَذابِ

Sahih International

So Allah protected him from the evils they plotted, and the people of Pharaoh were enveloped by the worst of punishment –

Malay

(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya, 

 

فَوَقَاهُ اللَّهُ

Maka Allah selamatkan dia.

Allah telah selamatkan Lelaki Mukmin itu. Inilah natijah kalau serahkan diri kepada Allah. Allah takkan kecewakan. Ada riwayat kata Firaun telah menghantar seribu askar untuk bunuh Lelaki Mukmin itu. 500 dari seribu tentara itu mati tengah jalan kerana bencana alam. Lagi 500 orang lagi yang selamat itu, telah rasa takut dan mereka tidak berani untuk meneruskan arahan untuk pergi membunuh Lelaki Mukmin itu. Mereka telah balik berjumpa Firaun dan memberitahu beliau apakah yang terjadi. Firaun amat marah dan kata mereka bohong dan semua kena bunuh akhirnya.

Ada juga yang berpendapat, kerana sibuk dengan Lelaki Mukmin ini, memberi peluang kepada Nabi Musa untuk menyelamatkan diri.

Allahu a’lam.

 

سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا

daripada kejahatan yang dirancang mereka.

Rancangan mereka untuk membunuh Lelaki Mukmin itu telah gagal. Begitulah kalau Allah tidak benarkan, walau hantar seribu, sejuta atau apa sahaja, tidak akan terjadi apa yang dirancang.

Dikatakan yang Lelaki Mukmin itu telah pergi bergabung dengan Nabi Musa akhirnya telah selamat menyeberang lautan bersama dengan Nabi Musa.

 

وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْن سُوءُ الْعَذَابِ

dan diliputi ahli keluarga Firaun dengan azab yang berat

Inilah natijah kepada golongan yang bathil. Yang mukmin Allah akan selamatkan dan yang bathil akan dimusnahkan. Iaitu mereka akhirnya dilemaskan dalam laut. Disebut keluarga Firaun kerana mereka memerintah dalam dinasti. Pemerintah tinggi adalah dari kalangan kaum kerabat mereka sahaja.

 


Surah 40. Ghafir, Ayat 46:

النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Fire; they are exposed to it morning and evening.1 And the Day the Hour appears [it will be said], “Make the people of Pharaoh enter the severest punishment.”

  • From the time of their death until the Day of Resurrection, when they will be driven into it.

MALAY

Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”

 

النّارُ يُعرَضونَ عَلَيها غُدُوًّا وَعَشِيًّا

Mereka didedahkan kepada bahang api pada waktu pagi dan petang

Mereka dipanggang dengan bahang api setiap masa. Ini hendak menunjukkan betapa teruknya azab Allah itu. Lihatlah bagaimana mereka engkar itu sekejap sahaja, selama mereka hidup sahaja, tapi mereka berterusan dikenakan dengan azab.

Api itu adalah ‘Api Barzakh’. Allah sebut pagi dan petang sebagai isyarat ‘setiap masa’. Selepas mereka ditenggelamkan dan dimatikan, mereka telah mula diseksa di alam barzakh. Ini sebelum masuk neraka. Alam Barzakh adalah alam antara dunia dan akhirat. Apabila seseorang sudah mati, dia akan masuk dalam Alam Barzakh. Ayat ini adalah dalil menunjukkan alam barzakh ada dan azab kubur pun ada. Ada puak yang tidak menerima ada seksaan alam barzakh dengan berbagai hujah mereka. Tapi ayat ini adalah sebagai dalil bahawa ada seksaan kubur. Ahli Sunnah menerima adanya Alam Barzakh ini, cuma kita tidak tahu secara terperinci tentangnya kerana ianya termasuk perkara ghaib.

