Tafsir Surah an-Nisa Ayat 171 – 176 (Ghuluw dalam agama)

Ayat 171: Nasihat kepada Ahli Kitab, terutama sekali puak Nasara dan juga kepada kita juga. Kita kena ambil perhatian tentang ayat ini.

يا أَهلَ الكِتابِ لا تَغلوا في دينِكُم وَلا تَقولوا عَلَى اللهِ إِلَّا الحَقَّ ۚ إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللهِ وَكَلِمَتُهُ أَلقاها إِلىٰ مَريَمَ وَروحٌ مِنهُ ۖ فَآمِنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلا تَقولوا ثَلاثَةٌ ۚ انتَهوا خَيرًا لَكُم ۚ إِنَّمَا اللهُ إِلٰهٌ واحِدٌ ۖ سُبحانَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَكَفىٰ بِاللهِ وَكيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O People of the Scripture, do not commit excess in your religion¹ or say about Allāh except the truth. The Messiah, Jesus, the son of Mary, was but a messenger of Allāh and His word which He directed to Mary and a soul [created at a command] from Him. So believe in Allāh and His messengers. And do not say, “Three”; desist – it is better for you. Indeed, Allāh is but one God. Exalted is He above having a son. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allāh as Disposer of affairs.

  • Such as attributing divine qualities to certain creations of Allāh or revering them excessively.

MALAY

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

 

يا أَهلَ الكِتابِ لا تَغلوا في دينِكُم

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, 

Walaupun ayat ini khitab kepada Ahli Kitab, tapi kita kena ambil perhatian juga. Kerana kalau sesuatu ayat itu ditujukan kepada Ahlul Kitab, kita kena dengar supaya kita jangan buat salah macam mereka. Kesalahan-kesalahan mereka telah menyebabkan kehancuran dan kesesatan mereka. Dan kalau kita tidak ambil perhatian, maka kita pun akan jadi macam mereka.

Puak Nasara itu telah mengangkat Nabi Isa lebih dari kedudukan baginda sebagai seorang Rasul. Mereka telah mengatakan yang baginda adalah tuhan dan mereka memuja dan menyeru kepada baginda seolah-olah baginda adalah tuhan. Dan selain dari itu, mereka ada mengatakan ada kalangan mereka yang tidak melakukan dosa langsung, sampai boleh pula mengampunkan dosa pengikut-pengikut mereka. Jelas ini adalah berlebih-lebih dalam agama.

Allah sebut perangai mereka:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. (At-Taubah: 31), hingga akhir ayat.

Ayat ini dengan jelas melarang ghuluw dalam agama. Ghuluw maksudnya melampaui batas, buat berlebihan daripada yang sepatutnya. Sepatutnya dalam hal agama, kita kena ikut wahyu, jangan berlebih-lebih.

Tapi kita pun boleh lihat bagaimana ramai dari kalangan masyarakat Islam kita yang berlebih-lebihan dalam agama. Mereka pun mengangkat kedudukan Nabi Muhammad terlalu tinggi sampai kadang-kadang setaraf dengan Allah! Mereka kata Nabi boleh beri kita macam-macam, jadi ramai yang menyeru Nabi. Dan perbuatan ini sampai dibuat terbuka, satu stadium menyeru-nyeru baginda! Inilah yang diajar oleh golongan Habib yang entah datang dari mana. Tapi kerana mereka berpenampilan kearaban, pandai menyanyi, pandai menari, pandai berzikir, berbondong-bondong masyarakat kita yang jahil ikut mereka.

Nabi Muhammad telah berpesan:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا هُشَيم قَالَ: زَعَمَ الزُّهْرِي، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُتْبة بْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ عُمَرَ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قال: “لَا تُطْرُوني كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim yang mengatakan bahwa Az-Zuhri menduga dari Ubaidillah ibnu Ab­dullah ibnu Atabah ibnu Mas’ud, dari Ibnu Abbas, dari Umar, bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Janganlah kalian menyanjung-nyanjung diriku sebagaimana orang-orang Nasrani menyanjung-nyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang hamba, maka katakan­lah, “Hamba dan utusan Allah.”