Ada juga dalil dari hadis:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا هَاشِمٌ -هُوَ ابْنُ الْقَاسِمِ أَبُو النَّضْرِ-حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سَعِيدٍ -هُوَ ابْنُ عَمْرِو بْنِ سَعِيدِ بْنِ الْعَاصِ-حَدَّثَنَا سَعِيدٌ -يَعْنِي أَبَاهُ-عَنْ عَائِشَةَ؛ أَنَّ يَهُودِيَّةً كَانَتْ تَخْدُمُهَا فَلَا تَصْنَعُ عَائِشَةُ إِلَيْهَا شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ إِلَّا قَالَتْ لَهَا الْيَهُودِيَّةُ: وَقَاكِ اللَّهُ عَذَابَ الْقَبْرِ. قَالَتْ: فَدَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيَّ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَلْ لِلْقَبْرِ عَذَابٌ قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ: “لَا وَعَمَّ ذَلِكَ؟ ” قَالَتْ: هَذِهِ الْيَهُودِيَّةُ، لَا نَصْنَعُ إِلَيْهَا شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ إِلَّا قَالَتْ: وَقَاكِ اللَّهُ عَذَابَ الْقَبْرِ. قَالَ: “كَذَبَتْ يَهُودُ. وَهُمْ عَلَى اللَّهِ أَكْذَبُ، لَا عَذَابَ دُونَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ”. ثُمَّ مَكَثَ بَعْدَ ذَلِكَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَمْكُثَ، فَخَرَجَ ذَاتَ يَوْمٍ نِصْفَ النَّهَارِ مُشْتَمِلًا بِثَوْبِهِ، مُحْمَرَّةً عَيْنَاهُ، وَهُوَ يُنَادِي بِأَعْلَى صَوْتِهِ: “الْقَبْرُ كَقِطَعِ اللَّيْلِ المظلم أَيُّهَا النَّاسُ، لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا وَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا. أَيُّهَا النَّاسُ، اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، فَإِنَّ عَذَابَ الْقَبْرِ حَقٌّ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim ibnul Qasim alias Abun Nadr, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Sa’id ibnu Amr ibnu Sa’id ibnul As, telah menceritakan kepada kami Sa’id (yakni ayahnya), dari Aisyah r.a., bahwa pernah ada seorang wanita Yahudi yang menjadi pelayannya, maka tidak sekali-kali Aisyah berbuat suatu kebaikan kepadanya, melainkan ia mendoakan bagi Aisyah, “Semoga Allah memelihara dirimu dari siksa kubur.” Aisyah r.a. melanjutkan kisahnya, bahwa lalu Rasulullah Saw. masuk menemuinya, maka ia bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah siksa kubur itu ada sebelum hari kiamat?” Rasulullah Saw. bersabda, “Tidak ada. Siapa yang menduga demikian?” Aisyah menjawab, “Wanita Yahudi ini, tidak sekali-kali aku berbuat baik kepadanya melainkan dia mendoakan bagiku, ‘Semoga Allah memelihara dirimu dari siksa kubur’.” Rasulullah Saw. bersabda, “Orang-orang Yahudi itu pendusta dan terhadap Allah mereka lebih pendusta lagi, tiada azab sebelum hari kiamat.” Kemudian selang beberapa waktu menurut apa yang dikehendaki Allah, pada suatu hari beliau Saw. keluar di tengah hari seraya memakai kain selimut, sedangkan kedua mata beliau memerah, lalu beliau berseru dengan suara yang sangat keras: Alam kubur itu bagaikan sepotong malam hari yang sangat gelap. Hai manusia, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa. Hai manusia, mohonlah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, karena sesungguhnya siksa kubur itu benar (adanya).

 

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ

Dan pada hari kiamat esok

Kenapa kita pasti bahawa alam yang disebut sebelum ini adalah Alam Barzakh? Kerana sekarang disebut pula alam akhirat. Azab api yang Firaun dan pengikutnya terima itu adalah dalam alam kubur, belum lagi alam akhirat. Kerana di akhirat nanti, mereka akan kena azab yang lebih teruk lagi.

 

أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

Masukkanlah keluarga Firaun kepada azab yang lebih teruk lagi

Allah akan perintahkan malaikat untuk masukkan Firaun dan pengikutnya ke dalam neraka jahannam. Tidaklah dapat dibayangkan apa lagi azab yang lebih teruk dari Api Barzakh itu, tapi Allah beritahu kita, sebagai takhwif ukhrawi, yang mereka akan menerima azab yang lebih teruk di neraka kelak.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ. فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ، عَزَّ وَجَلَّ، إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq, telah menceritakan kepada kami Malik, dari Nafi’, dari Ibnu Umar r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya seseorang di antara kalian apabila mati, ditampakkan kepadanya setiap pagi dan petang kedudukannya. Jika dia termasuk ahli syurga, maka syurgalah yang ditampakkan kepadanya; dan jika dia ahli neraka, maka yang ditampakkan kepadanya adalah neraka. Lalu dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu kelak sampai Allah membangkitkan kamu untuk menempatinya di hari kiamat.” Riwayat Bukhari dan Muslim. 

 


 

Surah 40. Ghafir, Ayat 47: Allah sekarang menceritakan ahwal neraka (keadaan dalam neraka). Ini adalah interaksi antara pengikut dan ketua/guru mereka. Sebelum ini telah diceritakan tentang Firaun dan pengikutnya – kerana mereka pun termasuk dalam golongan ini juga. Dulu semasa di dunia, mereka ikut sahaja apa yang diajar kepada mereka tanpa soal. Begitulah kebanyakan orang kita sekarang pun. Itulah golongan mereka yang malas belajar dan hanya sangkut pada fahaman orang lain.

Itu dinamakan taqlid buta. Ini bukan ajaran Islam kerana Allah telah beri Qur’an kepada kita dan suruh kita belajar. Kita disuruh belajar kerana kita juga telah diberi dengan akal. Tidak ada mana-mana nas yang suruh umat Islam hanya taqlid sahaja. Kalau taqlid sahaja amat bahaya kerana kita tidak dapat pastikan samada orang yang kita ikut itu benar atau tidak.

Ketahuilah, sebahagian besar dalam neraka adalah golongan pengikut. Kalau nak ikut, golongan Sahabat Nabi sahaja yang boleh diikut sebab mereka itu memang ahli syurga. Sebab itulah maksud ‘Jemaah’ dalam lafaz Ahli Sunnah wal Jamaah itu adalah Sahabat Nabi. Kita ikut mereka kerana mereka pun ikut Nabi. Kalau mereka tidak ikut Nabi, kita pun tidak ikut mereka.

وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنتُم مُّغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِّنَ النَّارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when they will argue within the Fire, and the weak will say to those who had been arrogant, “Indeed, we were [only] your followers, so will you relieve us of a share of the Fire?”

MALAY

Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?”

 

وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ

Dan semasa mereka berbantah-bantahan dalam neraka,

Ayat ini adalah kata anak-anak murid kepada guru ajaran salah. Mereka berbalah bantah sesama mereka dalam neraka. Dulu semasa di dunia, mereka rapat sekali sampaikan ada pengikut yang cium kaki mereka. Tapi lain jadinya di akhirat kelak.

 

فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا

iaitu orang-orang yang lemah berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur:

Orang-orang yang lemah yang dimaksudkan adalah anak murid. Mereka yang lemah dari segi kedudukan dunia dan dari segi kedudukan agama. Mereka itu juga lemah fikiran sebab mereka ikut orang lain tanpa usul periksa. Lemah dari segi pegangan agama.

Mereka berkata dalam ayat ini kepada ‘pembesar’ mereka iaitu tok guru. Mereka itu nampak ada kebesaran dan kedudukan semasa di dunia. Kalau dalam kerajaan, mereka itu adalah pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

 

إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا

“Sesungguhnya kami dulu telah menjadi pengikut-pengikut kamu,

Sesungguhnya mereka dulu adalah murid-murid, atau pengikut-pengikut setia, atau rakyat kepada guru atau pemimpin itu. Apa yang dikatakan oleh pemimpin itu mereka ikut; apa yang diajar oleh guru itu mereka ikut dan mereka amal. Taat mereka dulu semasa di dunia. Kalau dulu mereka taat, sekarang mereka hendaklah sesuatu dari pemimpin dan guru mereka itu.