Golongan tarekat pun tidak kurang juga ramainya di Malaysia. Mereka diajar oleh guru-guru mereka yang sesat dengan fahaman-fahaman dan amalan-amalan yang berlebihan. Maka, ramailah yang jatuh sesat. Buat amalan yang bidaah dan malah ada yang syirik! Semuanya kerana tidak belajar agama, tidak belajar tafsir Quran. Mereka adalah orang yang baik, mahu kepada agama, tapi telah ditipu. Mereka disuruh untuk buat amal ibadat yang bidaah terlalu banyak, sampai tidak ada masa nak belajar langsung. Bila tidak belajar langsung, maka mereka terus berada dalam kejahilan.

Jangan juga kita buat kurang dari yang sepatutnya. Sebagai contoh, ada yang pilih satu benda dari ibadat dan dia tumpukan satu benda itu sahaja.

 

وَلا تَقولوا عَلَى اللهِ إِلَّا الحَقَّ

dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; 

Kita kenalah bercakap dan buat benda yang tsabit dari wahyu sahaja, samada dari ayat Quran atau Hadis yang sahih. Dalil inilah juga yang digunakan oleh golongan salaf kepada khalaf dalam melarang mereka berbuat perkara bidaah dalam agama. Pakai yang ada dari nas sahajalah, jangan tambah.

Jangan kata sesuatu amalan bidaah itu baik, Allah suka, Nabi pun suka, sedangkan tidak pernah ada dalil yang mengatakan sedemikian. Kalau kata begitu, maknanya telah mengatakan tentang Allah dalam perkara yang tidak haq. Bersalahan dengan ayat ini terus.

 

إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللهِ

sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah

Kedudukan Nabi Isa adalah titik salah faham golongan Ahli Kitab. Puak Yahudi tuduh baginda adalah anak  haram. Nasara pula angkat baginda jadi anak tuhan dan salah satu dari tuhan. Dua-dua itu adalah fahaman yang salah. Dua-dua itu adalah ghuluw dalam agama.

Jadi, ayat ini dengan tegas dan jelas, mengatakan yang baginda adalah Rasulullah, seorang yang mulia dan bukan anak haram.

 

وَكَلِمَتُهُ

dan Kalimah Allah

‘Kalimat’ maksudnya baginda dijadikan dengan kalimat Kun Fayakun Allah. Allah tidak menjadikan baginda melalui proses normal kejadian manusia. Ianya menjadi tanda bahawa Allah boleh berbuat apa sahaja. Ini seperti yang Allah telah sebut dalam ayat yang lain:

{إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ}

Sesungguhnya misal penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudi­an Allah berfirman kepadanya, “Jadilah!” (seorang manusia). Maka jadilah dia. (Ali Imran: 59)

Ini juga adalah dalil yang baginda bukannya Tuhan. Kerana baginda adalah makhluk ciptaan Allah jua, tidak lebih dari itu. Cuma kejadian baginda sahaja lain dari orang lain.

 

أَلقاها إِلىٰ مَريَمَ

yang telah disampaikanNya kepada Maryam,

Dari segi bahasa, roh itu dicampakkan dalam tubuh Maryam. Kejadian itu lain dari kejadian makhluk yang biasa.

 

وَروحٌ مِنهُ

dan roh daripadaNya. 

Roh Nabi Isa pun datangnya dari Allah. Maksudnya nyawa baginda pun dari Allah. Kalau nyawa dia pun Tuhan yang beri, takkan dia pula tuhan.