 

فَهَلْ أَنتُم مُّغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِّنَ النَّارِ

maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?”

Tidakkah kamu boleh selamatkan kami dari azab neraka ni? Kalau tak boleh semua, sebahagian pun bolehlah, janji ada kurang sikit. Mereka sedang tanya kepada ustaz-ustaz mereka, guru-guru mereka, pemimpin-pemimpin mereka. Mereka minta kalau pemimpin mereka itu boleh ganti azab yang sedang mereka hadapi itu kerana mereka kata semua itu salah pemimpin mereka dahulu yang ajar mereka, suruh mereka buat perkara-perkara yang salah itu. Kalau tak dapat ganti pun, carilah jalan macam mana boleh kurangkan sedikit.

 


 

Surah 40. Ghafir, Ayat 48: Apakah jawapan orang-orang besar itu kepada orang bawahan mereka?

قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُلٌّ فِيهَا إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who had been arrogant will say, “Indeed, all [of us] are in it. Indeed, Allāh has judged between the servants.”

MALAY

Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya ”

 

 

قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا

Berkata tok guru/orang-orang besar itu,

Iaitu pemimpin dan tok guru yang sesat itu. Setelah orang bawahan cakap macam itu kepada mereka, mereka pun jawap.

 

إِنَّا كُلٌّ فِيهَا

Sesungguhnya kita semua dalam neraka ini sama-sama

Kita dah sama-sama masuk dalam neraka. Bukan yang mengikut sahaja telah masuk, yang diikut pun masuk juga. Tidak ada yang selamat. Kerana masing-masing ada buat kesalahan. Kalau nak ganti ambil azab dari pengikut mereka itu, mereka pun tak boleh sebab mereka pun waktu itu kena azab juga.

 

إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ

sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya

Allah telah buat keputusan tetap yang kita semua ini adalah ahli neraka. Azab yang kamu dapat itu adalah kerana salah kamu dan azab yang kami dapat ini pun adalah atas kesalahan kami dulu juga. Tak boleh nak buat apa dah. Mereka pun sedar yang mereka tidak ada harapan lagi untuk keluar.

Mereka kata: Kami ajar dulu pun sukarela, tak paksa kamu ikut. Syaitan pula berkata dalam ayat yang lain, mereka cuma beritahu sahaja. Tapi orang yang ikut itu yang sukarela nak ikut.

 


 

Surah 40. Ghafir, Ayat 49: 

وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِّنَ الْعَذَابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those in the Fire will say to the keepers of Hell, “Supplicate your Lord to lighten for us a day from the punishment.”

MALAY

Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.

 

 

وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ

Dan berkata orang-orang dalam neraka itu

Selepas pemimpin pun kata mereka tidak ada jalan untuk mengeluarkan mereka dari neraka itu, maka mereka telah berpakat untuk sama-sama pergi jumpa Malaikat Penjaga Neraka. Yang mengikut dan yang mengikut sama-sama pergi berjumpa.

Sebenarnya nak minta jumpa malaikat itu pun seribu tahun minta nak cakap baru malaikat itu boleh cakap dengan mereka.

 

لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ

Kepada penjaga neraka.

Apabila buat rayuan kepada tok guru, dia tak boleh nak buat apa. Bayangkan kalau kita duduk dalam jel, nak minta tolong dengan siapa? Dengan wardenlah kerana mereka yang menjaga jel itu. Di neraka nanti, penjaga neraka adalah malaikat yang duduk di dalam neraka.

 

ادْعُوا رَبَّكُمْ

“Tolonglah doa Kepada tuhan kamu”.

Mereka minta malaikat itu yang mintakan bagi pihak mereka sebab mereka sendiri sudah tak boleh berdoa dah.

 

يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِّنَ الْعَذَابِ

“Untuk ringankan untuk kami, satu hari sahaja dari azab ni”.

Ada banyak dalam ayat lain, penghuni neraka minta dipulangkan semula ke dunia kerana mereka nak beramal yang baik. Tapi dalam ayat ini, mereka minta untuk ringankan azab untuk sehari sahaja, kerana mereka tahu yang mereka tidak akan dapat keluar.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. 


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 040: Ghafir and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Tafsir Surah Ghafir Ayat 41 – 49 (Dalil Azab Kubur)

  1. Tanya Khidir says:

    BUKAN AZAB KUBUR. AZAB BARZAKH.

    1. ROH ALLAH DALAM ADAM.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

    Setelah sempurna jasadnya Aku tiupkan Roh ciptaanKu maka hendaklah bersujud.

    Al-Hijr 29.

    2. JIWA YANG TENANG.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasamu dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

    (QS al-Fajr [89]:

    3. QARIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾

    Sesungguhnya setiap manusia disertakan oleh Allah dengan
    Qarin yang sentiasa didampingi syaitan.

    Surah Zukhruf 43:36.

    4. SIJJIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ

    Setiap kemungkaran tercatit di dalam kitab Sijjin.

    Al Muthaffin 7

    5. ILLIYYIN.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ

    Setiap kebaikan yang dilakukan tercatit di dalam kitab ‘Illiyyin.

    Al Muthaffin 18

    6. BARZAKH.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى‏ يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ

    Yang engkar minta dikembalikan ke dunia supaya boleh beramal semula, sedangkan dia telah berada di Barzakh hingga datangnya hari pembangkitan.

    Al Mukminun : 100.

    > Adam dijadikan dari 2 kejadian iaitu 1. Diri Zahir. 2. Diri Batin.

    > Diri Zahir Adam dijadikan daripada zat-zat, gas-gas, bahan mineral, vitamin, protein, alkali dan asid yang diekstrak dari tanah.

    > Allah meniupkan ROH ciptaannya terdiri dari Jiwa yang Tenang, Annur dan Annar ke jasad Adam.

    > Jiwa yang tenang atau TUHAN NAFSUL MUDMA’INNAH dijemput semula oleh Allah ke Jannah, dari Allah kembali kepada Allah. Tidak disebut Islam atau kafir.

    > Perbuatan baik (Annur) disimpan di Illiyyin.

    > Perbuatan jahat (Annar) disimpan di Sijjin.

    > Qarin atau yang engkar disimpan di Barzakh.

    > Qalbi tidak tahu mana disimpan, sebab tidak disebut dalam Al Quran kecuali hadis yang tidak pasti tahapnya.

    > Alam barzakh bukan di dunia dan bukan pula di akhirat, satu dimensi alam hanya Allah yang tahu.

    PERSOALANNYA ADAKAH SIJJIN DAN ILLIYYIN ITU BERADA DI BARZAKH YANG DIMAKSUDKAN SEMPIT DAN LAPANG?!?

    SIAPA YANG BAKAL DIBAKAR DI JAHANNAM DAN SIAPA YANG KEKAL ABADI BERSAMA JEMAAH DI JANNAH??!?

    ALAM KUBUR ITU PULA BAGAIMANA, ADA KAH DISEBUT DALAM AL QURAN???

    APAKAH BENAR ADA AZAB KUBUR…SEDANGKAN JASAD DAH JADI MAYAT TAK BERNYAWA??!

    RATA-RATA BAB KUBUR DILANDASKAN DARI HADIS LEMAH, PALSU, DAIF, ISRAELIAT DAN ADA YANG DIANGGAP SAHIH…JIKA TERSILAP TIDAKKAH INI JATUH SYIRIK DAN BIDAAH???

    Yang disiksa dan diazab itu Qarin terdiri di dalam diri batin. Disiksa dan diazab di Barzakh bukan di kubur.