Jangan pula ada yang kata, ini menunjukkan kelebihan Nabi Isa pula kerana ‘Roh Allah’. Kita kena ingat yang semua roh adalah dari Allah, termasuk roh kita juga. Allah tekankan dalam ayat ini yang roh Nabi Isa pun dari Dia juga, bukannya dari yang lain.

 

فَآمِنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, 

Berimanlah dengan apa yang disampaikan oleh Allah melalui RasulNya. Jangan tambah-tambah. Macam kita, kena beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Ini memerlukan pembelajaran, bukan pakai terima sahaja. Kena masuk kelas dan belajar tafsir, belajar hadis dulu.

 

وَلا تَقولوا ثَلاثَةٌ

dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”.

Inilah konsep Triniti yang dipegang sekarang oleh orang Kristian. Mereka kata tuhan itu ‘tiga dalam satu’ – iaitu Tuhan Bapa, Nabi Isa dan Maryam. Kata mereka, gabungan ketiga-tiga entiti ini adalah Tuhan.

 

انتَهوا خَيرًا لَكُم

Berhentilah, itu lebih baik bagi kamu.

Janganlah pegang lagi fahaman yang sesat itu.

 

 إِنَّمَا اللهُ إِلٰهٌ واحِدٌ

Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, 

Inilah ajaran tauhid. Allah itu esa, tidak ada anak dan tidak diperanakkan. Tidak ada ilah selain Dia. Kena belajar konsep ilah dahulu baru boleh faham apakah maksud ayat ini. Ramai orang Islam pun tidak faham tentang perkara ini.

 

سُبحانَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ

Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. 

Allah suci dari sifat memerlukan anak. Hanya makhluk yang lemah sahaja yang memerlukan anak, tapi Allah tidak lemah sama sekali. Jadi, kalau ada yang kata Nabi Isa itu adalah Anak Allah, itu adalah fahaman yang sesat.

 

لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

Kepunyaan Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Kenapa Allah memerlukan anak sedangkan semua alam ini adalah kepunyaanNya? Semua yang selain dari Dia makhluk Dia belaka. Dia tidak memerlukan pertolongan dan tidak memerlukan bantuan sokongan dari sesiapa sahaja.

 

وَكَفىٰ بِاللهِ وَكيلًا

Dan cukuplah Allah menjadi pengurus

Cukuplah kita bergantung dengan Allah sahaja. Tidak perlu kita kepada entiti yang lain. Ada manusia yang menyembah dan melakukan ibadat kepada selain Allah kerana mereka rasa mereka memerlukan bantuan dan pertolongan dari entiti-entiti itu, tapi Allah nak beritahu, tidak perlu, hanya terus berharap kepada Allah sahaja dalam setiap perkara.


 

Ayat 172: Semasa Nabi Muhammad berada di Madinah, ada puak Nasara dari Najran yang datang untuk bertemu dengan Nabi untuk berbincang tentang Tuhan. Mereka tidak dapat terima apabila orang Islam kata yang Nabi Isa itu hanya seorang hamba dan bukan Anak Tuhan. Sebab mereka pandang tinggi Nabi Isa dan sampai ada orang Kristian yang menganggap baginda bukan lagi Anak Tuhan, tapi sebahagian dari Tuhan ataupun Tuhan sendiri. Mereka beriktikad yang baginda ada martabat tinggi benar dan bukan manusia.

لَن يَستَنكِفَ المَسيحُ أَن يَكونَ عَبدًا ِّللهِ وَلَا المَلائِكَةُ المُقَرَّبونَ ۚ وَمَن يَستَنكِف عَن عِبادَتِهِ وَيَستَكبِر فَسَيَحشُرُهُم إِلَيهِ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Never would the Messiah disdain to be a servant of Allāh, nor would the angels near [to Him]. And whoever disdains His worship and is arrogant – He will gather them to Himself all together.

MALAY

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

 

لَن يَستَنكِفَ المَسيحُ أَن يَكونَ عَبدًا ِّللهِ

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah,

Mereka menganggap Nabi Isa itu bukanlah hamba biasa sahaja, tapi Allah beritahu yang Nabi Isa sendiri tidak rasa bersalah atau enggan anggap diri baginda sebagai hamba Allah. Baginda tidak malu dan sombong pun nak mengaku sebagai hamba Allah. Dia sendiri sembah Allah.

Ayat ini menggunakan lafaz لَن menunjukkan yang Nabi Isa ‘tidak akan’ sombong dari mengaku hamba Allah.

Lafaz يَستَنكِفَ dari kata dasar نكف. Kata إستنكف bermaksud jenis malu untuk melakukan perkara yang tidak layak untuk kita lakukan. Sebagai contoh, kalau suruh presiden cuci carpet. Nak beritahu dalam ayat ini, Nabi Isa tidak ada perasaan itu. Kerana baginda memang mengaku yang baginda adalah hamba Allah. Tidak pernah dalam mana-mana sumber sahih pun yang mengatakan yang dia penah mengaku sebagai tuhan atau anak tuhan. Dalam Kitab Injil mereka pun tidak ada lafaz yang mengatakan baginda adalah anak tuhan.

 

وَلَا المَلائِكَةُ المُقَرَّبونَ

demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah).

Malaikat yang rapat dengan Allah pun tak malu nak mengaku sebagai hamba. Ini termasuklah Malaikat Jibrail pun, yang memang mengaku sebagai hamba Allah; sedangkan puak Nasara yang sesat ada mengatakan yang Jibrail (Holy Ghost) adalah salah satu dari elemen triniti itu.

Begitu juga, Musyrikin Mekah telah menjadikan malaikat-malaikat sebagai anak perempuan Tuhan dan kerana itu mereka puja malaikat-malaikat itu, bertawasul dengan malaikat dan sebagainya. Ini juga adalah satu perbuatan yang amat syirik. Sedangkan malaikat-malaikat itu semua adalah hamba Allah dan mereka tidak pernah mengaku selain darinya.

Memang tidak ada masalah untuk mengaku sebagai hamba, kerana ianya adalah kedudukan yang mulia juga. Dan memang kita semua adalah hamba Allah, tidak lebih dari itu. Selagi namanya makhluk, semuanya adalah hamba kepada Allah.

 

وَمَن يَستَنكِف عَن عِبادَتِهِ وَيَستَكبِر فَسَيَحشُرُهُم إِلَيهِ جَميعًا

Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada memperhambakan diri kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

Sesiapa yang enggan mengaku sebagai hamba kepada Allah dan masih nak seru kepada selain Allah, Allah akan himpunkan semuanya sekali nanti dan akan kena jawab apakah yang mereka telah lakukan.

Dan kalau ada yang sombong dari terima ajaran dari Allah, akan dikumpulkan macam binatang dikumpulkan. Tidak boleh nak lari ke mana. Samada mereka terima Allah atau tidak semasa di dunia, Allah nak beritahu yang semuanya akan kena mengadap kepadaNya juga nanti.

Sombong juga adalah sifat yang amat buruk. Ingatlah, kerana sifat sombong yang ada dalam diri Iblislah yang menyebabkan dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam walaupun setelah diarahkan oleh Allah.

Siapa kita yang hendak sombong dengan orang lain? Kita tidak ada apa-apa. Semua yang kita ada adalah dari pemberian Allah. Tidak layak untuk kita berlaku sombong dengan manusia atau makhluk lain.


 

Ayat 173: Dalam ayat ini ada tabshir dan juga ada takhwif. Untuk mengingatkan manusia bahawa ada kesan dari akidah dan amalan mereka semasa di dunia.