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih kerana komen. Jawapan dari saya.
      Ayat Al-Hijr 29 selalu disalahtafsir: ‘roh Allah’ seumpamana Allah meniupkan rohNya dalam diri manusia… macam manusia ada elemen ketuhanan pula. Maksud ayat itu, roh itu adalah kepunyaan Allah. Allah yang kawal roh itu. Macam kita kata: beg saya. bukanlah kita kata kita beg pula, tapi beg itu kepunyaan kita.

      Maksud ‘qarin’ dalam ayat Zukhruf 43:36 adalah jin dijadikan sebagai ‘qarin’ kepada manusia itu. maksud ‘qarin’ adalah pendamping. Jin itu jadi pendamping kepada manusia itu.

      Mungkin ada kebenaran kalau tidak digunakan lafaz ‘azab kubur’ tapi digunakan ‘azab barzakh’ kerana ada sesetengah manusia yang tidak ada kubur pun, tapi mereka akan kena azab juga.

      Dalil azab di alam barzakh ada. Ayat Al Mu’min: 46 adalah dalil baginya. Ibnu Katsir sendiri berpendapat begitu. Begitu juga dalil dari Hadis yang sahih. Sebagai contoh:

      Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
      إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
      “Jika salah seorang di antara kalian selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat hal: [1] siksa neraka jahannam, [2] siksa kubur, [3] penyimpangan ketika hidup dan mati, [4] kejelekan Al Masih Ad Dajjal.” (HR. Muslim). Do’a yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah,
      اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَشَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
      “Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qobri, wa ‘adzabin naar, wa fitnatil mahyaa wal mamaat, wa syarri fitnatil masihid dajjal [Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, penyimpangan ketika hidup dan mati, dan kejelekan Al Masih Ad Dajjal].” (HR. Muslim)

      Jelas Nabi suruh kita minta supaya minta perlindungan dari ‘azab kubur’. Riwayat Muslim diterima sebagai sahih. Kalau tidak terima, banyak kerja nak tolak hadis itu… ada sesiapa berani tolakkah? Tidak tahukah hadis ini? Rugi sekali kalau tak amalkan.

      Ada lagi ayat yang lain: Al An’am ayat 93
      ….. إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلآئِكَةُ بَاسِطُواْ أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُواْ أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ…..
      “…. di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan …” (Q.S. Al An’am: 93)

      Imam Bukhari meletakkan ayat ini di dalam kitab shohihnya pada awal permulaan bab “Maa ja a fi ‘adzabil qobri” sebelum meriwayatkan hadits-hadist tentang siksa kubur.

      Ada lagi hadis yang lain: Dalam kitab shahihnya itu, Al-Bukhari pun membuat satu bab khusus azab kubur.
      Dari Aisyah ra bahwa seorang wanita yahudi mendatanginya dan bercerita tentang azab kubur dan berkata, ”Semoga Allah SWT melindungimu dari azab kubur”. Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keberadaan azab kubur itu. Rasulullah SAW menjawab, ”Ya, azab kubur itu ada”. Aisyah ra berkata, ”Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan shalat kecuali beliau berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur”. (HR Bukhari kitab Janaiz Bab Maa Ja’a Fi azabil Qabri hn. 1283)

      Dalam kitab shahihnya itu juga, Al-Bukhari membuat satu bab khusus tentang berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur.
      Dari Musa bin ‘Uqbah berkata bahwa telah menceritakan kepada anak wanita Khalid bin Said bin Al-Ash ra bahwa dia telah mendengar Rasulullah SAW berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur.(HR Bukhari kitab Janaiz Bab At-Ta’awwuz min azabil Qabri hn. 1287)

      Dan ada hadis-hadis yang lain. Saya cuma bawakan hadis dari Bukhari dan Muslim. Adakah hadis-hadis itu dhaif atau palsu?

    • tafsirsunnah says:

      e-mail anda: ‘tanya khidir’. Kenapa pakai emel itu? Adakah Nabi Khidr masih hidup, sampai boleh tanya kepada baginda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s