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ فَيُوَفّيهِم أُجورَهُم وَيَزيدُهُم مِن فَضلِهِ ۖ وَأَمَّا الَّذينَ استَنكَفوا وَاستَكبَروا فَيُعَذِّبُهُم عَذابًا أَليمًا وَلا يَجِدونَ لَهُم مِن دونِ اللهِ وَلِيًّا وَلا نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And as for those who believed and did righteous deeds, He will give them in full their rewards and grant them extra from His bounty. But as for those who disdained and were arrogant, He will punish them with a painful punishment, and they will not find for themselves besides Allāh any protector or helper.

MALAY

Sesudah itu, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.

 

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

Sesudah itu, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, 

Beriman maksudnya beriman sempurna. Iman sempurna adalah berpegang kepada tauhid dan tidak melakukan syirik.

Bukan hanya beriman sahaja, tetapi iman hendaklah ditunjukkan dengan amal ibadat. Tidaklah cakap beriman di mulut sahaja, tapi ibadat yang Allah suruh buat, tidak dilakukan. Dan amal ibadat itu mestilah amal yang ‘soleh’. Amal yang soleh hanyalah amal yang ada contoh dan sunnah dari Nabi dan para sahabat. Ini menolak amalan-amalan bidaah yang tidak ada contoh dari Nabi dan para sahabat.

 

فَيُوَفّيهِم أُجورَهُم وَيَزيدُهُم مِن فَضلِهِ

Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. 

Mereka yang beriman dan beramal soleh itu akan mendapat balasan pahala untuk mereka. Dan Allah boleh beri lebih lagi kepada mereka.

 

وَأَمَّا الَّذينَ استَنكَفوا وَاستَكبَروا

Sebaliknya orang-orang yang rasa tidak layak beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, 

Lawan kepada ayat sebelum ini. Ini adalah orang-orang yang rasa diri mereka tidak layak untuk menghambakan diri dan beribadat kepada Allah.

 

فَيُعَذِّبُهُم عَذابًا أَليمًا

maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, 

Mereka akan diberikan dengan azab seksa yang tidak terperi, tidak berkurangan azab itu dari mula masuk sampai bila-bila. Mereka akan terus rasa sakit. Kalau sakit di dunia, kalau dah selalu kena, lama-lama tidaklah sakit sangat – tapi perkara ini tidak berlaku di akhirat kelak. Mereka akan tetap rasa sakit sampai bila-bila.

 

وَلا يَجِدونَ لَهُم مِن دونِ اللهِ وَلِيًّا وَلا نَصيرًا

dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.

Mereka tidak akan penolong dan pembantu pun di akhirat kelak. Lafaz وَلِيًّا adalah untuk mereka yang mahu memberi perlindungan sebelum kena; dan lafaz نَصيرًا adalah penolong selepas kena azab. Dua-dua tidak ada – sebelum kena azab pun tidak ada yang boleh tolong, dan selepas kena azab pun tidak ada yang dapat tolong lepaskan dari azab.

Mungkin ada manusia yang sembah Nabi, wali, malaikat dan jin semasa di dunia, dan mereka rasa mereka akan dapat bantuan dari sembahan-sembahan mereka itu, tapi itu tidak akan berlaku. Itu angan-angan kosong mereka sahaja.


 

Ayat 174: Ayat targhib kepada Nabi Muhammad SAW. Allah memberitahu kedudukan Nabi Muhammad yang mulia.

يا أَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُم بُرهانٌ مِن رَبِّكُم وَأَنزَلنا إِلَيكُم نورًا مُبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O mankind, there has come to you a conclusive proof from your Lord, and We have sent down to you a clear light.¹

  • Showing the truth (i.e., the Qur’ān).

MALAY

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

 

يا أَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُم بُرهانٌ مِن رَبِّكُم

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, 

Ayat ini ditujukan kepada seluruh manusia. Tapi ramai yang tidak baca Quran, terutama sekali orang yang bukan Islam. Lalu bagaimana? Maknanya, kitalah yang kena sampaikan kepada mereka.

Lafaz بُرهانٌ (bukti) yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad. Ia dari lafaz بره yang bermaksud ‘putih dan bersinar’. Bukti dari Allah yang lebih bersinar dari hujah yang lain. Nabi itu telah dibangkitkan untuk kenalkan Allah dan cara mentaatiNya kepada manusia seluruhnya. Tapi sekarang Nabi Muhammad sudah tidak ada, maka kitalah yang kena sampaikan kepada manusia.

 

وَأَنزَلنا إِلَيكُم نورًا مُبينًا

dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu Nur (cahaya) yang menerangi jelas nyata. 

Lafaz نورًا yang dimaksudkan adalah Qur’an. Ianya jelas nyata. Ianya mengajar kita tentang perkara yang perlu kita ketahui supaya selamat di dunia dan selamat di akhirat. Tapi kenapa ramai yang tidak faham? Kerana mereka tidak belajar. Kalau tidak belajar, memanglah tidak akan jelas kepada mereka. Cuba mereka belajar, tentulah Quran itu jelas sejelas-jelasnya.


 

Ayat 175: Tabshir.

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا بِاللهِ وَاعتَصَموا بِهِ فَسَيُدخِلُهُم في رَحمَةٍ مِنهُ وَفَضلٍ وَيَهديهِم إِلَيهِ صِراطًا مُستَقيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So those who believe in Allāh and hold fast to Him – He will admit them to mercy from Himself and bounty and guide them to Himself on a straight path.

MALAY

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya.

 

فَأَمَّا الَّذينَ آمَنوا بِاللهِ

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah

Iaitu beriman sungguh-sungguh iaitu faham dan amalkan tauhid dan meninggal syirik. Kena belajar barulah tahu. Jangan sangka diri itu beriman kalau belum belajar tafsir Quran lagi.

 

وَاعتَصَموا بِهِ

dan berpegang teguh denganNya,

Iaitu berpegang teguh dengan ajaran dan suruhanNya. Juga boleh bermaksud berpegang teguh dengan Quran. Kerana Quranlah yang menghubungkan kita dengan Allah.

 

فَسَيُدخِلُهُم في رَحمَةٍ مِنهُ وَفَضلٍ

maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya

Memasukkan mereka ke dalam RahmatNya, bermaksud Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Ini adalah kerana tidak akan dapat masuk ke dalam syurga, melainkan dengan rahmatNya – bukan dengan amal kita.

Dan akan mendapat kurniaan tambahan iaitu dapat tengok Allah. Lafaz فَضلٍ bermaksud mendapat sesuatu lebih dari yang kita layak dapat. Memang Allah beri kita lebih dari apa yang kita sepatutnya dapat. Kalau dosa, hanya dibalas sama sahaja, tapi kalau kita berbuat kebaikan, kita akan dibalas dengan berlipat kali ganda, sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda dari amalan kita. Oleh itu, kita amal sedikit sahaja, tapi balasannya amat banyak sekali. Bukankah itu bermaksud kita akan mendapat lebih dari yang sepatutnya?

 

وَيَهديهِم إِلَيهِ صِراطًا مُستَقيمًا

dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, yang membawa kepadaNya.

Semasa di dunia, Allah akan pimpin orang-orang sebegitu supaya dapat berada atas jalan yang lurus dalam agama.


 

Ayat 176: Surah ini disudahi dengan ayat Umur Munazimah kerana surah an-Nisa ini kebanyakannya tentang Umur Munazimah. Perkara tentang pembahagian harta telah disebut dalam ayat-ayat awal dan ayat-ayat pertengahan surah ini. Disebut di banyak tempat, untuk mengingatkan manusia tentang kepentingan perkara ini.

Ayat ini adalah tentang kalalah. Kalalah maksudnya orang yang tiada waris yang dapat menerima harta pusaka peninggalannya. Sahabat waktu itu masih keliru lagi tentang pembahagian Harta Pusaka. Jadi, diberikan penjelasan tambahan dalam ayat ini.

يَستَفتونَكَ قُلِ اللهُ يُفتيكُم فِي الكَلالَةِ ۚ إِنِ امرُؤٌ هَلَكَ لَيسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُختٌ فَلَها نِصفُ ما تَرَكَ ۚ وَهُوَ يَرِثُها إِن لَم يَكُن لَها وَلَدٌ ۚ فَإِن كانَتَا اثنَتَينِ فَلَهُمَا الثُّلُثانِ مِمّا تَرَكَ ۚ وَإِن كانوا إِخوَةً رِجالًا وَنِساءً فَلِلذَّكَرِ مِثلُ حَظِّ الأُنثَيَينِ ۗ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم أَن تَضِلّوا ۗ وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They request from you a [legal] ruling. Say, “Allāh gives you a ruling concerning one having neither descendants nor ascendants [as heirs].” If a man dies, leaving no child but [only] a sister, she will have half of what he left. And he inherits from her if she [dies and] has no child. But if there are two sisters [or more], they will have two thirds of what he left. If there are both brothers and sisters, the male will have the share of two females. Allāh makes clear to you [His law], lest you go astray. And Allāh is Knowing of all things.

MALAY

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga [2/3] daripada harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

 

يَستَفتونَكَ

Mereka meminta fatwa kepadamu

Orang-orang Islam meminta fatwa dari Nabi tentang hukum.

 

قُلِ اللهُ يُفتيكُم فِي الكَلالَةِ

Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, 

Hukum yang dimaksudkan adalah tentang Kalalah.

 

إِنِ امرُؤٌ هَلَكَ لَيسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُختٌ فَلَها نِصفُ ما تَرَكَ

jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati;

Sebut anak tapi mewakili semua waris. Tidak ada langsung ashabul furud. Emak ayah pun tidak ada. Yang ada, hanyalah adik beradik sahaja.

Kalau dia ada adik beradik perempuan, adik beradik perempuan itu akan mewarisi separuh daripada harta yang ditinggalkan. Dan yang separuh lagi diberikan kepada golongan yang dikategorikan sebagai asbat dan kalau tidak ada, seluruh harta itu akan diberikan kepada saudara perempuannya itu.

 

وَهُوَ يَرِثُها إِن لَم يَكُن لَها وَلَدٌ

dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.

Kalau yang meninggalkan harta itu pula adalah perempuan, dan dia ada adik beradik lelaki, maka adik beradik lelaki itu akan dapat semua hartanya.

 

فَإِن كانَتَا اثنَتَينِ فَلَهُمَا الثُّلُثانِ مِمّا تَرَكَ

Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga daripada harta yang di tinggalkan oleh si mati.

Sebelum ini, hukum kalau adik beradik itu seorang sahaja. Kalau yang meninggalkan harta itu ada dua orang atau lebih adik beradik perempuan, mereka akan berkongsi 2/3 daripada harta-harta itu.

 

وَإِن كانوا إِخوَةً رِجالًا وَنِساءً فَلِلذَّكَرِ مِثلُ حَظِّ الأُنثَيَينِ

Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”.

Dan kalau kombinasi adik beradik itu ada lelaki dan perempuan, kena bahagikan harta itu sampai lelaki akan dapat dua kali ganda daripada bahagian perempuan.

 

يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم أَن تَضِلّوا

Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat.

Hukum pembahagian harta ini amat penting sebab kalau ada tersalah, orang yang menerima harta pusaka itu dengan cara yang salah akan makan benda yang haram dan tidak layak masuk syurga. Ini tidak berbaloi langsung.

 

وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah Maha Mengetahui. Kalau ada terambil mana-mana harta dengan cara yang salah, kalau manusia lain tidak tahu pun, tapi ingatlah yang Allah tahu.

Allahu a’lam. Habis tafsir surah an-Nisa ini. Sambung ke surah yang seterusnya: Surah al-Maidah. 


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 004: an-Nisa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s